Mufti Wp Jelaskan Hukum Solat Qada Bagi Wanita Alami Istihadah Berterusan


Mufti WP Jelaskan Hukum Solat Qada Bagi Wanita Alami Istihadah Berterusan
Bagi setiap Muslim, solat merupakan salah satu kewajipan asas dalam kehidupan dan ia merupakan tiang utama dalam pembinaan iman serta akhlak. Malah, solat juga merupakan salah satu cara untuk sentiasa mengingati Allah dalam apa jua keadaan.
Kewajipan solat yang ditetapkan sebanyak lima kali sehari mencerminkan kepentingannya sebagai salah satu ibadah yang membentuk disiplin, ketenangan rohani dan keseimbangan hidup.
Namun, dalam tuntutannya juga, Islam turut mengambil kira fitrah dan keadaan semula jadi wanita seperti haid, keputihan, ataupun istihadah yang sering menimbulkan persoalan berkaitan kesucian serta kewajipan solat.
Keadaan ini sememangnya menjejaskan pelaksanaan ibadah seharian, malah turut melibatkan hukum qada solat apabila seseorang wanita itu terhalang untuk menunaikannya.
Untuk lebih pencerahan, ikuti perkongsian dari Mufti Wilayah Persekutuan di bawah ini.
Irsyad Hukum Siri Ke-945: Solat Qada Bagi Wanita Yang Mengalami Istihadah Berterusan Soalan Assalamualaikum, saya ingin bertanya soalan, setakat pengetahuan saya wanita yang sentiasa berhadas seperti istihadah dan keputihan berterusan wuduknya hanya sah untuk menunaikan 1 solat fardu sahaja dan boleh digunakan untuk beberapa solat sunat.
Persoalan saya, saya mempunyai masalah istihadah yang berpanjangan dalam beberapa tahun dan mempunyai banyak baki solat yang ditinggalkan sebelum ini. Adakah saya perlu berwuduk dan bersuci bagi setiap satu solat qada yang hendak dilakukan?
Ringkasan Jawapan i. Setiap Muslim yang meninggalkan solat sama ada dengan sengaja ataupun dengan keuzuran mereka wajib menggantikannya.
ii. Dalam hal ini, tiada perbezaan antara orang yang sentiasa berhadas dengan orang yang sihat iaitu jika seseorang memiliki banyak solat yang ditinggalkan maka dia hendaklah sedaya upaya menggantikan solat yang ditinggalkan tersebut mengikut kemampuannya.
iii. Namun begitu, para ulama berbeza pandangan tentang bersuci bagi wanita yang sentiasa berhadas (daim al-hadath) termasuk wanita yang mengalami istihadah yang berterusan. Menurut pandangan muktamad mazhab Syafi’i, wuduk orang yang sentiasa dalam keadaan berhadas hanya sah untuk satu solat sahaja sama ada fardu atau qada atau nazar dan berapa-beberapa banyak solat sunat.
iv. Walau bagaimanapun, jika seseorang wanita yang sentiasa berhadas mempunyai banyak hutang solat sehingga sukar untuk dirinya bersuci berulang kali dalam melaksanakan solat-solat qada ini, maka keadaan ini membolehkan mereka untuk mengambil pandangan yang lebih meringankan iaitu seseorang hendaklah bersuci selepas masuk waktu dan satu wuduk boleh digunakan untuk menunaikan apa saja jenis solat fardu, qada, nazar dan solat sunat selagi masih dalam waktu solat tersebut dan tidak berlaku perkara yang membatalkan wuduk selain masalah hadas yang dialami berdasarkan pandangan mazhab Hanafi.
Huraian Jawapan: Selawat dan salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari kiamat.
Istihadah termasuk dalam golongan Daim al-Hadath (sentiasa dalam keadaan berhadas) Dari segi Bahasa Arab terdapat beberapa perkataan yang digunakan antaranya salas ) bermaksud mudah, lembut dan ia juga merujuk kepada makna seseorang yang tidak mampu menahan air kencing.
Dari segi istilah daim al-Hadath ialah golongan yang sentiasa dalam keadaan hadas contohnya seperti orang yang menghidap kencing tidak lawas, orang yang sentiasa keluar mazi, mani, wadi, tahi, sentiasa terkentut, wanita yang mengalami istihadah, keputihan, buasir yang keluar dari dalam dubur dan keluar darah berterusan, darah yang keluar dari hidung berterusan dan sebagainya.
Menurut mazhab Hanafi, Syafi’i”, dan Hanbali (mengikut pendapat yang sahih) mensyaratkan bahawa keadaan hadas itu mestilah berterusan sepanjang waktu solat fardu, sehingga orang yang berhadas tersebut tidak menemukan waktu sepanjang tempoh solat tersebut yang cukup untuk berwuduk dan menunaikan solat tanpa adanya uzur.
Begitu juga, menurut mazhab Maliki mensyaratkan paling kurang separuh waktu solat ke atas untuk mengambil hukum wuduk orang yang sentiasa berhadas.
Manakala, Imam Ahmad dalam satu riwayat yang dipilih oleh sebahagian ulama Hanbali, berpendapat bahawa seseorang boleh dianggap sebagai orang yang mempunyai uzur meskipun hadas itu tidak berterusan sepanjang waktu solat fardu.
Dalam hal ini, wanita istihadah termasuk daripada golongan yang sentiasa dalam keadaan berhadas dan hukumnya sama seperti wanita suci daripada haid dan nifas.
BACA: Mufti Wilayah Persekutuan Jelaskan Hukum Menderma Rambut Kepada Pesakit Kanser Mereka tidak terhalang daripada melaksanakan ibadah solat dan puasa. Begitu juga, syariat memberi keringanan kepada golongan ini iaitu ibadahnya tetap sah meskipun keluar hadasnya secara berterusan dengan syarat mereka hendaklah bersegera bersuci setelah masuk waktu solat dan berniat untuk membolehkan solat bukan mengangkat hadas dan segera menunaikan solat.
Cara bersuci untuk golongan Daim al-Hadath untuk solat qada Secara asasnya, setiap Muslim yang meninggalkan solat sama ada dengan sengaja ataupun dengan keuzuran mereka wajib menggantikannya.
Dalam hal ini, tiada perbezaan antara orang yang sentiasa berhadas dengan orang yang sihat iaitu jika seseorang memiliki banyak solat yang ditinggalkan maka dia hendaklah sedaya upaya menggantikan solat yang ditinggalkan tersebut mengikut kemampuannya.
Dalam melaksanakan hal ini, seseorang yang hendak mendirikan solat hendaklah memastikan dirinya suci daripada hadas, pakaiannya serta tempat solatnya suci daripada najis kerana ia merupakan syarat sah untuk mendirikan solat, Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Umar RA, Rasulullah SAW bersabda:
لا تُقْبَلُ صَلاةٌ بغيرِ طُهُورٍ
Maksudnya: solat tidak diterima tanpa bersuci
(Riwayat Muslim)
Namun, para ulama berbeza pandangan dalam perbahasan orang yang sentiasa berhadas menggada lebih daripada satu solat fardu atau qada dengan satu wuduk:
Menurut mazhab Hanafi dan Hanbali orang yang sentiasa dalam keadaan hadas boleh menunaikan lebih daripada satu solat fardu dan beberapa solat sunat dengan satu wuduk termasuk juga boleh menggada beberapa solat yang tertinggal selagi masih dalam waktu solat tersebut dan tidak berlaku perkara yang membatalkan wuduk selain masalah hadas yang dialami tersebut.
Hal ini berdasarkan hadis daripada Aisyah RA ketika Fatimah Binti Abi Hubaisy datang berjumpa Rasulullah SAW dan dia berkata:
يَا رَسُولَ اللَّهِ، ‌إِنِّي ‌امْرَأَةٌ ‌أُسْتَحَاضُ ‌فَلَا ‌أَطْهُرُ، أَفَأَدَعُ الصَّلَاةَ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (لَا، إِنَّمَا ذَلِكِ عِرْقٌ، وَلَيْسَ بِحَيْضٍ، فَإِذَا أَقْبَلَتْ حَيْضَتُكِ فَدَعِي الصَّلَاةَ، وَإِذَا أَدْبَرَتْ فَاغْسِلِي عَنْكِ الدَّمَ ثُمَّ صَلِّي). قَالَ: وقال أبي: (ثم تؤضي لكل صلاة، حتى يجيء ذلك الوقت)
Maksudnya: Fatimah bin Abi Hubais datang menemui Nabi SAW dan berkata: Wahai Rasulullah SAW, aku seorang wanita yang sering keluar darah (istihadhah). Adakah aku perlu meninggalkan solat?” Jawab Rasulullah SAW: Jangan kamu tinggalkan solat, darah tersebut hanyalah darah penyakit dan bukan darah haid. Kamu tinggalkan solat ketika didatangi darah haid. Apabila darah haidmu tiada lagi, maka kamu hendaklah mandi wajib (apabila keringnya haid) dan tunaikan solat. Dalam sebahagian lafaz hadis lain dinyatakan: Kemudian kamu berwuduk bagi setiap solat sehingga datang semula waktu (haid).
BACA JUGA: Apa Hukum Minta Doa Dari Orang Yang Kerjakan Haji? Ini Jawapan Mufti WP Menurut pandangan mereka, wanita istihadah seperti hukum orang yang bertayamum iaitu dari segi ibadahnya terikat dengan waktu maka orang yang sentiasa berhadas boleh melakukan apa sahaja jenis ibadah termasuk solat fardu, qada atau sunat selagi masih dalam waktu solat tersebut dan tidak terbatal wuduknya.
Menurut mazhab Syafi’i, orang yang sentiasa berhadas tidak boleh menunaikan lebih daripada satu solat fardu dengan satu wuduk, sama ada solat qada atau solat yang dilaksanakan pada waktunya.
Dalam hal ini, dapat difahami wuduk orang yang sentiasa berhadas ini hanya sah untuk satu solat fardu atau qada atau nazar dan boleh melakukan beberapa banyak solat sunat.
Oleh itu, wanita istihadah pada setiap kali hendak melaksanakan solat fardu atau qada hendaklah bersuci terlebih dahulu iaitu menyumbat kemaluannya dengan kapas dan membalutnya seperti orang yang sentiasa berhadas dan berwuduk setelah masuk waktu solat seperti orang yang bertayammum kemudian bersegera menunaikan solat.
Selain itu menurut mazhab Maliki, disunatkan bagi golongan ini untuk berwuduk apabila hadas berlaku sekurang-kurangnya lebih daripada separuh waktu atau kebanyakan waktu.
Namun, jika hadas berlaku pada keseluruhan waktu maka wuduk tidak lagi disunatkan. Hal ini kerana, wuduk hanya disunatkan apabila kebiasaan hadas berterusan ini tidak menyebabkan kesukaran seperti dalam keadaan cuaca sejuk atau faktor lain yang menyukarkan. Apabila wuduk tersebut menyebabkan kesulitan maka la tidak lagi disunatkan.
BACA JUGA: Boleh Ke Makan “Edible Gold”? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan Walau bagaimanapun, jika seseorang wanita yang sentiasa berhadas mempunyai banyak hutang solat sehingga sukar untuk dirinya bersuci berulang kali dalam melaksanakan solat-solat qada ini, maka keadaan ini membolehkan mereka untuk mengambil pandangan memberi memudahkan.
من ابتلي بشيء من هذا أن يقلد من أجاز ذلك من العلماء
Maksudnya: Sesiapa yang ditimpa masalah daripada hal ini (hukum asal) hendaklah dia bertaklid dengan pendapat lain yang mengharuskan daripada
kalangan ulamak
Maka keadaan ini, membolehkan golongan ini untuk mengambil pandangan memberi memudahkan iaitu seseorang hendaklah bersuci selepas masuk waktu dan satu wuduk boleh digunakan untuk menunaikan apa saja jenis solat fardu, qada, nazar dan solat sunat berdasarkan pandangan mazhab Hanafi yang bersandarkan kepada dalil yang sahih.
Kesimpulan i. Setiap Muslim yang meninggalkan solat sama ada dengan sengaja ataupun dengan keuzuran mereka wajib menggantikannya.
ii. Dalam hal ini, tiada perbezaan antara orang yang sentiasa berhadas dengan orang yang sihat iaitu jika seseorang memiliki banyak solat yang ditinggalkan maka dia hendaklah sedaya upaya menggantikan solat yang ditinggalkan tersebut mengikut kemampuannya.
iii. Namun begitu, para ulama berbeza pandangan tentang bersuci bagi wanita yang sentiasa berhadas (daim al-hadath) termasuk wanita yang mengalami istihadah yang berterusan. Menurut pandangan muktamad mazhab Syafi’i, wuduk orang yang sentiasa dalam keadaan berhadas hanya sah untuk satu solat solat sama ada solat fardu atau qada atau nazar dan berapa-beberapa banyak solat sunat.
iv. Walau bagaimanapun, jika seseorang wanita yang sentiasa berhadas mempunyai banyak hutang solat sehingga sukar untuk dirinya bersuci berulang kali dalam melaksanakan solat-solat qada ini, maka keadaan ini membolehkan mereka untuk mengambil pandangan yang lebih meringankan iaitu seseorang hendaklah bersuci selepas masuk waktu dan satu wuduk boleh digunakan untuk menunaikan apa saja jenis solat fardu, qada, nazar dan solat sunat selagi masih dalam waktu solat tersebut dan tidak berlaku perkara yang membatalkan wuduk selain masalah hadas yang dialami berdasarkan pandangan mazhab Hanafi.
Wallahu a’lam
Sumber: Pejabat Mufti WP
The post Mufti WP Jelaskan Hukum Solat Qada Bagi Wanita Alami Istihadah Berterusan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/20/mufti-wp-jelaskan-hukum-solat-qada-bagi-wanita-alami-istihadah-berterusan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mufti Wp Jelaskan Hukum Seorang Muslim Memakai Menggunakan Hiasan Berkaitan Hari Krismas

Mufti Wp Jelaskan Hukum Seorang Muslim Memakai Menggunakan Hiasan Berkaitan Hari Krismas

papar berkaitan - pada 25/12/2025 - jumlah : 63 hits
Mufti WP Jelaskan Hukum Seorang Muslim Memakai Menggunakan Hiasan Berkaitan Hari Krismas Krismas merupakan sambutan khas bagi penganut Kristian yang diraikan setiap 25 Disember Pada hari ini ramai orang menghias rumah dan diri mereka dengan...
Mufti Wp Jelaskan Kaedah Rawatan Akupuntur Dalam Perspektif Islam

Mufti Wp Jelaskan Kaedah Rawatan Akupuntur Dalam Perspektif Islam

papar berkaitan - pada 10/12/2025 - jumlah : 151 hits
Umum mengetahui bahawa kesihatan merupakan salah satu aspek penting dalam kehidupan seseorang Hal ini kerana ia turut mempengaruhi kualiti hidup produktiviti dan kesejahteraan seseorang Bukan itu sahaja tubuh yang sihat juga membolehkan ind...
Hiburan Kenapa Tak Solat Di Surau Heliza Helmi Jelaskan Tindakan Solat Di Belakang Pentas Abpbh37 Nafi Rekod Sendiri

Hiburan Kenapa Tak Solat Di Surau Heliza Helmi Jelaskan Tindakan Solat Di Belakang Pentas Abpbh37 Nafi Rekod Sendiri

papar berkaitan - pada 16/12/2025 - jumlah : 157 hits
Penyanyi dan pelakon ampil memberikan penjelasan berhubung video tular yang merakamkan dirinya sedang menunaikan solat bersama adiknya Hazwani Helmi di belakang pentas Anugerah Bintang Popular baru baru ini Menurut Heliza keputusan untuk me...
Hukum Guna Tabung Sperma Suami Yang Sudah Meninggal Dunia Mufti Wp

Hukum Guna Tabung Sperma Suami Yang Sudah Meninggal Dunia Mufti Wp

papar berkaitan - pada 24/12/2025 - jumlah : 92 hits
Hukum Guna Tabung Sperma Suami Yang Sudah Meninggal Dunia Mufti WP Seorang wanita bergelar isteri pastinya menantikan detik paling indah dalam hidup saat rahimnya mula dihuni oleh versi kecil dirinya dan suami Namun tidak semua perjalanan m...
Wanita Cuba Cop Parking Terkejut Kereta Tetap Masuk Sendiri

Wanita Cuba Cop Parking Terkejut Kereta Tetap Masuk Sendiri

papar berkaitan - pada 10/12/2025 - jumlah : 210 hits
CHINA Dalam situasi harian yang penuh sesak mencari satu petak parkir pun boleh jadi cabaran dan ketika itu muncul pula taktik cop parking yang sering mencetuskan perdebatan Ada yang anggap ia menyusahkan ada pula yang rasa ia perkara biasa...
Dua Wanita Filipina Mengaku Salah Miliki Kad Pengenalan Malaysia Palsu

Dua Wanita Filipina Mengaku Salah Miliki Kad Pengenalan Malaysia Palsu

papar berkaitan - pada 11/12/2025 - jumlah : 152 hits
Omar AhmadJanida dan Noraini mengaku salah memiliki kad pengenalan Malaysia palsu Foto NSTPJOHOR BAHRU Dua wanita warga Filipina mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Johor Bahru di sini hari ini atas pertuduhan memiliki kad pengenalan Mal...
Polis Kesan Suspek Lastik Pelancong Wanita China

Polis Kesan Suspek Lastik Pelancong Wanita China

papar berkaitan - pada 10/12/2025 - jumlah : 154 hits
Juwan Riduanam hmetro com myKota Kinabalu Polis giat mengesan individu yang melastik seorang pelancong wanita warga China di Jalan Kota Kinabalu Lama 2 berhampiran bangunan sebuah bank di sini semalam Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asiste...
Wanita Didakwa Culik Ahli Perniagaan Warga Bangladesh

Wanita Didakwa Culik Ahli Perniagaan Warga Bangladesh

papar berkaitan - pada 12/12/2025 - jumlah : 128 hits
BernamaSeorang pembantu kedai wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan menculik seorang ahli perniagaan warga Bangladesh di hadapan sebuah masjid di Selayang Jun lepas Jun haidati Tukiman 47 ...
Wanita Dera Amah Direman 4 Hari

Wanita Dera Amah Direman 4 Hari

papar berkaitan - pada 8/12/2025 - jumlah : 114 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang wanita direman empat hari hingga Khamis ini selepas didakwa mendera pembantu rumahnya di Rawang semalam Ketua Polis Gombak Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata warga tempatan berusia 22 tahun yang mula beker...
Books Kinokuniya Malaysia Di Tingkat 4 Klcc

Menantu Datuk Nikah Kahwin

Ini Barulah Dianggap Seorang Ibu Tak Pernah Meminta Wang Selalu Mencari Kesalahan Menantu Prince Syed

Dari Kekangan Dana Ke Puncak Dunia Kisah Kebangkitan Pemanah Berkuda Malaysia Adan Dyna Channel 24 12 2025

Amazing Beef Empanada Recipe Bon Appetit

Spotify Digoncang Serangan Terbesar 86 Juta Lagu Dicuri Dunia Muzik Bergegar

Polis Tahan 85 Individu Dalam Serbuan Ops Dadu Mega Seluruh Negara

Cara Mohon Dulang Emas Di Negeri Kelantan Panduan Lengkap Terkini


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Apakah Love Bombing Dan Kesan Kepada Pasangan

Kenapa Ada Orang Tengok Harga Kripto Setiap Jam Minit

Kerepek Ubi Ngaku

Cinta Yang Tetap Ada

10 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Untuk Lawatan Cuti Sekolah 2025

Semangat Kasih Dan Keharmonian Menyambut Hari Krismas 2025