Muhyiddin Patut Malu Pasangan Bilik Tidurnya Pun Tahu Beliau Sudah Tiada Sokongan Lagi


 
Setakat ini, sekurang-kurangnya tiga pemimpin UMNO dikenalpasti tidak lagi menyokong Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.
Mereka ialah Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, bekas Perdana Menteri, Najib Razak dan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah.
Zahid Hamidi adalah Ahli Parlimen Bagan Datuk, Najib Ahli Parlimen Pekan dan Ku Li Ahli Parlimen Gua Musang.
Zahid Hamidi dikira tidak lagi menyokong Muhyiddin apabila beliau mempengerusikan mesyuarat Biro Politik UMNO malam semalam yang memutuskan untuk menimbang keluar daripada PN serta akan memberikan syarat baru yang persetujuannya mesti dilakukan secara bertulis jika kedua-dua pihak ingin terus bekerjasama.
Pendirian terbaru UMNO itu dilihat sebagai petanda UMNO kini benar-benar tidak gembira dengan Muhyiddin dan sedia untuk keluar daripada kerajaan bila-bila masa, kecuali syarat dan tuntutan mereka dipenuhi.
Berikutan keputusan Biro Politik UMNO itu, Najib kemudiannya menyokong kuat perkara tersebut, sambil menghuraikan sebab-sebab kekecewaan UMNO terhadap kepimpinan Muhyiddin.
Antara sebab itu, menurut Najib ialah pembulian dalam PRN Sabah, perlongsian kuasa yang tidak adil, tindakan Muhyiddin meletakkan Azmin seolah-olah penggantinya, hal ehwal ekonomi dan kewangan dalam kerajaan tidak diberikan kepada pemimpin UMNO dan tiada pemimpin UMNO dilantik dalam Khazanah serta Majlis Tindakan Ekonomi untuk melawan Covid-19.
Najib turut membangkitkan tentang ketidakpedulian kerajaan terhadap tuntutan UMNO agar moratorium pinjaman bank untuk rakyat dilanjutkan lagi dan bantahan isu penggabungan UEM Sunrise dengan Eco World langsung tidak didengar.
Selain itu, tegas Najib lagi, keputusan Biro Politik tersebut adalah juga keputusan akar umbi UMNO kerana semua Pengerusi Perhubungan UMNO menyokongnya tanpa berbelah lagi.
Tengku Razaleigh menyusul sebagai pemimpin UMNO ketiga menzahirkan pendirian tidak lagi menyokong Muhyiddin apabila mendedahkan surat yang dihantarnya kepada Speaker Parlimen agar usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri segera diberi keutamaan.
Katanya, usul itu perlu diberi keutamaan agar keabsahan kerajaan pimpinan Muhyiddin dapat ditentukan.
Berdasarkan pendirian terkini ketiga-tiga pemimpin di atas, mereka bukan saja tidak lagi menyokong Muhyiddin, malah hampir pasti tidak mengundi atau tidak hadir ketika pengundian Belanjawan 2021 pada Sidang Parlimen yang bermula 2 November depan.
Dalam erti kata lain, walaupun Muhyiddin boleh bermain silap mata agar usul tidak percaya terhadapnya tidak diberi laluan, tetapi keperluan meluluskan Belanjawan 2021 adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
Jika sesuatu belanjawan kerajaan tidak diluluskan di Parlimen, ia adalah sama seperti lulusnya usul tidak percaya dan kerajaan akan tumbang dengan sendirinya.
Ini kerana, tanpa belanjawan diluluskan Parlimen, kerajaan tidak dapat berfungsi seperti untuk membayar gaji kakitangan awam dan lain-lain perbelanjaan.
Dalam hal ini, mahu tidak mahu, dengan majoritinya di Parlimen hanya satu atau dua undi saja, Muhyiddin sepatutnya ada rasa malu untuk terus bertahan sebagai Perdana Menteri kerana beliau sebenarnya sudah pun jatuh berikutan pendirian terbaru Zahid Hamidi, Najib dan Ku Li itu.
Keadaan ini tak termasuk lagi dengan beberapa pemimpin lain dalam Biro Politik UMNO yang turut sependirian dengan Zahid Hamidi dan Najib serta mahu agar hubungan dengan Muhyiddin segera ditamatkan.
Jika selepas mengadap Agong Selasa lalu, Anwar Ibrahim dalam sidang medianya mengatakan beliau sudah memiliki sokongan 120 Ahli Parlimen di belakangnya untuk membentuk sebuah kerajaan baru, jalan mati di hadapan Muhyiddin kini ibarat sudah terang lagi bersuluh cahayanya.
Ia bukan saja sudah terbuka dan diperbualkan oleh seluruh rakyat negara ini, malah tidak lagi dapat disembunyikan daripada pasangan di bilik tidurnya sendiri.
Cepat atau lambat saja lagi perkiraan nasib Muhyiddin sekarang ini – jatuh tetap jatuh.(Shahbudindotcom 15/10/2020)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/10/muhyiddin-patut-malu-pasangan-bilik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Tidak Pernah Buktikan Dapat Sokongan Majoriti Di Parlimen Hassan Karim

Muhyiddin Tidak Pernah Buktikan Dapat Sokongan Majoriti Di Parlimen Hassan Karim

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 262 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pernah melepasi ujian Undi Percaya atau Undi Tidak Percaya di Parlimen sebagaimana amalan demokrasi di negara negara lain dalam melantik ketua kerajaan tanpa melalui Pilihan Raya Umum Bagi Ahli...
Beri Sokongan Padu Pada Kerajaan Muhyiddin Pas Beritahu Sekutu

Beri Sokongan Padu Pada Kerajaan Muhyiddin Pas Beritahu Sekutu

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 276 hits
October 15 2020 12 49 PMSetiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata jemaah Kabinet yang dianggotai BN PN GPS PAS dan GRS mesti bertindak secara kolektif dan bertanggungjawab dengan memberi keutamaan kepada kesejahteraan rakyat PETALING J...
Sokongan Majoriti Muhyiddin Tidak Pernah Dibuktikan Di Parlimen

Sokongan Majoriti Muhyiddin Tidak Pernah Dibuktikan Di Parlimen

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 270 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pernah melepasi ujian Undi Percaya atau Undi Tidak Percaya di Parlimen sebagaimana amalan demokrasi di negara negara lain dalam melantik ketua kerajaan tanpa melalui Pilihan Raya Umum Bagi Ahli...
Muhyiddin Pun Tak Dedah Sokongan Kepada Beliau

Muhyiddin Pun Tak Dedah Sokongan Kepada Beliau

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 234 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pun tidak mendedahkan senarai nama ahli Parlimen yang menyokongnya sebagai Perdana Menteri sebelum ini Itu kritikan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi terhadap isu menamakan ahli ...
Politik Covid Penurunan Sokongan Untuk Muhyiddin Dan Langkah Anwar

Politik Covid Penurunan Sokongan Untuk Muhyiddin Dan Langkah Anwar

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 472 hits
DR YUSRI IBRAHIMPenghujung Mac lalu populariti TS Muhyiddin sebagai PM memuncak naik khususnya sejurus beliau membentang Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin bagi menangani pandemik Covid 19 Pada waktu itu beliau dilihat sebagai penyelamat Mal...
Tiga Pilihan Buat Muhyiddin Yang Hakikatnya Sudah Pun Hilang Sokongan

Tiga Pilihan Buat Muhyiddin Yang Hakikatnya Sudah Pun Hilang Sokongan

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 276 hits
Dalam suasana tekanan makin meningkat terhadapnya sekarang ini hampir mustahil untuk Muhyiddin Yassin mampu bertahan lebih lama di kedudukannya sebagai Perdana Menteri Berdegil untuk terus berpaut pada kuasa sementara majoriti yang dimiliki...
Pasangan Mata Wang Gbp Usd Bagaimanakah Pound Boleh Bertahan Pada Kadar Negatif

Pasangan Mata Wang Gbp Usd Bagaimanakah Pound Boleh Bertahan Pada Kadar Negatif

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 378 hits
Pound boleh dikelirukan dengan masalah kadar negatif yang dihadapi oleh Bank of England Pada masa ini mata wang pound mencari peluang pertumbuhan tetapi hanya dalam catatan yang lebih sedikit Penganalisis mengatakan bahawa mata wang yang di...
Pasangan Mata Wang Eur Usd Adakah Hutang Negara As Akan Memberikan Banyak Tekanan Kepada Usd

Pasangan Mata Wang Eur Usd Adakah Hutang Negara As Akan Memberikan Banyak Tekanan Kepada Usd

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 343 hits
Dolar AS keliru dengan isu ketidakseimbangan menjadi mangsa pilihan raya yang akan datang dan hutang negara Kekurangan keseimbangan dalam pasangan mata wang EUR USD menghalang pertumbuhannya yang lebih jauh yang membuat pasaran sangat kebim...
Sultan Ibrahim Leaves For Historic State Visit To Saudi Arabia First By A Malaysian Monarch In Decades

Japan Honours Sarawak Premier With Order Of The Rising Sun

Jumlah Pekerja Asing Sah Di Malaysia Menurun 13 Peratus

Pau Sambal

Friends Will Not Get Offended Easily Says Indonesian Envoy After Rtm Broadcast Mix Up

Emirates Adds Another Best International Airline Award To Its Portfolio Of Accolades

Beli Minyak Masak Paket Dengan Ic

Meter Kereta Guna Skrin Petak Adalah Meter Pondan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Telaga Syifa Mukjikat Nabi Muhammad S A W

Cheese Potato Crispy Snek Rangup Berkeju Yang Super Sedap Bikin Ketagih

Ain Syakirah Feat Fara Insyirah Ku Kunci Rindu Buatmu Chord

Monolog Jiwa Bukan Kerana Aku

Pengambilan Tingkatan 4 Pondok Moden Al Abaqirah Maiwp 2026

Menginap 1 Malam Di The Katerina Hotel Batu Pahat