Muhyiddin Sebaiknya Tinggalkan Bersatu Dan Kembali Semula Kepada Umno




Meneliti dua pendedahan rakaman audio setakat ini yang melibatkan usaha membawa Bersatu keluar meninggalkan PH, jelas bahawa Muhyiddin Yassin tidak bercakap benar, melakukan pembohongan dan bersikap curang demi kepentingan peribadinya.Hakikatnya adalah jelas bahawa Bersatu tidak pernah dipersetujui oleh Tun Mahathir Mohamad selaku Pengerusi parti untuk keluar daripada PH.Walaupun melalui percaturan dan pembohongannya itu Muhyiddin berjaya menjadi Perdana Menteri, tetapi realitinya kedudukan Bersatu semakin tidak menentu dalam gabungan PN yang menjadi kerajaan sekarang ini.Sementara UMNO dan Pas kian menekan Muhyiddin untuk mendapat habuan dan kedudukan bagi menguatkan kedudukan mereka menghadapi PRU15 akan datang, Bersatu sebaliknya semakin dipinggirkan.Setelah Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan sebelum ini mengatakan UMNO hanya ingin bekerjasama dengan Pas melalui Muafakat Nasional dalam PRU15 akan datang, Setiausaha Agung BN, Annuar Musa pula berkata, pendaftaran PN tidak perlu dilakukan secara tergesa-gesa buat masa sekarang kerana tarikh pilihanraya masih lama lagi.Ehhh…apakah masih lama lagi tarikh PRU15, sedangkan ia hanya tidak sampai tiga tahun daripada sekarang?Kalau benar parti-parti yang bersama kerajaan mahu terus mengekalkan PN, kenapa mesti berlengah lagi untuk mendaftarkannya sebagai sebuah gabungan yang sah?Tidak mahu mendaftarkannya secara tergesa-gesa atau UMNO sebenarnya tiada niat untuk bersama PN bagi tempoh yang lebih lama?Selain UMNO dan Pas menampakkan komitednya hanya bersama MN, bukan PN, terdapat juga laporan bahawa arahan sudah diberi kepada pimpinan UMNO bahagian-bahagian di seluruh negara agar mereka hanya mengukuhkan hubungan dengan Pas saja bagi menghadapi pilihanraya akan datang.Ini dengan lain kata bermaksud Bersatu perlu ditinggalkan begitu saja.Blog ini sebelum ini pernah menyarankan agar, demi kelangsungan masa depan Bersatu, adalah penting kumpulan Tun Mahathir diberi kemenangan dalam pemilihan parti itu yang bakal diadakan tidak lama lagi.Ia berikutan Tun Mahathir sudah menang tanpa bertanding sebagai Pengerusi Bersatu, maka memilih Muhyiddin sebagai Presiden hanya akan menjadikan parti itu menjadi parti dua nakhoda untuk tempoh tiga tahun akan datang lagi.Dengan kedudukan sebagai parti dua nakhoda itu dan krisis dalaman yang berterusan kemudiannya, Bersatu akhirnya lebih mungkin dilenyek-lenyek oleh UMNO serta Pas dan Muhyiddin hanya dijadikan alat bagi kepentingan kedua-dua parti itu saja.Sebaliknya, jika Bersatu dikuasai oleh kumpulan Tun Mahathir, ia boleh menentukan masa depannya dengan lebih baik melalui hubungan kerjasama semula bersama PH.Tetapi, dengan perkembangan terbaru berhubung rakaman audio mesyuarat Bersatu yang dibocorkan, Muhyiddin bukan saja tidak layak lagi memimpin Bersatu, bahkan sebaiknya meninggalkan parti itu secara terhormat.Muhyiddin pasti akan dipandang lebih buruk jika semakin banyak lagi pendedahan rakaman audio didedahkan kepada umum.Bersama rakaman audlo itu dan pendedahan mengenai tingkah laku buruk dan talam dua muka Muhyiddin terhadap PH sebagaimana didedahkan oleh Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong dalam tulisannya, Presiden Bersatu itu yang merupakan anak ulama dan pandai membaca doa, sudah hampir tiada harga lagi dalam erti kata menjunjung perjuangan dan menghargai persahabatan terhadap mereka yang pernah bersamanya ketika kesusahan.Lebih daripada itu, sejak menjadi Perdana Menteri, Muhyiddin juga bukannya memberi untung kepada Bersatu lantaran sanggup menggadaikan beberapa negeri yang dikuasai parti itu kepada UMNO.Oleh itu, meninggalkan Bersatu adalah pilihan terbaik bagi Muhyiddin dan beliau bolehlah mulai menebas lalang-lalang bagi mencari jalan pulang semula ke pangkuan UMNO.Lagi pun, bukankah Muhyiddin sendiri pernah mengatakan beliau adalah “totok UMNO?” 
(ShahbudinHusin 16/05/2020)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/05/muhyiddin-sebaiknya-tinggalkan-bersatu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tajuddin Rahman Pelawa Muhyiddin Masuk Umno Semula

Tajuddin Rahman Pelawa Muhyiddin Masuk Umno Semula

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 310 hits
Tajuddin Rahman pelawa Muhyiddin masuk Umno semula Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 3 May 2020 2 02PM
Daripada Dibuli Umno Pas Elok Bersatu Kembali Kepada Ph

Daripada Dibuli Umno Pas Elok Bersatu Kembali Kepada Ph

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 320 hits
ULASAN Kebelakangan ini beberapa pemimpin Umno di peringkat nasional dan negeri telah membuat kenyataan mengenai Bersatu dan kerjasama politik antara Umno dan Pas dalam Muafakat Nasional Saya percaya ramai ahli ahli Bersatu dan Umno telah m...
Bersatu Hanya Dapat Kembali Kepada Ph Jika Kem Muhyiddin Tewas Kepada Kem Mahathir

Bersatu Hanya Dapat Kembali Kepada Ph Jika Kem Muhyiddin Tewas Kepada Kem Mahathir

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 358 hits
Anwar Ibrahim sekali lagi memperlihatkan sifat pemaaf dan jiwa besarnya terhadap Tun Mahathir Mohamad Walaupun pernah dikhianati dan juga dikecam oleh Tun Mahathir kononnya beliau tidak diterima oleh orang Melayu kerana dikatakan seorang ya...
Kembali Ke Umno Adalah Jalan Paling Mulia Bagi Pengkhianat Bersatu

Kembali Ke Umno Adalah Jalan Paling Mulia Bagi Pengkhianat Bersatu

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 330 hits
Sudah ada suara yang MENGHENTAM AHLI BERSATU yang TIDAK MENYOKONG KERAJAAN PN ini Yang sebuk MENGHENTAM AHLI YANG MENENTANG PENGKHIANATAN TERSEBUT sebenarnya TIDAK SEDAR DIRI kerana mereka TELAH DI PERGUNAKAN OLEH MUHYIDDIN untuk MENCAPAI M...
Tak Ada Asas Untuk Bersatu Tinggalkan Ph Kata Mahathir

Tak Ada Asas Untuk Bersatu Tinggalkan Ph Kata Mahathir

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 302 hits
Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad berkata parti itu tidak memiliki alasan yang baik untuk mengambil tindakan meninggalkan Pakatan Harapan pada Feb lalu Menjelaskan krisis itu sekali lagi melalui klip video yang disiarkan di media sosial...
Mungkinkah Bersatu Lawan Umno Di Dun Chini

Mungkinkah Bersatu Lawan Umno Di Dun Chini

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 513 hits
Sebelum aku meneruskan tulisan aku ini marilah kita sedekahkan Al Fatihah kepada Allahyarham Datuk Seri Abu Bakar Harun Adun Chini yang telah meninggalkan kita Baiklah perkara yang aku nak tulis pada kali ini berkaitan dengan Pilihanraya Ke...
Apakah Benar Umno Mahu Tinggalkan Kerajaan Pn

Apakah Benar Umno Mahu Tinggalkan Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 333 hits
UMNO ONLINEKUALA LUMPUR Persoalannya muncul berkaitan apakah benar UMNO bakal tinggalkan Kerajaan Perikatan Nasional Ini berikutan laporan Malaysiakini yang mencetuskan kekeliruan seolah olah UMNO mahu meninggalkan PN Sehubungan itu untuk m...
Finland Says It Can Teach Tourists To Be Happy Challenge Accepted

Cik Pon Bakal Talak Satu

Nahas Karak Pemandu Lori Direman Empat Hari

Raya Gaya Kita

Berbuka 29 Puasa Soto Lembu Angah

Hati Hati Dengan Scam Pengeluaran Kwsp Akaun 1 Tak Pasti Jangan Kongsi Biarbe

Anda Saksikan Sendiri Sikap Peniaga Di Jalan Tar

Mykad Madani Memudahkan Bantuan Kerajaan Menyejahterakan Rakyat Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


When Audio Isn T An Afterthought Why Riders Choose Cicada Systems First

Kebakaran Paip Gas 112 Mangsa Cedera 49 Rumah Terjejas

Konsert Energy Ryan B Dan Banyak Lagi Aktiviti Menarik Dalam Lembah Klang Minggu Ini

Tip Char Kue Tiau Sedap Masukkan Satu Bahan Ni Masa Menumis Bahan Bahan 2 Ge

Kejadian Kebakaran Pipeline Gas Di Petaling Usaha Menyelamat Masih Berjalan

Bumiputera Company Ousted Chinese Company Installed The Story Behind Kl Tower