Zahid Ismail Hishammuddin Calon Tpm Umno


FMT Reporters
-October 28, 2020 4:41 PM
Walaupun majoriti ahli Parlimen Umno dikatakan menyokong Ahmad Zahid Hamidi bagi jawatan itu, ada spekulasi beliau mungkin mendatangkan risiko kerana perbicaraannya yang sedang berlangsung.
PETALING JAYA: Orang dalam parti berkata Umno kembali ke “drawing board” berhubung calon bagi jawatan timbalan perdana menteri dalam kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN).

Sebelum ini, sumber memaklumkan Umno hanya mengemukakan seorang calon iaitu presiden parti Ahmad Zahid Hamidi.

Majoriti 39 ahli Parlimen Umno dikatakan berpihak kepada ahli Parlimen Bagan Datuk itu dan mahu beliau mengambil semula jawatan timbalan perdana menteri sebagai sebahagian daripada “syarat baharu” Umno kerana terus menyokong kerajaan PN.

“Pilihan kami adalah Zahid kerana beliau berpengalaman, sebagai timbalan perdana menteri juga,” kata sumber itu.

Bagaimanapun, sumber itu berkata nama lain yang kini turut disebut termasuk Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Luar Negeri Hishammuddin Hussein.

Terdapat spekulasi Zahid mungkin dilihat sebagai risiko, sementara sumber itu tidak mahu mengulas mengenai presiden, menyatakan Ismail dilihat sebagai “wajar dan berkecuali”.

“Beliau tidak membawa beban politik dan kes mahkamah. Dia popular dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Sebilangan ahli Parlimen Umno mencadangkan nama Hishammuddin tetapi sumber itu berkata, ahli Parlimen Sembrong dilihat “rapat” dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Mohamed Azmin Ali dari PPBM.

“Keputusannya mungkin tidak mewakili suara Umno. Ahli Parlimen melihat pelbagai faktor sebelum membuat keputusan,” katanya sambil menambah mereka mahu seorang ahli Parlimen yang diterima oleh semua.

Sumber itu turut menyatakan timbalan presiden Mohamad Hasan tidak dicalonkan, namun, mengikut hierarki, beliau nombor 2 selepas Zahid.

Katanya, ini kerana Mohamad tidak “diterima dengan baik” oleh ahli Parlimen Umno walaupun beliau dilihat sebagai “berjiwa rakyat” oleh akar umbi serta rakyat berbilang bangsa dan agama.

Tidak diketahui bila senarai akhir pilihan Umno bagi jawatan timbalan perdana menteri itu akan diserahkan.

Sementara itu, ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz berkata tiada masalah siapa daripada Umno yang akan ditawarkan jawatan berkenaan.

“Tidak semestinya Zahid. Kami faham jika tidak ditawarkan kepadanya kerana perbicaraannya sedang berlangsung.

“Kita mesti mencontohi Bossku (Najib Razak) yang tidak mahu memegang jawatan sehingga namanya dibersihkan. Apa yang penting timbalan perdana menteri dari Umno dan mewakili parti dan Barisan Nasional,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/10/zahid-ismail-hishammuddin-calon-tpm-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Laporan Muhyiddin Tunggu Calon Tpm Dari Umno Tapi Enggan Terima Zahid

Laporan Muhyiddin Tunggu Calon Tpm Dari Umno Tapi Enggan Terima Zahid

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 431 hits
malaysiakini comDiterbitkan 27 Oct 2020 11 47 pmMuhyiddin Yassin didakwa sedang menunggu Umno mencalonkan pemimpin parti itu yang dianggap boleh diterima untuk dilantik sebagai timbalan perdana menteri lapor sebuah laporan media hari ini Me...
Muhyiddin Tak Minat Lantik Zahid Tpm Tunggu Calon Lain

Muhyiddin Tak Minat Lantik Zahid Tpm Tunggu Calon Lain

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 431 hits
Muhyiddin Yassin didakwa sedang menunggu Umno mencalonkan pemimpin parti itu yang dianggap boleh diterima untuk dilantik sebagai timbalan perdana menteri lapor sebuah laporan media hari ini Memetik sumber yang tidak didedahkan Sin Chew Dail...
Seperti Permintaan Dengan Anwar Umno Nak Jawatan Tpm Muyhiddin Setuju Tapi Bukan Zahid

Seperti Permintaan Dengan Anwar Umno Nak Jawatan Tpm Muyhiddin Setuju Tapi Bukan Zahid

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 323 hits
Pendedahan mengejutkan membabitkan isi kandungan surat Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada Yang di Pertuan Agong baru baru ini yang menyatakan UMNO meminta jawatan TPM jika memberikan sokongan kepada Anwar surat yang diper...
Mkt Umno Bincang Calon Tpm

Mkt Umno Bincang Calon Tpm

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 260 hits
MKT UMNO BINCANG CALON TPM KUALA LUMPUR 291020 Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO hadir di Menara Dato Onn di sini bagi menghadiri mesyuarat khas yang bermula jam 8 malam ini Difahamkan mesyuarat khas MKT itu antaranya membincangkan mengenai ...
Muhyiddin Paksa Umno Pilih Hishamuddin Sebagai Tpm

Muhyiddin Paksa Umno Pilih Hishamuddin Sebagai Tpm

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 399 hits
Sebelum ini bertiup kencang ura ura mengatakan bahawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada UMNO yang dilihat sebagai satu langkah untuk memperkukuhkan kedudukannya yang semakin goyah di...
Jawatan Tpm Perlu Ikut Kedudukan Dalam Umno

Jawatan Tpm Perlu Ikut Kedudukan Dalam Umno

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 372 hits
Siapa paling layak untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri yang dikhususkan kepada UMNO Bermacam andaian atau pendapat berlegar di media sosial yang diutarakan oleh pemerhati politik dan ahli akar umbi Setiap yang memberi pendapat atau hujah...
Massive Gas Pipeline Fire In Putra Heights Says Fire Dept

Siti Kasim To Madani Gov T Patriotism Will Get Us Nowhere If Our Education Is In Shambles

Tips For Travelers Entering The U S Now Check Your Visa Turn Off Your Phone

Queen Hosts Hari Raya Reception For Utm International Students

Lirik Lagu Enigma Bob Yusof

When Audio Isn T An Afterthought Why Riders Choose Cicada Systems First

Kebakaran Paip Gas 112 Mangsa Cedera 49 Rumah Terjejas

Kejadian Kebakaran Pipeline Gas Di Petaling Usaha Menyelamat Masih Berjalan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ibu Terjun Ke Laut Bersama 2 Anak Di Sabah Anak Lelaki 5 Tahun Tenggelam Anak Perempuan 6 Tahun Masih Hilang

Benteng Melayu Terakhir Dengan Menara Kl Sejak Bila Menara Kl Mahu Bertukar P

Menteri Besar Pahang Kalau Abang Belon Nak Berniaga Di Kuantan Dia Boleh Cuba Buat Permohonan

The Hachi Skyscape A Floating Sanctuary In The Heart Of Bangkok

Kebakaran Saluran Gas Kebarangkalian Letupan Susulan Rendah

Gen Z Can Help To Future Proof Workplace By Bridging Fobo