Mujahid Rasakan Misi Anwar Ibrahim 13 Oktober Memang Patut Diteruskan



Nampaknya orang politik tetap terus cuba berebut kuasa dalam memastikan kerajaan milik mereka selepas Presiden PKR, Anwar Ibrahim mengumumkan 13 Oktober ini beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara. 
Sebelum ini Anwar telah membuat sidang media dan menyatakan kerajaan Perikatan Nasional di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin telah tumbang. 
Dalam perkembangan terbaru, Ohmedia tertarik dengan jawapan bekas Menteri Agama, Mujahid Yusof Rawa yang mengeluarkan kenyataan bahawa 13 Oktober ini misi Anwar yang turut menyenaraikan beberapa sebab mengapa ia harus diteruskan. 
Saya dihujani berbagai reaksi sebagai respons kepada tulisan-tulisan saya selepas pengumuman 22hb September. Ada yang mengkritik soal kewajaran, samada sesuai pada masa pandemik mahupun pandangan yang menolak samasekali pengumuman DSAI atas alasan DSAI dan PH main politik saat rakyat menderita kerana covid 19. Ada juga yang menyokong gerakan 'PAUSE' kononnya masa sekarang ialah masa 'gencatan senjata' dalam soal-soal politik untuk memberi tumpuan kepada masalah negara. 
Saya memahami semua respons itu tetapi saya perlu menjelaskan di sini bahawa intipati langkah DSAI adalah berpandukan kepada beberapa keperluan utama yang sangat mendesak khususnya di waktu covid ini, iaitu; 
a. Mengembalikan mandat asal (restore back the original mandate) yang diamanahkan oleh pengundi kepada Pakatan Harapan pada PRU 2018 yang lalu setelah 'dijatuhkan' oleh Langkah Sheraton (Feb 2020) melalui perancangan licik TSMY dan DSAA semasa covid sudahpun melanda negara. Mandat asal akan mengembalikan kepercayaan rakyat semula kepada kerajaan dan ia sangat diperlukan pada saat krisis. 
b. Membentuk majoriti yang kukuh setelah majoriti kerajaan TSMY terbukti sangat rapuh sedangkan semasa krisis seperti ini, sebuah kerajaan yang kukuh majoritinya sangat diperlukan dan DSAI ada kekuatan itu untuk menyumbang kepada pengurusan krisis covid dengan sokongan majoriti lebih padu dan kukuh. 
c. Mengembalikan balik asal kedudukan kuasa yang diambil secara demokratik oleh PH dahulu selepas kes awalan yang buruk ditunjukkan oleh Langkah Sheraton supaya tindakan sebegitu rupa tidak lagi berulang. Langkah DSAI adalah 'rebooting' situasi untuk memelihara semula proses demokrasi dan prinsipnya supaya mana-mana kerajaan yang akan dibentuk di masa hadapan mestilah daripada mandat rakyat melalui pilihanraya dan bukan tebuk atap. 
d. Kesepaduan rakyat yang telah dinodai oleh sekelompok puak yang berfikiran perkauman sempit dan para penunggang agama yang menjadi pendokong tegar terbentuknya kerajaan PN hari ini. Propaganda terancang yang tidak ada asas semata menimbulkan kebencian kaum terbukti satu pembohongan. Langkah DSAI adalah menolak kelompok ini yang boleh menjejaskan kesepaduan rakyat dan misi DSAI ialah berusaha membentuk semangat Perpaduan Nasional yang akan menyumbang kepada penyelesaian krisis covid hari ini. 
Jangan kita abaikan keperluan utama yang telah dijelaskan di atas kerana memenuhi kehendak tersebut akan meningkatkan lagi keberkesanan negara mengatasi krisis covid. Yang mempolitikkan covid ialah mereka yang mengambil alih kerajaan melalui 'scheme of things' tanpa visi dan lebih tertumpu mengagihkan habuan sebagai balasan sokongan. Sebab itu kerajaan PN membuat sesuatu yang tak pernah dibuat oleh mana-mana kerajaan, iaitu kabinet yang bersaiz xxxl, jaminan GLC kepada Ahli Parlimen dan hasilnya ialah anggota kabinet yang tidak kompeten dan MP yang hilang fokus mengendalikan krisis. Bagaimana polisi dan keputusan semasa dapat dijayakan jikalau anggota kabinet xxxl gagal berfungsi? Bagaimana pula persepsi penguatkuasaan yang dilihat berlaku secara sistem berkasta? 
Jangan biarkan negara ini yang dilanda krisis pandemik dikendalikan oleh sebuah kerajaan tanpa mandat rakyat, lemah dan tanpa hala tuju nasional, kelak kita akan menyesal kerana mempertikaikan soal kewajaran atau atas alasan gencatan senjata. 
Mari kita doakan langkah DSAI akan sampai dengan izin Allah pada 13 Oktober nanti di balai mengadap istana. Saya ingin ingatkan, jika sampai masanya nanti usahlah kita berseronok dan bersorak, kita harus insaf dan berendah diri kerana bebanan atas bahu DSAI dan majoriti MP yang menyokongnya lebih berat dari apa yang boleh kita bayangkan. Ia bukan tentang politik KUASA tetapi AMANAH dan TAKLIF menguruskan negara di saat krisis! 
Itulah apa yang cuba disampaikan oleh Mujahid. Apa-apapun rakyat melihat ini hanya untuk kepentingan politik semata-mata. Kenapa begitu? Ini kerana kita dapat lihat yang rakyat tidak mahu pemimpin terus berpolitik dan hanya mahukan mereka terus memikirkan cara untuk Malaysia keluar dengan selamat dari pandemik Covid-19

Kredit: Dr Mujahid Yusof Rawa
+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media. 

Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/10/mujahid-rasakan-misi-anwar-ibrahim-13.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Misi Anwar 13 Oktober Keperluan Utama Waktu Covid 19

Misi Anwar 13 Oktober Keperluan Utama Waktu Covid 19

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 588 hits
R MUJAHID YUSOF RAWA13 Oktober 2020 adalah tanggal yang mendebarkan semua pihak DSAI akan mengadap YDPA di Istana Negara secara logiknya semua boleh agak tujuan dan hasil pertemuan itu nanti Ini berpandukan sidang akhbar DSAI yang telah dia...
Mujahid Yakin Anwar Ada Majoriti Akan Jadi Pm Kerajaan Ph 13 Oktober Ini

Mujahid Yakin Anwar Ada Majoriti Akan Jadi Pm Kerajaan Ph 13 Oktober Ini

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 384 hits
Naib Presiden Parti Amanah Negara Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mengajak rakyat mendoakan agar langkah Datuk Seri Anwar Ibrahim akan sampai di balai mengadap istana pada 13 Oktober ini Dengan yakin beliau mengingatkan semua pihak termasu...
Anwar Ibrahim Dipanggil Polis 9 Pagi 13 Oktober 2020

Anwar Ibrahim Dipanggil Polis 9 Pagi 13 Oktober 2020

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 483 hits
Anwar Ibrahim telah dipanggil untuk pergi ke Unit Siasatan Jenayah Bukit Aman pada 13 Oktober 2020 jam 9 00 pagi bersabit dengan beberapa laporan polis yang telah dibuat tehadapnya di mana beliau mendakwa bahawa ahli ahli parlimen Umno memb...
Misi Terpenting Anwar 13 Oktober

Misi Terpenting Anwar 13 Oktober

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 323 hits
Dr Mujahid Yusof Rawa 13 Oktober 2020 adalah tanggal yang mendebarkan semua pihak DSAI akan mengadap YDPA di Istana Negara secara logiknya semua boleh agak tujuan dan hasil pertemuan itu nanti Ini berpandukan sidang akhbar DSAI yang telah d...
Anwar Ibrahim Pm Ke 9 Ke Arah Sebuah Kerajaan Stabil Kukuh

Anwar Ibrahim Pm Ke 9 Ke Arah Sebuah Kerajaan Stabil Kukuh

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 403 hits
October 1 2020 Saya akan ulangi apa yang saya tegaskan sebelum ini bahawa kerajaan Pakatan Harapan selama 22 bulan dijatuhkan atas konspirasi jahat satu pengkhianatan dari dalam Ini bermakna PH tidak dijatuhkan atas motif kegagalannya memel...
Ds Anwar Ibrahim Berbohong

Ds Anwar Ibrahim Berbohong

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 1113 hits
HarakahdailyOctober 13 2020Anwar dakwa persembah dokumen sahih tetapi Istana Negara maklum hanya jumlah tanpa senarai KUALA LUMPUR Tindakan Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim dibidas sebagai tidak beretika apabila menyusahkan dan mel...
Suria Klcc Raikan Musim Perayaan Dengan A Majestic Christmas Yang Penuh Magis

Easy Beef Broth Onion Soup Recipe

Bukan Warga China Wanita Tempatan Menetap Setahun Di Klia Ada Kad Mental Oku Dihantar Ke Hospital Kajang

Cuti Akhir Persekolahan Bagi Sesi 2025 2026

Malaysia Rangkul 3 Emas Sukan Memanah Berkuda Di China Harian Metro 23 12 2025

Eur Usd Duit Pintar Isyarat Menaik Baharu Untuk Euro

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2025

Makan Makan Lunch Santai Di Mr Dakgalbi


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Nanjing Qinhuai River Cruise Bertemu Pelajar Muslim Xinjiang Selamat Tinggal Nanjing

Resepi Dan Cara Mudah Buat Agar Agar Sirap Ros Sekali Buat Terus Menjadi

Apa Itu Menu Laminated Dan Kelebihannya

Si Kecil Diserang Asthma

Fam Tingkatkan Kerjasama Strategik Dengan Ahli Gabungan Untuk Kemajuan Sukan Negara

Menelusuri Keajaiban Histori Runtuhan Kota Purba Hierapolis