Muhamad Adib Tunjuk Thumbs Up Kepada Kami Rosmah Mansor


Muhamad Adib tunjuk ‘thumbs up’ kepada kami – Rosmah Mansor. Rosmah yang hadir bersama suaminya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memberitahu, Muhammad Adib juga tahu kedua-dua mereka datang melawat. “Dia (Muhammad Adib) angkat ibu jari kepada kami,” demikian penjelasan Datin Seri Rosmah Mansor selepas mengadakan lawatan ke atas Muhammad Adib Mohd Kassim di Institut Jantung Negara (IJN) pada Rabu.
Rosmah yang hadir bersama suaminya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memberitahu, Muhammad Adib juga tahu kedua-dua mereka datang melawat.
“Dia (Muhammad Adib) tahu kami datang melawat. Saya difahamkan dia akan kahwin 21 Dis nanti jadi saya doakan dia sembuh dan sempat kahwin,” katanya selepas melawat Muhamaad Adib di Institut Jantung Negara (IJN) sebentar tadi.
Rosmah berkata, sebagai ibu dia faham perasaan tunang dan keluarga Muhammad Adib.
Rosmah dan Najib meluangkan masa kira-kira setengah jam melawat anggota bomba itu.
Muhammad Adib merupakan anggota bomba yang parah ketika insiden rusuhan di kuil Sri Maa Mariaman di Subang Jaya baru-baru ini.
Pelawat Adib perlu dipantau – TPM Bilangan pelawat yang mengunjungi Muhammad Adib Mohd Kassim yang cedera dalam rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, Selasa lalu, perlu dipantau berikutan keadaannya yang mudah terdedah kepada jangkitan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata soal keselamatan anggota bomba itu adalah perkara yang tidak boleh dikompromi.
“Kita tidak boleh ada terlalu ramai pelawat kerana semua ini pembawa kuman. Dia (Muhammad Adib) tidak boleh lawan (jangkitan) pada masa ini.
“Adib mesti dijaga dengan baik sebab dia dalam keadaan sangat terdedah. Saya pun biasa jadi doktor dulu, memang kena jaga.
“Sebab itu saya rasa penting kita jaga semua ini. Doakanlah, sekurang-kurangnya dengan doa kita, dia beransur pulih,” katanya pada sidang media di Institut Jantung Negara (IJN) di sini, hari ini.
Terdahulu, beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat meluangkan masa kira-kira 20 minit melawat Muhammad Adib di IJN.
Mengulas keadaan Muhammad Adib, Dr Wan Azizah berkata, keadaannya kini beransur stabil namun masih dalam pemerhatian doktor.
“Paru-paru masih lagi cedera, manakala jantung pula menunjukkan pemulihan yang baik tetapi masih memerlukan mesin sokongan hayat.
“Buah pinggangnya memang menunjukkan kebimbangan dan kehilangan banyak darah,” katanya.
Dalam kejadian 27 November lalu, Muhammad Adib cedera parah selepas dipukul kumpulan perusuh di kuil berkenaan.
Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya diserang sejurus pasukan bomba dari balai terbabit tiba di lokasi.
Dia yang duduk di bahagian penumpang hadapan unit EMRS ditarik keluar oleh kumpulan perusuh sebelum dipukul.
Mangsa datang ke lokasi bersama beberapa lagi anggota BBP Subang Jaya bagi memadam kebakaran sebuah kenderaan yang dibakar perusuh di luar kuil.
Adib mula sedar, faham arahan Keadaan anggota Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, yang parah dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, Selasa lalu mula sedar dan faham arahan yang diberikan.
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Seri Dr Azhari Yaakub, berkata keadaan Muhammad Adib masih dikategorikan sebagai kritikal namun stabil.
“Pagi tadi beliau mula sedar dan faham arahan yang diberikan. Itu adalah tanda positif yang menunjukkan otak berfungsi.
“Bagi kecederaan organ, Muhammad Adib masih menggunakan mesin Extracorporeal Membrane Oxygenation (ECMO) yang membantu fungsi paru-paru,” katanya pada sidang media di IJN, disini hari ini.
Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), Datuk Mohammad Hamdan Wahid dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mohamed Farid Md Rafik.
Dr Azhari berkata, pemeriksaan tekanan darah masih rendah bermaksud buah pinggang beliau rosak dan memerlukan rawatan dialisis.
“Kami menjangkakan beliau memerlukan penggunaan mesin ECMO kira-kira beberapa hari lagi.
“Kita harap masyarakat di luar terus berdoa supaya keadaan Muhammad Adib terus bertambah baik,” katanya.
Terdahulu, Kementerian Kesihatan dan IJN masih dalam proses untuk menyediakan laporan perubatan Muhammad Adib.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, dilaporkan berkata pihaknya yakin ia dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.
Katanya, laporan itu penting bagi mengenal pasti tahap dan punca kecederaan dialami mangsa.
Dalam kejadian pada awal pagi Selasa lalu, Muhammad Adib anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya parah dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman.
The post Muhamad Adib tunjuk ‘thumbs up’ kepada kami – Rosmah Mansor appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/muhamad-adib-tunjuk-thumbs-up-kepada-kami-rosmah-mansor/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Razak Dan Rosmah Mansor Melawat Anggota Bomba Adib Dan Ini Respond Mohammad Adib Bila Mereka Datang

Najib Razak Dan Rosmah Mansor Melawat Anggota Bomba Adib Dan Ini Respond Mohammad Adib Bila Mereka Datang

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 1102 hits
Najib Razak Dan Rosmah Mansor Melawat Anggota Bomba Adib Dan Ini Respond Mohammad Adib Bila Mereka DatangNajib Razak Dan Rosmah Mansor Melawat Anggota Bomba Adib Dan Ini Respond Mohammad Adib Bila Mereka Datang
Rosmah Mansor Bakal Didakwa Lagi

Rosmah Mansor Bakal Didakwa Lagi

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 422 hits
Rosmah Mansor Bakal Didakwa Lagi Isteri kepada bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor mengemukakan permohonan bagi memindahkan 17 kes melibatkan pengubahan wang haram dan gagal mengisytihar pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam N...
Doa Rakyat Malaysia Bercurahan Kepada Anggota Bomba Yang Jadi Mangsa Rusuhan Kuil Muhammad Adib Dan Tunangnya

Doa Rakyat Malaysia Bercurahan Kepada Anggota Bomba Yang Jadi Mangsa Rusuhan Kuil Muhammad Adib Dan Tunangnya

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 742 hits
Doa rakyat Malaysia bercurahan kepada anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim 24 yang cedera parah diserang perusuh di sekitar Kuil Maha Mariamman USJ 25 awal pagi tadi Doa yang dititipkan di Facebook tunang anggota bomba itu Nurul Najihah ...
In Syaa Allah Tun M Bukan Yang Dulu Bila Berdepan Tunjuk Rasa Aamiin 8858

In Syaa Allah Tun M Bukan Yang Dulu Bila Berdepan Tunjuk Rasa Aamiin 8858

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 310 hits
Alhamdulillah BERITA NasionalSabtu 8 Disember 2018 3 08pmPERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Petaling Jaya hari ini Foto Syarafiq Abd SamadDr Mahathi...
Cepat Bangun Kamu Rayu Tunang Muhammad Adib

Cepat Bangun Kamu Rayu Tunang Muhammad Adib

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 773 hits
Nurul Najihan tunang Muhammad Adib Mohd Kassim yang cedera parah diserang perusuh di sekitar Kuil Maha Mariamman USJ 25 awal pagi tadi memohon rakyat supaya mendoakan agar anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan Balai Bomba dan Penyelam...
Adib Bomba Kritikal Dipukul Perusuh

Adib Bomba Kritikal Dipukul Perusuh

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 802 hits
Adib Bomba Kritikal Dipukul Perusuh Tidak berperikemanusian Itulah perkataan yang sesuai untuk mereka yang telah memukul seorang anggota bomba sehingga kritikal dalam kejadian rusuhan di Kuil Maha Mariamman USJ25 jam 1 pagi tadi Adib merupa...
Adib Bomba Tulang Rusuk Patah Mengalami Kesukaran Bernafas Kerana Dipukul Perusuh Kuil Maha Mariamman

Adib Bomba Tulang Rusuk Patah Mengalami Kesukaran Bernafas Kerana Dipukul Perusuh Kuil Maha Mariamman

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 561 hits
Anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya yang dilaporkan diserang perusuh di Kuil Maha Mariamman pada jam 1 pagi tadi kini sedang berada dalam keadaan kritikal Zuraida Kamaruddin Menteri Perumahan d...
Muhammad Adib Ditarik Dari Jentera Ketika Pasukan Berundur

Muhammad Adib Ditarik Dari Jentera Ketika Pasukan Berundur

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 279 hits
SUBANG JAYA Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Mohamad Hamdan Wahid menyatakan anggotanya Muhammad Adib Mohd Kassim ditarik perusuh di kawasan Kuil Seafield Sri Maha Mariamman ketika pasukannya berundur dari lokasi K...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator