Muhyiddin Tidak Pernah Buktikan Dapat Sokongan Majoriti Di Parlimen Hassan Karim


 






Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pernah melepasi ujian Undi Percaya atau Undi Tidak Percaya di Parlimen sebagaimana amalan demokrasi di negara-negara lain dalam melantik ketua kerajaan tanpa melalui Pilihan Raya Umum .

 

Bagi Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, keberadaan Muhyiddin sebagai PM selama 7 bulan ini hanyalah di atas kepercayaan Yang di-Pertuan Agong bahawa beliau memiliki sokongan majoriti, yang mana Agong berdasarkan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan wajar melantik seorang PM untuk mempengerusikan Jemaah Menteri bagi mentadbir kerajaan.

 

"Namun fakta menunjukkan dari 1 Mac 2020 sehingga hari ini, Muhyiddin tidak pernah melepasi ujian kepercayaan di Dewan Rakyat untuk membuktikan secara rasmi beliau mempunyai majoriti ahli dewan yang menyokongnya.

 

"Fakta juga menunjukkan Usul Undi Tidak Percaya yang dikemukakan oleh Tun Dr Mahathir, Ahli Parlimen Langkawi dan diterima oleh Speaker Dewan Rakyat sampai ke hari ini tidak dibentang untuk dibahas dan diundi di Parlimen.

 

"Muhyiddin kelihatan cuba berdalih-dalih dan lari-lari dari menghadapi usul tersebut," kata Hassan dalam satu kenyataan.

 

Menurut beliau lagi, Muhyiddin kelihatan seperti tidak berani membawa Usul Percaya terhadapnya selaku PM di Dewan Rakyat. Usul seperti itu tidak pernah dibawa atas arahan Muhyiddin.

 

Oleh kerana ketiadaan keberanian itu, kata Hassan, maka tidak boleh dipersalahkan apabila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pergi mengadap Agong menunjukkan sokongan yang beliau milikki, sebagaimana yang dilakukan Muhyiddin pada Februari lalu.

 

"Dalam keadaan ketidakpastian sama ada Muhyiddin mempunyai sokongan majoriti atau tidak, maka pada 13 Oktober lalu, Datuk Seri Anwar telah mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara dan mempersembahkan dokumen-dokumen yang membuktikan beliau mendapat sokongan melebihi 120 orang ahli dewan yang menyokongnya bagi jawatan PM. Pernyataan atau representasi Anwar kepada Agong itu bermakna beliau mendakwa Muhyiddin telah hilang sokongan.

 

"Persoalan undang-undang kini, ialah Kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong perlu merujuk semula Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan. Apakah selepas Anwar mengadap, Agong masih berpegang pada hematnya mungkin Muhyiddin masih mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan seperti yang dipercayai Baginda pada 1 Mac 2020 lalu?

 

"Jika Agong masih percaya, maka selamatlah kedudukan Muhyiddin sebagai PM buat sementara.

 

"Sebaliknya jika Agong sudah hilang kepercayaan maka Muhyiddin perlulah meletak jawatan sebagai PM untuk mengelakkan rakyat dan negara daripada terheret ke dalam satu krisis Perlembagaan," kata Hassan.

 

Sebelum ini, Datuk Seri Anwar dalam sidang medianya pada 22 September dan 13 Oktober lalu jelas menekankan kerajaan Muhyiddin telah tumbang.

 

Bagaimanapun, Muhyiddin kekal mempertahankan beliau masih mempunyai sokongan majoriti tanpa berjanji untuk membentangkan Usul Percaya di Dewan Rakyat pada sesi 2 November nanti atau sebarang cara bagi membuktikan kerajaan beliau masih sah memerintah.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/10/muhyiddin-tidak-pernah-buktikan-dapat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sokongan Majoriti Muhyiddin Tidak Pernah Dibuktikan Di Parlimen

Sokongan Majoriti Muhyiddin Tidak Pernah Dibuktikan Di Parlimen

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 250 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pernah melepasi ujian Undi Percaya atau Undi Tidak Percaya di Parlimen sebagaimana amalan demokrasi di negara negara lain dalam melantik ketua kerajaan tanpa melalui Pilihan Raya Umum Bagi Ahli...
Anwar Perlu Buktikan Secara Jelas Peralihan Sokongan Di Parlimen

Anwar Perlu Buktikan Secara Jelas Peralihan Sokongan Di Parlimen

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 259 hits
KUALA LUMPUR Proses pelantikan perdana menteri dan seterusnya pembentukan kerajaan perlu dibuktikan dengan jelas terutama mengenai peralihan sokongan ahli Parlimen di Dewan Rakyat demikian menurut pandangan pakar perlembagaan Mereka berkata...
Beri Sokongan Padu Pada Kerajaan Muhyiddin Pas Beritahu Sekutu

Beri Sokongan Padu Pada Kerajaan Muhyiddin Pas Beritahu Sekutu

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 251 hits
October 15 2020 12 49 PMSetiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata jemaah Kabinet yang dianggotai BN PN GPS PAS dan GRS mesti bertindak secara kolektif dan bertanggungjawab dengan memberi keutamaan kepada kesejahteraan rakyat PETALING J...
Hamzah Zainuddin Anwar Dapat Sokongan Majoriti Hanya Cerita Rekaan Semata Mata

Hamzah Zainuddin Anwar Dapat Sokongan Majoriti Hanya Cerita Rekaan Semata Mata

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 395 hits
KUALA LUMPUR Parti Pribumi Bersatu Malaysia mengesahkan semua ahli Parlimen mereka kekal menyokong Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk terus menerajui negara Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata ahli Parli...
Polis Panggil Anwar Atas Senarai Didakwa Sokongan 121 Ahli Parlimen

Polis Panggil Anwar Atas Senarai Didakwa Sokongan 121 Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 420 hits
Polis memanggil Anwar Ibrahim untuk memberi keterangan berhubung penyebaran senarai 121 ahli Parlimen didakwa menyokong ketua pembangkang itu bagi membentuk kerajaan baru Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Huzir Mohamed berkata po...
Dakwa Kerajaan Tsmy Sudah Jatuh Anwar Ibrahim Yakin Terima Sokongan Lebih 120 Ahli Parlimen

Dakwa Kerajaan Tsmy Sudah Jatuh Anwar Ibrahim Yakin Terima Sokongan Lebih 120 Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 360 hits
Hari yang penuh dengan kontroversi buat rakyat Malaysia serta ahli politik apabila Dato Seri Anwar bin Ibrahim selaku ahli politik daripada pihak pembangkang menghadap Yang di Pertuan Agong bagi menunjukkan jumlah serta sokongan ahli parlim...
Anwar Serahkan Dokumen Sokongan Majoriti Kepada Agong Dan Anggap Kerajaan Pn Sudah Jatuh

Anwar Serahkan Dokumen Sokongan Majoriti Kepada Agong Dan Anggap Kerajaan Pn Sudah Jatuh

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 334 hits
Anwar Ibrahim mengesahkan telah menyerahkan dokumen sahih sebagai bukti sokongan majoriti sokongan kepadanya Anwar menyatakan dia ada lebih 120 ahli parlimen bersamanya Menurutnya lagi Agong akan memanggil ketua ketua parti selepas ini Anwa...
Muhyiddin Patut Malu Pasangan Bilik Tidurnya Pun Tahu Beliau Sudah Tiada Sokongan Lagi

Muhyiddin Patut Malu Pasangan Bilik Tidurnya Pun Tahu Beliau Sudah Tiada Sokongan Lagi

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 222 hits
Setakat ini sekurang kurangnya tiga pemimpin UMNO dikenalpasti tidak lagi menyokong Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Mereka ialah Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi bekas Perdana Menteri Najib Razak dan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO...
Tun M Keletihan Lepas Kayuh Basikal 9km Sempena Sambut Kelahiran Ke 100 Janganlah Bagi Dia Aktiviti Lasak

Speed Read The Luxe Brough Superior X Richard Mille Rmb01 And More

Atlet Tenis India Maut Ditembak Bapa Empat Kali Ketika Sediakan Sarapan

Elected Decay

Rakan Kkm A Public Initiative Says Health Minister

Ikut Campur Masalah Keluarga Punca Penyanyi Lagenda Serang Shila Amzah Suspek Tak Puas Hati

Jyp Entertainment Dikecam Teruk Akibat Prestasi Carta Yang Mengecewakan

Penyokong Najib Tidak Perlu Terpengaruh Dengan Kenyataan Rafizi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Skandal Kehakiman Cemar Imej Anwar

Juliana Marins Dan Gunung Rinjani Sebuah Tragedi Yang Menyentuh Dunia

Disahkan Mengidapi Hipertiroid

Nurul Izzah Marches With Lawyers Moots Tribunal To Probe Jac Leak Claims

Stay Tuned Anwar Teases On Major Announcement

Police Deny Arresting Suspect In Temple Groping Woman Incident