Dewan Ulama Puji Ketegasan Muhyiddin Tolak Puak Kleptokrat


AGENDA DAILY
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.
Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menghormati dan menyambut baik ketegasan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak sesekali berkompromi dengan kelompok kleptokrat yang mahukan penyalahgunaan kuasa dilakukan semula.
Ketua DUPP Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata walaupun tempoh kepimpinan yang singkat, Muhyiddin telah melakukan yang terbaik untuk manfaat negara dan rakyat khususnya dalam menangani pandemic Covid-19.
“DUPP juga melahirkan kekesalan dengan kerakusan sesetengah pimpinan politik untuk mendapatkan kuasa tanpa mengira keresahan dan kesusahan yang sedang dihadapi oleh rakyat, sehingga membawa kepada suasana politik yang tidak stabil dan harmoni serta mendorong kepada perletakan jawatan Perdana Menteri bersama Kabinet Kerajaan Perikatan Nasional.
“DUPP juga menyambut baik ketegasan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk sesekali tidak berkompromi dengan kelompok kleptokrat yang cuba untuk mengganggu gugat proses pentadbiran negara serta menginginkan berlakunya penyalahgunaan kuasa,” katanya dalam satu kenyataan tanya menyebut nama mana-mana pihak.
Istilah kleptokrat merujuk kepada pemimpin yang menyalahgunakan kekuasaan politik untuk memenuhi kekayaan peribadi dan mengabaikan kebajikan rakyat.
Ia mula menjadi istilah yang banyak digunakan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Razak pada 2016 sehingga kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018, susulan pendedahan skandal kewangan terbesar dunia membabitkan dana pelaburan Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Susulan tewasnya BN yang dikuasai UMNO pada PRU14 itu, kekayaan beberapa tokoh di kalangan pemimpin parti itu terdedah, termasuk wang berjuta-juta ringgit di dalam akaun peribadi Najib yang dikatakan hasil penyalah gunaan kuasa dan penyelewengan.
Najib menjawat jawatan Perdana Menteri sebelum PRU14, manakala rakan kleptokrasinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri. Kedua-duanya kini berdepan kes di mahkamah atas puluhan tuduhan jenayah rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram yang dilakukan ketika berkuasa.
Muhyiddin ketika perutusan selepas meletak jawatan Perdana Menteri Kelapan semalam berkata beliau tidak akan sekali-kali bersekongkol dengan kumpulan kleptokrat, mengganggu kebebasan badan kehakiman dan membelakangi Perlembagaan Persekutuan semata-mata untuk kekal berkuasa.
Pada 4 Ogos lalu, Muhyiddin mendedahkan ada pihak yang tidak senang dengan ketegasan beliau enggan campur tangan dalam urusan mahkamah untuk membebaskan beberapa individu yang sedang didakwa atas kesalahan jenayah.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/dewan-ulama-puji-ketegasan-muhyiddin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Anak Ulama Terkenal Yang Dikhianati Berulang Kali

Muhyiddin Anak Ulama Terkenal Yang Dikhianati Berulang Kali

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 352 hits
Tok Akhi Bapa bekas Perdana Menteri Malaysia Kelapan Tan Sri Muhyiddin Yassin Tuan Guru Haji Muhammad Yassin bin Muhammad merupakan seorang ulama terkenal di Malaysia Hari ini Yang di Pertuan Agong menitahkan supaya perancangan di bawah das...
Ph Ajak Semua Ahli Parlimen Tolak Muhyiddin Sokong Anwar Sebagai Pm

Ph Ajak Semua Ahli Parlimen Tolak Muhyiddin Sokong Anwar Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 268 hits
Majlis Presiden PH mengajak semua Ahli Parlimen yang menolak kepimpinan Muhyiddin untuk menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri KUALA LUMPUR Pakatan Harapan mengulangi pendirian untuk mengangkat Anwar Ibrahim sebagai calon perdana m...
Pembangkang Pula Serah Surat Ke Istana Tolak Muhyiddin Sumber

Pembangkang Pula Serah Surat Ke Istana Tolak Muhyiddin Sumber

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 270 hits
malaysiakini comDiterbitkan 9 Aug 2021 7 12 pmSelepas Umno mendedahkan 13 surat membabitkan ahli parlimen parti itu menarik sokongan terhadap Muhyiddin Yassin sumber dalaman blok pembangkang berkata bahawa pembangkang pula telah mengutuskan...
Kemelut Politik Pejuang Kekal Prinsip Tolak Kabinet Kleptokrat Usahawira

Kemelut Politik Pejuang Kekal Prinsip Tolak Kabinet Kleptokrat Usahawira

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 244 hits
Presiden Parti Pejuang Tanah Air Datuk Seri Mukhriz Mohamad tidak menolak berkemungkinan parti itu tidak akan memberikan sokongan kepada pemimpin yang terpalit dalam kluster mahkamah Jelasnya Pejuang akan kekal dengan prinsip parti dalam me...
Gila Kuasa Saja Tolak Tawaran Muhyiddin Hadi

Gila Kuasa Saja Tolak Tawaran Muhyiddin Hadi

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 275 hits
Gila kuasa saja tolak tawaran Muhyiddin Hadi Yang tolak tawaran Muhyiddin adalah kelompok gila kuasa kata Hadi Presiden PAS Abdul Hadi Awang menyelar pembangkang dan kalangan Ahli Parlimen Umno yang menolak tawaran kerjasama Muhyiddin Yassi...
Muhyiddin Tak Tolak Kemungkinan Kembali Sebagai Pm

Muhyiddin Tak Tolak Kemungkinan Kembali Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 225 hits
Meski telah meletak jawatan sebagai perdana menteri Muhyiddin Yassin masih jauh dari merancang persaraan politiknya Ahli Parlimen Pagoh itu juga tidak sepenuhnya pasrah dengan nasibnya malah tidak menolak kemungkinan dia akan kembali sebaga...
Agong Perlu Tolak Jika Muhyiddin Minta Bubar Parlimen

Agong Perlu Tolak Jika Muhyiddin Minta Bubar Parlimen

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 228 hits
RK AnandKetika pentas politik hangat dengan spekulasi yang mengatakan pentadbiran Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam keadaan genting mantan peguam negara Tommy Thomas memberi peringatan kepada pihak yang menggesa pilihan raya Dalam wawa...
Terkini 35 Lagi Ahli Parlimen Hantar Warkah Tolak Muhyiddin Kepada Agong

Terkini 35 Lagi Ahli Parlimen Hantar Warkah Tolak Muhyiddin Kepada Agong

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 280 hits
August 11 2021 PKR mengesahkan partinya telah mengutuskan warkah kepada Yang di Pertuan Agong menolak Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Perkara itu disahkan oleh Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil ketika dihubungi Benar PKR telah mengirimk...
Mayat Wanita Ditemui Lebih 200 Km Dari Lokasi Dilaporkan Hilang

Kekurangan Jururawat Menteri Kkm Dedah Jawatan Ada Tapi Tiada Yang Mahu

Mendaki Bukit Keluang Di Besut

Anggaran Kekerapan Hubungan Seks Mengikut Usia

2 Resipi Daging Korban Memang Best Dicuba Simple Dan Sedap

The Salt March Of 1930 Gandhi S Peaceful Revolution That Shook An Empire

Lg Ai Home Promo Gives You Rm2 800 Ewallet Credits

The Science Behind Stress Sips How Breakthrough Boosts Hormonal Harmony


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


How The Ai Gold Rush Is Making People Rich

Jay Jay Perjalanan Ke Syurga Chord

Honor Opens Klcc Store Marks 100th Milestone

Rihanna Drops Fenty X Puma Smurfs Collab

Hundreds Of Fake Guns Seized In Raid On House In Segambut

Sst E Invoicing Rental Hikes How Much More Can Man On The Street Malaysians Tahan