Muhyiddin Cadang Mpn Negeri Bagi Percepatkan Proses Pemulihan


AGENDA DAILY
Tan Sri Muhyiddin mengadakan Majlis Sesi Dialog Pemain Industri Sektor Ekonomi dan Sosial Negeri Melaka.
Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Majlis Pemulihan Negeri perlu ditubuhkan di setiap negeri bagi mempercepatkan proses pemulihan negara pasca pandemik.
Beliau berkata majlis itu boleh menjadi jambatan antara kerajaan negeri dan Persekutuan bagi melancarkan proses pemulihan yang dirancang.
Menurutnya dalam beberapa sesi dialog sebelum ini, antara perkara yang dibangkitkan oleh peserta berhubung Majlis Pemulihan Negara adalah mengenai kaitannya dengan kuasa kerajaan negeri serta pihak berkuasa tempatan (PBT); dan bukannya (melibatkan) kuasa Persekutuan sahaja.
“Oleh itu bagi mempercepatkan proses pemulihan, saya harap kerajaan-kerajaan negeri (dapat) menubuhkan majlis itu dan ia mempermudahkan urusan MPN,” katanya lapor Bernama.
Muhyiddin terdahulu mengadakan Majlis Sesi Dialog Pemain Industri Sektor Ekonomi dan Sosial Negeri Melaka hari ini.
Mengenai sesi dialog hari ini Muhyiddin berkata antara pandangan yang diterima daripada pemain industri pelancongan adalah supaya pembukaan pintu sempadan negara disegerakan agar pelawat asing dapat datang ke negara ini untuk melancong.
“Perkara ini ada dalam pertimbangan kerajaan dan saya akan kemukakan lagi pandangan itu dalam mesyuarat MPN yang akan datang,” katanya.
Muhyiddin berkata, dalam perjumpan itu, penggerak industri di Melaka membangkitkan isu berkaitan kekangan tenaga kerja dan pembiayaan bagi membuka semula perniagaan mereka.
Katanya, kedua-dua isu sedang diteliti oleh dua jawatankuasa khas yang ditubuhkan pada mesyuarat MPN lalu.
“Insya-Allah, jawatankuasa ini akan membentangkan laporan dalam tempoh sebulan,” katanya.
Menerusi pertemuan dengan penggerak sektor sosial, Muhyiddin menekankan pemulihan negara perlu menyeluruh dan tidak hanya tertumpu kepada pemulihan ekonomi semata-mata.
Justeru, tegasnya, penting untuk pihak berkuasa mengambil kira aspek pemulihan dari segi kemasyarakatan, tata hidup dan rohani supaya segala usaha lebih sekata dan bermakna serta memanfaatkan seluruh rakyat.
“Saya mengingatkan proses pemulihan seperti mana dasar kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini akan sentiasa berpegang teguh kepada prinsip tiada kelompok yang tertinggal.
“Prinsip ini bukan sekadar slogan dan laungan, tetapi nilai yang penting dijadikan amalan demi mencapai pemulihan yang seimbang dan menyeluruh,” tegasnya.
Muhyiddin turut menyatakan kekaguman terhadap semangat kental dan kecekalan rakyat Melaka menghadapi cabaran pandemik Covid-19.
Beliau yakin dan percaya dengan kerjasama semua pihak, rakyat Melaka dan di seluruh negara berupaya bangkit kembali.
“Sebagai negeri yang terkenal dengan sektor pelancongan dan pembuatan, Melaka perlu diberi peluang berkembang dan maju dalam peralihan daripada fasa pandemik kepada fasa endemik,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/muhyiddin-cadang-mpn-negeri-bagi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Awani Ringkas Perjuang Kesaksamaan Vaksin Mpn Bincang Pemulihan Sektor Pelancongan

Awani Ringkas Perjuang Kesaksamaan Vaksin Mpn Bincang Pemulihan Sektor Pelancongan

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 237 hits
SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com astroawani TWITTER https twitter com 501Awani INSTAGRAM htt...
Rentas Negeri Aliran Trafik Dijangka Meningkat Hujung Minggu Ini

Rentas Negeri Aliran Trafik Dijangka Meningkat Hujung Minggu Ini

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 302 hits
Plus menjangkakan aliran trafik meningkat sekitar 30 peratus iaitu 1 1 juta pada hari biasa dan 1 3 juta pada hujung minggu selepas pengumuman kebenaran rentas negeri SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirma...
Rentas Negeri Tiada Lagi Amaran Individu Ingkar Sop Akan Dikompaun

Rentas Negeri Tiada Lagi Amaran Individu Ingkar Sop Akan Dikompaun

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 394 hits
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Hazani Ghazali berkata tiada lagi amaran diberi dan pihaknya akan lebih bertegas termasuk mempertingkat pemantauan dan pemeriksaan pematuhan SOP di kawasan reh...
Tuntutan Pulau Batu Puteh Perlu Libatkan Sultan Johor Kerajaan Negeri

Tuntutan Pulau Batu Puteh Perlu Libatkan Sultan Johor Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 667 hits
PASIR GUDANG Keputusan kerajaan untuk menyemak semula undang undang berkenaan Pulau Batu Puteh atau Pedra Branca perlu melibatkan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mungkin boleh menzahirkan pandangan Baginda dalam perkara itu...
Rentas Negeri Tanpa Vaksin Lengkap Akan Dikompaun

Rentas Negeri Tanpa Vaksin Lengkap Akan Dikompaun

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 338 hits
ismaweb net11 10 2021Rentas negeri tanpa vaksin lengkap akan dikompaunPemeriksaan secara rawak pastikan orang awam ikut SOPBANGI 4 Rabiulawal 1443H Isnin Individu yang belum lengkap vaksin berdepan dengan kompaun sekiranya dikesan melakukan...
Antivaksin Tak Boleh Rentas Negeri Kau Lepak Rumah Rita Rudaini Jelah Tak Pun Zul Yahya

Antivaksin Tak Boleh Rentas Negeri Kau Lepak Rumah Rita Rudaini Jelah Tak Pun Zul Yahya

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 356 hits
Selepas sekian lama menanti semalam kerajaan mengumumkan kebenaran kepada rakyat Malaysia yang sudah menerima vaksinasi lengkap melakukan pergerakan rentas negeri hari ini Susulan berita tersebut ramai yang meluahkan rasa gembira apatah lag...
Video Paling Sedih Bila Dapat Rentas Negeri Pelukan Abang Adik Warga Emas Sebak Dapat Lepas Rindu

Video Paling Sedih Bila Dapat Rentas Negeri Pelukan Abang Adik Warga Emas Sebak Dapat Lepas Rindu

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 452 hits
Kelmarin Perdana Menteri mengumumkan kebenaran merentas negeri bermula 11 Oktober 2021 Oleh itu ramai rakyat Malaysia yang teruja dan mengambil peluang ini untuk pulang ke kampung halaman bertemu ahli keluarga setelah lama terpisah Ramai ju...
Alhamdulillah Dah Boleh Rentas Negeri Bermula 11 Oktober 2021

Alhamdulillah Dah Boleh Rentas Negeri Bermula 11 Oktober 2021

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 498 hits
hai assalammualaikumAlhamdulillah Dah Boleh Rentas Negeri Bermula 11 Oktober 2021 Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah rentas negeri dah dibenarkan bermula esok 11 Oktober 2021 Disebabkan atas kesabaran semua walaupun kadang ada juga y...
Pilihan Raya Negeri Melaka Siapa Ingkar Mou

Pilihan Raya Negeri Melaka Siapa Ingkar Mou

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 342 hits
Katanya disebabkan dalam masa tiga tahun selepas Pilihan Raya Umum pertukaran Perdana Menteri berlaku tiga kali maka kerana itu pimpinan PAKATAN HARAPAN menandatangani demi ketenangan suasana politik Dalam keadaan tenang ini tiba tiba berla...
Samsung We Need To Talk About These Green Lines Seriously

Satu Jalan Satu Jiwa Hidup Ini Sementara

Budak Kilat

Meneroka Misteri Alam Semesta Bengkel Pemindahan Ilmu Fizik Zarah Eksperimen Comet

Itinerary Kami Perth Day 1 Caversham Swan Valley Dfo Belmont Hotel

Perth Day 2 Perth Cbd London Court Kmart Chemist Warehouse Hay St Mall Woolworths Dengan Bas

Ujian Psikometrik Pembantu Khidmat Am Gred H1

Outpouring Of Tributes For Sumo Salad Founder Jane Lee Amid Mom S Inquiry Into Alleged Fake Injury Claim


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tajwid Surat Ali Imran Ayat 190 191 Beserta Penjelasannya

Homestay Kuala Terengganu 4 Bilik Dan Ada Kolam

Hidup Masa Kini

Bersenam Cegah Hati Berlemak Kenapa Anda Perlu Ambil Berat

Tips Menghindari Stres Melalui Pemakanan Dan Gaya Hidup Sihat

Resepi Apam Balik