Najib Sindir Mahathir Ph Pun Boleh Jatuhkan Muhyiddin Dengan Sd




Najib Razak meminta Pakatan Harapan (PH) mengeluarkan senarai akuan bersumpah (SD) yang mencukupi bagi menumbangkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, pemimpin PH tidak perlu membawa usul ke Parlimen tetapi memadai dengan mengemukakan SD seperti mana dilakukan Perikatan Nasional (PN) bagi menjatuhkan Menteri Besar Mukhriz Mahathir di Kedah.
“Untuk tumbangkan Mukhriz di Kedah, PN serah 23 SD Adun. Lalu kesemua 36 Adun disuruh menghadap Sultan Kedah hari ini.
“Kenapa PH tak buat (perkara) serupa untuk tumbangkan PM8 Sebenarnya, tak payah buat undi tidak percaya di Parlimen.
“Kumpullah sekurang-kurangnya 112 SD ahli parlimen yang baru ditandatangan minggu ini.
“Muat naik ke FB (Facebook) kesemua 112 SD jika mahu. Lalu serah pada Yang di-Pertuan Agong untuk minta tukar PM,” tulis Najib dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
Hari ini, Bernama melaporkan seramai 19 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedah daripada PAS, Umno dan Bebas tiba di Wisma Darul Aman di Alor Setar bagi menghadap Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pagi tadi.
Antara yang tiba bermula 9.15 pagi tadi ialah Ketua Pembangkang, Muhammad Sanusi Md Nor (Jeneri), diikuti Dr Mohd Hayati Othman (Tokai), Siti Ashah Ghazali (Merbau Pulas), Suraya Yaacob (Sungai Tiang) dan Norsabrina Mohd Noor (Bandar Baharu).
Majlis menghadap itu dipercayai diadakan berikutan krisis politik membabitkan kedudukan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah.
Minggu lalu, Perikatan Nasional (PN) iaitu PAS, Umno dan Bersatu mendakwa memiliki majoriti untuk mengambil pentadbiran negeri Kedah daripada PH.
Di peringkat Persekutuan, Parlimen akan bersidang selama sehari pada 18 Mei ini dan hanya akan mendengar titah diraja oleh Yang di-Pertuan Agong saja tanpa sebarang perbahasan.
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri pada sesi Parlimen kali ini.
Bagaimanapun usul berkenaan tidak akan berjaya kerana Parlimen hanya bersidang sehari.
Bagaimanapun kata Najib secara sinis, PH jangan lagi menipu Yang di-Pertuan Agong berhubung jumlah sokongan yang dimiliki.
Pada awal Mac lalu, PH mengeluarkan senarai 114 ahli Parlimen yang didakwa menyokong Mahathir sebagai perdana menteri kelapan selepas kejatuhan kerajaan.
“Tapi, jangan tipu Yang di-Pertuan Agong lagi ya. Awal bulan Mac lalu, PH keluarkan senarai 114 ahli Parlimen yang didakwa sokong PM7 jadi PM8.
“Tapi satu-persatu ahli Parlimen nafi sehingga PM7 hilang sokongan majoriti. Kali ini, buat betul-betul jangan keluarkan senarai.
“Keluarkan 112 SD ahli Parlimen terbaru yang nyatakan dengan jelas sokongan pada PM7 untuk menjadi PM9. Apa susahnya?,” sindir Najib.
Malaysia menyaksikan kemelut politik pada Feb lalu yang menyaksikan Bersatu bertindak keluar PH mengakibatkan kerajaan PH yang dipimpin Mahathir.
Susulan itu Mahathir melepaskan jawatan sebagai perdana menteri ketujuh dan pada 1 Mac Muhyiddin diangkat sebagai perdana menteri kelapan.
Mkini




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/05/15/najib-sindir-mahathir-ph-pun-boleh-jatuhkan-muhyiddin-dengan-sd/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=najib-sindir-mahathir-ph-pun-boleh-jatuhkan-muhyiddin-d

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Boleh Ke Mahathir Bunuh Muhyiddin Menarik Ulasan Pet

Boleh Ke Mahathir Bunuh Muhyiddin Menarik Ulasan Pet

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 382 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad dendam sungguh dengan Muhyiddin Yassin dan Anwar Ibrahim Tapi boleh ke Mahathir bunuh Muyhiddin Anwar boleh dikatakan sudah lumpuh kerana PKR dan PPBM sudah hancur Tetapi Muafakat Nasional menyokong Muhyiddin dan sel...
Mahathir Vows To Oust Muhyiddin At Every Turn

Mahathir Vows To Oust Muhyiddin At Every Turn

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 374 hits
Former PM Dr Mahathir Mohamad says Muhyiddin Yassin s alliance only held a two seat majority in Dewan Rakyat and he will work with Anwar Ibrahim to topple the government KUALA LUMPUR Former prime minister Dr Mahathir Mohamad said he would s...
Mahathir Akan Sabotaj Kerajaan Sehingga Muhyiddin Jatuh

Mahathir Akan Sabotaj Kerajaan Sehingga Muhyiddin Jatuh

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 495 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan sekat atau sabotaj semua usul atau bill kerajaan selagi undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak dibenarkan Ini bermakna Budget 2021 tidak boleh diluluskan dan pada Janua...
Mahathir Confirm Telah Letak Jawatan Dan Muhyiddin Confirm Pm8 Yang Sah

Mahathir Confirm Telah Letak Jawatan Dan Muhyiddin Confirm Pm8 Yang Sah

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 338 hits
Hari ini Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong telah menjawab dua soalan yang penting iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad confirm telah letak jawatan dan Muhyiddin Yassin adalah Perdana Menteri yang sah Hari ini juga di dalam sidang media sel...
It S Not Over Mahathir Warns Muhyiddin No Confidence Won T Go Away The Next Time You Won T Be So Lucky

It S Not Over Mahathir Warns Muhyiddin No Confidence Won T Go Away The Next Time You Won T Be So Lucky

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 479 hits
PUTRAJAYA Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad today expressed hope that MPs from both sides of the political divide will come to their senses and support him when he moves his motion of no confidence against Prime Minister Tan Sri...
Mahathir Dakwa Muhyiddin Dijangkiti Penyakit Umno Dalam Usaha Singkirkan Beliau

Mahathir Dakwa Muhyiddin Dijangkiti Penyakit Umno Dalam Usaha Singkirkan Beliau

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 370 hits
Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sidang media bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Bersatu di Petaling Jaya Selangor foto FAREEZ FADZIL KUALA LUMPUR Tun Dr Mahathi...
Mujahid Dakwa Muhyiddin Takut Dengan Usul Mahathir

Mujahid Dakwa Muhyiddin Takut Dengan Usul Mahathir

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 555 hits
Takut usul Dr Mahathir Muhyiddin gadai usul k jaan Mujahid Kerajaan Perikatan Nasional lebih mengutamakan usaha mempertahankan Langkah Sheraton daripada membahaskan krisis Covid 19 secara bersama di Parlimen Bekas menteri di jabatan perdana...
Agak Agak Siapa Kena Games Muhyiddin Atau Mahathir

Agak Agak Siapa Kena Games Muhyiddin Atau Mahathir

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 346 hits
Bekas Pengerusi Bersatu Mahathir Mohamad berkata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan berdepan masalah yang sangat besar Jelas Mahathir ini kerana beliau akan berusaha untuk membuktikan ketidaksahihan kerajaan Perikatan Nasional dan Muhyid...
Jatuhkah Muhyiddin Oleh Mahathir 18 Mei Ini

Jatuhkah Muhyiddin Oleh Mahathir 18 Mei Ini

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 305 hits
oleh Subky LatifSELAMA dua bulan negara dilanda Covid 19 gelora politik kembali semula di tanah air kita setelah 20 bulan sebelumnya gelora politik itu tidak henti henti Wabak Covid rupanya cuti politik untuk semua Rakyat semuanya cuti just...
Lapan Anggota Fru Maut Trak Bertembung Lori Muatan Batu Di Teluk Intan

Israel Bunuh Wartawan Palestin Ketika Dirawat Di Hospital

Legendary Malaysian Jazz Family The Solianos Performed At Hard Rock Hotel Desaru Coast For Jazz Blues Tribute Series

Saifuddin Bidas Kenyataan Rafizi Pkr Wujud Disebabkan Insiden Terhadap Anwar

10 Essential Roles Of An Insurance Agent

Hard Rock Cafe Genting Highlands Opens Its Doors On 30th April

Resepi Talapia Masak Pedas Ala Thai

Betulkah Perawat Boleh Tahu Segalanya Menyingkap Realiti Syariat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cikbunga Menunaikan Umrah

Kotak Pizza Custom Solusi Ideal Untuk Bisnes Makanan Anda

Belajar Mengaji Dengan Iqra Klasikal

Adakah Emas Dikenakan Cukai Di Malaysia Ini Jawapannya

Senarai Universiti Yang Menawarkan Bidang Sains Komputer Di Malaysia

Teh Pucuk Harum Pilihan Teh Botol Menyegarkan Ketika Cuaca Panas