Tak Munasabah Mahiaddin Lebih Disukai Dan Popular Berbanding Ismail Sabri


 
Berdasarkan dapatan atau tinjauan terbaru oleh Merdeka Center, sebagaimana dilaporkan media semalam, Pengerusi PN, Mahiaddin Md Yasin didapati merupakan pemimpin politik paling popular dan disukai sekali.

Beliau dilaporkan mendapat 51 peratus undian daripada keseluruhan responden yang ditinjau pendapat mereka.

Populariti Mahiaddin dengan itu digambarkan mengatasi Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob yang mendapat undian 46 peratus, diikuti Anwar Ibrahim 33 peratus, Mohamad Hasan 32 peratus dan Ahmad Zahid Hamidi sekadar 13 peratus.

Selain menggambarkan kedudukan Mahiaddin sebagai paling disukai dan paling berpotensi untuk kembali sebagai Perdana Menteri selepas PRU15 akan datang, dapatan Merdeka Center juga mencadangkan Ismail Sabri harus dikekalkan sebagai calon Perdana Menteri bagi BN.

“Adalah suatu langkah strategik yang baik untuk terus mengekalkan Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri memandangkan popularitinya lebih tinggi berbanding Zahid Hamidi,” tambah laporan itu lagi.

Menggambarkan Ismail Sabri lebih popular daripada Zahid Hamidi barangkali tidaklah begitu menghairankan kerana beliau memang telah disahkan sebagai “poster boy” dan calon Perdana Menteri bagi BN selepas PRU15 nanti.

Tetapi, meletakkan Mahiaddin lebih disukai berbanding Ismail Sabri mungkin membuatkan ramai yang tersengih sinis mendengarnya.

Sebagai pemimpin yang gagal ketika memegang jawatan Perdana Menteri selama 17 bulan, kemudian gagal lagi selaku Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, tidak munasabah langsung kedudukannya boleh terangkat sebagai paling disukai dan paling popular sekali.

Ketika Mahiaddin melabel Ismail Sabri sebagai gagal dan Ismail Sabri membalas dengan mengatakan jika beliau gagal bererti Mahiaddin selaku Pengerusi Majlis Pemulihan Negara juga gagal.

Ini kerana, menurut beliau, Mahiaddin dan Majlis Pemulihan Negara adalah sebahagian daripada kerajaan yang dipimpinnya.

Bererti dalam hal ini, Mahiaddin dua kali gagal – pertama sebagai Perdana Menteri dan kedua, sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara.

Lebih daripada itu, tindakan Mahiaddin meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri kerana hilang sokongan juga menunjukkan beliau sendiri mengakui dirinya adalah pemimpin yang gagal.

Lalu, bagaimana pemimpin yang gagal boleh bertukar menjadi paling disukai?

Begitu juga dengan dapatan yang meletakkan Mahiaddin jauh meninggalkan Anwar dari segi populariti dan disukai, turut menunjukkan tidak ia tidak munasabah sama sekali.

Di pelbagai medium media sosial dan ke mana saja Anwar pergi dalam program bertemu rakyat, dibuktikan dengan gambar dan video bagaimana sambutan hangat yang diterimanya.

Dengan itu, bagaimana Anwar boleh digambarkan jauh lebih tidak popular berbanding Mahiaddin?

Ehhh….Merdeka Center dipunyai oleh siapa dan di belakang tabirnya pula ada siapa? – ShahbudinHusin 31/10/2022.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/10/tak-munasabah-mahiaddin-lebih-disukai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Laporan Muhyiddin Lebih Popular Berbanding Zahid Anwar

Laporan Muhyiddin Lebih Popular Berbanding Zahid Anwar

papar berkaitan - pada 30/10/2022 - jumlah : 407 hits
malaysiakini comDiterbitkan Oct 30 2022 10 35 AMPengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin muncul sebagai individu paling popular di kalangan pemimpin tertinggi parti politik menurut tinjauan pada September lalu oleh Merdeka Center Menur...
Ismail Sabri Lebih Teruk Daripada Liz Truss Kata Guan Eng

Ismail Sabri Lebih Teruk Daripada Liz Truss Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 22/10/2022 - jumlah : 265 hits
agendaily com21 10 2022Pengerusi DAP Lim Guan Eng berkata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob lebih teruk daripada Perdana Menteri Britain Liz Truss Gaya pentadbiran Perdana Menteri Britain Liz Truss mempunyai banyak persamaan...
Ph Tolak Cubaan Guling Ismail Sabri Dedah Mat Sabu

Ph Tolak Cubaan Guling Ismail Sabri Dedah Mat Sabu

papar berkaitan - pada 26/10/2022 - jumlah : 202 hits
malaysiakini comSatu lagi percubaan untuk menggulingkan pentadbiran kerajaan diusahakan sebelum pembubaran Parlimen baru baru ini dedah Presiden Amanah Mohamad Sabu Tanpa menyebut nama Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata se...
Rentasan 1238 Gempar Kini Hujah Ismail Sabri Ternyata Makan Tuan

Rentasan 1238 Gempar Kini Hujah Ismail Sabri Ternyata Makan Tuan

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 225 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 1238 1 NAIK DENGAN MENGANIAYA AKAN JATUH DIANIAYA 2 SIAPA YANG BAGI PROJEK MEGA KEPADA SYARIKAT ABANG BESAR 3 BERDIAM DIRI ITU SATU HAK Layari kami untuk mendapat berita dan isu semasa di Malaysia Berita Politik Polit...
Mat Sabu Dedah Ada Cubaan Mencalon Diri Jadi Pm10 Dengan Guling Ismail Sabri

Mat Sabu Dedah Ada Cubaan Mencalon Diri Jadi Pm10 Dengan Guling Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 205 hits
Satu lagi percubaan untuk menggulingkan pentadbiran kerajaan diusahakan sebelum pembubaran Parlimen baru baru ini dedah Presiden Amanah Mohamad Sabu Tanpa menyebut nama Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata seorang tokoh poli...
Majlis Peguam Sokong Tommy Thomas Dan Menghentam Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob

Majlis Peguam Sokong Tommy Thomas Dan Menghentam Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 265 hits
Majlis Peguam sokong Tommy Thomas dan menghentam Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Jelas bahawa Majlis Peguam adalah ahli komponen gabungan Pakatan Harapan
Ismail Sabri Ucap Tahniah Kepada Pm Baharu Uk

Ismail Sabri Ucap Tahniah Kepada Pm Baharu Uk

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 223 hits
PERDANA Menteri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada Rishi Sunak di atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri United Kingdom yang baharu Ismail Sabri menerusi catatan di Facebook hari ini melahirkan keyakinan dengan dedikasi ...
Not Our Culture Ismail Sabri Rejects Anwar S Debate Challenge

Not Our Culture Ismail Sabri Rejects Anwar S Debate Challenge

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 309 hits
Caretaker prime minister Ismail Sabri Yaakob today rejected the challenge by opposition chief Anwar Ibrahim to have a debate between political parties prime ministerial candidates Speaking at a press conference in Bukit Aman this afternoon ...
Gta Anwar Lebih Musuhi Mahathir Berbanding Zahid

Gta Anwar Lebih Musuhi Mahathir Berbanding Zahid

papar berkaitan - pada 1/11/2022 - jumlah : 343 hits
malaysiakini comDiterbitkan Oct 31 2022Gerakan Tanah Air berasa pelik dengan kenyataan pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim yang sejak akhir akhir ini sering menyerang Dr Mahathir Mohamad Timbalan Ketua Penerangan GTA Mahdzir Ibrahim men...
Jom Tempah Baju Korporat Cantik Berkualiti Terus Dari Kilang

Probe Into Bloomberg Report On Pm S Alleged Interference In Macc Classified As Nfa

Ryt Bank Malaysia Bank Digital Dengan Dividen Harian Permohonan Mudah

Pengalaman Menaiki Classic Train Day 6 1

Showcase Jiwa Malaysia 2025 Irama Bersatu Di Bawah Satu Semangat Jiwa Malaysia

Ppim Gesa Siasat Mfw Isu Istilah Muslim Choice Harian Metro 03 11 2025

Investasi Pertama Gen Z Mulai Kecil Hasil Besar

Pondering Over Education


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Top 87 By Eileen Punpro777 Ceo 28 November 2025

Hengjing168 Plus Top 76 By Moses 28 168 2568

From Sweden To The Uk Snusboys Brings Authentic Snus To British Consumers

Kelantan Lelaki Rohingya Didakwa Noda Kekasih Usia 14 Tahun

Indira Gandhi To Lead Justice March On Nov 22 Hand Over Abducted Daughter S Teddy Bear To Igp

Siti Kasim Berates Holier Than Thou Critic Of Syed Saddiq S Tight Sporting Gear His Affectionate Bass Ship