Kronologi Anwar Ibrahim Jadi Bakal Perdana Menteri Paling Lama Di Dunia



Pada 1 April 2008, selepas PRU12 (8 Mac 2008), Anwar mengumumkan pembentukan Pakatan Rakyat dan sekali gus menetapkan 16 September sebagai tarikh membentuk kerajaan baru persekutuan sekaligus Anwar dikatakan akan dilantik sebagai Perdana Menteri yang ke-6.

15 September 2008, Anwar mengumumkan pihaknya sudah ada cukup anggota untuk mengambil alih kerajaan persekutuan dan mahu menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi tujuan peralihan kerajaan secara lancar dan aman.

Abdullah Badwi telah menolak permintaan itu dan satu lagi permintaan Pakatan Rakyat, yang mahu Parlimen mengadakan sidang khas pada 23 September 2008. Pak Lah menyatakan itu hanya 'drama' Anwar dan mencabar Anwar dedahkan nama Ahli Parlimen BN yang akan melompat ke Pakatan Rakyat. Tetapi Anwar gagal menamakannya hingga ke hari ini 14 Disember 2018.

3 April 2009, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak dengan rasminya menjadi  perdana menteri Malaysia keenam apabila istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan istiadat mengangkat sumpah setia serta menyimpan rahsia sempurna dilangsungkan di Istana Negara, 10.10 pagi.

Najib menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam pelan peralihan kuasa Umno dan negara susulan ketewasan mengejut dan terburuk dalam sejarah BN pada pilihanraya umum ke - 12.

18 Ogos 2014, Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dalam blognya menulis bahawa beliau terpaksa menarik balik sokongan dan terpaksa mengkritik kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak kerana  dilihat dasar dan tindakan Najib tidak berkesan daripada penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi.

11 February 2015, mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhir Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kesalahan meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, hampir tujuh tahun sebelumnya. 


Keputusan muktamad itu dicapai secara sebulat suara oleh panel lima hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria yang mengekalkan sabitan salah dan hukuman penjara lima tahun terhadapnya.

Dengan keputusan itu, Anwar, 67 (pada 2015), yang merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh hilang kelayakan sebagai wakil rakyat seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan. Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu diperintah menjalani hukuman penjara di Penjara Sungai Buloh bermula 11 February 2015.
#CelahGelegar 
Ogos 2015, isu wang berbilion-bilion mengalir ke akaun bank peribadi Datuk Seri Najib Razak. Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) percaya wang itu diselewengkan dari 1MDB tetapi Najib mendakwa ia merupakan derma.Bekas perdana menteri itu mendakwa beliau menggunakan sebahagian wang itu untuk pilihan raya umum ke-13.8 September 2016, Parti Pribumi Bersatu didaftarkan selepas pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato' Seri Paduka Mukhriz Mahathir serta penggantungan Dato' Seri Mohd Shafie Apdal daripada UMNO pada 24 Jun 2016. 

14 Mac 2017, Pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebulat suara bersetuju untuk membentuk gabungan rasmi dengan Pakatan Harapan (PH).
7 January 2018, Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad diumumkan sebagai calon Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Tun Mahathir diberi masa selama 2 tahun menjadi Perdana Menteri dan selepas itu akan diserahkan kepada Anwar Ibrahim. Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula dinamakan sebagai calon Timbalan Perdana Menteri.9 Mei 2018, PRU14 telah dijalankan dan Pakatan Harapan berjaya menumbangkan BN. Kemudiannya Tun Mahathir dilantik sebagai PM dan Wan Azizah sebagai TPMPakatan Harapan (PH) berjaya memecahkan monopoli Barisan Nasional (BN) selama 60 tahun apabila memenangi 113 daripada 222 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pakatan memenangi 104 kerusi Parlimen manakala DAP meraih 9 kerusi di Sabah dan Sarawak.PKR memenangi 47 kerusi, DAP (42), BERSATU (13), AMANAH (11) dan WARISAN (8)#CelahGelegar 16 Mei 2018, Anwar dapat pengampunan penuh tanpa syarat.
12 September 2018, Datuk Seri Anwar Ibrahim sah bertanding di kerusi Parlimen P132 Port Dickson sebagai salah satu langkah pelan peralihan kuasa ke atas beliau untuk menjadi perdana menteri seterusnya.
Penyandang kerusi berkenaan Laksamana Pertama (B) Datuk Danyal Balagopal Abdullah berkata beliau telah menghantar notis pengosongan kerusi berkenaan kepada Speaker Dewan Rakyat pada 12 September 2018.

13 Oktober 2018, Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson dengan majoriti 23,560 undi.
27 Oktober 2018, bekas Menteri BN dan Ahli Parlimen Jeli, Datuk Mustapa Mohamed buat keputusan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) 
27 Oktober 2018, Kira-kira 40 anggota Parlimen dari UMNO dikatakan berkemungkinan akan meninggalkan parti itu dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Anggota Majlis Tertinggi Bersatu, Datuk A. Kadir Jasin berkata kesemua mereka dikatakan berpotensi berbuat demikian kerana sudah beberapa kali berjumpa dengan Pengerusi Bersatu,Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyididn Yassin serta para kepimpinan tertinggi parti itu sama ada secara perseorangan atau berkumpulan
12 Disember 2018, Umno Sabah lumpuh, 13 wakil rakyat, pemimpin kanan keluar parti dan dijangka akan sertai Bersatu atau Warisan. 
13 Disember 2018, bekas Ketua Puteri UMNO yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) 




13 DISEMBER 2018, DAP dan Anwar mula menyerang Tun Mahathir kerana membawa masuk bekas pemimpin Umno ke dalam PH. 
Jika trend kemasukan pemimpin Umno ke dalam Bersatu berlaku secara berterusan dengan bilangan yang mencukupi, Anwar mungkin akan menjadi BAKAL PERDANA MENTERI selama-lamanya. Itu akan mencatat sejarah dunia di mana Anwar Ibrahim ditabalkan sebagai BAKAL PERDANA MENTERI PALING LAMA DI DUNIA yang akan kekal hanya menjadi "BAKAL"  
#CelahGelegar 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://celahgelegar.blogspot.com/2018/12/kronologi-anwar-ibrahim-jadi-bakal.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+celahgelegarblogspotcom+%28CELAH+GELEGAR%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azmin Ali Bakal Perdana Menteri Malaysia

Azmin Ali Bakal Perdana Menteri Malaysia

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 311 hits
Di sebalik satu demi satu Ahli Parlimen UMNO bertindak keluar parti di mana sehingga ini jumlahnya sudah mencecah 16 orang dalam waktu yang sama disahkan seramai 36 Ahli Parlimen BN juga telah menandatangani akujanji menyokong kepimpinan Tu...
Bagaimana Anwar Mampu Yakinkan Kepimpinan Ph Beliau Layak Menjadi Perdana Menteri

Bagaimana Anwar Mampu Yakinkan Kepimpinan Ph Beliau Layak Menjadi Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 252 hits
Pendarahan Umno sudah mencapai tahap kritikal Tanpa transfusi ia akan mati kekurangan darah atau menderita anemia yang teruk Barisan Nasional tidak perlu disebutkan lagi Umno terlalu lemah untuk mempedulikannya manakala MCA mahu ia dibubark...
Nvidia Bakal Memperlihatkan Kad Grafik Paling Berkuasa Mereka Nvidia Titan Rtx

Nvidia Bakal Memperlihatkan Kad Grafik Paling Berkuasa Mereka Nvidia Titan Rtx

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 278 hits
Beberapa bulan lalu NVIDIA memperlihatkan siri kad grafik terbaru mereka NVIDIA GeForce RTX yang hadir dengan pelbagai ciri ciri baru seperti sokongan untuk Ray Tracing pada masa nyata dan Deep Learning Super Sampling yang boleh digunakan u...
12 Rekaan Swimming Pool Hotel Paling Unik Di Dunia

12 Rekaan Swimming Pool Hotel Paling Unik Di Dunia

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 637 hits
12 Hotel Dengan Kolam Renang Paling Unik Di Dunia Selalunya jika anda merancang percutian ke mana negara sekalipun sudah pasti hotel yang selesa dan tenang menjadi pilihan utama Selain faktor itu jangan lupa untuk turut menimbangkan hotel y...
Apakah Penghargaan Tun M Kepada Pkr Bermakna Anwar Benar2 Bakal Penggantinya

Apakah Penghargaan Tun M Kepada Pkr Bermakna Anwar Benar2 Bakal Penggantinya

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 438 hits
Rasanya ini adalah kali pertama Tun Mahathir Mohamad memberi penghargaaan secara khusus kepada PKR berhubung kemenangan Pakatan Harapan dalam PRU14 yang lalu Berucap di jamuan makan malam Pakatan Harapan yang dihadiri oleh semua pemimpin pe...
Kami Rasa Inilah Momen Paling Indah Seorang Cikgu Dipuji Menteri Kerana Kecekalan

Kami Rasa Inilah Momen Paling Indah Seorang Cikgu Dipuji Menteri Kerana Kecekalan

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 275 hits
Mendidik dan untuk memastikan anak didikan berjaya semestinya menjadi satu kepuasan dalam diri seorang cikgu Tambahan lagi dicabar apabila hanya 4 orang dalam kelas lulus matematik Dan akhirnya hanya 1 orang yang gagal daripada 39 murid Dis...
Safian Ismail Pecah Rekod Ss Kontrak Paling Lama Di Pahang

Safian Ismail Pecah Rekod Ss Kontrak Paling Lama Di Pahang

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 1286 hits
KUANTAN Belum pernah ada dalam sejarah seorang Setiausaha Kerajaan Negeri di negeri ini yang memegang jawatan hingga melebihi tempoh 10 tahun Namun inilah yang terjadi kepada Dato Sri Muhammad Safian bin Ismail yang dilaporkan memegang jawa...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba