Muhyiddin Paling Dipercayai Berbanding Anwar Ismail Sabri Berdasarkan Tinjauan Uum


satuberita.my
By Admin
-November 7, 2022
Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap pada Majlis Pelancaran Manifesto Perikatan Nasional di Shah Alam. GAMBAR: Warta Rakyat
CALON Perdana Menteri Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berada di kedudukan teratas sebagai tokoh yang paling dipercayai pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) berdasarkan tinjauan sentimen masyarakat oleh Universiti Utara Malaysia (UUM).

Pengerusi PN itu mendahului calon lain seperti Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, lapor MalaysiaNow.

Tinjauan Pusat Pengujian, Pengukuran dan Penilaian (CetMA) UUM itu dijalankan bermula 6 September hingga 5 November terhadap 2,716 responden dan mendapati Muhyiddin mendapat 20 peratus diikuti Anwar (19.2 peratus) sebagai tokoh yang paling dipercayai.

Muhyiddin menerajui pentadbiran Putrajaya pada Mac 2021 ketika pandemik Covid-19 melanda negara, memaksa beliau melakukan beberapa langkah untuk membendung virus itu termasuk sekatan pergerakan dan pengagihan berbilion Ringgit kepada orang ramai yang terjejas.

Beliau menjadi Perdana Menteri selama kira-kira 17 bulan, sebelum terpaksa berundur pada Ogos 2021 selepas mendapat tekanan daripada sekumpulan pemimpin UMNO yang bersekutu dengan Ahmad Zahid dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sementara itu, hasil tinjauan terhadap Ismail Sabri iaitu calon Perdana Menteri Barisan Nasional (BN) hanya menerima 9.5 peratus kurang dari Pengerusi Gerakan Tanah Air, Tun Dr. Mahathir Mohamad (10.2 peratus) dan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang (10.3 peratus).

Berhubung faktor yang menjadi pilihan pengundi ketika membuang undi, sebanyak 36.9 peratus responden berkata, parti politik menjadi faktor utama sementara manifesto dan isu berada pada kedudukan kedua (34.3 peratus) dan faktor calon di tempat ketiga (28.8 peratus).

Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai parti paling sesuai memerintah Malaysia ketika ini, UMNO berada pada kedudukan tertinggi mendapat penerimaan sebanyak 32.7 peratus, PKR tangga kedua (26.1 peratus) dan sementara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) (15 peratus).

Pas (17.9 peratus) sementara DAP (6.9 peratus) dan Parti Amanah Negara (Amanah) (8.7 peratus).

Ketika ditanya mengenai persepsi terhadap senario politik negara, sebanyak 34.7 peratus responden berkata politik dalam negara tidak stabil, sementara 21.7 peratus lagi berkata sukar dijangka.

Sebanyak 16.12 peratus responden berkata senario politik ketika ini kompleks dan 16.1 peratus lagi berkata mengelirukan.

Ketika ditanya siapakah pimpinan muda masa hadapan negara, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berada di kedudukan tertinggi 24.9 (peratus, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli di tangga kedua (15.7 peratus) dan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di tempat ketiga (15.2 peratus).

Berhubung perkara atau isu yang perlu menjadi keutamaan parti politik dalam PRU-15, 45.1 peratus responden berkata kos sara hidup sementara isu keadaan ekonomi pula (37.2 peratus).

Hanya 5.3 peratus berkata pekerjaan anak muda sebagai keutamaan dan 4.4 peratus lagi memilih sukan dan rekreasi.

Dalam pada itu, 49.2 peratus setuju supaya lebih ramai wanita harus diketengahkan sebagai calon dalam PRU-15, sementara 29.7 peratus tidak setuju dan 21.1 peratus lagi tidak pasti.

Demografi responden dalam tinjauan yang terdiri sebahagian besarnya Melayu sebanyak 2,344 responden, Cina (122), India (77) lain-lain Bumiputera (134) dan lain-lain (39) itu turut ditanya mengenai hubungan kaum di Malaysia di mana 52.3 peratus berkata, hubungan kaum berjalan dengan baik sementara 31.6 peratus berkata tidak baik dan 16.1 peratus lagi tidak pasti.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/11/muhyiddin-paling-dipercayai-berbanding.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Not Our Culture Ismail Sabri Rejects Anwar S Debate Challenge

Not Our Culture Ismail Sabri Rejects Anwar S Debate Challenge

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 195 hits
Caretaker prime minister Ismail Sabri Yaakob today rejected the challenge by opposition chief Anwar Ibrahim to have a debate between political parties prime ministerial candidates Speaking at a press conference in Bukit Aman this afternoon ...
Ismail Sabri Tolak Saranan Anwar Debat Bukan Budaya Kita

Ismail Sabri Tolak Saranan Anwar Debat Bukan Budaya Kita

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 225 hits
malaysiakini comNaib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob hari ini menolak cadangan dibuat Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim agar calon calon perdana menteri dipertemukan dalam sesi perdebatan Bagi Ismail Sabri amalan berdebat untuk calo...
Laporan Muhyiddin Lebih Popular Berbanding Zahid Anwar

Laporan Muhyiddin Lebih Popular Berbanding Zahid Anwar

papar berkaitan - pada 30/10/2022 - jumlah : 270 hits
malaysiakini comDiterbitkan Oct 30 2022 10 35 AMPengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin muncul sebagai individu paling popular di kalangan pemimpin tertinggi parti politik menurut tinjauan pada September lalu oleh Merdeka Center Menur...
Anwar Fitnah Tuduh Tentera Terima Wang Ismail Sabri

Anwar Fitnah Tuduh Tentera Terima Wang Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 12/11/2022 - jumlah : 213 hits
malaysiakini comDiterbitkan Nov 11 2022 6 10 PMDakwaan Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya anggota tentera di Bera mengundi awal hari ini dan dibayar adalah fitnah serta tuduhan jahat kepada pasukan keselamatan itu k...
Claims Against Military Personnel A Lie Anwar Must Apologise Ismail Sabri

Claims Against Military Personnel A Lie Anwar Must Apologise Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 12/11/2022 - jumlah : 246 hits
The allegation made by Pakatan Harapan chairperson Anwar Ibrahim that military personnel here have already cast their votes for the general election today and were paid to do so is a lie and a malicious accusation against the armed forces s...
Buat Apa Jadi Perdana Menteri Kalau Bacul Anwar Dakwa Ismail Muhyiddin Tak Bela Nasib Golongan Petani

Buat Apa Jadi Perdana Menteri Kalau Bacul Anwar Dakwa Ismail Muhyiddin Tak Bela Nasib Golongan Petani

papar berkaitan - pada 14/11/2022 - jumlah : 124 hits
Buat apa jadi perdana menteri kalau bacul Anwar dakwa Ismail Muhyiddin tak bela nasib golongan petaniPengerusi Pakatanan Harapan Anwar Ibrahim menyelar dasar kerajaan yang didakwa terus berpihak terhadap kartel yang memonopoli import beras ...
Tak Munasabah Mahiaddin Lebih Disukai Dan Popular Berbanding Ismail Sabri

Tak Munasabah Mahiaddin Lebih Disukai Dan Popular Berbanding Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 31/10/2022 - jumlah : 180 hits
Berdasarkan dapatan atau tinjauan terbaru oleh Merdeka Center sebagaimana dilaporkan media semalam Pengerusi PN Mahiaddin Md Yasin didapati merupakan pemimpin politik paling popular dan disukai sekali Beliau dilaporkan mendapat 51 peratus u...
Poster Ismail Sabri Diturunkan Pihak Berkuasa Di Sabah

Poster Ismail Sabri Diturunkan Pihak Berkuasa Di Sabah

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 188 hits
Poster Ismail Sabri diturunkan pihak berkuasa di SabahNaib Presiden Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadikan poster boy Barisan Nasional menghadapi Pilihan Raya Umum Ke 15 kerana dia adalah Perdana Menteri 55SharesPihak berkuasa di Sabah ak...
Pm Ismail Sabri Berdepan Pertembungan Tiga Penjuru Di Kerusi Parlimen Bera

Pm Ismail Sabri Berdepan Pertembungan Tiga Penjuru Di Kerusi Parlimen Bera

papar berkaitan - pada 5/11/2022 - jumlah : 178 hits
BERA Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhadapan dua pencabar masing masing daripada Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional dalam misinya untuk mempertahankan kerusi Parlimen Bera pada Pilihan Raya Umum ke 15 Mewakili Barisan ...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Drama Teratak Kasih Salina


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Kelebihan Asid Folik

Alyph Saham Naik

Pergaulan Antara Lelaki Dan Wanita Ajnabi Hanya Dibenarkan Pada Keadaan Keadaan Tertentu

Kelas Seliaan Negeri Penerangan Tarikh Semakan Permohonan

Puasa Syaaban 2025 Tarikh Hukum Niat Melakukan Puasa Syaaban

Sukses Kumpulkan Donasi Untuk Beli Ambulans Zaskia Adya Mecca Kini Targetkan Bangun Masjid Di Gaza