Tuntutan Pulau Batu Puteh Perlu Libatkan Sultan Johor Kerajaan Negeri


PASIR GUDANG: Keputusan kerajaan untuk menyemak semula undang-undang berkenaan Pulau Batu Puteh atau Pedra Branca perlu melibatkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mungkin boleh menzahirkan pandangan Baginda dalam perkara itu.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, Kesultanan Johor mempunyai hak ke atas pulau tersebut dan proses tuntutan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sebelum ini tidak melibatkan Sultan Johor atau kerajaan negeri.

Malah ujar beliau, kerajaan Persekutuan tidak boleh sendirian dalam menguruskan tuntutan tersebut kerana Sultan Johor dan kerajaan negeri juga adalah pemegang taruh terhadap Pulau Batu Puteh.

“Pedra Branca atau Pulau Batu Puteh berada dalam kawasan atau wilayah Johor, jadi sebarang perbincangan perlu melibatkan Sultan Johor dan kerajaan negeri, pulau ini bukan dimiliki kerajaan Persekutuan.

“Kerajaan Persekutuan boleh bertukar ganti. Siapa pun yang menjadi kerajaan sama ada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH), namun perbincangan perlu melibatkan kerajaan Johor.

“Ini melibatkan wilayah dan kedaulatan Johor serta Malaysia,” katanya ketika mengulas langkah kerajaan yang bersetuju pasukan petugas khas diwujudkan bagi membuat kajian menyeluruh, meneliti dan mencadangkan pilihan yang bersesuaian.

Semalam, Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, pihaknya memberi jaminan akan bekerjasama dan membantu kerajaan Persekutuan dalam mendapatkan apa-apa dokumen atau pandangan yang diperlukan jawatankuasa khas.

Sementara itu, Hassan berkata, usaha kerajaan mendapatkan semula pulau itu perlu dilakukan tanpa mengikut tempoh masa serta tidak terhenti selagi ada ruang di peringkat antarabangsa untuk mendapatkannya.

“Tuntutan tersebut perlu dilakukan dalam apa juga cara termasuk membawa kes tersebut kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), kalah atau menang itu adalah perkara kedua.

“Pulau Batu Puteh sudah lama wujud, sebelum Singapura wujud lagi dan merupakan sebahagian daripada Johor sebelum diserahkan kepada pihak British. Jadi dari segi sejarahnya pun kita tahu logiknya, pulau ini milik Johor.

“Jika Malaysia kalah dalam tuntutan Pulau Batu Puteh, ini akan menjadi dorongan kerajaan Singapura untuk membuat tuntutan yang sama terhadap Pulau Pisang di Pontian yang kini masih menjadi milik kita,” ujarnya.

Beliau berkata, ketika ini Singapura masih mengendalikan rumah api di Pulau Pisang dan tidak mustahil kejayaan republik itu mendapatkan Pulau Batu Puteh akan memberi motivasi yang sama kepada mereka untuk merebut Pulau Pisang.

“Kita perlu ingat ini berkaitan kedaulatan negara, apabila mereka mendapat sesuatu pulau, bukan sahaja pulau itu milik mereka tetapi juga keseluruhan perairan di pulau tersebut,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/10/tuntutan-pulau-batu-puteh-perlu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pulau Batu Puteh Sultan Johor Mahu Penjelasan Tindakan Kerajaan Tun M Dulu

Pulau Batu Puteh Sultan Johor Mahu Penjelasan Tindakan Kerajaan Tun M Dulu

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 321 hits
Mengapa soal kedaulatan Johor seperti tak penting pada waktu itu Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar JOHOR BAHRU Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mahu tindakan diambil ke atas pihak ...
Johor Sultan Demands Clear Explanation Why Pulau Batu Puteh Case Dropped

Johor Sultan Demands Clear Explanation Why Pulau Batu Puteh Case Dropped

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 228 hits
JOHOR BARU Johor Ruler Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar demands a clear explanation why the Federal Government under Tun Dr Mahathir Mohamad in 2018 dropped the review application for the Pulau Batu Puteh case in the Internation...
Johor Sultan Right To Be Angry Over Loss Of Batu Puteh

Johor Sultan Right To Be Angry Over Loss Of Batu Puteh

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 288 hits
ADUN SPEAKS The ruler of Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskander is rightly upset as to why the former government of Pakatan Harapan under Dr Mahathir Mohamad withdrew the appeal against the decision by the International Court of Justice to be...
Kehilangan Pulau Batu Puteh Bn Lah Puncanya Amanah Johor

Kehilangan Pulau Batu Puteh Bn Lah Puncanya Amanah Johor

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 188 hits
October 12 2021 Kehilangan pulau Batu Puteh BN lah puncanya Tindakan bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang menuding jari kepada kerajaan Pakatan Harapan berhubung isu Pulau Batu Puteh didakwa hanyalah bermotifkan politik...
Kerajaan Batal Semakan Kes Pulau Batu Puteh Susulan Pandangan Peguam Asing

Kerajaan Batal Semakan Kes Pulau Batu Puteh Susulan Pandangan Peguam Asing

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 214 hits
Kerajaan batal semakan kes Pulau Batu Puteh susulan pandangan peguam asing Putrajaya membatalkan idea memohon semakan keputusan kedaulatan Pulau Batu Puteh tiga tahun lalu selepas mengambil kira pandangan konsultan perundangan asing menurut...
Mungkin Benar Kata Najib Kehilangan Pulau Batu Puteh Salah Dr M Kata Pemimpin Dap

Mungkin Benar Kata Najib Kehilangan Pulau Batu Puteh Salah Dr M Kata Pemimpin Dap

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 210 hits
Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menarik balik permohonan semakan kes Pulau Batu Puteh pada 2018 atas alasan ia tidak boleh dimenangi PETALING JAYA Kenyataan bekas Perdana Menteri Najib Razak bahawa Dr Mahathir Mohamad bertanggungj...
Kerajaan Negeri Ganda Usaha Bantu Usahawan Johor Hasni Johor

Kerajaan Negeri Ganda Usaha Bantu Usahawan Johor Hasni Johor

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 363 hits
KERAJAAN NEGERI GANDA USAHA BANTU USAHAWAN JOHOR HASNI JOHOR PONTIAN 16 Oktober Kerajaan Negeri akan terus menggandakan usaha membantu golongan usahawan di negeri ini yang terkesan akibat pandemik COVID 19 Menteri Besar YAB Dato Haji Hasni ...
Apa Rahsia Di Sebalik Keputusan Ph Isu Pulau Batu Puteh

Apa Rahsia Di Sebalik Keputusan Ph Isu Pulau Batu Puteh

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 256 hits
Ahmad Tarmizi SulaimanDaripada Pakatan Harapan ghairah dalam pelbagai rencana muslihat politik serta bercita cita kembali mengambil kuasa yang hilang ada baiknya tampil jujur menjelaskan isu Pulau Batu Puteh Dalam perkembangan terakhir dahu...
Mahathir Arah Batalkan Permohonan Semula Pulau Batu Puteh Tanpa Kebenaran Kabinet

Mahathir Arah Batalkan Permohonan Semula Pulau Batu Puteh Tanpa Kebenaran Kabinet

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 233 hits
Oleh Nurul Aisyah KEDAULATAN negara sewenang wenangnya dicagar oleh Mahathir Episod sedih ini tidak mungkin dapat kita terima Bukti bukti salahlaku dan salah guna kuasa yang Mahathir buat ketika proses pembatalan permohonan semula Pulau Bat...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Menu Egg Stra Ong Kembali Di Marrybrown

Rumc Your Gateway To A World Class Medical Degree In Malaysia

Surat Al Baqarah Ayat 284 286 Arti Perkata Dan Hukum Tajwid

Arief Ujian Rindu Chord

Luqman Podolski Tiba Tiba Chord

Court Fines Senior Citizen Rm1 600 For Slapping Puspakom Staff