Boleh Ke Share Video Isteri Bersalin Di Media Sosial Mufti Jelaskan Hukumnya


Memuat naik video isteri sedang bertarung nyawa melahirkan anak di media sosial seolah menjadi trend masa kini. Namun adakah ianya tidak menjadi kesalahan dalam agama Islam?
Ikuti perkongsian berkenaan isu ini daripada laman rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan:

AL-KAFI 788: HUKUM MEMUAT NAIK VIDEO ISTERI BERSALIN
Assalamualaikum SS Mufti. Apakah hukum seseorang yang memuat naik video isteri atau ahli keluarga yang sedang bersalin?
Jawapan:
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.
Pertama sekali, kami ingin menukilkan peringatan Allah SWT melalui firman-Nya:
فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ ﴿٧﴾ وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ
Maksudnya: Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

(Surah al-Zalzalah: 7-8)
Setiap amalan yang kita kerjakan akan dihisab dan dinilai di sisi Allah SWT. Dalam apa jua tindakan dan amalan seharian kita pula, salah satu ukuran yang harus kita guna untuk menilai baik buruknya ialah samada ia memberi manfaat samada kepada diri kita dan orang lain. Sabda Nabi SAW:
مِنْ حُسْنِ إسلامِ المرءِ تَرْكُهُ مَا لَا يَعْنِيهِ
Maksudnya: Antara kesempurnaan Islam seseorang itu ialah dia meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat padanya.
Riwayat Tarmizi (2318)
Sebagai seorang Muslim, segala tindak-tanduk dan tingkah laku kita juga harus mengambil kira pesanan Nabi SAW:
إِذَا لَمْ تَسْتَحِ فَاصْنَعْ مَا شِئْتَ
Maksudnya: Jika kamu tidak mempunyai rasa malu, maka lakukanlah apa sahaja yang kamu mahu.
Riwayat al-Bukhari (6120)
Sifat malu daripada melakukan sesuatu yang menyanggahi adab, tatasusila dan kerukunan masyarakat merupakan satu sifat yang amat terpuji. Sifat malu inilah yang akan menjadi benteng masyarakat daripada terjebak ke dalam krisis moral, keruntuhan akhlak dan kebejatan sosial.

Sifat malu ini amat dituntut dalam Islam, sehingga Nabi SAW meletakkannya sebagai sebahagian daripada iman melalui sabda Baginda SAW:
الْحَيَاءُ مِنَ الإِيمَانِ
Maksudnya: Sifat malu itu sebahagian daripada iman.
Riwayat Muslim (36)
Dalam konteks zaman moden ini, teknologi internet dan media sosial menjadi wadah yang amat efektif dalam berkongsi maklumat dan menyampaikan pandangan. Namun demikian, amat mendukacitakan tatkala masih ramai yang tidak menggunakannya dengan sebaik mungkin dan berkongsi kandungan yang tidak membawa sebarang faedah dan manfaat.
Dunia internet dan media sosial juga sering memperlihatkan perbuatan-perbuatan yang bercanggah dengan adab dan akhlak Islami. Kandungan yang dimuat naik sering menimbulkan kontroversi dan mengundang polemik yang tidak berkesudahan.
Kami mengambil kesempatan ini untuk berpesan agar kita sama-sama gunakan kesempatan dan ruang yang ada untuk menyebarkan ilmu pengetahuan yang bermanfaat dan menyemai kesedaran masyarakat berkenaan isu-isu semasa. Semoga setiap perkongsian yang dilakukan menjadi bekalan untuk kita bertemu Allah SWT kelak.
Penutup
Kesimpulannya, kami berpandangan perlu ada sifat malu dalam kalangan kita yang amat dituntut oleh Islam. Bukanlah setiap perkara perlu dikongsi dan disebarkan, lebih-lebih lagi pada zaman teknologi yang membolehkan suatu perkara disebarluaskan secara mudah dan pantas. Justeru, tidaklah sesuai dan wajar saat-saat isteri sedang bertarung nyawa itu menjadi tontonan ramai dan dihebohkan kepada mereka.
Akhir kalam, saya mendoakan agar anak-anak kita seluruhnya menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada kedua ibu bapa, agama, bangsa dan negara.
Wallahu a’lam.
Kredit: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Anak dah boleh merangkak laju? Ayuh mama papa yang ada baby comel-comel tu, inilah masanya untuk sertai Baby Merangkak Race!. Daftar sekarang di link ini: https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-sspnxpama-baby-merangkak-race/

Jom, kongsikan foto comel si manja anda bertemakan Jungle Cuties di SINI! Ada hadiah menarik menanti.(https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/)

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
 
The post Boleh Ke ‘Share’ Video Isteri Bersalin Di Media Sosial? Mufti Jelaskan Hukumnya appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/boleh-ke-share-video-isteri-bersalin-di-media-sosial-mufti-jelaskan-hukumnya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rujukan Saiz Imej Video Untuk Upload Di Sosial Media Facebook Instagram Twitter Dll

Rujukan Saiz Imej Video Untuk Upload Di Sosial Media Facebook Instagram Twitter Dll

papar berkaitan - pada 25/9/2022 - jumlah : 277 hits
Saiz untuk gambar gambar di sosial media anda untuk rujukan Profile photos Profile cover posting stories group cover semua mempunyai saiz imej yang berbeza untuk tatapan terbaik di setiap paparan Senang lepas ni nak bgtau designer untuk pil...
Ramai Terhibur Video Aok Down Ker Popularkan Cik Mat Dekat Media Sosial

Ramai Terhibur Video Aok Down Ker Popularkan Cik Mat Dekat Media Sosial

papar berkaitan - pada 24/9/2022 - jumlah : 609 hits
PETALING JAYA Kemunculan seorang lelaki memuat naik video dengan loghat negeri Pahang di TikTok baru baru buat orang ramai terhibur Kemunculan lelaki tersebut memuatnaik video berbentuk nasihat dengan loghat negeri Pahang mendapat perhatian...
Saiz Gambar Dalam Media Sosial

Saiz Gambar Dalam Media Sosial

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 184 hits
Assalamualaikum dan Selamat Petang Hai Pembaca semua Bonde nak kongsikan dekat anda semua tentang Saiz Gambar Dalam Media SosialBonde terjumpa perkongsian di Fourmeta jadi Bonde kongsikan disini untuk panduan dan rujukan anda semua Saiz gam...
Ismail Sabri Saman Lokman Adam Fitnah Di Media Sosial

Ismail Sabri Saman Lokman Adam Fitnah Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 12/9/2022 - jumlah : 201 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memfailkan saman terhadap bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Datuk Lokman Noor Adam kerana memuat naik video mengandungi kenyataan berniat jahat fitnah dan tidak benar terhadap Perdana Menteri
Polis Sahkan Sewa Rumah Naik Jadi Punca Pergaduhan Hingga Tular Di Media Sosial

Polis Sahkan Sewa Rumah Naik Jadi Punca Pergaduhan Hingga Tular Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 416 hits
Video pergaduhan yang tular di laman sosial Facebook pada Isnin lalu didakwa berpunca daripada pertikaian tentang kenaikan sewa rumah antara pemilik dan penyewa Sebelum ini sebuah akaun Facebook telah memuat naik satu video berdurasi 19 sat...
Air Selusuh Boleh Memudahkan Wanita Hamil Bersalin Ikuti Penjelasan Pakar Sakit Puan

Air Selusuh Boleh Memudahkan Wanita Hamil Bersalin Ikuti Penjelasan Pakar Sakit Puan

papar berkaitan - pada 15/9/2022 - jumlah : 212 hits
TIDAK semua wanita hamil akan melalui proses bersalin dengan mudah Mungkin ada di antara mereka yang terpaksa menunggu berjam jam untuk melahirkan bayi
Letakkan Ayat Ni Pada Post Di Media Sosial Untuk Elak Terkena Penyakit Ain

Letakkan Ayat Ni Pada Post Di Media Sosial Untuk Elak Terkena Penyakit Ain

papar berkaitan - pada 21/9/2022 - jumlah : 327 hits
Letakkan ayat ni pada post di media sosial untuk elak terkena penyakit Ain Media sosial jika dahulu tempat kita berkongsi rasa dan mencari rakan Tapi sekarang lebih kepada berkongsi hal yang menggembirakan Ada juga yang dikatakan untuk show...
Lelaki Bunuh Kucing Hamil Kerana Lapar Terpaksa Demi Meraih Followers Di Media Sosial

Lelaki Bunuh Kucing Hamil Kerana Lapar Terpaksa Demi Meraih Followers Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 16/9/2022 - jumlah : 234 hits
Video seorang lelaki muda membunuh kucing hamil untuk dimakan tular di media sosial Suspek yang dikenali sebagai Dani Rachmat berusia 26 tahun itu berasal dari Kelurahan Gunung Alam Kabupaten Bengkulu Utara Dani didakwa memuat naik video di...
Rent A Mechanical Bull For The Ultimate Event Experience

Bufet Ramadan 2025 Bazar Citarasa Kita At Ballroom Palm Garden Hotel Putrajaya

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt

Rafizi Dedah Cerita Bagaimana Kerjasama Malaysia Arm Tercetus

Resepi Laksa Lemak Kedah Bahan Bahan 1 Tin Sardin Buang Sos Dan Cuci

Madani Gov T Sending Palestinian Kids To International School Are The Expenses Borne By M Sian Taxpayers


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Merentas Desa Tempat Ke 12

Cara Periksa Homestay Scammer

Leadership In Building A Startup

Menu Berbuka Puasa

Makan Berlebihan Itu Zalim Zalim Pada Diri Sendiri Tv Ppim 05 03 2025

Lirik Lagu Raudah Hafiz Hamidun