Ahli Mpt Keluar Parti Petanda Awal Bersatu Akan Lebih Bergolak Selepas Prn Nanti


 
Walaupun Muhammad Faiz Na’aman bukan nama yang cukup besar dalam kepimpinan Bersatu, tetapi keputusannya keluar parti adalah suatu petanda yang menunjukkan lebih banyak pergolakan akan berlaku selepas ini dalam parti itu.
Dalam pengumuman perletakan jawatan sebagai Ahli MPT dan seterusnya keluar parti, beliau mendakwa, Bersatu kini sudah terpesong dari objektif awal penubuhannya yang kononnya untuk menggantikan UMNO.
“Saya lihat sedikit demi sedikit Bersatu telah terpesong dari objektif awal penubuhannya yang kononnya untuk menggantikan UMNO dengan memberi lebih ruang kepada ramai orang muda dan muka baharu, terutama yang mempunyai latar belakang bersih, berkelulusan akademik, dihormati dan mereka setia dengan parti dari mula.
“Keputusan kepimpinan parti yang seringkali mengabaikan suara akar umbi, pengasas awal dan teguran jentera bawahan menyebabkan Bersatu telah mengalami kekalahan dalam PRN Melaka dan Johor sebelum ini,” katanya.
Selain mempertikaikan pemilihan calon pada PRN kali ini, Faiz berkata, sejarah kekalahan itu dilihat bakal berulang di enam negeri pada 12 Ogos ini, terutamanya di Selangor.
“Pemilihan calon yang berat sebelah kepada pihak kartel tertentu serta calon bidan terjun yang baharu dijadikan ahli parti, hanya semata-mata untuk dipertandingkan dalam PRN Selangor telah menyebabkan terjadi pemberontakan lebih kurang sembilan bahagian Bersatu di Selangor ini hingga terdapat insiden membakar bendera PN secara terbuka sebagai tanda protes akar umbi terhadap percaturan jawatankuasa pemilihan calon,” katanya lagi.
Melihat daripada keputusan yang diambil Faiz ini dan ia boleh dianggap sebagai permulaan, tidak perlu menunggu terlalu lama, barangkali selepas berakhirnya PRN pada 12 Ogos nanti atau sebelum berlangsungnya pemilihan parti awal tahun depan, api dalam sekam yang selama ini tidak berbunyi, pasti tidak dapat ditahan lagi.
Sejak beberapa ketika, kalau kita berjumpa dan berbual-bual dengan pemimpin-pemimpin Bersatu, luahan tidak puas hati dan kemarahan mereka terhadap parti adalah tajuk yang kerap sekali diluahkan.
Seolah-olah perasaan itu terlalu berbuku dalam hati dan dapat meluahkannya adalah suatu kelegaan buat mereka.
Sekurang-kurangnya dua isu menjadi punca kepada apa yang berlaku dalam Bersatu itu:-
Pertama, kepimpinan Mahiaddin Md Yasin yang terlalu ego dan selalu menutup telinga terhadap pandangan atau pendapat orang lain.
Mahiaddin dikatakan terkongkong dengan pemikiran dua tiga orang yang dekat dan rapat dengannya saja.
“Masa jadi Perdana Menteri begitulah perangainya, setelah hilang kuasa pun tetap sama juga.
“Semasa ada kuasa, bolehlah juga diterima jika beliau punya ego yang tinggi dan enggan terima pendapat orang lain, tapi bila tiada lagi kuasa, sepatutnya pandanglah lantai selalu.
“Ingatkan bila sudah jatuh dan tidak lagi berjawatan Perdana Menteri, ada perubahan dalam sikapnya, malangnya Mahiaddin tetap Mahiaddin,” kata seorang pemimpin Bersatu tidak lama sebelum ini.
Katanya lagi, beberapa keputusan melibatkan parti juga banyak dibuat oleh Mahiaddin secara sendirian tanpa berunding dengan pihak berkepentingan yang lain.
Perkara kedua yang menjadi isu ialah pengaruh Azmin Ali sebagai orang baru dalam Bersatu yang dilihat terlalu melebar dan seolah-olah ingin mencatur dan meletakkan banyak cap jarinya dalam parti.
Kejayaan Azmin berbuat demikian dikatakan kerana beliau berjaya mempengaruhi Mahiaddin untuk mendengar cakap dan menurut kehendaknya.
Ada pemimpin Bersatu menyebut, Azmin selalu main “langgar saja”terhadap orang-orang lama dalam Bersatu dan hanya berurusan dengan Mahiaddin seorang saja.
“Pemilihan calon dalam PRN Selangor, selain kecenderungan Mahiaddin sendiri untuk tetap meletakkan bekas Ahli Parlimen Gombak itu sebagai calon Menteri Besar adalah bukti nyata mengenainya.
“Mahiaddin seolah-olah tidak sedar bahawa menonjolkan Azmin adalah tindakan berbahaya untuk beroleh kemenangan kerana isu-isu mengenai dirinya, terutama video Haziq boleh jadi akan dimunculkan semula di saat-saat akhir kempen nanti,” ujar pemimpin berkenaan.
Dalam banyak keadaan ketika ini, melalui banyak dapatan yang ditemui, hanya Hamzah Zainuddin boleh dikira sebagai penyelamat parti kerana beliaulah yang selalu bertindak sebagai pengimbang keadaan bila saja timbul apa-apa rungutan daripada mana-mana pihak.
“Selepas PRN, terutama jika calon-calon Bersatu lebih banyak yang kalah daripada menang, masa depan parti hanya boleh diselamatkan jika Mahiaddin tidak lagi menjadi Presiden.
“Untuk bergerak ke hadapan dan mendepani PRU16, Mahiaddin yang pernah gagal sebagai Perdana Menteri, ditambah ada kes mahkamah sedang dihadapinya, kekalnya beliau menerajui Bersatu hanya memungkinkan kehancuran kepada PN daripada angan-angan ingin mencipta kemenangan,” kata seorang pemimpin Bersatu yang lain. – ShahbudinHusin 07/08/2023.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/08/ahli-mpt-keluar-parti-petanda-awal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bersatu Lebih Terjejas Selepas Prn Faiz

Bersatu Lebih Terjejas Selepas Prn Faiz

papar berkaitan - pada 10/8/2023 - jumlah : 170 hits
Al Abror Mohd Yusuf Haspaizi ZainKetika detik hari mengundi semakin hampir bekas pemimpin kanan Bersatu menjangkakan langkah diambil PN mendepani pilihan raya negeri tidak akan membawa hasil seperti yang diharapkan Menurut Dr Muhammad Faiz ...
Ahli Mpt Bersatu Letak Jawatan Kecewa Pimpinan Tertinggi Bersatu Negeri Sembilan Jual Kerusi Letak Calon Lemah

Ahli Mpt Bersatu Letak Jawatan Kecewa Pimpinan Tertinggi Bersatu Negeri Sembilan Jual Kerusi Letak Calon Lemah

papar berkaitan - pada 7/8/2023 - jumlah : 152 hits
Ahli MPT Bersatu letak jawatan kecewa pimpinan tertinggi Bersatu Negeri Sembilan jual kerusi letak calon lemah Dr Muhammad Faiz Na 8217 aman hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU termasuk berh...
Gelombang Ahli Umno Keluar Parti Tidak Akan Berhenti Nik Zawawi

Gelombang Ahli Umno Keluar Parti Tidak Akan Berhenti Nik Zawawi

papar berkaitan - pada 7/8/2023 - jumlah : 147 hits
agendaily com06 08 2023Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh Datuk Dr Ustaz Nik Zawawi Salleh menjangkakan lebih ramai ahli ahli UMNO akan meninggalkan parti itu dalam masa yang terdekat Ahli Parlimen Pasir Puteh itu be...
Tak Puas Hati Isu Calon Bakar Bendera Parti Bersatu Pecat Ahli

Tak Puas Hati Isu Calon Bakar Bendera Parti Bersatu Pecat Ahli

papar berkaitan - pada 30/7/2023 - jumlah : 158 hits
Ahmad Suhael Adnanahmad suhael bh com myKUALA LUMPUR Seorang ahli BERSATU dipecat dan dua lagi digantung keahlian selama tiga tahun berkuat kuasa Rabu lalu selepas didapati menghasut memboikot dan mensabotaj kempen pilihan raya Perikatan Na...
Bekas Pemimpin Mic Seru Ahli Parti Itu Sokong Pn

Bekas Pemimpin Mic Seru Ahli Parti Itu Sokong Pn

papar berkaitan - pada 25/7/2023 - jumlah : 185 hits
Seorang bekas pemimpin MIC menyeru ahli ahli parti itu supaya mengundi Perikatan Nasional pada enam pilihan raya negeri akan datang P Punithan berkata ia susulan pengakuan Presiden MIC SA Vigneswaran bahawa parti itu dan MCA telah diketepik...
Dah Jadi Ahli Parti Bangkai

Dah Jadi Ahli Parti Bangkai

papar berkaitan - pada 26/7/2023 - jumlah : 210 hits
Patut la bukan main lagi hentam kerajaan dan Anwar rupanya dah jadi walaun Abahkau
Bekas Ahli Dap Tanding Prn Untuk Bebaskan Pulau Pinang Daripada Guan Eng

Bekas Ahli Dap Tanding Prn Untuk Bebaskan Pulau Pinang Daripada Guan Eng

papar berkaitan - pada 27/7/2023 - jumlah : 344 hits
MalaysiakiniDavid Marshel yang keluar dari DAP semalam akan bertanding pada pilihan raya negeri Pulau Pinang akan datang dengan matlamat utamanya untuk menghalang Lim Guan Eng daripada menjadi ketua menteri lagi Marshel akan bertanding di k...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Akta Baru Ini Tak Sasar Mana Mana Kaum Dan Masih Dalam Peringkat Kajian Sebagai