Cepat Bangun Kamu Rayu Tunang Muhammad Adib


Nurul Najihan, tunang Muhammad Adib Mohd Kassim yang cedera parah diserang perusuh di sekitar Kuil Maha Mariamman, USJ 25 awal pagi tadi memohon rakyat supaya mendoakan agar anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya itu selamat dan segera sembuh.
Dalam hantaran di Facebook, katanya, beliau tidak cukup kuat untuk melihat keadaan Muhammad Adib, 24, ketika ini.

"Kamu kuat. Cepat bangun kamu Muhammad Adib. Doakan tunang saya. Tak kuat tengok kamu macam tu," kata Nurul Najihan.

Beliau turut berkongsi gambarnya bersama Muhammad Adib.

Pasangan itu dijadual diijab-kabulkan pada bulan Disember ini.

Sementara itu, tinjauan Malaysiakini juga mendapati ramai warga maya yang mendoakan supaya Muhammad Adib sembuh seperti sedia kala.

Doa yang dititipkan di Facebook tunang anggota bomba itu, Nurul Najihah antara lain juga menasihatkannya supaya bersabar.

“Adib kuat... awak pun kena kuat...,” kata Qaseh Myzara.

“Saya tak kenal awak tp sy doakan agar diberikan kesembuhan kepada tunang,” Sue Khal.

“Semoga Tunang Cik cepat sembuh. Saya betul2 kesal atas apa yg dah berlaku kepada beliau.

“Saya harap pihak berkuasa akan kesan saitan2 yg telah mencederakan tunang Cik.

"Beliau tak bersalah apa pun.. dan mereka2 yg serang tunang cik ni x akan hidup bahagia. Mereka bersamaan dengan taik.

“Harap cik tabah bersama beliau, saya doakan supaya beliau cepat sembuh dan kembali berjasa,” kata Lakshmi Kumar.

Muhammad Adib, kini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital swasta di Subang Jaya. Beliau sedang ditemani oleh anggota keluarga dan tunangnya setelah keadaannya dilaporkan agak parah.

Beliau juga dilaporkan dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai mengalami kecederaan patah tulang rusuk serta beberapa kecederaan dalaman.

Pada kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, anggota berkenaan diserang apabila pasukannya tiba di lokasi selepas mendapat maklumat sebuah kereta terletak di luar kuil terbakar.

Anggota yang duduk di bahagian penumpang hadapan unit EMRS itu ditarik keluar oleh kumpulan perusuh sebelum dipukul.

Selain itu, serangan berkenaan turut menyebabkan dua jentera bomba iaitu satu unit van EMRS dan jentera pemadam (FRT) turut dirosakkan kumpulan perusuh dianggarkan seramai 1,000 orang.

Antara kerosakan ialah cermin depan dan belakang pecah, tayar pecah serta tercabut, pintu jentera tercabut selain kemek pada bahagian badan kenderaan dipercayai akibat diserang dengan objek keras. - Malaysiakini


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://lagiberita.blogspot.com/2018/11/cepat-bangun-kamu-rayu-tunang-muhammad.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Itu Gambar Saya Bukan Muhammad Adib Pihak Yang Tiada Ditempat Kejadian Tolong Jangan Buat Tuduhan Melulu

Itu Gambar Saya Bukan Muhammad Adib Pihak Yang Tiada Ditempat Kejadian Tolong Jangan Buat Tuduhan Melulu

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 554 hits
ADAKAH pihak yang membuat dakwaan itu mempunyai bukti mengatakan Muhammad Adib dilanggar Lapan anggota kita ada di situ mereka tahu apa yang terjadi tegas Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Mohammad Hamdan Wahid Beli...
Anggota Bomba Yang Cedera Parah Semalam Muhammad Adib Sebenarnya Bukan Dipukul Setiausaha Badan Bertindak Kuil V K Regu

Anggota Bomba Yang Cedera Parah Semalam Muhammad Adib Sebenarnya Bukan Dipukul Setiausaha Badan Bertindak Kuil V K Regu

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 766 hits
BADAN bertindak Kuil Sri Maha Mariamman mendakwa anggota Bomba yang parah dalam insiden rusuhan berhadapan kuil berkenaan awal pagi semalam adalah disebabkan kemalangan jalan raya Setiausaha Badan Bertindak Kuil V K Regu mendakwa kejadian d...
Rusuhan Kuil Bomba Selangor Buat Laporan Polis Dakwaan Muhammad Adib Dilanggar Jentera Bomba

Rusuhan Kuil Bomba Selangor Buat Laporan Polis Dakwaan Muhammad Adib Dilanggar Jentera Bomba

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 646 hits
NURUL KHAIRIAH MOHAMED YUSOF 28 November 2018 11 17 PM SUBANG JAYA Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor menafikan kenyataan yang mendakwa anggotanya yang ce
Anggota Bomba Di Belakang Jentera Bukan Muhammad Adib Kata Rakan

Anggota Bomba Di Belakang Jentera Bukan Muhammad Adib Kata Rakan

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 717 hits
Mohd Hazim menunjukkan gambar yang tular di media sosial yang didakwa sebagai Muhammad Adib ketika sidang akhbar di Institut Jantung Negara hari ini Foto BernamaKUALA LUMPUR Anggota bomba yang didakwa dilanggar jentera bomba di lokasi insid...
Muhammad Adib Dibawa Ke Institut Jantung Negara

Muhammad Adib Dibawa Ke Institut Jantung Negara

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 356 hits
Anggota Bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang cedera parah dipukul perusuh berhampiran kuil kini dirawat di Institut Jantung Negara Foto Zaaba Zakeria Anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya yang ce...
Rusuhan Kuil Muhammad Adib Bukan Dipukul

Rusuhan Kuil Muhammad Adib Bukan Dipukul

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 826 hits
Hafidzul Hilmi Mohd Noorhafidzul nstp com myJENTERA FRT milik BBP Subang Jaya mengalami kerosakan apabila perusuh bertindak memecah cermin hadapan serta belakang selain cermin tingkap jentera di sisi kiri dan kanan dalam kejadian di sekitar...
Apa Dosa Muhammad Adib

Apa Dosa Muhammad Adib

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 403 hits
DITARIK keluar dari kenderaan dan dipukul hingga cedera parah Ini bukanlah adegan seorang pencuri kereta tetapi itulah nasib seorang anggota bomba yang bergegas ke lokasi Kuil Sri Mariamman USJ Subang Jaya bagi menjalankan tugasnya Apa dosa...
Nuzul Quran Sejarah Hikmah Dan Amalan Yang Digalakkan

Game On Elevate Your Gameplay Across Mobile And Pc

Hukum Penukaran Uang Baru Menjelang Lebaran Apakah Ada Unsur Riba

Even If Politician Saravanan Beats A Retreat Preacher Zamri Vinoth Must Still Face The Music

Mi Goreng Mamak Basah Dan Pedas Guna Teknik Ini Baru Menjadi

Tiga Adab Dalam Menulis Menyampaikan Berita

Small Space Decor Ideas How To Make A Tiny Home Look Bigger With Simple Tricks

Dua Hari Berbuka Puasa Dengan Gula Gula Eclipse


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cerita Pemilik Keldai Dan Anaknya

Keeping Jellyfish In The Aquarium Practical Fishkeeping

Tinjauan Awal Jenis Jenis Tumbuhan Herba Kawasan Tanah Lembap

Terlalu Ramai Berebut Peluang Yang Sedikit Peluang Yang Banyak Tak Ramai Yang Ambil

14 Mp Umno Dikatakan Bakal Melompat

Sisi Gelap Hari Raya Apa Yang Tak Diceritakan