Muhyiddin Balas Amar Pas Akan Selama Lamanya Jadi Pembangkang


Hariz Mohd
Diterbitkan 24 Dis 2018, 4:11 petang

Mengambil kira kekuatan PAS dan Umno sekarang, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berkata PAS akan selama-lamanya kekal sebagai parti pembangkang.

Beliau membalas kenyataan Naib Presiden PAS Mohd Amar Nik Abdullah bahawa tidak mustahil pentadbiran Pakatan Harapan (PH) akan tumbang dalam masa lima tahun ini.

Muhyiddin berkata, hakikatnya jelas jika perbandingan dibuat antara PH dan parti-parti pembangkang.

"Realitinya di mana Umno sekarang? Di mana BN sekarang? Tinggal nama saja.

"Daripada 13 parti komponen, sekarang tinggal tiga saja dan itu pun tidak bermaya, kedudukan pun tak ada. Umno sudah berpecah belah.

"Dan melihatkan barisan sedia ada dan (bersama-sama) PAS, bandingkan dengan PH yang menang dan berkuasa dan setiap (komponen) memperkukuhkan kedudukan PH. Jika banding antara dua ini, PAS mungkin tak akan menang," katanya kepada pemberita ketika sidang media di ibu pejabat Bersatu di Petaling Jaya hari ini.

Hari ini, Sinar Harian melaporkan Mohd Amar sebagai berkata tidak mustahil PH hanya kekal untuk lima tahun memandangkan berlaku pergolakan serius di dalamnya.
Mohd Amar
Beliau berkata ini kerana tidak wujud persefahaman antara parti dalam PH dan hanya bersepakat untuk menumbangkan BN semata-mata.

Menafikan kenyataan itu, Muhyiddin berkata PAS sebenarnya cemburu kerana PH menang PRU ke-14 dan membentuk kerajaan persekutuan.

Katanya lagi, apatah lagi PAS dahulunya menolak tawaran PH untuk menyertai gabungan itu.

"Biasalah (kata-kata PAS terhadap PH) - dia pembangkang dan PAs akan jadi pembangkang selama-lamanya.

"Kita pernah jadi pembangkang dan dulu saya kata tak nak lama jadi pembangkang.

"Alhamdulillah Allah beri laluan maka kita menang dan jadi kerajaan. Jadi PAS iri hati (sebab) kita pernah runding dengan mereka untu ksertai kita tetapi mereka tolak," katanya yang juga menteri dalam negeri.

Beliau berkata PAS menolak tawaran itu kerana berkata mahu memperjuangkan Islam.

"Perjuangan kita lebih Islamik kerana kita nak bentuk kerajaan yang lebih baik, mengurus ekonomi dengan lebih baik, menolak rasuah dan membina masa depan yang lebih cerah.

"Semua ini (anjuran) Islam. Jadi kalau mereka andaikan PH akan bertahan lima tahun, saya jangka andaian itu tidak tepat," katanya lagi.

Ukuran sebenar adalah pilihan raya

Ditanya berhubung himpunan Icerd awal bulan ini yang menarik puluhan ribu peserta, Muhyiddin berkata ia bukan gambaran tepat sokongan terhadap PAS.

Beliau berkata PAS sentiasa berjaya menarik peserta ke himpunan tetapi ia tidak semestinya diterjemah ke peti undi.

"Saya tak fikir ia boleh jadi ukuran. Ukurannya adalah pilihan raya.

"Memang kalau PAS buat himpunan ramai yang datang (termasuk) di himpunan lain juga, lebih ramai dari (himpunan) kita. Tetapi apabila pilihan raya kalah juga.

"Saya bukan pandang rendah. Tetapi ini fakta dan pernyataan sentimen rakyat.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2018/12/muhyiddin-balas-amar-pas-akan-selama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Pas Sanggup Cium Mulut Dengan Perompak

Muhyiddin Pas Sanggup Cium Mulut Dengan Perompak

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 389 hits
Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berpantun untuk menjelaskan fitnah pihak pembangkang terhadap pentadbiran Pakatan Harapan Racun ikan akar beluru ikan dimakan matilah rasa fitnah pembangkang bagai peluru membunuh umat hingga binasa kata be...
Lelaki Ini Menunggu Selama 20 Tahun Untuk Balas Dendam Terhadap Mantan Gurunya

Lelaki Ini Menunggu Selama 20 Tahun Untuk Balas Dendam Terhadap Mantan Gurunya

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 391 hits
21 Disember 2018 Gambar hiasan LUOYANG Seorang lelaki di menunggu waktu hingga 20 tahun untuk membalas dendam terhadap mantan guru yang mengajarnya Kini lelaki tersebut ditahan setelah melakukan kekerasan terhadap mantan guru yang mengajarn...
Nik Amar Ulangi Cadangan Bubar Umno Ahlinya Masuk Pas

Nik Amar Ulangi Cadangan Bubar Umno Ahlinya Masuk Pas

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 361 hits
KOTA BHARU Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengulangi cadangannya agar UMNO dibubarkan dan anggotanya menyertai PAS kerana parti itu tidak lagi mempunyai masa depan dalam politik negara Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Be...
Pas Will Forever Be The Opposition Muhyiddin Tells Pas Veep

Pas Will Forever Be The Opposition Muhyiddin Tells Pas Veep

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 323 hits
PAS will forever be an opposition party given the little strength it and Umno have said Bersatu president Muhyiddin Yassin He said this in response to PAS vice president Mohd Amar Nik Abdullah s remarks that Pakatan Harapan would only last ...
Umno Pas Dua Kali Lima Sahaja Muhyiddin

Umno Pas Dua Kali Lima Sahaja Muhyiddin

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 423 hits
Parti Pribumi Bersatu Malaysia menasihati umat Islam di negara ini agar berjaga jaga dengan fitnah yang dijaja oleh UMNO dan Pas Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin menegaskan jika dibiarkan umat Islam akan binasa kerana termakan hasutan ked...
Nik Amar Dissolve Umno And Join Pas

Nik Amar Dissolve Umno And Join Pas

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 396 hits
It s time for Umno to dissolve and its members to join PAS said party vice president Mohd Amar Nik Abdullah After the 14th general election Umno no longer has a political future Its time is over We have always asked Umno to be with us and n...
Pas Solat Hajat Doa Ratus Kali Pun Tak Menang Putrajaya Tok Him

Pas Solat Hajat Doa Ratus Kali Pun Tak Menang Putrajaya Tok Him

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 452 hits
PH tak perlu bimbang doa pendek umur sejak ditubuhan parti itu hanya menang Terengganu Kelantan Kedah kata presiden Perkasa
Pas Tanya Status Bantuan Musim Tengkujuh Penoreh Pekebun

Pas Tanya Status Bantuan Musim Tengkujuh Penoreh Pekebun

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 394 hits
KUALA LUMPUR PAS hari ini meminta kerajaan Pakatan Harapan menjelaskan mengenai status bayaran Bantuan Musim Tengkujuh kepada pekebun kecil dan penoreh getah bagi bulan November dan Disember 2018 serta Januari 2019 Timbalan Presiden PAS Dat...
Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

Pakej Percutian Turki

Penang Water Supply 83pc Restored Amid Scheduled Outage

How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kkv Alamanda

Sabun Pencuci Pinggan Pun Boleh Buat Sendiri Guna Limau Kasturi

Yassin Berjaya Ketepikan Hukuman Penjara Seumur Hidup Serta 16 Sebatan

Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Pbu Akademik Pinjaman Boleh Ubah Berasaskan Merit Akademik

Kptm Cara Permohonan Senarai Kursus Lokasi Kolej