Umno Pas Dua Kali Lima Sahaja Muhyiddin



(MalaysiaGazette) – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menasihati umat Islam di negara ini agar berjaga-jaga dengan fitnah yang dijaja oleh UMNO dan Pas.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin menegaskan, jika dibiarkan umat Islam akan binasa kerana termakan hasutan kedua-dua parti ini.
Beliau turut berpesan kepada kedua- dua parti itu jangan mimpi di siang hari sekiranya UMNO dan Pas menyangka mereka boleh menang pilihanraya dengan menabur fitnah berbaur sentimen agama.
“Jauh panggang dari api. Orang Melayu sudah kenal siapa UMNO, siapa Pas. Kedua-duanya dua kali lima sahaja.
“Seorang perompak, seorang lagi nama sahaja Islam, tetapi sanggup bercium mulut dengan perompak.
“Orang Melayu akan tetap ingat sewaktu UMNO berkuasa dahulu, kedua- dua parti ini sanggup bermain kayu tiga dan berkhalwat semata-mata untuk meraih laba politik.
“Bermacam-macam hujah dan istilah Islamik digunakan untuk mewajarkan perbuatan khalwat mereka. Kononnya, mereka berta’awun sesama Islam.
“Bila kita beritahu mereka pelbagai skandal dilakukan oleh pemimpin Umno, mereka kata tabayyun dulu,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Persidangan Srikandi dan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu sempena Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu kali kedua di sini malam ini.
Turut hadir Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Ketua Srikandi, Datuk Seri Rina Mohd. Harun.
Perhimpunan yang bermula hari ini hingga Ahad berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Lebih 1,000 perwakilan hadir melibatkan 99 bahagian Srikandi manakala 115 pula adalah Armada.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berpendapat UMNO sepatutnya belajar dari sejarah dan tidak perlu menjadi hidung tak mancung pipi tersorong-sorong hendak berpakat dengan Pas.
“Cerita UMNO berpakat dengan Pas ini dah berkurun lamanya tetapi tidak pernah berlaku di alam nyata.
“Baru beberapa minggu yang lalu mereka duduk bersama di atas lori di Dataran Merdeka. Pemimpin Umno dan Pas berpegang tangan dan berpeluk cium sesama mereka.
“Terujalah ahli-ahli UMNO kononnya inilah masanya kesatuan politik orang Melayu dan Islam akan benar-benar terbina. Ini satu detik yang amat bersejarah bagi mereka. Seolah-olahnya, kalau pilihanraya diadakan esok, Umno dan Pas akan menang dan membentuk sebuah kerajaan baharu,” katanya.
Tambah Muhyidin, ibarat menunggu bulan jatuh ke riba tidak sampai seminggu, berbondong-bondong wakil rakyat dan ahli UMNO keluar parti.
Menurutnya lebih menyedihkan lagi buat UMNO, Presiden Pas beberapa hari yang lalu buat satu kenyataan bahawa Pas tidak akan bekerjasama dengan Umno kerana bahtera
UMNO sedang bocor.
“Pas takut bahtera partinya juga akan karam kalau dilihat terlalu rapat dengan UMNO.
“Apa maknanya ini? Maknanya tiada harapan untuk Umno berpakat dengan Pas dan Pas bukanlah sebuah parti yang boleh dipercayai.
“Pas hanya mementingkan partinya sendiri. Ia sebuah parti yang meletakkan Islam pada namanya, tetapi tidak mengamalkan ajaran Islam yang sebenar.
“Jadi, tidak perlulah lagi Umno bermimpi di siang hari untuk berpakat dengan Pas dan kembali berkuasa,” katanya.
Muhyiddin juga yakin Pas tidak mungkin akan dapat membentuk Kerajaan Persekutuan kerana sikapnya yang ekstrem.
“Pas tidak akan mendapat sokongan majoriti rakyat untuk membentuk kerajaan.
“Selagi Pas tidak mengubah sikap dan pendekatan politiknya, bagi saya parti itu akan jadi pembangkang buat selama- lamanya,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2018/12/28/umno-pas-dua-kali-lima-sahaja-muhyiddin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Disifatkan Sebagai Parti Bocor Sukar Untuk Gabung Pas

Umno Disifatkan Sebagai Parti Bocor Sukar Untuk Gabung Pas

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 308 hits
KUALA LUMPUR PAS menyifatkan UMNO sebagai bahtera bocor dan tidak mungkin akan bergabung dengannya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata gabungan dengan parti sedemikian akan hanya menambahkan kesulitan Loading UMNO sekarang meng...
Pas May Sink If It Gets Too Close To Umno Hadi Says

Pas May Sink If It Gets Too Close To Umno Hadi Says

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 354 hits
PAS president Abdul Hadi Awang said a merger with Umno will not be easy as the latter is sinking Umno is currently a sinking ship When we go to sea if we approach a sinking ship we may also sink with them Merging with a party that has a lea...
Pas Jangan Bimbang Umno Tetap Kuat

Pas Jangan Bimbang Umno Tetap Kuat

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 411 hits
Diterbitkan 25 Dis 2018 6 42 petang Ketua Penerangan Umno Shamsul Anuar Nasarah hari ini menyeru PAS tidak bimbang dengan situasi Umno ketika ini yang menyaksikan sekumpulan anggota dan wakil rakyatnya meninggalkan parti Jelas Shamsul keada...
Bahtera Umno Dah Bocor Pas Nak Gabung Payah Hadi

Bahtera Umno Dah Bocor Pas Nak Gabung Payah Hadi

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 390 hits
Diterbitkan 25 Dis 2018 12 21 tengah hariPAS tidak akan bergabung dengan Umno kerana parti itu ibarat bahtera yang telah bocor kata presidennya Abdul Hadi Awang Umno sekarang mengalami kebocoran bahtera Kaedah kita orang pergi laut kalau ba...
Pas Rapat Dengan Umno Penyokong Jadi Ahli Amanah

Pas Rapat Dengan Umno Penyokong Jadi Ahli Amanah

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 372 hits
Bernama Kerjasama antara PAS dengan Umno memberikan kelebihan kepada parti gabungan Pakatan Harapan di Kelantan khususnya Parti Amanah Negara dalam memperkukuhkan jumlah keanggotaannya Pengerusi Amanah Kelantan Wan Rahim Wan Abdullah berkat...
Pas Mp Umno Leaders Joining Harapan To Be Pure Like Guan Eng

Pas Mp Umno Leaders Joining Harapan To Be Pure Like Guan Eng

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 365 hits
PAS lawmaker Che Abdullah Mat Nawi has claimed that Umno leaders are flocking to Pakatan Harapan to save themselves from prosecution However he also slipped in a sarcastic swipe at DAP leader Lim Guan Eng Joining Harapan is an easy way to c...
Umno Ph Bergolak Pas Tenang

Umno Ph Bergolak Pas Tenang

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 549 hits
SALMAH MAT HUSAINKOTA BHARU Ketika parti lain menghadapi masalah khususnya Umno dan Pakatan Harapan sebaliknya PAS berada dalam keadaan baik Naib Presiden PAS Dato Mohd Amar Abdullah berkata apa yang berlaku itu menggambarkan kelebihan memp...
Kalah Fattzura Giliran Elfira Loy Dan Faris Bakal Adakan Lima Kali Majlis Resepsi

Kalah Fattzura Giliran Elfira Loy Dan Faris Bakal Adakan Lima Kali Majlis Resepsi

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 586 hits
Perkahwinan pasangan Elfira Loy dan Khairol Faris Anuar antara yang paling ditunggu tunggu selepas mereka mengikat tali pertunangan pada September lalu Malah pasangan itu juga kini rancak merencanakan hari bahagia yang dijangka bakal berlan...
Pas Vs Umno Anta Tanya Ana Jawab

Pas Vs Umno Anta Tanya Ana Jawab

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 515 hits
Oleh Hj Idris Hj Ahmad26 12 18Dulu PAS lawan Umno sekarang pasal apa boleh berkawan Sebelum saya jawab soalan itu samalah juga dengan pemimpin PH hari ini Apa yang mereka tidak kata kepada Tun Mahathir dan apa yang Tun tidak kata kepada mer...
Pen Nsula House By Studio Fabricio Rodrigues A Serene Lakeside Sanctuary In Piracaia

Adventure Travel To The Amazon Forest A Journey Into The Heart Of Nature

Monitor All Projects To Ensure Timely Completion Pm

Digital Double Meanings What Garden Gummies Say About Today S Social Media Culture

Comic Art Festival Kuala Lumpur 9

71 Peratus Rakyat Austria Sanggup Boikot Barangan As Tinjauan

Drama Dari Rahim Yang Sama

Masih Mood Raya Dengan Kuah Kacang Dan Rendang Daging


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kelebihan Bismillah 5 Dan Kaedah Merawat

Skrip Automasi Pembersihan Google Drive Perjalanan Penuh Cabaran Dan Pembelajaran

Plnt Co Cyberjaya Birthday Plant Pilihan Hati

Kable Unifi Terputus

Sekuriti Berjaya Menggagalkan Cubaan Seludup Siswi Ke Asrama Lelaki Apabila Mengesyaki Ada Sesuatu Dalam Beg

Resort Ni Cantik Tepi Pantai Design Pun Estetik