Akar Umbi Bersatu Bimbang Rahim Cemar Imej Parti


Yasmin Ramlan      
Sejarah buruk yang berlaku antara bekas ketua menteri Melaka Abdul Rahim Thamby Chik dengan pemimpin dalam Pakatan Harapan sebelum ini membimbangkan akar umbi Bersatu apabila Rahim memohon untuk menyertai parti itu semalam

Permohonan Rahim itu dilihat bakal mencemarkan imej Bersatu sekiranya pimpinan tertinggi parti menerima kemasukan beliau.

Ketua Pemuda Bersatu bahagian Klang Dr Muhammad Faiz Na'aman percaya setiap individu mempunyai sejarah silamnya dalam berpolitik, namun sensitiviti akar umbi serta pandangan rakan parti komponen PH perlu diambilkira.

"Terus-terang saya katakan, respon di peringkat akar umbi terutama para netizen dan orang muda dalam parti, Armada (Pemuda Bersatu) agak negatif terhadap kemasukan veteran-veteran Umno yang pernah ada kontroversi seperti Rahim Thamby Chik.

"Mereka melihat watak-watak seperti itu tidak mendatangkan nilai tambah kepada imej parti, apatah lagi menyumbang kepada pertambahan kerusi Parlimen untuk PH," katanya kepada Malaysiakini.
 
Senarai hitam nama dari Umno
Bagaimanapun, Faiz menjelaskan mana-mana pihak bebas untuk memohon menyertai Bersatu tetapi belum tentu permohonan mereka akan diterima parti memandangkan mereka perlu menjalani proses saringan yang ketat.

"Sementara itu, pihak Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu juga telah mempunyai senarai hitam beberapa nama dari Umno yang tidak akan diterima untuk menyertai Bersatu akibat reputasi negatif, skandal korupsi serta kes-kes jenayah yang melibatkan mereka," katanya.
Ketua penerangan Pemuda Bersatu bahagian Klang Muhammad Azrai Rizal Ajilan pula berpendapat bekas pemimpin Umno yang berusia 68 tahun itu sepatutnya bersara dari bidang politik pada usia itu.

"Kenapa saya berpendapat sebegitu? Tidakkah akan terkena tempias tersebut kepada reputasi Bersatu, pada pandangan akar umbi serta rakyat?

"Seperti yang kami semua dimaklumkan pihak tertinggi Bersatu tidak akan sewenang-wenangnya menerima penghijrahan ahli-ahli Umno yang keluar parti ke Bersatu.

"Kami dari akar umbi yakin pihak tertinggi Bersatu akan bertindak adil dan bijaksana dalam menangani isu tersebut," katanya.
Namun, Ketua Pemuda Bersatu Bahagian Kemaman Ahmad Luqman Dalizan yang turut tidak bersetuju dengan permohonan Rahim itu berkata beliau menyerahkan keputusan di tangan pimpinan tertinggi parti.

"Secara peribadi saya tak setuju. Tetapi apa saja keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan saya akur kerana mereka lebih layak dan berpengalaman dalam membuat keputusan," katanya.

Pada 16 Disember lalu, Rahim mengumumkan keluar dari Umno dan memohon untuk menyertai parti serpihannya.

Bagaimanapun, pengumumannya itu dipandang serong oleh pelbagai pihak termasuk pemimpin dari gabungan Pakatan Harapan berikutan konflik yang dihadapi dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebelum ini

Bersatu perlu pertimbang pandangan parti komponen 

Sementara itu, Ketua Pemuda Bersatu Perak Mohd Hafiz Mubin Mohd Salleh berkata Bersatu sewajarnya mempertimbangkan saranan dan pendapat daripada parti komponen kerana kejayaan yang dikecapi pada pilihan raya umum 14 turut datang dari hasil usaha mereka.

"Kepimpinan parti Bersatu pastinya turut mempertimbangkan saranan dan pendapat dari pemimpin dari parti-parti komponen lain dalam PH kerana kita akui bahawa kejayaan pada PRU14 yang lalu adalah hasil semangat Bersatu dan kerjasama baik antara semua pemimpin empat parti dalam PH dan semangat sebegini mestilah diteruskan," katanya.
Pengerusi Bersatu Pahang Wan Mohd Shahrir Wan Abdul Jalil turut senada dengan Mohd Hafiz yang berpendapat Bersatu perlu menjaga sensitiviti komponen parti lain.

"Kita faham masalah masa silam Tan Sri (Rahim) sikit sebanyak menjelaskan imej parti.

"Tapi dalam kes ini, sebagai rakyat Malaysia, beliau boleh memohon, terpulang kepada MPT dan Majlis Presiden untuk menerima atau menolak permohonan beliau," katanya.

Syarat ketat, tapisan polis, SPRM
Kedua-dua Mohd Hafiz dan Wan Mohd Shahrir sepakat merasakan bekas pemimpin Umno yang mempunyai rekod buruk dan terpalit dengan salah guna kuasa serta rasuah perlu ditolak permohonan kemasukan mereka

"Bersatu meletakkan syarat yang ketat untuk menerima pemimpin Umno. Antaranya ditapis oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

"Hanya yang benar-benar bersih dari SPRM, PDRM dan pandangan umum tidak terpalit skandal yang akan diterima," kata Wan Shahrir.

BACA: Muhyiddin: Bersatu minta polis, SPRM tapis bekas Umno
Untuk rekod, Rahim yang menjadi ketua menteri Melaka selama 12 tahun, disiasat bagi dakwaan rogol berstatutori terhadap seorang individu bawah umur pada 1994. Kes itu kemudian digugurkan kerana kekurangan bukti

Lim yang ketika itu anggota parlimen Kota Melaka dipenjara selama 18 bulan bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1948 kerana mempersoalkan apa yang didakwanya sebagai "tiada tindakan."

Rahim memfailkan saman terhadap DAP atas tuduhan rogol berstatutori itu. Parti itu kemudian menarik balik dakwaan itu selepas mengambil kira pihak yang membuat tuduhan telah menarik balik dakwaannya.

Rahim kemudian membatalkan saman terhadap DAP. Di sebalik tuduhan itu, Rahim tidak pernah disabitkan.

Beliau juga sebahagian daripada 'trio Datuk' yang menayangkan video seks terhadap sekumpulan wartawan pada 2011.

Mereka mendakwa video itu memaparkan Anwar bersama seorang pelacur. Anwar menafikan dakwaan itu.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/12/akar-umbi-bersatu-bimbang-rahim-cemar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kekal Umno Atau Masuk Bersatu Akar Umbi Sedang Tunggu

Kekal Umno Atau Masuk Bersatu Akar Umbi Sedang Tunggu

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 444 hits
Bukan sesuatu yang pelik kalaumana law maker Dan pemimpin POLITIK Melayu Islam memilih BERSATU untuk disertai khususnya dari kalangan umno Bagaimanapun Ada beberapa nama sudah dimaklumkan TIDAK AKAN DITERIMA Apakah bung mokhtar Ahmad maslan...
Jangan Lupa Jasa Parti Dan Akar Umbi Yang Memberi Tempat

Jangan Lupa Jasa Parti Dan Akar Umbi Yang Memberi Tempat

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 265 hits
KUALA LUMPUR 14 Dis 8211 Bekas Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Razak kecewa melihat rakan rakan seperjuangan lamanya patah semangat dan mula meninggalkan UMNO Menurut bekas perdana menteri itu dalam hantaran di Facebooknya terdapat di k...
Bekas Adun Akar Umbi Umno Keluar Parti Di Langkawi

Bekas Adun Akar Umbi Umno Keluar Parti Di Langkawi

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 309 hits
Bekas Adun Ayer Hangat di Kedah Mohd Rawi Abdul Hamid keluar Umno bersama 30 anggota akar umbi parti itu di Langkawi hari ini Saya bersama 30 orang kami semua datang dari Langkawi ada ketua cawangan AJK pemuda bahagian ketua puteri Keputusa...
Khianat Jika Rahim Diterima Masuk Bersatu Pemuda Dap

Khianat Jika Rahim Diterima Masuk Bersatu Pemuda Dap

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 316 hits
ULASAN Mungkin ada di antara kita telah lupa akan penderitaan yang ditanggung Puan Pendek binti Ahmad yang mengetahui cucu perempuannya Noryati binti Mohamad Yusop yang ketika itu berumur 14 tahun dirogol Mungkin juga tak ramai yang ingat p...
Setakat Ini 16 Mp Umno Telah Keluar Parti 3 Masuk Bersatu 1 Masuk Warisan

Setakat Ini 16 Mp Umno Telah Keluar Parti 3 Masuk Bersatu 1 Masuk Warisan

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 408 hits
Setakat 17hb Disember 2018 seramai 16 Ahli Parlimen UMNO telah isytihar keluar UMNO Tiga daripadanya telah menyertai BERSATU dan seorang menyertai WARISAN Dua belas orang lagi masih menjadi Ahli Parlimen Bebas Tun Mahathir diserang bertalu ...
Tun M Bersatu Akan Kaji Permohonan Rahim Thamby Chik

Tun M Bersatu Akan Kaji Permohonan Rahim Thamby Chik

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 392 hits
CYBERJAYA Parti Pribumi Bersatu Malaysia akan mempertimbangkan permohonan veteran UMNO yang juga bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik untuk menyertai parti itu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata setiap permohona...
Umno Rosak Dek Rasuah Rahim Thamby Chik Masuk Bersatu

Umno Rosak Dek Rasuah Rahim Thamby Chik Masuk Bersatu

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 307 hits
Umno rosak dek rasuah Rahim Thamby Chik masuk Bersatu Dikemas kini 25 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 16 Dec 2018 4
Pengerusi Bersatu Terengganu Dap Bimbang Suara Melayu Islam

Pengerusi Bersatu Terengganu Dap Bimbang Suara Melayu Islam

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 421 hits
KUALA TERENGGANU Sikap DAP yang mempersoalkan kemasukan bekas ahli UMNO ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia dilihat sebagai sengaja mahu menguji dan menyekat pembesaran BERSATU supaya keseimbangan kuasa dalam PH tidak berubah Pengerusi ...
Haniza Isu Lompat Parti Untuk Burukkan Imej Azmin

Haniza Isu Lompat Parti Untuk Burukkan Imej Azmin

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 231 hits
MALAYSIAKINI Ketua Wanita PKR Haniza Talha menafikan khabar angin bahawa timbalan presiden parti PKR Azmin Ali bersama 20 anggota parlimen akan menyertai Parti Bersatu Menyifatkan isu itu tidak masuk akal Haniza berkata ia juga bertujuan un...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Palladium Vs Aset Komoditi Usd Isnin 23 Disember 2024