Pm Ismail Sabri Berdepan Pertembungan Tiga Penjuru Di Kerusi Parlimen Bera


 

BERA - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhadapan dua pencabar, masing-masing daripada Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) dalam misinya untuk mempertahankan kerusi Parlimen Bera pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) 
Mewakili Barisan Nasional (BN) dalam saingan tiga penjuru itu, Ismail Sabri yang merupakan penyandang kerusi sejak 2004 ditentang calon Abas Awang (PH-PKR) dan Datuk Asmawi Harun (PN-Bersatu).
Senarai rasmi calon bertanding bagi kerusi itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Bera Datuk Zaman Azam Mohamet Sarif pada 11.23 pagi di Pusat Penamaan Calon, Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera di sini hari ini.
Ismail Sabri yang sedondon berpakaian biru bersama isterinya Datin Seri Muhaini Zainal Abidin tiba di pusat penamaan calon pada pukul 8.55 pagi, ditemani tiga calon BN bagi DUN di bawah Parlimen Bera serta ratusan penyokong parti yang membawa bendera parti sebagai tanda sokongan.
Asmawi dan Abas bersama calon-calon DUN parti masing-masing dan penyokong mereka tiba di pusat penamaan itu pada pukul 8.30 dan 8.50 pagi.
Pada pilihan raya umum 2018, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO menang dalam saingan tiga penjuru dengan memperoleh majoriti 2,311 undi, menewaskan calon PKR Zakaria Abdul Hamid yang mendapat 18,499 undi manakala calon PAS Musaniff Ab Rahman memperoleh 8,096 undi.
Berdasarkan daftar pemilih sehingga 9 Okt lepas, seramai 77,669 pemilih layak mengundi di Parlimen Bera pada PRU15, melibatkan 73,860 pengundi biasa, tentera dan pasangan (3,521 pengundi), polis dan pasangan (279 pengundi) manakala pengundi luar negara, sembilan.
Zaman Azam turut mengumumkan pertembungan empat penjuru bagi DUN Guai melibatkan tiga calon wanita iaitu Datuk Sabriah Saidin yang mewakili BN, Nor Hashimahi Mat Noh (PN) dan Noraini Abdul Ghani (PH) serta calon Bebas Jafari Mohd Yusof.
DUN Triang pula menyaksikan penyandang Leong Yu Man daripada PH akan menentang Yee Cheng Hwa (BN) dan Muhammad Izzuddin Zulkifli (PN).
Sementara itu, DUN Kemayan menyaksikan persaingan satu lawan satu melibatkan calon BN Khaizulnizam Mohamad Zuldin dan calon PN Shapuan Hussain, selepas borang pencalonan wakil PH Manolan Mohamad yang juga Presiden Persatuan Pembangunan Orang Asli Malaysia (MOADA) ditolak.
Pecahan pengundi di DUN di bawah Parlimen Bera ialah 24,412 pengundi bagi DUN Guai, 25,891 pengundi di DUN Triang dan 27, 366 pengundi di DUN Kemayan.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 15 Nov ini sebagai hari pengundian awal dan 19 Nov ini sebagai hari pengundian. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/11/pertembungan-tiga-penjuru-di-kerusi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ds Ismail Sabri Pertahan Kerusi Parlimen Bera Ds Hishamuddin Tanding Sembrong

Ds Ismail Sabri Pertahan Kerusi Parlimen Bera Ds Hishamuddin Tanding Sembrong

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 212 hits
KUALA LUMPUR Barisan Nasional malam ini mengumumkan beberapa menteri dan timbalan menterinya kekal mempertahan kerusi masing masing pada Pilihan Raya Umum ke 15 Mengetuai senarai Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kekal bertandi...
Bn Yakin Menang Lebih 112 Parlimen Ismail Sabri

Bn Yakin Menang Lebih 112 Parlimen Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 11/11/2022 - jumlah : 286 hits
malaysiakini comDiterbitkan Nov 10 2022 5 11 PMBarisan Nasional yakin mampu menguasai lebih 112 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke 15 bagi membentuk kerajaan Persekutuan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib P...
Zahid Janji Tiga Jawatan Tpm Ismail Sabri Kata Tunggu Menang Dulu

Zahid Janji Tiga Jawatan Tpm Ismail Sabri Kata Tunggu Menang Dulu

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 267 hits
agendaily com24 10 2022Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atau Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang akan menjadi Perdana Menteri Barisan Nasional perlu menang terlebih dahulu Pilihan Raya Umum Ke 15 baharu isu berhubung tawaran tiga jawatan Timba...
Langsung Pertembungan Banyak Penjuru Di Banyak Kerusi

Langsung Pertembungan Banyak Penjuru Di Banyak Kerusi

papar berkaitan - pada 5/11/2022 - jumlah : 211 hits
malaysiakini comLANGSUNG Ikuti laporan langsung Malaysiakini pada hari penamaan calon hari ini Zahid tiba di pusat penamaan9 30 pagi Bagan Datoh Perak Calon BN parlimen Bagan Datuk Zahid Hamidi tiba di pusat penamaan calon Zahid merupakan p...
Pertembungan 10 Penjuru Pru15 Kenali Influencer Calon Bebas Bertanding Di Parlimen Batu Siapa Cleopatra

Pertembungan 10 Penjuru Pru15 Kenali Influencer Calon Bebas Bertanding Di Parlimen Batu Siapa Cleopatra

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 245 hits
Dalam beberapa minggu Pilihan Raya Umum ke 15 akan diadakan dan Parlimen Batu menyaksikan pertembungan 10 penjuru yang menjadikannya perhatian ramai pihak Parlimen tersebut dianggarkan memiliki 112 000 pengundi dan pecahan undi mengikut kaw...
Mat Sabu Dedah Ada Cubaan Mencalon Diri Jadi Pm10 Dengan Guling Ismail Sabri

Mat Sabu Dedah Ada Cubaan Mencalon Diri Jadi Pm10 Dengan Guling Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 153 hits
Satu lagi percubaan untuk menggulingkan pentadbiran kerajaan diusahakan sebelum pembubaran Parlimen baru baru ini dedah Presiden Amanah Mohamad Sabu Tanpa menyebut nama Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata seorang tokoh poli...
Majlis Peguam Sokong Tommy Thomas Dan Menghentam Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob

Majlis Peguam Sokong Tommy Thomas Dan Menghentam Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 200 hits
Majlis Peguam sokong Tommy Thomas dan menghentam Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Jelas bahawa Majlis Peguam adalah ahli komponen gabungan Pakatan Harapan
Rentasan 1238 Gempar Kini Hujah Ismail Sabri Ternyata Makan Tuan

Rentasan 1238 Gempar Kini Hujah Ismail Sabri Ternyata Makan Tuan

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 148 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 1238 1 NAIK DENGAN MENGANIAYA AKAN JATUH DIANIAYA 2 SIAPA YANG BAGI PROJEK MEGA KEPADA SYARIKAT ABANG BESAR 3 BERDIAM DIRI ITU SATU HAK Layari kami untuk mendapat berita dan isu semasa di Malaysia Berita Politik Polit...
Not Our Culture Ismail Sabri Rejects Anwar S Debate Challenge

Not Our Culture Ismail Sabri Rejects Anwar S Debate Challenge

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 212 hits
Caretaker prime minister Ismail Sabri Yaakob today rejected the challenge by opposition chief Anwar Ibrahim to have a debate between political parties prime ministerial candidates Speaking at a press conference in Bukit Aman this afternoon ...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Trump Revives Probe Over Digital Taxes


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti