Muhyiddin Kata Hadi Kata


 

Muhyiddin Yassin dan Abdul Hadi Awang. Kedua-duanya politikus lama. Kedua-duanya cekap dan bijak mengatur strategi. Ayuh lihat apa yang dikatakan “terhasil” daripada pertemuan Muhyiddin dengan Hadi di kediaman Muhyiddin pada malam 26 Sept lalu.
“Alhamdulillah. Perbincangan selama dua jam malam tadi yang amat bermakna. Banyak perkara dipersetujui untuk memperkukuhkan Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi PRU15.”
Begitu bunyi hantaran Facebook yang dimuat naik Muhyiddin pada pagi keesokannya, yakni 27 Sept 2022.
-ADVERTISEMENT-Ads by 
Sedikit latar belakang. Pertemuan di kediaman Muhyiddin itu diadakan selang beberapa jam selepas Takiyuddin Hassan, setiausaha agung PAS, mengeluarkan kenyataan memberitahu khalayak bahawa partinya tidak boleh menerima pendirian mana-mana pihak yang melabelkan pertubuhan Melayu-Islam sebagai musuh utama.
Takiyuddin bagaimanapun tidak menamakan mana-mana pihak atau parti, tetapi kenyataan itu beliau keluarkan dua hari selepas Muhyiddin (pada majlis ulang tahun keenam Bersatu pimpinannya) atas kapasiti pengerusi PN berkata, “musuh kita tidak lain adalah BN”.
Kata beliau, musuh utama itu dipersetujui semua parti komponen PN, iaitu Bersatu (semestinya), Gerakan, Star, SAPP, dan tentunya PAS.
“Persetujuan” PAS agak pelik kerana pada 20 Sept lalu, parti pimpinan Hadi itu menegaskan Pakatan Harapan adalah musuh mereka pada PRU15, bukannya BN. Ini mereka ulang dan ulangi.
Apabila bercakap mengenai BN, yang dimaksudkan ialah Umno kerana komponen BN yang lain berada dalam keadaan lemah untuk menarik perhatian (untuk rekod BN sekarang dianggotai MCA, MIC dan PBRS, selain Umno).
Menurut Takiyuddin, PAS masih percaya hanya gabungan dengan Umno-BN atas konsep “penyatuan ummah” mampu menjadi formula berkesan menghadapi PH. Lantas, PAS meletakkan PH sebagai musuh utama, manakala BN rakan kerjasama atau “taa’wun” mereka.
Oleh itu, kenyataan Takiyuddin boleh (atau sememangnya?) dituju kepada Muhyiddin. Jelas apa yang diumum Muhyiddin bercanggah dengan apa yang PAS laung selama ini.
Maka, terjadilah pertemuan di kediaman Muhyiddin pada 26 Sept lalu yang turut dihadiri Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu, Naib Presiden Radzi Jidin serta Naib Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar.
Secara logik, tentulah Muhyiddin mahu penjelasan Hadi berhubung kenyataan setiausaha agung PAS itu kerana beliau mendakwa PAS sudah bersetuju BN musuh utama PN. Manakala Hadi pula tentu menggunakan pertemuan itu untuk mendapat butiran lanjut jika isu siapa musuh utama PN belum beres.
Ketika artikel ini saya tulis, tidak ada kenyataan daripada Hadi. Sebaliknya, Muhyiddin “memilih” untuk menceritakan apa yang berlaku dalam pertemuannya dengan presiden PAS itu. Pada hari yang sama hantarannya di Facebook dibuat, ada sidang media membabitkan Muhyiddin dan beliau diminta menghurai lanjut.
Seperti dilaporkan media, Muhyiddin memberitahu apa yang beliau “nampak dalam pertemuan itu “PAS mahu terus bersama PN dan soal PAS mahu keluar daripada gabungan itu tidak bangkit. Malah kata beliau, “dia” (Hadi) ‘reaffirm’ akan bersama-sama “meneruskan kedudukannya” dalam gabungan PN.
Tidak pasti apa maksud beliau mengenai PAS “meneruskan kedudukannya dalam gabungan PN”. Namun, Muhyiddin tampak mengetepikan kenyataan Takiyuddin dengan berkata: “Hubungan kita (Bersatu dengan PAS) ini mantap, kukuh. Kenyataan yang dikeluarkan oleh siapa-siapa itu terpulanglah kepada mereka. Kemungkinan dia dicocok ke apa waullahualam lah.”
Agak keras bunyinya. Pada hemat saya, Muhyiddin tidak mengendahkan kata-kata “siapa-siapa” kerana beliau berunding dengan presiden PAS sendiri pada peringkat teratas. Jelas Takiyuddin disifatkan hanya sebagai “individu”. Namun, individu itu selaku setiausaha agung partinya tidak mungkin buat kenyataan rasmi sebagai “individu”. Nada kenyataannya nampak mewakili parti dan direstui presidennya.
Masalah yang dipertontonkan ini sudah berlarutan dan satu kampung tahu apa masalahnya dan apa yang berlaku. Ringkas sekadar imbas kembali – Umno dan PAS duduk dalam Muafakat Nasional atau MN. PAS juga dalam PN. PAS mahu Bersatu masuk MN. Umno tak nak. Umno mahu PAS tinggalkan Bersatu dan keluar PN. PAS pula tak nak. Maka, terjadilah apa yang terjadi ini.
Diberitakan tempoh hari, Hadi bertemu Ahmad Zahid Hamidi, presiden Umno, yang menonjolkan imej Umno mahu putuskan hubungan terus dengan PAS, sekali gus menamatkan riwayat MN.
Menurut Muhyiddin, beliau ada bertanya Hadi mengenai pertemuan itu. “Dia (Hadi) jumpa, bincang setengah jam. Itu yang dilapor kepada saya. Tak ada benda yang kita sorok, tak ada hasil dari pertemuan itu,” kata bekas perdana menteri itu.
Beliau tidak pula memberitahu apa yang Hadi dengan Zahid “bincang setengah jam” semasa mereka bertemu.
Muhyiddin “memuji” langkah Hadi menunjukkan “kesatuan” ummah – “tetapi dari segi realitinya, Bersatu tak boleh bekerjasama dengan Umno. Kerana Umno sendiri telah buat keputusan dalam perhimpunan agung Umno tahun lalu untuk tidak menerima Bersatu atau mahu bekerjasama dengan Bersatu.”
Ogos lalu, Muhyiddin melontarkan cadangan PN bekerjasama dengan pembangkang kerana katanya “demi menyelamatkan negara agar tidak terus terjerumus ke dalam kancah kleptokrasi, rasuah dan salah guna kuasa (Disember beliau dilaporkan berkata PN tidak akan bekerjasama dengan PH).”
PH menolak cadangan terbaharu itu kerana menurut Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, pelawaan itu bukan untuk menyelamatkan rakyat seperti yang didakwa Muhyiddin, tetapi “ia untuk menyelamatkan jawatan dan kedudukan mereka yang mereka dapat hasil mengkhianati mandat rakyat pada PRU14″.
Berbalik pertemuan Muhyiddin dan Hadi pada malam 26 Sept lalu. Apa yang Muhyiddin umumkan seterusnya, sesuatu yang menggemparkan.
“Saya diberi bayangan dalam tempoh terdekat, PAS akan buat keputusan muktamad ‘to cut off, they will have nothing to do with Umno’.”
,Jika atau apabila itu berlaku, MN akan secara rasminya “berkubur”. Ertinya. PAS bersama Bersatu dalam PN akan menentang Umno-BN pada PRU15. Gempar tak?
Namun, setakat ini, apa yang kita dengar ialah apa yang Muhyiddin kata Hadi kata kepadanya. Bak kata Muhyiddin, beliau diberi “bayangan”. Ertinya, apa yang dibayangkan Hadi kepada Muhyiddin.
Jelas Muhyiddin sudah membuat lontaran, yakni membuat pengumuman terbuka mengenai “hasrat” PAS. Mendahului PAS. Seakan “commit Hadi”. Kita tunggu langkah Hadi pula. Seperti dikatakan awal tadi – Muhyiddin dan Hadi bijak atur strategi. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/09/muhyiddin-kata-hadi-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ha Ha Ha Muhyiddin Kata Hadi Kata

Ha Ha Ha Muhyiddin Kata Hadi Kata

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 132 hits
Mohsin Abdullahfacebook sharing buttontwitter sharing buttonwhatsapp sharing buttonemail sharing buttonMuhyiddin Yassin dan Abdul Hadi Awang Kedua duanya politikus lama Kedua duanya cekap dan bijak mengatur strategi Ayuh lihat apa yang dika...
Muhyiddin Kata Lain Pas Kata Lain

Muhyiddin Kata Lain Pas Kata Lain

papar berkaitan - pada 26/9/2022 - jumlah : 137 hits
malaysiakini comDiterbitkan Sep 26 2022 9 21 AMAhli Majlis Kerja Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi menyindir Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin yang menegaskan bahawa BN adalah musuh utama mereka pada pilihan raya umum ke 15 akan...
Hadi Dan Muhyiddin Bertemu Dua Jam Bincang Perkukuh Pn

Hadi Dan Muhyiddin Bertemu Dua Jam Bincang Perkukuh Pn

papar berkaitan - pada 27/9/2022 - jumlah : 105 hits
agendaily com27 09 2022Gambar pertemuan dikongsi dalam status Facebook Tan Sri Muhyiddin Yassin Dua Presiden parti dalam gabungan politik Perikatan Nasional bertemu bagi mengadakan perbincangan semalam ditengah tengah spekulasi terdapat usa...
Muhyiddin Akan Minta Hadi Jelaskan Khabar Angin Hidupkan Semula Mn

Muhyiddin Akan Minta Hadi Jelaskan Khabar Angin Hidupkan Semula Mn

papar berkaitan - pada 25/9/2022 - jumlah : 93 hits
malaysiakini comPengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin akan mendapatkan penjelasan daripada Presiden PAS Abdul Hadi Awang minggu depan berhubung khabar angin mengenai usaha menghidupkan semula Muafakat Nasional Ini susulan laporan Ut...
Muhyiddin And Hadi Meet As Bersatu Pas Tensions Simmer

Muhyiddin And Hadi Meet As Bersatu Pas Tensions Simmer

papar berkaitan - pada 27/9/2022 - jumlah : 107 hits
Bersatu president Muhyiddin Yassin met his PAS counterpart Abdul Hadi Awang informally last night This followed apparent disagreement between the two parties on the contents of Muhyiddin s speech during Bersatu s sixth anniversary event on ...
Muhyiddin Tak Boleh Paksa Pas Pilih Bn Atau Pn Kata Tuan Ibrahim

Muhyiddin Tak Boleh Paksa Pas Pilih Bn Atau Pn Kata Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 30/9/2022 - jumlah : 173 hits
freemalaysiatoday com September 29 2022 11 00 PMTimbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man parti itu bekerjasama dengan Bersatu dan Umno demi perpaduan ummah PETALING JAYA Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin tidak seharusnya mene...
Mak Nangis Kenangkan Kakak Sedih Dikecam Warganet Kata Adik Ejen Kosmetik Diculik

Mak Nangis Kenangkan Kakak Sedih Dikecam Warganet Kata Adik Ejen Kosmetik Diculik

papar berkaitan - pada 16/9/2022 - jumlah : 130 hits
Ibu kepada ejen jualan kosmetik yang diculik sekumpulan lelaki di Kampung Semat Jal Wakaf Bharu Kelantan ini meluahkan kesedihan memikirkan keadaan anak perempuannya pada masa kini Menurut adik kepada ejen jualan kosmetik tersebut ibunya ke...
Agenda Penyatuan Ummah Strategi Pas Wujudkan Sentimen Umno Tamak Kuasa Kata Penganalisis

Agenda Penyatuan Ummah Strategi Pas Wujudkan Sentimen Umno Tamak Kuasa Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 16/9/2022 - jumlah : 121 hits
UMNO PULAK BUKAN PARTI YANG BETUL BETUL BAHLOL MACAM PAS Umno tahu strategi Pas dan mengelak dari bertembung di sesuatu kawasan melayu yang sama akan merugikan Umno Memang tujuan para lebai politik untuk menggambarkan ketamakkan Umno kononn...
Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Pas Anggap Terlalu Awal Bincang Pertukaran Mb Perlis

Calon Bersatu Prk Kkb Tidak Dapat Sokongan Parti Pas

Opening Young People S Eyes To Workers Rights

Sayur Kucai Dan Taugeh Untuk Makan Tengah Hari

Dumbing Down Our Education System Via Politicians And Theocrats

Bila Duit Nak Masuk

Penyokong Diseru Jalankan Tanggungjawab Sebagai Pemilik Sabah Fc



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Vanny Vabiola Sudahi Saja Chord

Ustadz Yang Membodoh Bodohi Jemaahnya Kata Frans Donal Di Bali By Dr H

Lirik Campak Bintang Faizal Tahir M Nasir

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

Lemas Tiga Beranak Ditemukan Tidak Lagi Bernyawa Selepas Mandi Manda Di Sungai Balak

Peminat Tempatan Puas Oneus Gegar Kuala Lumpur Di Konsert Jelajah Ke 2 La Dolce Vita