Muhyiddin Akan Minta Hadi Jelaskan Khabar Angin Hidupkan Semula Mn


malaysiakini.com
Raveena Nagotra
Diterbitkan: Sep 24, 2022 5:58 PM
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin akan mendapatkan penjelasan daripada Presiden PAS Abdul Hadi Awang minggu depan, berhubung khabar angin mengenai usaha menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN).

Ini susulan laporan Utusan Malaysia semalam, mengenai pertemuan Hadi dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya telah membaca kenyataan itu, dan saya juga berminat untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

"Saya ingin mendapatkan penjelasan apabila saya bertemu Hadi pada Isnin atau Selasa ini, saya akan tetapkan tarikhnya," katanya kepada pemberita di luar majlis sambutan ulang tahun keenam Bersatu di Putrajaya hari ini.

Muhyiddin berkata dia berminat untuk mengetahui sama ada perbincangan sedemikian berlaku, keputusannya dan sama ada Umno bersetuju dengan pengaturan sedemikian.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata kedudukan PN juga perlu diambil kira.

Utusan Malaysia melaporkan dakwaan pertemuan antara Hadi dan Zahid berlaku Selasa lalu, dan perbincangan mengenai kemungkinan menghidupkan semula MN akan dibawa ke mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada 30 Sept.

Ketua Penerangan PAS Khairil Nizam Khirudin dipetik dalam laporan itu berkata terdapat kemungkinan besar untuk menghidupkan semula MN, sambil menambah bahawa mesyuarat susulan akan diadakan antara PAS dan Umno sebagai persediaan menghadapi PRU15.
Bagaimanapun, ini bercanggah dengan pendirian Muhyiddin hari ini bahawa semua parti gabungan dalam PN telah bersetuju bahawa musuh utamanya dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang ialah BN.

Awal minggu ini, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata bahawa musuh politik "sebenar" parti itu ialah Pakatan Harapan (PH).

Takiyuddin berkata, PAS percaya gabungan yang menghimpunkan ummah adalah formula paling berkesan untuk memupuk perpaduan nasional.

Awal bulan ini, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man pula dipetik sebagai berkata parti mereka telah memutuskan untuk menghadapi pilihan raya akan datang sebagai sebahagian daripada gabungan PN.

Bagaimanapun, beberapa pemimpin PAS, termasuk presidennya, berulang kali mendakwa mereka masih berbincang dengan Umno, yang mengetuai gabungan BN.

Pemimpin Umno telah berulang kali menafikan dakwaan Hadi.

Awal tahun ini, Umno Selangor telah mencetuskan idea untuk bekerjasama dengan PAS negeri tetapi ia gagal menjadi kenyataan.

Pemimpin Umno telah menetapkan syarat bahawa sebarang kerjasama dengan PAS mestilah didahului dengan PAS memutuskan hubungan dengan Bersatu.

PAS dan Umno dahulunya membentuk ta'awun siyasi (kerjasama politik) atau disebut juga tahaluf siyasi (perjanjian politik) melalui MN.

Bagaimanapun, kerjasama ini runtuh selepas PAS menyertai PN - sebuah gabungan yang diketuai oleh Bersatu, pesaing Umno dan rakan parti pemerintah

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/09/muhyiddin-akan-minta-hadi-jelaskan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin And Hadi Meet As Bersatu Pas Tensions Simmer

Muhyiddin And Hadi Meet As Bersatu Pas Tensions Simmer

papar berkaitan - pada 27/9/2022 - jumlah : 213 hits
Bersatu president Muhyiddin Yassin met his PAS counterpart Abdul Hadi Awang informally last night This followed apparent disagreement between the two parties on the contents of Muhyiddin s speech during Bersatu s sixth anniversary event on ...
Hadi Dan Muhyiddin Bertemu Dua Jam Bincang Perkukuh Pn

Hadi Dan Muhyiddin Bertemu Dua Jam Bincang Perkukuh Pn

papar berkaitan - pada 27/9/2022 - jumlah : 192 hits
agendaily com27 09 2022Gambar pertemuan dikongsi dalam status Facebook Tan Sri Muhyiddin Yassin Dua Presiden parti dalam gabungan politik Perikatan Nasional bertemu bagi mengadakan perbincangan semalam ditengah tengah spekulasi terdapat usa...
Sumber Pertemuan Zahid Hadi Buka Ruang Kerjasama Semula

Sumber Pertemuan Zahid Hadi Buka Ruang Kerjasama Semula

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 291 hits
malaysiakini comDiterbitkan Sep 28 2022 5 48 PMPertemuan di antara Abdul Hadi Awang dengan Ahmad Zahid Hamidi baru baru ini menjadi tempat pemimpin Umno terbabit menyatakan perasaan Umno terhadap PAS Sumber dalaman Umno menjelaskan pertemua...
Ha Ha Ha Muhyiddin Kata Hadi Kata

Ha Ha Ha Muhyiddin Kata Hadi Kata

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 204 hits
Mohsin Abdullahfacebook sharing buttontwitter sharing buttonwhatsapp sharing buttonemail sharing buttonMuhyiddin Yassin dan Abdul Hadi Awang Kedua duanya politikus lama Kedua duanya cekap dan bijak mengatur strategi Ayuh lihat apa yang dika...
Zahid Hadi Kembali Bertemu Spekulasi Muafakat Nasional Hidup Semula Cerah

Zahid Hadi Kembali Bertemu Spekulasi Muafakat Nasional Hidup Semula Cerah

papar berkaitan - pada 23/9/2022 - jumlah : 214 hits
KUALA LUMPUR Pertemuan Presi den UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presi den PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang menguatkan cakap ca kap Muafakat Nasional dihidupkan kembali bagi mengelakkan pertembungan dua parti itu pada Pilihan Raya Umu...
Muhyiddin Kata Hadi Kata

Muhyiddin Kata Hadi Kata

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 148 hits
Muhyiddin Yassin dan Abdul Hadi Awang Kedua duanya politikus lama Kedua duanya cekap dan bijak mengatur strategi Ayuh lihat apa yang dikatakan terhasil daripada pertemuan Muhyiddin dengan Hadi di kediaman Muhyiddin pada malam 26 Sept lalu A...
Pakar Jelaskan 3 Kesalahan Ini Biasa Ibu Bapa Lakukan Dalam Mendidik Anak

Pakar Jelaskan 3 Kesalahan Ini Biasa Ibu Bapa Lakukan Dalam Mendidik Anak

papar berkaitan - pada 25/9/2022 - jumlah : 252 hits
Dalam mendidik anak ibu bapa adalah orang penting yang memainkan peranan membentuk diri anak Jika dari awal anak anak berada dalam persekitaran yang positif sampai besar mereka akan menjadi anak yang menyenangkan hati semua orang Jika kita ...
Boleh Ke Share Video Isteri Bersalin Di Media Sosial Mufti Jelaskan Hukumnya

Boleh Ke Share Video Isteri Bersalin Di Media Sosial Mufti Jelaskan Hukumnya

papar berkaitan - pada 24/9/2022 - jumlah : 479 hits
Memuat naik video isteri sedang bertarung nyawa melahirkan anak di media sosial seolah menjadi trend masa kini Namun adakah ianya tidak menjadi kesalahan dalam agama Islam Ikuti perkongsian berkenaan isu ini daripada laman rasmi AL KAFI 788...
Tnb S Share Price Falls After Federal Court Decision On Lhdn Case

No Promotions For Macc Officers With Bmi Above 27 From Next Year

Oppo Reno14 Drops At Ooo Fest With Ai Cam Freebies

Bank Rakyat Defends Ex Ybr Ceo S Termination Says Proper Procedures Followed

What New York S Mamdani Can Teach Malaysia S Madani

Opening Up Zero Knowledge Proof Technology To Promote Privacy In Age Assurance

Insiden Letupan Gas Putra Heights Menteri Besar Selangor Dakwa Siasatan Dilakukan Dengan Bebas Dan Telus

Smart Dust The Invisible Future Of Monitoring And Data Collection


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tips Kesihatan Individu Harus Tahu

Drama Mandul Bukan Pilihan

Resipi Udang Butter Garlic Yang Ringkas Tapi Sedap Sangat

Monolog Jiwa Andai Rasa Tak Sedalam Ini

Rundingan Perdagangan Amerika Syarikat Jepun Buntu Boj Kekal Berdiam Diri

Sewa Sst 8 Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebagai Penyewa Atau Pemilik