Mufti Wilayah Persekutuan Jelaskan Hukum Coach Cerai


Mufti Wilayah Persekutuan Jelaskan Hukum “Coach” Cerai
Tidak dinafikan, alam perkahwinan sering digambarkan sebagai satu fasa kehidupan yang penuh dengan kebahagiaan, kasih sayang dan harapan untuk hidup bersama sehingga ke akhir hayat.
Malah, sesiapa sahaja yang sudah mendirikan rumah tangga pasti menginginkan untuk pasangan mereka sentiasa memahami, menyokong dan juga melengkapi antara satu sama lain dalam menempuh suka dan duka kehidupan.
Namun, sudah menjadi lumrah kehidupan, tidak semua kehidupan berumah tangga itu akan sentiasa indah seperti yang diharapkan.
Kegagalan berkomunikasi dengan baik, perbezaan pendapat, tekanan ekonomi dan kegagalan mengurus emosi boleh menjadi antara punca banyak berlaku isu-isu pergaduhan yang akhirnya membawa kepada kes-kes perceraian.
Namun, sebenarnya isu-isu begini boleh diatasi sekiranya pasangan tersebut cuba mendapatkan nasihat atau khidmat kaunseling daripada pakar.
Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai isu coach cerai yang membuatkan orang ramai tertanya-tanya mengenai peranan sebenarnya.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan, Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil mengenai hukum coach cerai.
Tinta Mufti Bil. 48/2025: Hukum Coach Cerai Mukadimah Alhamdulillah, segala puji dan syukur kami ucapkan kepada Allah SWT. Selawat dan salam kami panjatkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti baginda sehingga hari kiamat.
Tular isu ‘coach cerai’ di media sosial berhubung isu rumah tangga individu terkenal. Perkara ini telah menyentuh urusan dan pentadbiran hal ehwal Islam iaitu perkahwinan orang Islam yang mana ia perlu dirujuk dan ditangani oleh pihak autoriti yang sah.
Penggunaan istilah dan pendekatan berkaitan kekeluargaan Islam yang mengelirukan seperti ‘coach cerai’ perlu dikawal bagi memastikan kefahaman masyarakat tidak tersasar sehingga membawa kepada kegusaran awam sejajar dengan penegasan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam kenyataannya.
Kelayakan Memberi Nasihat atau Khidmat Kaunseling Keluarga Dalam Islam, memberi nasihat atau kaunseling merupakan satu amalan yang mulia namun kelayakan dalam memberi khidmat tersebut juga merupakan perkara yang perlu dititikberatkan. Lebih-lebih lagi apabila nasihat atau kaunseling tersebut menyentuh isu kritikal seperti perkahwinan dan perceraian yang melibatkan hukum syarak, hak serta tanggungjawab suami dan isteri.
Islam menegaskan bahawa urusan yang berkait dengan agama hendaklah dirujuk kepada mereka yang berilmu dan memahami hukum syarak sebagaimana firman Allah SWT:
وَمَا أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ إِلَّا رِجَالًا نُّوحِي إِلَيْهِمْ ۚ فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Maksudnya: “Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui.”
Surah al-Nahl (43)
Nasihat dalam urusan agama yang tidak berpaksikan al-Quran, hadis dan pandangan ulama berisiko membawa kepada kekeliruan walaupun disampaikan dengan niat yang baik.
BACA: Cerai & Kahwin Semula Setiap 3 Tahun, Suami Isteri Bergilir Guna Nama Keluarga Oleh itu, kelayakan seseorang untuk memberi nasihat dalam hukum perkahwinan dan perceraian orang Islam bukan hanya diukur melalui pengalaman hidup atau kebolehan bercakap tetapi melalui kefahaman yang sahih terhadap syariat Islam.
Pemberian Nasihat yang Tidak Bersandarkan Agama Nasihat sesama manusia boleh diberikan dengan niat yang baik, namun ia tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada pandangan peribadi semata-mata. Dalam konteks perkahwinan dan perceraian, isu yang dibincangkan melibatkan emosi, tanggungjawab serta ketetapan hukum agama yang mendalam.
Nasihat yang tidak bersandarkan panduan agama mungkin sekadar meredakan perasaan tetapi berisiko mengabaikan prinsip dan batas syarak. Hukum memberi nasihat fanpa sandaran agama seperti berikut:
1. Harus dalam perkara umum
Dalam Islam, harus seseorang memberi nasihat dalam perkara teknikal atau pengalaman hidup seperti komunikasi, pengurusan emosi, cara berbincang secara matang dan seumpamanya selagi tidak bercanggah dengan syariat serta tidak menyentuh hukum agama.
2. Tidak harus jika melanggar syariat
Nasihat tidak lagi dibenarkan apabila ia menyimpang daripada garis panduan dan ketetapan syariat seperti menghalalkan perkara yang telah diharamkan termasuk mendorong kepada perceraian tanpa sebab yang dibenarkan menurut syarak.
la juga tidak dibenarkan apabila nasihat tersebut memperkecilkan kepentingan sifat sabar dan usaha perdamaian (sulh) dalam rumah tangga.
Selain itu, nasihat yang mempromosikan kebencian terhadap institusi perkahwinan atau terhadap lelaki dan wanita secara umum turut tergolong sebagai perbuatan yang tidak harus.
Begitu juga, menjadi satu kesalahan mengajak untuk melawan wali atau suami mahupun mengingkari keputusan mahkamah syariah tanpa asas yang sah kerana tindakan sedemikian boleh membawa kepada kerosakan dan kekeliruan dalam memahami hukum agama.
Mendapatkan Khidmat Nasihat dan Kaunseling melalui Saluran yang Betul Islam tidak menafikan perceraian, namun ia diletakkan sebagai jalan terakhir setelah usaha perdamaian dilakukan dengan hikmah dan keadilan. Dalam isu perceraian, al-Quran menekankan keperluan islah (perdamaian) apabila berlaku perselisihan antara suami dan isteri sebagaimana firman-Nya:
 ۗوَإِنِ امْرَأَةٌ خَافَتْ مِن بَعْلِهَا نُشُوزًا أَوْ إِعْرَاضًا فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا أَن يُصْلِحَا بَيْنَهُمَا صُلْحًا ۚ وَالصُّلْحُ خَيْرٌ 
Maksudnya: “Dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul dari suaminya “nusyuz” (kebencian), atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka (suami isteri) membuat perdamaian di antara mereka berdua (secara yang sebaik-baiknya), kerana perdamaian itu lebih baik (bagi mereka daripada bercerai-berai).”
Surah al-Nisa’ (128)
Melalui pendekatan islah tersebut, masyarakat Malaysia terutamanya umat Islam boleh mendapatkan khidmat runding cara dan kaunseling keluarga melalui pihak yang berkelayakan dan berilmu bukan semata-mata melalui pandangan individu yang tidak terikat dengan disiplin ilmu dan hukum.
Antara pihak yang diiktiraf dalam bidang runding cara terutamanya berhubung isu keluarga Islam ialah para kaunselor bertauliah, pegawai kaunseling keluarga Islam, pegawai hal ehwal Islam serta pihak berautoriti seperti mahkamah syariah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).
BACA: Lafaz Cerai Bukan Mainan, Peguam Syarie Jelaskan Tentang Talak Dua Golongan ini bukan sahaja terlatih dari sudut psikologi dan pengurusan emosi, malah memahami batasan hukum syarak serta keutamaan konsep islah sebelum mengambil sebarang keputusan drastik.
Pendekatan yang digunakan juga lebih menyeluruh dan adil tanpa mengabaikan aspek agama, akhlak dan kesejahteraan jangka panjang.
Sebaliknya, mendapatkan nasihat melalui saluran yang tidak jelas kelayakannya khususnya daripada individu yang tidak mempunyai asas ilmu agama atau latihan profesional boleh mendatangkan risiko yang besar.
Nasihat yang bersifat emosional, berat sebelah atau bertentangan dengan syariat berpotensi mendorong kepada keputusan tergesa-gesa dan menambah keretakan dalam rumahtangga.
Lebih membimbangkan apabila individu yang sedang tertekan menerima sokongan yang mengesahkan kemarahan atau kekecewaan tanpa bimbingan yang benar dan boleh membawa kepada tindakan yang akhimya disesali.
Penutup Isu “coach cerai yang tular memberi pengajaran bahawa memberi nasihat berkaitan perkahwinan dan perceraian memerlukan ilmu, kefahaman dan bimbingan yang tepat.
Nasihat yang tidak bersandarkan syariat atau datang daripada pihak yang tidak berkelayakan bukan sahaja boleh mengelirukan, malah berpotensi merosakkan rumah tangga dan menjejaskan kesejahteraan emosi pasangan.
Masyarakat perlu sedar bahawa Islam menekankan pendekatan berhemah melalui islah dan rundingan yang adil sebelum mengambil sebarang tindakan drastik.
Oleh itu, mendapatkan nasihat daripada pihak. berautoriti seperti kaunselor bertauliah, jabatan agama Islam negeri atau mahkamah syariah bukan sahaja melindungi hak dan tanggungjawab suami isteri, malah memastikan setiap keputusan dibuat dengan hikmah, berpandukan syariat dan memberi manfaat jangka panjang.
Kesedaran ini penting untuk membina masyarakat yang bijak dalam menilai nasihat, memelihara institusi keluarga dan mengelak daripada kerosakan yang boleh dielakkan.
Wallahu a’lam
BACA: Peguam Syarie Ini Jelaskan Lafaz Cerai Dalam Keadaan Terpaksa Yang Ramai Tak Faham Sumber: Pejabat Mufti WP
The post Mufti Wilayah Persekutuan Jelaskan Hukum “Coach” Cerai appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/26/mufti-wilayah-persekutuan-jelaskan-hukum-coach-cerai/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mufti Wp Jelaskan Hukum Seorang Muslim Memakai Menggunakan Hiasan Berkaitan Hari Krismas

Mufti Wp Jelaskan Hukum Seorang Muslim Memakai Menggunakan Hiasan Berkaitan Hari Krismas

papar berkaitan - pada 25/12/2025 - jumlah : 116 hits
Mufti WP Jelaskan Hukum Seorang Muslim Memakai Menggunakan Hiasan Berkaitan Hari Krismas Krismas merupakan sambutan khas bagi penganut Kristian yang diraikan setiap 25 Disember Pada hari ini ramai orang menghias rumah dan diri mereka dengan...
Mufti Wp Jelaskan Hukum Solat Qada Bagi Wanita Alami Istihadah Berterusan

Mufti Wp Jelaskan Hukum Solat Qada Bagi Wanita Alami Istihadah Berterusan

papar berkaitan - pada 20/12/2025 - jumlah : 139 hits
Mufti WP Jelaskan Hukum Solat Qada Bagi Wanita Alami Istihadah Berterusan Bagi setiap Muslim solat merupakan salah satu kewajipan asas dalam kehidupan dan ia merupakan tiang utama dalam pembinaan iman serta akhlak Malah solat juga merupakan...
Coach Cerai Perjelas Hubungan Dengan Uqasha Senrose Hadir Ke Mahkamah Atas Dasar Kawan

Coach Cerai Perjelas Hubungan Dengan Uqasha Senrose Hadir Ke Mahkamah Atas Dasar Kawan

papar berkaitan - pada 22/12/2025 - jumlah : 118 hits
Isu rumah tangga pelakon Uqasha Senrose dan suaminya yang juga aktor Kamal Adli terus mendapat perhatian apabila munculnya individu yang menggelarkan dirinya sebagai Coach Cerai Individu berkenaan Izary Ikhbal menjelaskan bahawa Uqasha seme...
Coach Cerai Izary Ikhbal Biodata Kontrovesi Perkahwinan

Coach Cerai Izary Ikhbal Biodata Kontrovesi Perkahwinan

papar berkaitan - pada 23/12/2025 - jumlah : 118 hits
Coach Cerai Izary Ikhbal menjadi tumpuan selepas tercetus kontroversi isu rumah tangga selebriti yang mencetuskan perdebatan mengenai peranan dan kewajaran gelaran coach cerai Artikel ini mengupas ringkas biodata Izary Ikhbal serta kontrove...
Thaipusam Hari Wilayah 2026 2 Hari Cuti Gantian Untuk Pekerja Wilayah Persekutuan

Thaipusam Hari Wilayah 2026 2 Hari Cuti Gantian Untuk Pekerja Wilayah Persekutuan

papar berkaitan - pada 26/12/2025 - jumlah : 189 hits
Thaipusam Hari Wilayah 2026 menjadi perhatian apabila Hari Thaipusam dan Hari Wilayah Persekutuan jatuh pada tarikh yang sama iaitu 1 Februari 2026 Situasi ini memberi implikasi kepada pekerja di Wilayah Persekutuan khususnya berkaitan kela...
Sprm Siasat Bekas Menteri Berkait Kelulusan Projek Di Wilayah Persekutuan

Sprm Siasat Bekas Menteri Berkait Kelulusan Projek Di Wilayah Persekutuan

papar berkaitan - pada 24/12/2025 - jumlah : 137 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memulakan siasatan terhadap seorang bekas menteri berhubung dakwaan rasuah dan salah guna kuasa hampir sedekad lalu susulan penemuan petunjuk baharu Ketua Pesuruhjaya SPRM Az...
Hukum Guna Tabung Sperma Suami Yang Sudah Meninggal Dunia Mufti Wp

Hukum Guna Tabung Sperma Suami Yang Sudah Meninggal Dunia Mufti Wp

papar berkaitan - pada 24/12/2025 - jumlah : 128 hits
Hukum Guna Tabung Sperma Suami Yang Sudah Meninggal Dunia Mufti WP Seorang wanita bergelar isteri pastinya menantikan detik paling indah dalam hidup saat rahimnya mula dihuni oleh versi kecil dirinya dan suami Namun tidak semua perjalanan m...
Cuti Umum Hari Thaipusam Hari Wilayah Persekutuan 2026 Bagi Pekerja Swasta

Cuti Umum Hari Thaipusam Hari Wilayah Persekutuan 2026 Bagi Pekerja Swasta

papar berkaitan - pada 31/12/2025 - jumlah : 77 hits
Cuti Umum Hari Thaipusam Hari Wilayah Persekutuan 2026 Bagi Pekerja Swasta Kerajaan Persekutuan mewartakan dua hari kelepasan am bagi tahun 2026 iaitu Hari Thaipusam dan Hari Wilayah Persekutuan yang jatuh pada 1 Februari 2026 menurut kenya...
Setiap Kali Coach Cerai Datang Tak Pernah Nak Berjumpa Aku Sentiasa Siap Sedia Kamal Adli

Setiap Kali Coach Cerai Datang Tak Pernah Nak Berjumpa Aku Sentiasa Siap Sedia Kamal Adli

papar berkaitan - pada 19/12/2025 - jumlah : 137 hits
menyatakan rasa ketidakpuasan hati dan mengaku tidak dapat menahan kemarahan berkenaan laporan dan tuduhan yang dibuat oleh isterinya Uqasha Senrose mengenai masalah rumah tangga mereka Kamal mendakwa terdapat seorang individu yang dikenal ...
Police Quiz Malaysiakini Editor Over Sabah Scandal Laptop Seized

Groups Call Pro Palestine Protester S Assault Charge Unjust

Kenali Silkscreen Printing Untuk Botol Rahsia Cetakan Tahan Lama Elegan

Countdown Hotspots In Klang Valley

Penghargaan Cemerlang Skuad Futsal Harimau Malaya Terima Hadiah Tempat Ketiga

Hiburan Kita Fikir Orang Belakang Kalau Kereta Tu Mampuh Mu Lah Menyusahkan Orang Pemandu Treler

Balik Kampung Cuti Sekolah

What Could Be The Best New Year Message Ever


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Syubhat Syubhat Seputar Keengganan Berhijab Dan Bantahannya

Mitos Minyak Hitam Motorsikal Yang Masih Dipercayai

2026 Moga Versi Diri Yang Lebih Kuat

Azam 2026

Selamat Tahun Baru 2026 Dari Blog Mekyuhhh

Irresistible Italian Beef Recipe Serious Eats