Muhyiddin Anak Ulama Terkenal Yang Dikhianati Berulang Kali



Tok Akhi 
Bapa bekas Perdana Menteri Malaysia Kelapan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tuan Guru Haji Muhammad Yassin bin Muhammad merupakan seorang ulama terkenal di Malaysia.
Hari ini, Yang di-Pertuan Agong menitahkan supaya perancangan di bawah dasar sedia ada, seperti pelaksanaan projek pembangunan, usaha menangani pandemik Covid-19, dan program pemulihan negara, perlu dikekalkan oleh kerajaan yang akan dibentuk dalam masa terdekat.
Titah baginda itu dibuat pada sesi menghadap ketua-ketua dan wakil-wakil parti politik di Istana Negara semalam, susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan barisan Kabinetnya pada Isnin lalu.
Titah itu sekali gus menunjukkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, yakin dengan perancangan dasar yang disediakan itu.
Untuk rekod semua dasar yang baginda sebutkan itu diperkenalkan ketika pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin, anak seorang ulama tersohor yang telah dikhianati berulang kali dalam menempuh asam garam dunia politik tanah air.
Muhyiddin mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri pada 1 Mac 2020 setelah membawa Bersatu keluar daripada Pakatan Harapan (PH) yang dimonopoli DAP, susulan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Kerajaan PH.
Daripada titah ucapan Agong itu juga jelas membuktikan bukan dasar Kerajaan PN yang diperkenalkan di bawah pentadbiran Muhyiddin, terutama dalam mendepani pandemik Covid-19, yang salah, seperti mana sebelum ini digembar-gemburkan blok minoriti Ahli Parlimen (MP) UMNO pimpinan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dan blok pembangkang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jika kita semua ingat bahawa pada 3 Ogos 2021 lalu, Zahid bersama 14 lagi MP UMNO menarik sokongan kepada kerajaan PN dan Muhyiddin, dengan memberi alasan antaranya kegagalan kerajaan menangani pandemik Covid-19, dan ianya disambut oleh blok pembangkang.
Alasan-alasan untuk menarik sokongan itu sebenarnya hanya ‘alasan’, sedangkan hal yang sebenarnya ialah dendam peribadi Kluster Mahkamah dan kelompok kleptokrat terhadap Muhyiddin.
Serangan itu disambut pula PH yang disokong parti-parti kecil diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Shafie Apdal dari parti Warisan di Sabah.
Mereka juga berdendam dengan Muhyiddin yang membawa keluar Bersatu daripada PH setelah Dr Mahathir meletak jawatan. Jika Muhyiddin tidak memulakan ‘Langkah Sheraton’, pasti Anwar sudah menjadi Perdana Menteri Kelapan.
Sebab itu agenda peribadi Kluster Mahkamah dan kleptokrat menjadi pencetus kepada serangan terhadap Muhyiddin dan kemudian disambut pula blok pembangkang. Mereka menjadikan peningkatan kes jangkitan Covid-19 dan angka kematian sebagai alasan bagi menunjukkan kerajaan PN gagal menangani masalah rakyat.
Mereka memperhebatkan serangan terhadap Muhyiddin setelah melihat agenda menyelamatkan negara dan rakyat daripada pandemik Covid-19 ini, terutama program vaksinasi yang semakin menunjukkan hasil membanggakan. Menurut laporan kes-kes jangkitan Covid-19 lebih tinggi membabitkan individu yang tidak divaksin.
Demikianlah serangan dilakukan oleh kleptokrat dan Kluster Mahkamah kerana Muhyiddin tidak membantu membebaskan individu tertentu daripada puluhan tuduhan jenayah di mahkamah – penyelewengan jutaan ringgit yang dilakukan ketika mereka berkuasa dalam pentadbiran negara.
Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) bergambar bersama Allahyarham 
bapanya Tuan Guru Haji Muhammad Yassin serta keluarga mereka.
Mengenali lebih dekat siapa bapanya, rakyat tidak terkejut apabila Muhyiddin juga tegas berpegang kepada prinsip, untuk tidak menggadai maruah dan ajaran Islam.
Allahyarham Tuan Guru Haji Muhammad Yassin bin Muhammad adalah seorang ulama terkenal sebaris dengan Tok Kenali dan Tok Selehong.
Ulama yang dikatakan mula mengajar ilmu agama seawal usia 21 tahun, dan merupakan anak kelahiran Tanjung Bidara, Melaka adalah pendakwah dan guru yang sangat gigih.
Allahyarham banyak mengajar di daerah Muar seperti di Masjid Jamek Muar, Masjid Parit Jamil, Masjid Seri Menanti, Masjid Bukit Gambir, Masjid Bukit Kangkar dan Masjid Sungei Mati Muar. Adakalanya, beliau mengajar sampai ke Chohong Melaka yang merupakan sempadan antara Melaka dan Muar.
Pengajaran beliau kebanyakannya tertumpu kepada kitab-kitab Tasawuf dan Ilmu Tauhid. Tuan Guru Haji Muhammad Yassin menadah kitab kepada ulama besar Muar satu ketika dahulu iaitu Tuan Guru Haji Abu Bakar bin Haji Hasan al-Muari bin Haji Ahmad bin Anggak bin Datuk Sijo Bukit Moh, Muar Bandar Maharani, Johor.
Sebab itu, Muhyiddin juga mempunyai didikan agama yang sangat kuat. Apa lagi abang beliau Allahyarham Ustaz Abdul Rahman Yassin (meninggal 2015) juga seorang pendakwah hebat.
Namun hakikatnya, kebencian, dendam, dan iri hati telah wujud sejak zaman Nabi Adam lagi, sebagaimana kisah Qabil dan Habil.
Nabi Muhammad SAW pun pada awal dakwah baginda dibenci, didendami, sehingga ada cubaan membunuh baginda. Demikian juga kisah Khalifah Umar al-Khattab yang ditikam dari belakang ketika beliau menjadi imam solat.
Menurut sesetengah riwayat, ketika diusung keluar dari masjid untuk dibawa ke rumahnya, Umar bertanya siapa yang menikamnnya, dan diberitahu lelaki Parsi bernama Firoz. Lalu Umar menjawab:
“Segala puji bagi Allah bahwa aku tidak dibunuh oleh seorang Muslim!” - AGENDA DAILY

(*) Tok Akhi
Pemerhati Politik Kampung



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/muhyiddin-anak-ulama-terkenal-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guna Sistem Reward Tiap Kali Anak Lancar Ibu Ini Kongsi Tipnya Buat Anak Suka Mengaji

Guna Sistem Reward Tiap Kali Anak Lancar Ibu Ini Kongsi Tipnya Buat Anak Suka Mengaji

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 316 hits
Setiap ibu bapa dah ada harapan serta impian untuk anak Seboleh bolehnya sebelum 7 tahun nak tengok anak dah boleh mengenal bacaan dalam al Quran Lagi seronok jika anak kita minat dengan sendiri tanpa perlu dipaksa paksa Namun bagaimana nak...
Agong Nasihatkan Muhyiddin Lepaskan Jawatan Sehingga 3 Kali Namun Tidak Diendahkan

Agong Nasihatkan Muhyiddin Lepaskan Jawatan Sehingga 3 Kali Namun Tidak Diendahkan

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 200 hits
King Advised Mahiaddin Three Times To Resign 5 Aug 2021 Sarawak Report has received information via reliable sources connected to royal circles which indicates that ONCE AGAIN the prime minister has sought to deceptively massage what the Ki...
Muhyiddin Mengkhianati Gilirannya Untuk Dikhianati

Muhyiddin Mengkhianati Gilirannya Untuk Dikhianati

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 140 hits
NORMAN RADZUANMuhyiddin boleh ke Sidang DUN tapi takut ke Parlimen Agong terpaksa meminta Parlimen dibuka segera beberapa kali terpaksa meminta pengesahan Speaker keabsahan yang Muhyiddin ada jelas Muhyiddin dgn pelbagai alasan seolah cuba ...
Dewan Ulama Puji Ketegasan Muhyiddin Tolak Puak Kleptokrat

Dewan Ulama Puji Ketegasan Muhyiddin Tolak Puak Kleptokrat

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 231 hits
AGENDA DAILY Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh Dewan Ulamak PAS Pusat menghormati dan menyambut baik ketegasan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak sesekali berkompromi dengan kelompok kleptokrat yang mahukan penyala...
Hiburan Susulan Positif Covid 19 Kali Kedua Aeril Zafril Syukur Wawa Dan Anak Negatif

Hiburan Susulan Positif Covid 19 Kali Kedua Aeril Zafril Syukur Wawa Dan Anak Negatif

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 292 hits
Susulan daripada jangkitan wabak COVID 19 kali kedua yang dihadapi pelakon Aeril Zafrel pelakon filem Sabda Kekasih itu meluahkan rasa syukur kerana isterinya yang juga pelakon Wawa Zainal berserta anak anaknya dilaporkan negatif ARTIKEL BE...
Tular Video Post Terakhir Di Instagram Siti Sarah Peluk Dan Cium Anak Anak Buat Kali Terakhir

Tular Video Post Terakhir Di Instagram Siti Sarah Peluk Dan Cium Anak Anak Buat Kali Terakhir

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 374 hits
Rakyat Malaysia menerima berita duka dengan pemergian penyanyi tanah air Siti Sarah Rassuddin pagi tadi Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Canselor Tuanku Muhriz pada jam 5 13 pagi setelah hampir seminggu bertarung nyawa me...
Ismail Sabri Bersemuka Dengan Muhyiddin Pertama Kali Sebagai Perdana Menteri

Ismail Sabri Bersemuka Dengan Muhyiddin Pertama Kali Sebagai Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 260 hits
Ismail Sabri bertentang mata dengan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri PETALING JAYA Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempat mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas pulang dari I...
Saya Gigit Dia Berulang Kali Bengang Dipatuk Lelaki Gigit Ular Berbisa Sampai Mati

Saya Gigit Dia Berulang Kali Bengang Dipatuk Lelaki Gigit Ular Berbisa Sampai Mati

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 311 hits
Kebiasaannya apabila seseorang itu dipatuk ular sudah tentu mangsa akan segera mencari bantuan perubatan Tetapi tidak bagi lelaki berusia 45 tahun dari India ini Lapor India Today Kishore Badra dari perkampungan di Gambharipatia di Odisha J...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp