Coach Cerai Izary Ikhbal Biodata Kontrovesi Perkahwinan
Coach Cerai, Izary Ikhbal menjadi tumpuan selepas tercetus kontroversi isu rumah tangga selebriti yang mencetuskan perdebatan mengenai peranan dan kewajaran gelaran ‘coach cerai’.
Artikel ini mengupas ringkas biodata Izary Ikhbal serta kontroversi perkahwinan yang mengaitkan konsep tersebut dalam konteks masyarakat dan undang-undang Islam di Malaysia.
Latar Belakang

Kredit: Instagram @ceraicoach
NamaMohd Izary Muhammed IkhbalNama PanggilanCoach Cerai, Izary Ikhbal Umur45 tahun (2025)PekerjaanRise & Manifest Coach dan Jurulatih PenceraianAkaun Media SosialInstagram @ceraicoach
Facebook @cerai.coach
TikTok @izary_ikhbal
Kehidupan Peribadi
Izary Ikhbal pernah mendirikan rumah tangga sebanyak 3 kali. Perkahwinannya yang ketiga iaitu bersama Ungku Aida.
Hasil perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan dua orang anak lelaki.

Kredit: Instagram @ceraicoach
Kerjaya & Profesional
Dalam konteks Izary Ikhbal, kerjaya beliau sebagai Cerai Coach (Divorce & Rebuilding) tertumpu kepada bimbingan emosi dan sokongan diri individu yang berdepan konflik rumah tangga atau fasa selepas perceraian.
Izary menjelaskan peranannya bukan untuk menggalakkan perceraian, sebaliknya membantu klien mengurus tekanan emosi, berkomunikasi secara matang dan membina semula kehidupan (rebuilding) selepas melalui krisis perkahwinan.
Konsep ini diambil daripada amalan Divorce Coach yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, namun peranan tersebut turut mencetuskan perdebatan dalam konteks Malaysia, khususnya berkaitan batas profesional, undang-undang dan urusan perkahwinan orang Islam.

Kredit: Instagram @ceraicoach

Kredit: Instagram @ceraicoach

Kredit: Instagram @ceraicoach
Kontroversi Coach Cerai dengan Kamal & Uqasha
Isu perkahwinan pelakon terkenal Kamal Adli dan isterinya, Uqasha Senrose terus menjadi kontroversi di media sosial apabila kemelut rumah tangga mereka dikaitkan dengan kehadiran individu yang digelar sebagai ‘coach cerai’.
Keadaan menjadi semakin hangat apabila Uqasha Senrose dilihat sering hadir bersama coach cerai setiap kali beliau menghadiri prosiding di Mahkamah Syariah, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dan reaksi netizen.
Susulan perkara tersebut, Kamal Adli tampil bersuara dan memberi amaran secara terbuka kepada isterinya, Uqasha Senrose serta individu yang digelar sebagai ‘coach cerai’.
Menurut Kamal, situasi yang dihadapinya itu dianggap tidak adil kerana isu rumah tangga sepatutnya diselesaikan secara bersemuka dan tertutup memandangkan mereka masih bergelar suami isteri yang sah. Beliau turut menegaskan bahawa perbincangan matang antara kedua-dua pihak adalah jalan terbaik berbanding membawa hal peribadi ke ruang awam.
Kamal juga meluahkan rasa terkilan terhadap individu yang digelar ‘coach cerai’ tersebut kerana didakwa hanya mendengar cerita daripada sebelah pihak tanpa pernah berjumpa dengannya untuk mendapatkan penjelasan sebenar.
Menurutnya, tindakan tersebut menimbulkan salah faham dan menjejaskan keadaan yang sedia tegang. Kamal menegaskan bahawa dirinya sentiasa bersedia untuk berjumpa dan berbincang secara matang demi mencari penyelesaian terbaik, namun mendakwa pihak terlibat memilih untuk mengelak serta membawa isu rumah tangga itu secara terbuka.
Sebelum ini, Uqasha Senrose telah memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal Adli pada 1 Oktober lalu, sekali gus mengesahkan krisis yang melanda rumah tangga pasangan selebriti berkenaan. Perkembangan itu menambah perhatian ramai, khususnya apabila nama ‘coach cerai’ mula dikaitkan secara langsung dalam konflik tersebut.
Untuk rekod, Kamal Adli dan Uqasha Senrose mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di Janda Baik, Pahang.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 19 bulan. Situasi ini sekali gus mengundang simpati orang ramai yang berharap agar segala kemelut dapat diselesaikan dengan baik demi kebajikan anak mereka.
@therealuqashasenrose ❤️ #uqashasenrose @Cerai Coach
♬ original sound – UqashaSenrose – UqashaSenrose
Kredit: TikTok @therealuqashasenrose
Penjelasan Coah Cerai Tentang Kontroversi Uqasha

Kredit: Instagram @ceraicoach
Maksud Istilah “Cerai Coach”
Salam rakan-rakan semua,
Saya faham bahawa istilah “Cerai Coach” sejak kebelakangan ini telah menimbulkan pelbagai salah faham, kerana konsep ini memang masih baharu di Malaysia.
Sebenarnya, “Divorce Coach” sudah lama wujud dan sangat diiktiraf di luar negara. Ia bukan bermaksud saya mengajar atau menggalakkan orang untuk bercerai, tetapi lebih kepada memberi bimbingan selepas perceraian, dan dalam beberapa kes, semasa proses perceraian itu sendiri.
Ada juga yang mencadangkan supaya saya menukar nama Cerai Coach kepada sesuatu yang dianggap lebih positif. Kepada semua yang memberi pandangan, saya ucapkan terima kasih atas keprihatinan dan cadangan tersebut.
Namun bagi saya, yang lebih penting ialah mengubah persepsi masyarakat terhadap istilah ini. Tiada apa yang salah dengan nama “Divorce Coach” atau dalam Bahasa Melayu, “Coach Cerai”. Ia merupakan satu bidang profesional yang telah lama diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Bagi saya, mungkin yang perlu kita ubah ialah cara kita memandang istilah ini, supaya masyarakat kita lebih peka dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa di luar negara. InsyaAllah.
Yang benar,
– Cerai Coach

Kredit: Instagram @ceraicoach
Hukum Coach Cerai
Kenyataan dari Mufti Wilayah Persekutuan, dalam Islam, memberi nasihat dan kaunseling merupakan amalan mulia, namun ia mesti dilakukan oleh individu yang berkelayakan dan berilmu, khususnya apabila melibatkan hukum syarak, hak dan tanggungjawab suami isteri.
Nasihat yang tidak berpaksikan al-Quran, hadis dan pandangan ulama berisiko membawa kepada kekeliruan walaupun disampaikan dengan niat yang baik.
Memberi nasihat dalam perkara umum seperti pengurusan emosi dan komunikasi adalah dibenarkan selagi tidak bercanggah dengan syariat.
Namun, nasihat yang melanggar hukum Islam, mendorong perceraian tanpa sebab syarie, mengabaikan usaha perdamaian, menentang wali atau keputusan mahkamah syariah adalah tidak dibenarkan dan boleh membawa kerosakan.
Islam mengiktiraf perceraian sebagai jalan terakhir selepas usaha islah dan perdamaian dilakukan.
Oleh itu, masyarakat disaran mendapatkan khidmat nasihat dan kaunseling keluarga melalui saluran yang betul seperti kaunselor bertauliah, pegawai agama, Jabatan Agama Islam Negeri, JAKIM dan Mahkamah Syariah yang memahami aspek psikologi serta batasan hukum syarak.
Baca juga:
Uqasha Senrose – Biodata, Karier & Kontroversi
Kamal Adli – Biodata, Karier & Isu Terkini
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/coach-cerai/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=coach-cerai