Muhammad Faiz Letak Jawatan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu


bharian.com.my
Fahmy A Rosli
[email protected]
MUHAMMAD Faiz Na'aman. FOTO arkib NSTP
Kuala Lumpur: Dr Muhammad Faiz Na'aman hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU termasuk berhenti sebagai ahli parti itu.

Beliau turut mengutuskan surat kepada Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini mengenai keputusannya itu.

Dalam surat berkenaan, beliau menjelaskan bahawa keputusannya itu adalah secara sukarela dan tidak dipengaruhi mana-mana pihak.

"Keputusan yang saya ambil ini itidak dipengaruhi oleh mana-mana pihaik, dibuat secara sukarela dan berdasarkan prinsip yang saya pegang di mana saya tidak boleh lagi mewakili kepimpinan parti kerana mempunyai pertentangan pendapat, idea serta visi mengenai pengurusan serta hala tuju BERSATU.

"Saya ucapkan terima kasih atas segala peluang yang diberikan kepimpinan parti, selama tujuh tahun saya bersama dalam parti ini, sejak ia ditubuhkan pada 2016," katanya.

Dalam kenyataan berasingan, Dr Muhammad Faiz menjelaskan, pemberhentiannya sebagai ahli parti berkenaan dibuat secara berat hati memandangkan beliau antara orang muda terawal menyertai BERSATU.

Mengakui memainkan peranan secara aktif selain watak terhadap saf kepimpinan parti, beliau sedar jarang diberikan peluang serius untuk 'diperkasakan' sebagai pemimpin pelapis walaupun ketika itu, BERSATU memegang tampuk kekuasaan dalam kerajaan pusat sejak 2018 hingga 2021.

Beliau juga mendakwa, BERSATU sudah terpesong dari objektif awal penubuhannya yang kononnya untuk menggantikan UMNO, dengan memberi lebih ruang kepada ramai orang muda dan muka baharu, terutama mempunyai latar belakang bersih, berkelulusan akademik, dihormati dan mereka yang setia dengan parti dari mula.

"Keputusan kepimpinan parti yang sering kali mengabaikan suara akar umbi, pengasas awal dan teguran jentera bawahan menyebabkan BERSATU mengalami kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.

"Sejarah itu juga dilihat bakal berulang dalam PRN di enam negeri terutama untuk kerusi BERSATU dalam PRN Selangor sekarang.

"Pemilihan calon yang berat sebelah kepada pihak kartel tertentu serta calon bidan terjun yang baharu dijadikan ahli parti, hanya semata-mata untuk dipertandingkan dalam PRN Selangor telah menyebabkan terjadi pemberontakan lebih kurang sembilan bahagian BERSATU di Selangor," katanya.

Mengulas pemberontakan dalaman itu, beliau berkata, ia mengakibatkan insiden membakar bendera Perikatan Nasional (PN) secara terbuka sebagai tanda protes akar umbi terhadap percaturan Jawatankuasa Pemilihan dan Saringan Calon yang bertanggungjawab terhadap penamaan calon PRN.

Dakwanya lagi, protes tercetus kerana jawatan kuasa berkenaan mengabaikan sentimen penerimaan pihak bahagian dan jentera di lapangan.

"Malah kelemahan Lembaga Disiplin parti yang lambat dan banyak kerenah telah menyebabkan watak-watak yang telah keluar dan mengkhianati parti dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu, boleh kembali dan mendakwa dirinya masih ahli BERSATU untuk dipilih menjadi calon PN pada PRN ini.

"Justeru, tidak menghairankan jika BERSATU tidak lagi menjadi wadah tumpuan penghijrahan mereka dari parti lain atau menjadi sasaran kemasukan anak muda serta orang baharu dalam politik, memandangkan kerapuhan sistem pengurusan keahlian, kedudukan MPT," katanya.

Pada PRU15, Dr Muhammad Faiz pernah bertanding mewakili PN bagi kerusi Parlimen Bagan Datuk dalam pertembungan empat penjuru dengan penyandang kawasan itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (BN), Datuk Seri

Shamsul Iskandar Mohd Akin (PH) dan Tawfiq Ismail (BEBAS).

Bagaimanapun, beliau tewas di kerusi itu apabila hanya memperoleh 8,822 undi.
Disiarkan pada: Ogos 7, 2023 @ 12:34pm

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/08/muhammad-faiz-letak-jawatan-ahli-majlis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Mpt Bersatu Letak Jawatan Kecewa Pimpinan Tertinggi Bersatu Negeri Sembilan Jual Kerusi Letak Calon Lemah

Ahli Mpt Bersatu Letak Jawatan Kecewa Pimpinan Tertinggi Bersatu Negeri Sembilan Jual Kerusi Letak Calon Lemah

papar berkaitan - pada 7/8/2023 - jumlah : 107 hits
Ahli MPT Bersatu letak jawatan kecewa pimpinan tertinggi Bersatu Negeri Sembilan jual kerusi letak calon lemah Dr Muhammad Faiz Na 8217 aman hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU termasuk berh...
Muhyiddin Desak Anwar Dan Zahid Hamidi Letak Jawatan

Muhyiddin Desak Anwar Dan Zahid Hamidi Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 198 hits
Nora MahparSHAH ALAM Muhyiddin Yassin berkata Anwar Ibrahim perlu meletak jawatan sebagai perdana menteri susulan referendum rakyat hasil keputusan PRN di enam negeri yang majoritinya dikuasai Perikatan Nasional Tuntutan sama turut dibuat k...
Zahid Perlu Letak Jawatan Kata Idris

Zahid Perlu Letak Jawatan Kata Idris

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 216 hits
Zahid perlu letak jawatan kata Idris Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 13 Aug 2023 11 28AM
Letak Jawatan Presiden Bam Norza Kata Tiada Kaitan Kemelut Misbun

Letak Jawatan Presiden Bam Norza Kata Tiada Kaitan Kemelut Misbun

papar berkaitan - pada 2/8/2023 - jumlah : 215 hits
Norza Zakaria akan meletakkan jawatan presiden BAM hujung tahun ini lebih awal daripada yang diumumkannya sebelum ini KUALA LUMPUR Presiden Persatuan Badminton Malaysia Norza Zakaria membuat keputusan mengejut apabila mengumumkan untuk mele...
Ahli Mpt Keluar Parti Petanda Awal Bersatu Akan Lebih Bergolak Selepas Prn Nanti

Ahli Mpt Keluar Parti Petanda Awal Bersatu Akan Lebih Bergolak Selepas Prn Nanti

papar berkaitan - pada 7/8/2023 - jumlah : 138 hits
Walaupun Muhammad Faiz Na aman bukan nama yang cukup besar dalam kepimpinan Bersatu tetapi keputusannya keluar parti adalah suatu petanda yang menunjukkan lebih banyak pergolakan akan berlaku selepas ini dalam parti itu Dalam pengumuman per...
Jawatan Kosong Di Majlis Pembandaran Pengerang Johor

Jawatan Kosong Di Majlis Pembandaran Pengerang Johor

papar berkaitan - pada 4/8/2023 - jumlah : 169 hits
Majlis Pembandaran Pengerang merupakan sebuah badan pemerintahan tempatan yang bertanggungjawab untuk menguruskan dan membangunkan kawasan Pengerang Pengerang adalah sebuah kawasan yang strategik dengan potensi ekonomi yang besar terutamany...
Faiz Says Ready To Join Pkr Just Hours After Leaving Bersatu

Faiz Says Ready To Join Pkr Just Hours After Leaving Bersatu

papar berkaitan - pada 7/8/2023 - jumlah : 128 hits
Just a few hours after announcing his exit from Bersatu Muhammad Faiz Na aman has expressed his readiness to join PKR The former Bersatu supreme council member said he is prepared to do so as he felt PKR s principles are mostly in line with...
Tak Puas Hati Isu Calon Bakar Bendera Parti Bersatu Pecat Ahli

Tak Puas Hati Isu Calon Bakar Bendera Parti Bersatu Pecat Ahli

papar berkaitan - pada 30/7/2023 - jumlah : 99 hits
Ahmad Suhael Adnanahmad suhael bh com myKUALA LUMPUR Seorang ahli BERSATU dipecat dan dua lagi digantung keahlian selama tiga tahun berkuat kuasa Rabu lalu selepas didapati menghasut memboikot dan mensabotaj kempen pilihan raya Perikatan Na...
Why Quit Now Bersatu Leaders Ask Faiz Na Aman

Why Quit Now Bersatu Leaders Ask Faiz Na Aman

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 152 hits
A Bersatu leader has dismissed former Supreme Council member Faiz Na aman s claims against the party as baseless PETALING JAYA Two Bersatu leaders have questioned the timing of Faiz Na aman s decision to leave the party in the midst of camp...
In Focus As Malaysia Corruption Dragnet Widens Pm Anwar S Political Payback Threatens To Hurt Business Sentiment

Terokai Kehidupan Moden Di Eka Heights Memperkenalkan Lumira

Pas No Decision Yet On Pn S Pm Candidate But Bersatu Backs Muhyiddin

Lumira Eka Heights Menawarkan Kediaman Selesa Dengan Sentuhan Moden

Refacing Vs Replacing Cabinets Cost Breakdown For Your Kitchen

Siapalah Punya Kerja

Kkb Result Shows More Malays Backing Govt Says Selangor Mb

14 Tahun Solo Raja Azura Kembali Bersuami



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Pemenang Bintang Paling Popular Tahun 2024

Rumah Terbuka Tc Metal Care

Has Pn Behaved Ungentlemanly By Wanting To File A Petition After Its Face Losing Defeat In Kkb S By Election

Box Bag Crochet

Pinup Casino Peru Casino En L Nea Pin U

Poster Hari Ibu 2024 Contoh Poster Dengan Background Menarik