Zahid Hadi Kembali Bertemu Spekulasi Muafakat Nasional Hidup Semula Cerah


 

KUALA LUMPUR - Pertemuan Presi­den UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Presi­den PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menguatkan cakap-ca­kap Muafakat Nasional (MN) dihidupkan kembali bagi mengelakkan pertembungan dua parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Difahamkan, pertemuan itu berlangsung Selasa lalu dan keputusan perbincangan itu bakal dibawa ke mesyuarat Majlis Kerja Ter­tinggi (MKT) UMNO, 30 Sep­tember ini.
Ketua Penerangan PAS, Ir. Khairil Nizam Khirudin yang enggan mengulas pertemuan itu berkata, MN mempunyai pe­luang cerah untuk dihidupkan semula.
“Pertemuan di peringkat ter­tinggi itu memang ada tetapi saya tidak perlu dedahkan siapa pemimpin tersebut.
“Cuma saya boleh katakan peluang MN itu cerah untuk mengelakkan pertembungan pa­da PRU nanti,” katanya ketika dihubungi semalam.
Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, PAS kekal dengan pendirian menjalinkan hubungan dengan UMNO sebagai rakan ta’awun, sekali gus tidak bersetuju sama sekali dengan sebarang ketetapan atau pendirian yang menggambarkan Barisan Nasional (BN) sebagai musuh pada PRU-15.
Katanya, Pas yakin gabungan atas konsep penyatuan ummah dan perpaduan nasional sahaja mampu menjadi formula terbaik dan berkesan serta diterima oleh majoriti pengundi.
Tambahnya, musuh sebenar penyatuan ummah adalah Pakatan Harapan (PH) dan sekutu-sekutunya termasuk ‘Khemah Besar’.
“Konsep ini ke arah mewujudkan sebuah kerajaan prihatin rakyat dengan langkah penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan kepada seluruh rakyat di samping pada masa yang sama memberikan perhatian khusus kepada aspek semak dan imbang, “ jelas Takiyuddin.
Piagam MN dimeterai UMNO dan PAS pada 14 September 2019. Ia antara lain bersetuju membentuk kerjasama dengan mengembangkan naratif Islam dan Melayu tanpa menafikan kepelbagaian agama, kaum dan budaya sebagai paksi kepada kestabilan politik, keharmonian kaum serta kesejahteraan negara.
Piagam berkenaan ditandatangani kedua-dua presiden parti itu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur dalam Himpunan Penyatuan Ummah.
Setiausaha Agung UMNO dan PAS menjadi saksi kepada majlis tandatangan berkenaan.
Mengulas lanjut, Khairil mengesahkan akan ada pertemuan susulan selepas ini antara kedua-dua parti itu bagi membincangkan persediaan menghadapi PRU.
“Kita sokong usaha pertemuan di peringkat tertinggi dan Pas perlu tingkatkan usaha melakukan tanggungjawab ini.
“Akan ada pertemuan selepas ini sama ada secara formal atau tidak formal,” ujarnya lagi. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/09/pru-15-zahid-dan-hadi-kembali-bertemu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sumber Pertemuan Zahid Hadi Buka Ruang Kerjasama Semula

Sumber Pertemuan Zahid Hadi Buka Ruang Kerjasama Semula

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 263 hits
malaysiakini comDiterbitkan Sep 28 2022 5 48 PMPertemuan di antara Abdul Hadi Awang dengan Ahmad Zahid Hamidi baru baru ini menjadi tempat pemimpin Umno terbabit menyatakan perasaan Umno terhadap PAS Sumber dalaman Umno menjelaskan pertemua...
Perbincangan Muafakat Nasional Masih Berjalan Takiyuddin

Perbincangan Muafakat Nasional Masih Berjalan Takiyuddin

papar berkaitan - pada 27/9/2022 - jumlah : 286 hits
Beberapa hari semenjak berita mengenai pertemuan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang tular baru baru ini Pas hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa perbincangan mengenai Muafakat Nasio...
Siapa Kena Kencing Seakan Akan Kita Telah Nampak Jika Ditakdirkan Zahid Hamidi Tak Bebas Dia Akan Kona Semula

Siapa Kena Kencing Seakan Akan Kita Telah Nampak Jika Ditakdirkan Zahid Hamidi Tak Bebas Dia Akan Kona Semula

papar berkaitan - pada 27/9/2022 - jumlah : 209 hits
Tapi sayang Kehadiran kekasih lama mu Datang kembali Mengenang cinta dahulu Itu lagi Cinta Tiga Segi Tiada kena mengena tetapi agak sesuai dengan tajuk berita ini Kisah hubungan PAS dan PPBM ni kalau manusia boleh dilabelkan it s complicate...
Muafakat Nasional Or Perikatan Nasional Pas To Decide Next Week

Muafakat Nasional Or Perikatan Nasional Pas To Decide Next Week

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 206 hits
PAS spiritual leader Hashim Jasin said the party could either leave Perikatan Nasional and revive the Muafakat Nasional alliance with Umno or continue in PN PETALING JAYA Questions over PAS allegiance are set to come to an end next week acc...
Hadi Dan Muhyiddin Bertemu Dua Jam Bincang Perkukuh Pn

Hadi Dan Muhyiddin Bertemu Dua Jam Bincang Perkukuh Pn

papar berkaitan - pada 27/9/2022 - jumlah : 169 hits
agendaily com27 09 2022Gambar pertemuan dikongsi dalam status Facebook Tan Sri Muhyiddin Yassin Dua Presiden parti dalam gabungan politik Perikatan Nasional bertemu bagi mengadakan perbincangan semalam ditengah tengah spekulasi terdapat usa...
Thunderbolts Sam Rockwell Terbuka Untuk Kembali Semula Sebagai Justin Hammer Dalam Mcu

Thunderbolts Sam Rockwell Terbuka Untuk Kembali Semula Sebagai Justin Hammer Dalam Mcu

papar berkaitan - pada 16/9/2022 - jumlah : 178 hits
Sudah lebih sedekad sejak peminat Marvel Cinematic Universe kali terakhir melihat penjahat Iron Man 2 Justin Hammer di skrin Kerana adegan kelakarnya watak itu tetap menjadi kegemaran peminat dan ramai dari mereka menantikan kepulangannya d...
Kita Recycle Semula Berita Bukti Hadi Awang Pas Merompak Rm 90 Juta Dana 1mdb

Kita Recycle Semula Berita Bukti Hadi Awang Pas Merompak Rm 90 Juta Dana 1mdb

papar berkaitan - pada 10/9/2022 - jumlah : 194 hits
Bismillah Saya Jufazli Shi Ahmad telah membuat laporan Polis secara rasmi di Ibu Pejabat Polis Cheras Kuala Lumpur hari ini Skandal rasuah mega PAS sebanyak RM 90 Juta dana haram 1MDB melibatkan Najib Razak dan Hadi Awang ini telah ditutup ...
Tidur Tak Nyenyak Pendakwaraya Merayu Kembali Pembebasan Ahmad Zahid

Tidur Tak Nyenyak Pendakwaraya Merayu Kembali Pembebasan Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 177 hits
LIAYANA MARZUKIPendakwaraya merayu kembali pembebasan kes Zahid Hamidi untuk kes UKSB Ada masa 14 hari 3 hari dah settle masukkan rayuan Bravo AGC Benda yang saya rasa mereka rayu 1 Kebolehpercayaan 3 saksi Pendakwa 2 Wang Singapura ada not...
Muhyiddin Akan Minta Hadi Jelaskan Khabar Angin Hidupkan Semula Mn

Muhyiddin Akan Minta Hadi Jelaskan Khabar Angin Hidupkan Semula Mn

papar berkaitan - pada 25/9/2022 - jumlah : 147 hits
malaysiakini comPengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin akan mendapatkan penjelasan daripada Presiden PAS Abdul Hadi Awang minggu depan berhubung khabar angin mengenai usaha menghidupkan semula Muafakat Nasional Ini susulan laporan Ut...
11 Kandang Terbakar Lebih 600 000 Ekor Ayam Mati

Tattoo Supplies Essential Tools For Professional Tattoo Artists

Bomb Battle S New Outlet At The Curve Set To Redefine Immersive Experiences

Tingkatan Enam Masuk Kampus Kpm Mulakan Projek Rintis Di Usm Ukm

Speed Read The New Speed Triple 1200 Rx And More

Peran Protein Dan Kalsium Dalam Susu Untuk Tumbuh Kembang Anak

The Cave Of Crystals Mexico S Hidden Underground Giant

Rafizi Merajuk Dan Tidak Mahu Rasmi Kongres Wanita Dan Amk Pkr


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Quartet Songzhuang Z Museum By Team Bldg Weaving Culture Into Architecture

Six Highways 25 Main Roads In Klang Valley To Be Closed For Asean Summit

The Trucks Haven T Changed What I Learned From Growing Up In Army Quarters

Investors Affected By Unauthorised Trades Won T Incur Losses Says Bursa

Revisited Kimchi Jjigae And Mayak Egg Recipe

What Did Trump Really Do About India During His Term Let S Break It Down