Muhyiddin Buat Sesuka Hati Akan Dihumban Rakyat Pru 15



Tamrin Tun Ghafar
Rabu – 20/01/21
( 1 – 22 )
Thomas Sowell, seorang Ahli Akademik di salah sebuah Universiti Terkemuka di Amerika Syarikat pernah menyuarakan pendanganya berhubung politik : ” Politics Is The Art
Of Making
Your Self Desires
Seem Like
The National
Interest ” ATAU “Politik Adalah
Seni Menjadikan
Kepentingan Diri
Seolah – Olah
Mencerminkan
Ia Adalah Bagi
Kepentingan
Rakyat Dan
Negara”Jika tidak ada sebarang PENAFIAN oleh Pejabat Perdana Menteri atau PMO maka apa yang dikatakan oleh salah seorang pegawai Muhyiddin bahawa Perisytiharaan Darurat itu adalah bagi KEPENTINGAN POLITIK Muhyiddin adalah BENAR.Sebenarnya rakyat sudah LALI dengan sikap PEMBOHONGAN dan PENGECUT Muhyiddin yang membisu dan memekakkan telinga seperti burung kasawari membenamkan kepala ke dalam pasir apabila berhadapan dengan perkara – perkara yang tak boleh dijawab .Sejak RAMPASAN KUASA pada bulan Februari 2020, TIDAK ada satu perancangan ekonomi jangka panjang yang boleh dibanggakan; yang dipersembahkan ialah bantuan jangka pendek atau sementara kepada Makcik Kiah, itu pun telah diperbetulkan oleh Menteri Kewangaannya selain dari bacaan doa bagi menutup KEKOTORAN yang dilakukannya.Kini banyak kilang pembuatan dan industri lain ditutup dan berpindah ke Indonesia menyebabkan jumlah pengangguran meningkat, walaupun Azmin, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengatakan ekonomi negara kukuh dan masih banyak Pelabur Asing (Foreign Direct Investment) datang melabur di sini.Nasihat saya hentikan tabiat membohongi rakyat jika tidak mahu dihumban pada Pilihanraya Umum akan datang.Perlu diulangi lagi bahawa Sistem Pemerintahan Negara yang TELAH DIPERSETUJUI oleh semua pihak dan DIGUNAPAKAI berhubung kedudukan Raja – Raja Melayu sejak MERDEKA 64 tahun lalu: RAJA BERPELEMBAGAAN bukun RAJA MUTLAKatau CONSTITUIONAL MONARCH not ABSOLUTE MONARCH Dalam lain perkataan PERLEMBAGAAN NEGARA ADALAH SUPREME atau YANG TERATAS SEKALI, justeru semua pihak sama ada rakyat negara ini termasuk orang asing, Agong, Raja-Raja, Perdana Menteri mahu pun penyapu sampah di tepi jalan MESTI dan WAJIB akur dan menghormatinya. Rakyat tidak mempersoalkan kuasa dan tindakan Agong berhubung PERISYTIHARAAN DARURAT yang diumumkan namun ingin mengingatkan SUMPAH yang dilafazkan semasa mengambil alih jawatan Yang Di Pertuan Agong : ” Kami ……ibni …… Yang Di Pertuan Agong Bagi Malaysia BERSUMPAH Dengan Melafazkan
WALLAHI ; WABILLAHI ; WATALLAHI
Maka Dengan Lafaz Ini Berikrarlah Kami Dengan Sesungguhnya Dan Dengan Sebenarnya MENGAKU Akan Taat Setia Pada Menjalankan Dengan ADILnya Pemerintahan Bagi Malaysia Dengan Mengikut Sebagaimana Undang – Undang dan PERLEMBAGAAN Yang Telah DiSah Dan DiMasyhurkan Dan Yang Akan DiSah Dan DiMasyurkan Di Masa Hadapan Ini. Dan Lagi Kami Berikrar Mengaku Dengan Sesungguh Dan Dengan Sebenarnya Memelihara Pada Setiap Masa Agama Islam Dan Berdiri Tetap Di Atas Pemerintahan Yang ADIL Dan Aman Di Dalam Negeri.
Sebenarnya rakyat TIDAK MENCABAR tindakan Agong namun ramai berpendapat Perisytiharaan Darurat itu TIDAK bertepatan dengan Perkara 150 (1 ) dan ( 2 ) Perlembagaan.Perkara 150 ( 1 ) – ‘ Jika Yang Di Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar SEDANG BERLAKU yang menyebabkan Keselamatan atau Kehidupan Ekonomi, atau Ketenteraman Awam di dalam Persekutuan atau mana – mana bahagiannya terancam , maka YDP Agong BOLEH mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dengan membuat dalamnya suatu Perisytiharan yang bermaksud sedemikian.”
Perkara 150 ( 2 ) – ‘ Proklamasi Darurat di bawah Fasal ( 1 ) BOLEH dikeluarkan SEBELUM SEBENARNYA BERLAKU kejadian yang mengancam Keselamatan, atau Kehidupan Ekonomi, atau Ketenteraman Awam di dalam Persekutuan atau mana – mana bahagiannya jika YDP Agong berpuas hati bahawa kejadian sedemikian hampir benar berlaku.
Persoalan yang berbangkit ialah: i. Apakah BOLEH YDP Agong menerimapakai NASIHAT seorang Perdana Menteri yang HILANG sokongan Ahli Parlimen atau Wakil Rakyat?
ii. Amat Penting memahami
PERKARA 43 ( 2 ) ( a ) iaitu :
YDP Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengurusikan Jemaah Menteri seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada HEMATnya mungkin MENDAPAT KEPERCAYAAN MAJORITI Ahli Dewan Rakyat itu.
iii. PERKARA 43 ( 4 ) :
JIKA PERDANA MENTERI TIDAK LAGI MENDAPAT KEPERCAYAAN MAJORITI Ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri HENDAKLAH MELETAKKAN JAWATAN Jemaah Menteri melainkan atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh YDP Agong.
iv. Apakah tidak mustahil mengadakan Piliharaya Umum dalam keadaan penuluaran COVID ini boleh MEMBURUKAN keadaan kesihatan seperti yang pernah berlaku sewaktu Pilihanraya Negeri Sabah beberapa bulan lepas.
v. Apakah TIDAK MUSTAHIL Proklamasi Darurat itu SEBENARNYA lebih kepada kepentingan diri Muhyiddin apabila Parlimen dan aktiviti politik digantung sehingga Ogos 2020?
vi. Salahguna kuasa dan rasuah PASTI akan terus meningkat tambah lagi apabila Parlimen digantumg – mereka boleh buat apa sahaja sesuka hati sedangkan rakyat terus ikat perut akibat harga barang makan dan keperluan harian terus MENINGKAT.
Muhyiddin SUDAH pun HILANG SOKONGAN DAN KEPERCAYAAN, justeru Agong PERLU
MEMPERTIMBANG SEMULA beliau sebagai Perdana Menteri dan Perisytiharan Darurat.Jika sebelum ini 3 Ahli Parlimen Kerajaan yang telah disahkan POSITIF COVID 19 diarak masuk Parlimen dengan memakai PAKAIAN KHAS ( PPE ) COVID 19 semata – mata untuk mengundi menyokong Kerajaan dan pada masa yang sama semua Ahli Dewan patuh kepada SEMUA syarat yang diperintah termasuk PENGASINGAN diri dengan setiap Ahli Dewan dipisahkan oleh kotak cermin, maka APA PERLUNYA Parlimen digantung?Sebenarnya penggantungan Persidangan Parlimen dilakukan bagi MENGGELAKKAN UNDI TIDAK PERCAYA terhadap Muhyiddin.Ada kemungkinan besar majoriti Perwakilan UMNO AKAN mengundi MENARIK sokongan terhadap Muhyiddin, justeru semua aktiviti politik TIDAK DIBENARKAN.Mengapa Kompleks Beli Belah, Pasaraya dan Tadika boleh dibuka sedangkan Parlimen yang hanya mempunyai 220 Ahli TIDAK DIBENARKAN; bukankah ia satu tindakan yang tak masuk akal?Diharapkan Agong dan Raja – Raja Melayu yang telah memberi persetujuan mengenai Perisytiharan Darurat ini MENIMBANG SEMULA keputusan tersebut, lagi pun ia lebih kepada MENYUSAHKAN rakyat terutama aktiviti ekonomi harian yang bertentangan dengan SYARAT-SYARAT Deklarasi Darurat seperti yang TERMAKTUB dalam Perlembagaan.Kita berbangga Agong dan Raja-Raja Melayu TIDAK BOLEH DIBELI atau TIDAK TERMASUK dalam kalangan ‘Scheme of Things’ yang dilakukan Muhyiddin kepada Ahli-Ahli Parlimen bagi mengukuhkan jawatannya.Adalah lebih sempurna jika Yang Dipertuan Agong bertindak seperti SUMPAH yang dilafazkan dengan MENDENGAR sendiri pandangn Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tengku Razaleigh Hamzah dan Anwar Ibrahim kerana mereka ini terlibat secara terus dalam apa yang sedang berlaku; jika tidak bantahan demi bantahan akan berterusan.TERSERAH KEPADA MAJLIS PEGUAM (Bar Council) dan PAKAR-PAKAR PERLEMBAGAAN DUDUK BERSAMA MENGKAJI DAN MENGHANTAR RUMUSAN MEREKA KEPADA YDP AGONG.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/31299

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Zalim Tidak Letak Jawatan Rakyat Jadi Mangsa Keangkuhannya

Muhyiddin Zalim Tidak Letak Jawatan Rakyat Jadi Mangsa Keangkuhannya

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 255 hits
Muhyiddin ngaku je la dah tak mampu Covid semakin tinggi sokongan kpd hang pun semakin kurang hingga langsung x capai majaroti langsung sbg PM Sbb itu Islam ajar nak lantik Imam solat pun kena pilih yg sihat segar selain dari berilmu Sedang...
Rakyat Kecam Muhyiddin Ulang Intipati Belanjawan 2021 Tiada Bantuan Baru

Rakyat Kecam Muhyiddin Ulang Intipati Belanjawan 2021 Tiada Bantuan Baru

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 342 hits
Pada 19 Januari 2021Oleh Zamzani HusinPerdana Menteri Muhyiddin Yassin menerima kecaman daripada warganet selepas beliau menyampaikan perutusan berkenaan bantuan khas sempena pelaksanaan PKP 2 0 semalam Ini selepas rata rata daripada mereka...
Rakyat Malaysia Dah Mula Muak Dengan Gelagat Muhyiddin

Rakyat Malaysia Dah Mula Muak Dengan Gelagat Muhyiddin

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 273 hits
BOB KELANANG Rata rata orang ramai mengecam Tan Sri Muhyiddin Yassin susulan perutusan khas Perdana Menteri bagi kerajaan hilang majoriti itu Muhyiddin dianggap mengumumkan kembali apa yang sudah dibentangkan dalam Belanjawan 2021 Lebih men...
Zahid Hamidi Senada Dengan Lim Guan Eng Permai Muhyiddin Kurang Aspirasi Bantu Rakyat

Zahid Hamidi Senada Dengan Lim Guan Eng Permai Muhyiddin Kurang Aspirasi Bantu Rakyat

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 384 hits
Kita mendengar pengumuman kerajaan mengenai Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia semalam Syukur Alhamdulillah pengumuman yang dibuat selepas enam hari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 2 0 Tidak terlalu cepat tetapi ...
Vaksin Tanda Ukur Samada Rakyat Masih Percaya Kepada Muhyiddin

Vaksin Tanda Ukur Samada Rakyat Masih Percaya Kepada Muhyiddin

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 255 hits
Bagi kami sekeluarga sebenarnya tidak tetapi masih ambil pendekatan wait and see
Muhyiddin Perlu Ambil Kesempatan Tunjuk Prihatin Kepada Rakyat Sebelum Darurat Berakhir Dan Pru15 Bermula

Muhyiddin Perlu Ambil Kesempatan Tunjuk Prihatin Kepada Rakyat Sebelum Darurat Berakhir Dan Pru15 Bermula

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 300 hits
Jika Muhyiddin bijak ambil kesempatan ini pengaruh umno akan berkurangan Sekaligus UMNO akan berkompromi atau akur untuk berada di bawah logo PN untuk bertanding Pakatan Pembangkang tanpa Tun M bertanding jika dapat survive sudah sangat bai...
Annuar Musa Inginkan Muhyiddin Terus Menjadi Pm Selepas Pru Ke 15

Annuar Musa Inginkan Muhyiddin Terus Menjadi Pm Selepas Pru Ke 15

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 197 hits
Kemelut pendedahan Annuar Musa ketika sidang media semalam betapa Zahid dan Najib menyokong Anwar Ibrahim secara diam diam nampaknya belum berakhir nampak semakin panas dengan serangan liar datang dari pegawai Annuar Musa pula Pegawai Annua...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025