Muhyiddin Bakal Terbunuh Bersama Anwar




“Kemasukan Ahli Parlimen UMNO ke dalam Bersatu adalah bagus kerana ia akan menjadikan Pakatan Harapan sebuah kerajaan yang lebih Melayu berbanding sebelumnya.”


“Sekurang-kurangnya dengan semakin ramai Ahli Parlimen UMNO beralih kepada Bersatu, kuasa DAP dapat diimbangi dalam Pakatan Harapan.”


“Janganlah gelabah,  dengan kemasukan Ahli-Ahli Parlimen UMNO itu, Tun Mahathir Mohamad hanya bertujuan memperolehi majoriti dua pertiga dalam Parlimen supaya pindaan undang-undang ke arah kebaikan rakyat dapat dilaksanakan”.


“Kita kena percaya kepada Tun Mahathir, beliau tahu apa yang dibuatnya dan tentu untuk kebaikan negara”.


Di atas adalah hujah-hujah yang biasa kedengaran kebelakangan ini sejak seorang demi seorang Ahli Parlimen UMNO bertindak meninggalkan parti itu dan sebahagiannya telah pun diterima sebagai ahli Bersatu.


Sekali pandang, memang ternampak murni semua hujah-hujah tersebut, tetapi apakah setakat itu saja kewajaran dalam membawa masuk Ahli-Ahli Parlimen UMNO itu menyertai Bersatu?


Benarkah juga semua hujah itu begitu penting dalam perkiraan serta pemikiran Tun Mahathir?


Apa yang dibimbangi, di sebalik semua hujah yang nampak murni itu, selain untuk mengukuhkan lagi kedudukan Perdana Menteri, ia mungkin terjajar kepada tujuan serta maksud untuk menidakkan berlakunya peralihan kuasa daripada Tun Mahathir kepada Anwar Ibrahim sebagaimana yang telah dijanji dan dipersetujui sebelum Pakatan Harapan menang PRU14 yang lalu.


Tambahan lagi, dalam banyak keadaan, meskipun Tun Mahathir selalu mengatakan beliau akan menepati janji berhubung peralihan kuasa itu, kerapkali juga kata-katanya agak tergantung, "saya mungkin jadi Perdana Menteri kurang daripada dua tahun dan mungkin juga lebih dua tahun."


Tidak pernah sama sekali Tun Mahathir berkata, "cukup-cukup dua tahun nanti saya akan serahkan jawatan Perdana Menteri ini kepada Anwar."


Dalam konteks peralihan kuasa kepada Anwar, semua sedia maklum jika beliau menjadi Perdana Menteri nanti, orang yang bakal menjadi timbalannya, baik dari segi kelayakan, pengalaman dan kekananan ialah Muhyiddin Yassin, Presiden Bersatu sekarang.


Tidak ada pemimpin lain dalam Pakatan Harapan yang lebih sesuai digandingkan dengan Anwar selain daripada Muhyiddin.


Dalam waktu yang sama, sementera ada persetujuan mengenai peralihan kuasa kepada Anwar, kecenderungan Tun Mahathir terhadap Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR terlihat sungguh nyata sejak awal lagi.


Beliau yang sudah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor selepas PRU14 lalu dan tidak disenaraikan oleh PKR sebagai calon menteri, telah dipilih oleh Tun Mahathir untuk menjadi Menteri Hal Ehwal Ekomoni dalam kabinetnya.


Dengan jawatan tersebut, Azmin bukan saja menjadi antara menteri yang menguasai kementerian paling kanan dalam kerajaan, bahkan seterusnya dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Khazanah, badan pelaburan utama kerajaan bersama Tun Mahathir selaku Pengerusinya.


Dengan yang demikian, ia menyebabkan berlegar cakap-cakap dan andaian bahawa Tun Mahathir lebih cenderung mahukan Azmin sebagai penggantinya berbanding Anwar.


Cakap-cakap dan andaian itu mungkin segera berkubur jika Tun Mahathir berani bertegas menyatakan "cukup dua tahun saya akan berundur dan menyerahkan jawatan itu kepada Anwar."


Namun, ia tidak pernah sesekali dilakukan Tun Mahathir, malah di sebalik ayat "mungkin kurang dua tahun dan mungkin lebih dua tahun" menjadi Perdana Menteri, beliau ternampak cuba mengukuhkan kedudukannya melalui sokongan Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang melompat parti.


Kalaulah berlaku sekali lagi episod Anwar diketepikan sebagai pengganti Perdana Menteri di mana kali pertama terjadi ketika dalam UMNO dahulu, yang akan turut "terbunuh" bersamanya tentu saja ialah Muhyidin.


"Membunuh" karier politik Anwar, tidak dapat tidak, akan menyebabkan Muhyiddin "terbunuh" sama masa depannya.


Muhyiddin bukan saja tidak ternampak ada kecenderungan dalam hati Tun Mahathir untuk diletakkan sebagai penggantinya, bahkan jika Azmin yang menjadi Perdana Menteri, tidak mungkin beliau akan melantik Presiden Bersatu itu sebagai timbalannya.


Siapa pilihan Azmin sebagai timbalannya jika beliau menjadi Perdana Menteri?


Sukarkah menjangkanya? (ShahbudinHusin 16/12/2018)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/12/muhyiddin-bakal-bersama-anwar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Addresses Ex Cm S Bad History With Anwar Guan Eng

Muhyiddin Addresses Ex Cm S Bad History With Anwar Guan Eng

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 367 hits
Bersatu president Muhyiddin Yassin said today that due consideration should be given to the new political context in the country in response to former Malacca chief minister Abdul Rahim Thamby Chik s bid to despite his history with other le...
Apakah Penghargaan Tun M Kepada Pkr Bermakna Anwar Benar2 Bakal Penggantinya

Apakah Penghargaan Tun M Kepada Pkr Bermakna Anwar Benar2 Bakal Penggantinya

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 455 hits
Rasanya ini adalah kali pertama Tun Mahathir Mohamad memberi penghargaaan secara khusus kepada PKR berhubung kemenangan Pakatan Harapan dalam PRU14 yang lalu Berucap di jamuan makan malam Pakatan Harapan yang dihadiri oleh semua pemimpin pe...
Kronologi Anwar Ibrahim Jadi Bakal Perdana Menteri Paling Lama Di Dunia

Kronologi Anwar Ibrahim Jadi Bakal Perdana Menteri Paling Lama Di Dunia

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 746 hits
Pada 1 April 2008 selepas PRU12 Anwar mengumumkan pembentukan Pakatan Rakyat dan sekali gus menetapkan 16 September sebagai tarikh membentuk kerajaan baru persekutuan sekaligus Anwar dikatakan akan dilantik sebagai Perdana Menteri yang ke 6...
Muhyiddin Ulas Sejarah Buruk Rahim Dengan Anwar Guan Eng

Muhyiddin Ulas Sejarah Buruk Rahim Dengan Anwar Guan Eng

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 331 hits
Dikemaskini 16 Dis 2018 6 45 petangPresiden Bersatu Muhyiddin Yassin berkata konteks politik baru perlu diambil kira dalam menilai bekas pemimpin Umno yang berhasrat menyertai parti itu Ia susulan permohonan bekas Ketua Menteri Melaka Abdul...
Bakal Pm Melangkaui Anwar Laluan Azmin Tidak Semudah Disangka

Bakal Pm Melangkaui Anwar Laluan Azmin Tidak Semudah Disangka

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 414 hits
Entah bagaimana mungkin secara kebetulan atau memang dirancang bersekali dengan khabar angin mengenai konon rapuhnya kedudukan Anwar Ibrahim sebagai bakal Perdana Menteri ke 8 nama Timbalan Presiden PKR Azmin Ali turut dicanangkan sebagai p...
Anwar Henti Berbalah Tumpu Isu Kos Sara Hidup

Anwar Henti Berbalah Tumpu Isu Kos Sara Hidup

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 472 hits
Ketua Umum PH itu turut mengingatkan bahawa rakyat sentiasa memerhati mereka
Selepas Banyak Mengusik Anwar Kini Mso Mengusik Nurul Izzah Pula

Selepas Banyak Mengusik Anwar Kini Mso Mengusik Nurul Izzah Pula

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 456 hits
MSO atau menulis selamat bersara Nurul Izzah dan apa2 kenyataan dari anak sulung Anwar Ibrahim itu bukan lagi boleh dianggap kenyataan politik Begitu sinis anggapan MSO terhadap Nurul Izzah Aku pelik dgn MSO atau Mohd Sayuti Omar II ni Sema...
Anwar Ibrahim Raksasa Pelbagai Wajah

Anwar Ibrahim Raksasa Pelbagai Wajah

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 408 hits
Anuar Shaari 1 DS Anwar semakin terdesak dan kini mula menonjolkan diri dalam pelbagai wajah Nurul Izzah telah meletak jawatan parti dan kerajaan namun tetap mengekalkan kerusi Parlimen Permatang Pauh Kononnya lelah dengan keadaan politik M...
Anwar Nurul S Resignation An Indictment Of Greedy Deceptive Leaders

Anwar Nurul S Resignation An Indictment Of Greedy Deceptive Leaders

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 325 hits
PKR president Anwar Ibrahim has accused certain party leaders of being deceptive greedy and uninterested in party unity which ultimately led to Nurul Izzah s Anwar s resignation as party vice president and Penang PKR leader Despite being el...
Understand Your Target Audience

Tema Hijau Menjadi Pilihan

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

3 Lagu Untuk Ana

Lirik Lagu Anugerah Hati Suki Low Ft Alun Tradisi Ft Yam Tunku Zain

Abaikan Jika Tak Minat

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal

India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Falsafah Kaca Kosong

Digital Assets Vault Backup Step By Step

Navigating The Legal Landscape Lawyers In Washington D C

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

Kek Batik Jawa