Muhyiddin Tak Minat Lantik Zahid Tpm Tunggu Calon Lain



Muhyiddin Yassin didakwa sedang menunggu Umno mencalonkan pemimpin parti itu yang dianggap boleh diterima untuk dilantik sebagai timbalan perdana menteri, lapor sebuah laporan media hari ini.
Memetik sumber yang tidak didedahkan, Sin Chew Daily mendakwa presiden Bersatu itu bersedia melantik seorang wakil Umno ke jawatan berkenaan dan terserah kepada parti terbabit mengemukakan calon.
Bagaimanapun kata sumber berkenaan Muhyiddin tidak dapat menerima Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, sebagai timbalannya kerana ahli parlimen Bagan Datuk itu masih dibicarakan di mahkamah.
“Tan Sri (Muhyiddin) boleh terima Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan; Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob atau Hishammuddin Hussein yang kini tiada sebarang jawatan dalam parti.
“Sekarang (Muhyiddin) cuma menunggu cadangan Umno, tapi jika mereka bertegas mahukan Zahid, maaflah,” katanya.
Untuk rekod Hishammuddin ialah bekas naib presiden Umno.
Selepas dilantik menjadi perdana menteri pada Mac lalu, Muhyiddin tidak melantik timbalan perdana menteri seperti biasa yang dilakukan pemimpin terdahulu.
Sebaliknya dia melantik empat menteri kanan. Daripada jumlah itu dua adalah dari Bersatu, seorang Umno dan seorang lagi Gabungan Parti Sarawak.
Menurut laporan itu lagi, seorang sumber dari Umno mendakwa parti berkenaan diminta membentuk sebuah jawatankuasa rundingan bagi membincangkan terma baru kerjasama mereka dengan Bersatu, termasuk pelantikan timbalan perdana menteri dan jawatan lain.
Jika Muhyiddin gagal memuaskan hati Umno, kata sumber-sumber, mereka akan mendesak agar pilihan raya umum (PRU) diadakan sebaik saja ancaman Covid-19 berkurangan.
Katanya pertemuan Majlis Tertinggi Umno semalam turut membincangkan kemungkinan menyegerakan PRU.
“Tapi ini bergantung kepada langkah lanjut Muhyiddin, termasuk jika dia mengemukakan tawaran baru kepada Umno seperti pelantikan timbalan perdana menteri, usaha menangani Covid-19 dan memulihkan ekonomi,” kata sumber yang hadir dalam pertemuan semalam.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/30350

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Laporan Muhyiddin Tunggu Calon Tpm Dari Umno Tapi Enggan Terima Zahid

Laporan Muhyiddin Tunggu Calon Tpm Dari Umno Tapi Enggan Terima Zahid

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 482 hits
malaysiakini comDiterbitkan 27 Oct 2020 11 47 pmMuhyiddin Yassin didakwa sedang menunggu Umno mencalonkan pemimpin parti itu yang dianggap boleh diterima untuk dilantik sebagai timbalan perdana menteri lapor sebuah laporan media hari ini Me...
Zahid Ismail Hishammuddin Calon Tpm Umno

Zahid Ismail Hishammuddin Calon Tpm Umno

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 775 hits
October 28 2020 4 41 PMWalaupun majoriti ahli Parlimen Umno dikatakan menyokong Ahmad Zahid Hamidi bagi jawatan itu ada spekulasi beliau mungkin mendatangkan risiko kerana perbicaraannya yang sedang berlangsung PETALING JAYA Orang dalam par...
Lantik Ahli Umno Sebagai Tpm Solusi Terbaik Muhyiddin Untuk Tenangkan Keadaan

Lantik Ahli Umno Sebagai Tpm Solusi Terbaik Muhyiddin Untuk Tenangkan Keadaan

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 432 hits
PADA saat suhu politik negara semakin memuncak ketika ini api kemarahan rakyat terhadap ahli politik Malaysia juga semakin membara sejak berakhirnya Pilihan Raya Negeri Sabah ke 16 pada 26 September lalu Kemarahan mereka ada asasnya Setelah...
Muhyiddin Cari Helah Tak Mahu Lantik Umno Sebagai Tpm

Muhyiddin Cari Helah Tak Mahu Lantik Umno Sebagai Tpm

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 452 hits
Muhyiddin Yassin didakwa sedang menunggu Umno mencalonkan pemimpin parti itu yang dianggap boleh diterima untuk dilantik sebagai timbalan perdana menteri lapor sebuah laporan media hari ini Memetik sumber yang tidak didedahkan Sin Chew Dail...
Umno Tolak Jawatan Tpm Tolak Bela Njawan 2021 Hayat Politik Muhyiddin Sudah Tamat

Umno Tolak Jawatan Tpm Tolak Bela Njawan 2021 Hayat Politik Muhyiddin Sudah Tamat

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 329 hits
Berikut di bawah adalah kenyataan media yang dikeluarkan UMNO selepas parti itu mengadakan mesyuarat khas MT yang berakhir lewat tengah malam tadi KENYATAAN MEDIAMesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengambil keputusan 1 UMNO te...
Portal Berita Dedah Surat Zahid Hamidi Sokong Anwar Tuntut Jadi Tpm

Portal Berita Dedah Surat Zahid Hamidi Sokong Anwar Tuntut Jadi Tpm

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 315 hits
KUALA LUMPUR Suhu politik negara nampaknya belum menunjukkan keredaan selepas terbaharu satu pendedahan mengejutkan membabitkan isi kandungan surat Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada Yang di Pertuan Agong baru baru ini Me...
Mkt Umno Bincang Calon Tpm

Mkt Umno Bincang Calon Tpm

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 292 hits
MKT UMNO BINCANG CALON TPM KUALA LUMPUR 291020 Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO hadir di Menara Dato Onn di sini bagi menghadiri mesyuarat khas yang bermula jam 8 malam ini Difahamkan mesyuarat khas MKT itu antaranya membincangkan mengenai ...
Sabah Electricity Worker Swept Away In Flood

Banjir Di Perak Pulih Lebih 3 000 Mangsa Terjejas Di Sabah Kelantan

Macc Adopting Ai Digital Systems To Boost Anti Graft Efforts

Ciapan Lama Amira Othman Ucap Tahniah Buat Fattah Amin Kembali Tular Memang Dah Crush Lama La Ni

Sabah Floods Branded Man Made Disaster Of Systemic Negligence

Kolaborasi Ikonik Buatan Malaysia Secret Recipe X Zus Coffee

The Wonders Of Watermelon Fruit

Kakitangan Sabah Electricity Dihanyut Arus Deras Ketika Lintas Jambatan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cuti Sekolah Dah Bermula

Easy Beef Thick Rib Joint Recipe

Ceramah Kerja Sebagai Satu Ibadah

Throwback Hadiah Birthday 2025

Click To Customize Cncpt Moto S Harley Pan America And Sportster S Kits

Reaksi Tok Ram Bila Datin Alyah Buat Kejutan Menyanyi Di Pentas Video