Apakah Benar Umno Mahu Tinggalkan Kerajaan Pn


UMNO ONLINE




KUALA LUMPUR – Persoalannya muncul berkaitan apakah benar UMNO bakal tinggalkan Kerajaan Perikatan Nasional (PN)?

Ini berikutan laporan Malaysiakini yang mencetuskan kekeliruan seolah-olah UMNO mahu meninggalkan PN.

Sehubungan itu, untuk menjernihkan persoalan ini Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memberikan 10 ASAS PENTING berikut untuk difahami secara tuntas:

1. UMNO tetap teguh berpendirian mempertahankan Kerajaan PN yang terbentuk hasil kerjasama UMNO dan komponen Barisan Nasional, rakan Muafakat Nasional UMNO iaitu PAS, dan Gabungan Parti-parti Sarawak (GPS).

2. Komitmen UMNO ketika menyokong pencalonan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac lalu adalah bagi menyelamatkan negara daripada terus terbelenggu dengan krisis politik yang tercetus lantaran kemelut berterusan perebutan jawatan Perdana Menteri di kalangan kepimpinan tertinggi parti-parti Pakatan Harapan.

3. Nama Perikatan Nasional (PN) hanyalah satu istilah yang dicadangkan bagi menzahirkan suatu kerjasama yang terbentuk pada saat ketika pembentukan kerajaan baharu pimpinan Tan Sri Muhyiddin, setelah runtuhnya PH akibat perletakan jawatan secara rasmi Tun Dr Mahathir pada 24 Februari 2020.

4. Perikatan Nasional sehingga hari ini tetap kekal sebagai sebuah gabungan Ahli-ahli Parlimen yang mewakili dan membawa mandat parti-parti politik masing-masing dalam membentuk kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin.

5. Perikatan Nasional tidak sama dengan Barisan Nasional mahupun Muafakat Nasional. Barisan Nasional adalah parti politik berdaftar yang dibawahnya merupakan parti-parti yang bergabung secara rasmi khususnya UMNO, MCA, MIC dan PBRS.

6. Perikatan Nasional juga tidak sama dengan Muafakat Nasional (MN). Walaupun MN tidak berdaftar sepertimana juga PN, namun MN adalah suatu kesepakatan rasmi yang diikat melalui sebuah Piagam yang termeterai antara UMNO dan PAS. Pembentukan MN juga melalui proses yang panjang termasuklah proses ‘mind-conditioning’ dikalangan ahli melalui ratusan siri-siri ceramah di semua peringkat selama lebih setahun, dibahaskan di Persidangan Agong parti masing-masing, diperhalusi oleh Majlis Kerja Tertinggi dan Majlis Syura parti sebelum dimuktamadkan dalam bentuk Piagam Kerjasama.

7. Cadangan pembentukan PN secara rasmi juga seharusnya melalui proses yang sama kerana tidak mudah untuk parti-parti politik khususnya UMNO dan PPBM untuk mewujudkan sebuah gabungan sebagaimana BN mahupun MN kerana kebanyakan Ahli-ahli Parlimen PPBM hari ini merupakan mereka yang dahulunya menang PRU-14 atas tiket parti UMNO-BN sebelum melompat parti.

8. Keputusan untuk mendaftarkan PN secara rasmi juga perlu mengambil kira krisis dalaman PPBM ketika ini yang mengundang persoalan sejauh mana PPBM mampu bertahan dalam PN, terutamanya setelah pendirian rasmi dikeluarkan Pengerusi PPBM sendiri dan sayap parti PPBM ARMADA yang menolak kerjasama dengan UMNO dan mahu kembali kepada PH. Presiden PPBM juga sedang dicabar anak kepada Pengerusi PPBM sendiri dalam pemilihan parti mereka akan datang.

9. Tidak pernah timbul UMNO mahu meninggalkan PN kerana rata-rata ahli dan rakyat keseluruhannya amat bersyukur dengan pembentukan Kerajaan ini yang berjaya menyelamatkan Negara daripada krisis politik yang meruncing sekaligus membebaskan negara daripada parti chauvinis dan rasis DAP dan kerakusan PKR yang hanya memfokuskan perjuangan sejak dari awal penubuhannya untuk menaikkan Presidennya sebagai Perdana Menteri.

10. UMNO akan tetap terus pertahankan Kerajaan PN sehingga PRU-15 bagi memastikan kerajaan yang berpaksikan Islam dan Bumiputera ini mampu memulihkan segala kerosakan yang dilakukan Kerajaan PH terdahulu di samping memastikan nasib rakyat berbilang kaum mampu dibela terutamanya pasca Covid-19 yang mula merubah lanskap kehidupan ekonomi dan sosial masyarakat. – UMNO Online



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/05/apakah-benar-umno-mahu-tinggalkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mdn Gesa Kerajaan Pn Benar Solat Sunat Aidilfitri Di Masjid

Mdn Gesa Kerajaan Pn Benar Solat Sunat Aidilfitri Di Masjid

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 313 hits
Wabak Covid 19 yang semakin terkawal dan pembukaan sektor ekonomi mewajarkan solat Jumaat dan Aidilfitri pada tahun ini diadakan di masjid masjid seluruh negara Sehubungan itu Jawatankuasa Dewan Tertinggi Majlis Dakwah Negara menggesa keraj...
Najib Gesa Pemimpin Ahli Umno Tiada Jawatan Bantu Pimpinan Kerajaan

Najib Gesa Pemimpin Ahli Umno Tiada Jawatan Bantu Pimpinan Kerajaan

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 390 hits
Najib Razak berkata pemimpin dan ahli Umno yang tidak mempunyai jawatan perlu membantu rakan rakan dalam pimpinan kerajaan Beliau berkata mereka juga perlu bersuara dan berjuang untuk rakyat Salur info kepada mereka supaya dapat jalan tugas...
Umno Akan Pertahan Kerajaan Pn Hingga Pru 15 Asyraf Wajdi

Umno Akan Pertahan Kerajaan Pn Hingga Pru 15 Asyraf Wajdi

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 569 hits
PARTI UMNO akan terus mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional hingga Pilihan Raya Umum ke 15 Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata tindakan itu diambil bagi memastikan kerajaan yang berpaksikan Islam dan bumip...
Kerajaan Digesa Benar Solat Jumaat Dan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri

Kerajaan Digesa Benar Solat Jumaat Dan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 448 hits
Kerajaan digesa untuk membenarkan solat Jumaat dan solat sunat Hari Raya Aidilfitri di beberapa masjid utama di seluruh negara Melihat sektor ekonomi dan sosial dibuka semula selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Pengerusi Ja...
Kerajaan Pas Dan Umno Gagal Bantu Pelarian Rohingya

Kerajaan Pas Dan Umno Gagal Bantu Pelarian Rohingya

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 618 hits
KUALA LUMUR Tindakan kerajaan Perikatan Nasional menghalang bot membawa pelarian Rohingya ke negara ini sehingga menyebabkan kematian puluhan etnik itu dikritik sebagai tindakan tidak berperikemanusiaan terhadap golongan yang ditindas dan d...
Pastikan Umno Sebagai Peneraju Kerajaan Atau Ditalqinkan Selamanya Khairy Kj

Pastikan Umno Sebagai Peneraju Kerajaan Atau Ditalqinkan Selamanya Khairy Kj

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 323 hits
EMPENA dengan ulangtahun ke 74 UMNO sekarang berada di persimpangan jalan yang akan menentukan masa depan parti siasah yang paling besar bersejarah dan berpengaruh di Malaysia Halatuju yang kita bakal putuskan bersama boleh melihat kembalin...
Umno Lempar Buku Peraturan Tak Benar Speaker Baca Doa Di Dun Melaka

Umno Lempar Buku Peraturan Tak Benar Speaker Baca Doa Di Dun Melaka

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 373 hits
MALAYSIA DATELINE AMANAH Melaka menyifatkan Datuk Seri Idris Haron tidak mematuhi arahan Speaker DUN Datuk Omar Jaafar dalam persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini Timbalan Pengerusi AMANAH negeri Datuk Mohd Sofi Wahab berkata kekecohan...
Bn Umno Tidak Terkesan Jika Kerajaan Pn Johor Disabotaj Kata Pemuda Umno

Bn Umno Tidak Terkesan Jika Kerajaan Pn Johor Disabotaj Kata Pemuda Umno

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 429 hits
Hasni Mohamad menggantikan Dr Sahrudin Jamal sebagai menteri besar Johor ke 18 pada 28 Februari lepas PETALING JAYA Pemuda Umno Johor berkata BN ataupun Umno tidak akan terkesan jika wujud usaha mensabotaj kerajaan Perikatan Nasional di Joh...
Apakah Keruntuhan Kerajaan Pn Bermula Di Johor

Apakah Keruntuhan Kerajaan Pn Bermula Di Johor

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 382 hits
ULASANTajuddin Ab RahmanKEMELUT kerajaan PN Johor nampaknya tidak boleh ditusuk selindungkan lagi Johor kini dalam radar pemeriksaan para pemerhati politik negara Cakap dan cakar politik dalam kerajaan PN Johor sudah kian merebak dan makin ...
Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Kempen Keselamatan Dalam Talian Anjuran Mcmc Disambut Para Baik Ibu Bapa

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen

Top Marketing Strategies For Buzz

Ayu Raudhah Reda Pemergian Anak Bongsu Dia Adalah Pinjaman Allah

Persediaan Persekolahan

Skill Issue Memes The Power Of Skill Based Memes

Bisnes Yang Macam Mana Lagi Nak Dicari


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Tutorial Popular Post Yang Stylo

Teka Teki Benda Uk

Bebas Lampin Pakai Buang Di Usia 5 Tahun

Google Family Link Brings New Supervision Tools For Parents

Persatuan Ibu Tunggal Amanah Ikhtiar Koperasi

Walking The Silk Road Malaysia Kazakhstan Ties And The Path To Muslim Unity