Daripada Dibuli Umno Pas Elok Bersatu Kembali Kepada Ph



ULASAN: Kebelakangan ini beberapa pemimpin Umno di peringkat nasional dan negeri telah membuat kenyataan mengenai Bersatu, dan kerjasama politik antara Umno dan Pas dalam Muafakat Nasional.
Saya percaya ramai ahli-ahli Bersatu dan Umno telah membaca kenyataan-kenyataan itu, serta kenyataan balas yang dikeluarkan oleh beberapa pemimpin Bersatu dan PH dari peringkat negeri.
Jelas daripada pendirian yang dinyatakan oleh Timbalan Presiden Umno Mohamad bin Hasan, Naib Presiden Mohamed Khaled Nordin dan beberapa orang lagi, Perikatan Nasional (PN) sebenarnya tidak wujud. Tidak ada sebarang perjanjian antara Umno, Pas dan BN bersama Bersatu untuk bergabung secara rasmi bagi menubuhkan kerajaan PN.
Angkuh dan sombong
Angkuh dan sombong – itulah yang boleh dirumuskan mengenai sikap pemimpin Umno terhadap Bersatu yang tidak menggambarkan kesepakatan yang telah menyebabkan kejatuhan Kerajaan PH dan penubuhan kerajaan baru yang digelar PN di peringkat persekutuan dan juga beberapa negeri.
Sebaliknya semasa kerajaan dikuasai PH, kerjasama yang terjalin antara Bersatu dengan parti-parti komponen PH, iaitu PKR, DAP dan Amanah bersama Parti Warisan Sabah dizahirkan dari keakraban sewaktu berganding bahu melawan Kerajaan kleptokrasi BN. Dan Kerajaan BN itu sudah lebih 60 tahun bertapak.
Pengalaman bekerja secara rapat dalam keadaan yang sangat mencabar sebelum dan semasa kempen PRU14 melahirkan hubungan silaturahim yang seikhlasnya erat di kalangan anggota PH dan Warisan ketika itu.
Saya terpanggil untuk mengajukan beberapa soalan kepada kepimpinan Umno. Soalan-soalan ini juga saya tujukan kepada Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, sekaligus memberikan peluang kepada Tan Sri untuk menjelaskan kenapa begitu banyak janji beliau kepada Bersatu tidak menjadi kenyataan.
Kerjasama hingga PRU 15?
Janji-janji yang dimaksudkan adalah yang telah beliau kemukakan kepada Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) dan ahli-ahli Parlimen Bersatu sebagai asas kenapa Bersatu perlu segera tinggalkan PH dan menyertai perikatan baru dengan Umno dan Pas yang bergabung menerusi Muafakat Nasional.
Soalan-soalan ini juga berlegar dalam benak fikiran setiap ahli Bersatu. Jika tidak dijawab, ia akan menyebabkan kekeliruan dan kesangsian yang amat memilukan.
Ramai ahli-ahli Bersatu ingin tahu adakah benar kerjasama politik yang wujud antara Muafakat Nasional dan Bersatu hanya dapat bertahan sehingga Dewan Rakyat dibubar? Tidakkah Bersatu berhak untuk berunding agihan kerusi dengan Umno dan PAS menjelang PRU15 nanti? Memandangkan kerajaan sekarang dianggotai oleh ketiga-tiga parti politik ini, tidakkah pelik bahawa MN akan berlawan dengan Bersatu pada pilihan raya nanti?
Semua sedia maklum bahawa ketiga-tiga parti politik ini mewakili masyarakat Melayu dan Islam. Justeru tapak politik mereka adalah sama – iaitu orang Melayu khususnya di luar bandar.
Berebut kerusi sama
Maka sudah tentu Bersatu, Umno dan Pas berhasrat untuk bertanding di kawasan demografi tersebut. Sememangnya tiga parti ini telah bertembung di kawasan-kawasan sama pada PRU14.
Oleh itu, apakah peluang Bersatu untuk menang kerusi-kerusi yang ditandingi jika ia akan berdepan dengan Umno atau Pas dalam keadaan tiada kesepakatan antara mereka? Jika Bersatu sebenarnya tidak bersama MN dan tidak juga bersama PH, apa logiknya Bersatu boleh menang di mana-mana kawasan sekalipun? Adakah Bersatu berupaya mempertahankan semua kerusi-kerusi Parlimen dan DUN yang dimenanginya pada PRU lalu?
Dalam jemaah menteri lantikan perdana menteri sekarang, memang ada wakil-wakil dari Bersatu. Ada juga yang dilantik sebagai menteri kanan dan juga barisan timbalan Menteri. Apakah nasib mereka setelah bubarnya Dewan Rakyat? Adakah mereka akan bertanding di kawasan masing-masing sambil terpaksa berlawan dengan MN?
Contohnya di Parlimen Ketereh, ahli Parlimennya dari Umno dan dilantik menjadi menteri manakala Ketua Bahagian Bersatu yang kalah kepada menteri Umno itu pada PRU14 dilantik menjadi senator ketika pentadbiran PH dan kini menjadi menteri kanan. Siapakah yang akan dipilih sebagai calon di kerusi itu pada pilihan raya nanti? Atau mereka berdua harus berentap merebut kerusi sama walhal pada ketika ini kedua-duanya menganggotai Kerajaan PN?
Muhyiddin ke laut?
Usahkan menteri, bagaimana dengan nasib Tan Sri Muhyiddin sendiri? Adakah beliau akan masih dipilih sebagai perdana menteri selepas PRU15? Semestinya ada satu bentuk perjanjian antara parti-parti yang kini menjalinkan kerjasama politik untuk menguasai kerajaan. Kalau tiada, apa makna kerjasama politik ini? Sekadar “marriage of convenience” yang bersifat sementara sahaja, untuk tempoh tiga tahun atau selagi Dewan tidak dibubarkan?
Kerajaan PN ini terbentuk pada Mac 2020. Jika Dewan dibubarkan dalam tahun ini juga, adakah Bersatu akan terpaksa berhadapan dengan ‘rakan politik’ Umno dan Pas di setiap kerusi termasuk Pagoh, Tambun, Alor Gajah dan Titiwangsa? Adakah situasi tidak menentu ini baik untuk rakyat dan negara?
Apakah yang menyebabkan Bersatu sanggup bersama dengan MN walhal keberadaan kita dengan mereka umpama hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong?
Benar presiden Bersatu adalah perdana menteri. Tapi perlu diingatkan bahawa perdana menteri sebelum ini pun dari Bersatu juga. Kata timbalan presiden Umno, untuk menaikkan Tan Sri Muhyiddin sebagai perdana menteri kelapan, satu krisis dalaman telah dicetuskan dalam PH oleh pihak tertentu. Siapa pihak yang dimaksudkan?
Tidakkah nasib Bersatu jauh lebih baik bersama PH? Beberapa kenyataan oleh pemimpin PH menggambarkan kesediaan mereka untuk menerima Bersatu kembali. Hubungan antara kita walaupun sedikit tercalar akibat Langkah Sheraton masih boleh dipulihkan untuk kesejahteraan negara.
Kerugian sudah pasti
Agihan kerusi boleh saja dirunding seperti dulu supaya kita semua berkongsi kekuatan untuk menawan hati rakyat. Sekurang-kurangnya kita dapat mempertahankan kepentingan Bersatu bersama PH, berbanding dengan ketidaktentuan, risiko dan kerugian jika bersama Umno dan Pas.
Pada hemat saya, Bersatu hanya ada satu pilihan sahaja iaitu kembali bersama PH. Pengalaman tidak sampai dua bulan di bawah kerajaan Perikatan Nasional yang tidak wujud itu sangat pahit bagi Bersatu hingga ke akar umbi.
Ahli Majlis dan MPKK yang dianggotai Bersatu telah digugurkan di beberapa negeri kecuali Kedah. Cukup-cukuplah dengan menang sorak kampung tergadai. Kami tidak mahu lagi Bersatu diperkudakan dan diperkotak-katikkan oleh mana-mana pihak.
Saya sangat yakin bahawa krisis politik, krisis kesihatan dan krisis ekonomi yang sedang melanda negara ketika ini akan dapat ditangani dengan lebih baik oleh sebuah kerajaan perpaduan yang pernah dicadangkan Tun Mahathir Mohamad.
Jika ahli-ahli Yang Berhormat dari Bersatu bersetuju dengan kenyataan saya ini, sila mengorak langkah dan kembali ke pangkal jalan. Itulah sebaik-baik tindakan yang boleh Yang Berhormat-Yang Berhormat lakukan untuk mengembalikan maruah dan menjamin kelangsungan Bersatu. Saya doakan Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada anda semua.
______________________________________________________________________________
Mukhriz Mahathir merupakan timbalan presiden Bersatu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/27439

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kembali Ke Umno Adalah Jalan Paling Mulia Bagi Pengkhianat Bersatu

Kembali Ke Umno Adalah Jalan Paling Mulia Bagi Pengkhianat Bersatu

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 311 hits
Sudah ada suara yang MENGHENTAM AHLI BERSATU yang TIDAK MENYOKONG KERAJAAN PN ini Yang sebuk MENGHENTAM AHLI YANG MENENTANG PENGKHIANATAN TERSEBUT sebenarnya TIDAK SEDAR DIRI kerana mereka TELAH DI PERGUNAKAN OLEH MUHYIDDIN untuk MENCAPAI M...
Tajuddin Concedes Umno Pas Bersatu Competing At Grassroots Level

Tajuddin Concedes Umno Pas Bersatu Competing At Grassroots Level

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 388 hits
Pasir Salak MP Tajuddin Abdul Rahman conceded that Umno PAS and Bersatu are competing at the grassroots level despite being part of the Perikatan Nasional government At the grassroots level there appears to be competition between Umno Bersa...
Pas Kata Kerajaan Kedah Akan Bertukar Tapi Pemuda Bersatu Mahu Keluar Pn Umno Tolak Pn Camner

Pas Kata Kerajaan Kedah Akan Bertukar Tapi Pemuda Bersatu Mahu Keluar Pn Umno Tolak Pn Camner

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 491 hits
Perubahan dalam kerajaan Kedah tidak dapat dielakkan lagi kata Pesuruhjaya PAS Kedah Ahmad Yahaya Ahmad mendakwa antara sebabnya adalah Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir kini mendapat kurang daripada separuh sokongan di kalangan wakil ra...
Umno Tersekat Bersatu Tak Ada Modal

Umno Tersekat Bersatu Tak Ada Modal

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 276 hits
Umno Pi Mai Pi Mai Tang Tu Bersatu hilang modal dalam pasar politik Saya teringat kepada satu sitkom yang sangat popular satu ketika dahulu bernama Pi Mai Pi Mai Tang Tu Drama itu berkisar sekitar isu masyarakat di kawasan Flat Sri Wangi te...
Umno Open To All Options On Political Ties With Bersatu Abdul Rahman

Umno Open To All Options On Political Ties With Bersatu Abdul Rahman

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 453 hits
Umno is open to various options on how the party should support the Perikatan Nasional led government said Abdul Rahman Dahlan The Umno supreme council member explained that while the party is indeed supporting PN its support is limited to ...
Pas Umno Sebelum Pru14 Lancar Misi Bantu Etnik Rohingya Sekarang Dalam Pn

Pas Umno Sebelum Pru14 Lancar Misi Bantu Etnik Rohingya Sekarang Dalam Pn

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 358 hits
Apabila kerajaan Perikatan Nasional telah berkuasa pendekatan yang diambil pendekar Melayu Islam tersebut terhadap nasib pelarian Rohingya dilihat sudah berbeza selar Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin S...
Bersatu Boleh Kembali Bersama Ph Salahuddin Ayub

Bersatu Boleh Kembali Bersama Ph Salahuddin Ayub

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 278 hits
Kerajaan Perikatan Nasional Johor yang semakin bergolak memungkinkan berlakunya pembubaran Dewan Undangan Negeri sebagaimana yang diinginkan Umno Namun Pakatan Harapan Johor menawarkan pilihan yang lebih mudah iaitu Bersatu kembali membentu...
Idea Terima Bersatu Kembali Dalam Ph Tak Bermaruah Amk

Idea Terima Bersatu Kembali Dalam Ph Tak Bermaruah Amk

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 345 hits
Pemuda PKR membidas kenyataan Timbalan Presiden Amanah Salahudin Ayub yang menyatakan Pakatan Harapan sedia menerima kembali Bersatu Johor Setiausaha AMK Ahmad Syukri Bin Che Ab Razab berkata AMK secara tegas menolak idea untuk menerima kem...
12 Minyak Hitam Kereta Terbaik Untuk Melindungi Enjin

Myborderpass Cara Muat Turun Daftar Guna Semasa Di Klia

Najib S House Detention Addendum Issue Points To A Cover Up At The Highest Echelons Of The Madani Government

Resipi Puding Gula Hangus Sedap Mudah Tak Hanyir

Nahas Di Lampu Isyarat 3 Kenderaan Terbakar Termasuk Lori Tangki

Rumah Kenduri Deena S Menu Kenduri Harian Dan Katering Di Kulim

Pekerja Terima Tempahan Misteri Pasang Wi Fi Di Kubur

Haiwan Yang Tertangkap Melakukan Kesalahan Lazim Dalam Dunia Manusia


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Drama Berepisod Antara Dua Syurga TV3 Berbahagi Suami Astro


Deposit Pulsa Tanpa Potongan And Understanding Slot Machines

Bolehkah Anda Percaya Dakwaan Fazura Tentang Produk Nutox Ulasan Jujur Mengenai Sokongan Selebriti Ini

Panduan Mudah Untuk Membezakan Daun Bawang Kucai Daun Saderi Dan Daun Ketumbar

Anuar Penderhaka Besar

Borneo Access Adventure Your Gateway To Unforgettable Wilderness Experiences In Malaysia

Cara Hapus Akun Dana Lewat Aplikasi Langkah Mudah Untuk Gen Z