Mufti Wp Jelaskan Hukum Seorang Muslim Memakai Menggunakan Hiasan Berkaitan Hari Krismas


Mufti WP Jelaskan Hukum Seorang Muslim Memakai, Menggunakan Hiasan Berkaitan Hari Krismas
Krismas merupakan sambutan khas bagi penganut Kristian yang diraikan setiap 25 Disember.
Pada hari ini, ramai orang menghias rumah dan diri mereka dengan perhiasan bertema Krismas, termasuk topi Santa Claus, pokok Krismas, lampu berwarna-warni dan hiasan lain.
Dalam pada itu, muncul persoalan, adakah umat muslim dibenarkan untuk memakai perhiasan berkaitan hari Krismas.
Untuk menjawab persoalan tersebut, mari kita ikuti kupasan dan jawapan yang disediakan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkenaan isu ini.
Soalan :
Assalamualaikum ustaz. Saya ada satu persoalan yang menjadi kemusykilan sehingga hari ini. Memandangkan umat Kristian akan menyambut sambutan Hari Krismas pada masa terdekat ini, apakah hukum orang Islam memakai memakai topi Santa Claus atau apa-apa perhiasan berkaitan krismas.
Saya lihat di sebuah pejabat yang mana tiada pun orang Kristian, semua stafnya adalah orang Islam tapi ada yang memakai topi Santa Claus hingga ada yang meletakkan pokok krismas di pejabat mereka. Adakah ianya dibolehkan? Mohon pencerahan ustaz.
Ringkasan jawapan :
Pemakaian topi santa claus atau apa sahaja perhiasan dan pakaian yang berkaitan dengan Hari Krismas termasuk meletakkan pokok Krismas adalah tidak dibenarkan.
Tidak ada keperluan untuk memakainya kerana pemakaian atau perhiasan tersebut seakan-akan menunjukkan pengiktirafan terhadap perayaan tersebut.
Jika ada jemputan maka ianya terhad kepada kadar yang diperlukan seperti jamuan makan. Itu pun adalah sebagai tanda menjaga hubungan baik bukannya mengiktiraf kepercayaan dan perayaan mereka
Huraian jawapan :
Secara umumnya, umat Kristian akan menyambut sambutan hari Krismas pada 25 Disember.
Walaupun tarikh sambutan ini menjadi perdebatan dari kalangan Kristian Ortodoks dan Katolik, namun sambutan ini pada asasnya adalah sebagai satu perayaan sempena kelahiran Nabi Isa atau Jesus menurut mereka.[1]
Tidak dapat dinafikan bahawa Allah ﷻ menciptakan manusia dengan pelbagai bangsa dan agama agar manusia boleh saling mengenali dan memahami. Ini berdasarkan firman Allah ﷻ dalam Al-Quran :
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا
Maksudnya : “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).”[2]
Sheikh Mustafa Al-Maraghi menyebut :
أي للتعارف لا للتناكر، واللمز والسخرية والغيبة تفضى إلى ذلك
“ Iaitu untuk saling mengenali, bukannya untuk saling memungkiri. Celaan, ejekan dan umpatan boleh membawa kepda perpecahan.”[3]
Inilah asas fiqh Ta’ayush atau fiqh co-existence atau fiqh berkenaan kewujudan bersama. Lebih-lebih lagi kita hidup bersama penganut agama yang lain.
Namun begitu, asas ini hanya terhad kepada hubungan kemanusiaan agar saling menghormati dan memahami antara satu sama lain.
Seorang Muslim tidak boleh sama sekali atas nama Fiqh Ta’ayush melibatkan diri apatah lagi mengiktiraf apa-apa perkara yang melibatkan akidah agama lain. Ini berdasarkan prinsip yang telah dinyatakan oleh Allah ﷻ :
لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ
Maksudnya : “Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku.”[4]
Sebelum menjawab persoalan yang dikemukakan, perlu kita ketahui berkenaan sejarah simbol-simbol atau perhiasan yang digunakan dalam sambutan Hari Krismas.
Bagi topi Krismas ianya sinomim dengan figura yang amat terkenal iaitu Santa Claus. Ada yang mengatakan bahawa santa claus adalah Saint Nicholas seorang tokoh paderi Kristian yang amat terkenal yang mana beliau dikatakan suka memberikan hadiah dan duit kepada masyarakat.[5]
Gambaran Santa Claus yang memakai pakaian merah dan topi hanya muncul pada tahun 1881, yang mana ianya dilakarkan oleh Thomas Nest.[6]
Bagi pokok krismas ia mempunyai sejarah yang begitu panjang. Kebanyakannya menggunakan bentuk pokok Cemara Malar Hijau (Evergreen Fir Tree). Pokok ini sebenarnya digunakan bagi merayakan perayaan musim sejuk jauh sebelum munculnya Kristian.
Sebagai contoh, bagi penduduk Rom, mereka akan menggunakan pokok ini sempena perayaan Saturnlia. Begitu juga, penduduk Mesir Purba menggunakannya untuk menyembah Tuhan Ra.
Pokok ini kemudiannya dibawa oleh penduduk Jerman pada kurun ke 16 di mana penganut Kristian akan membawanya ke rumah mereka dan menghias pokok tersebut.
Martin Luther, pengasas mazhab Protestan juga membawa pembaharuan dengan meletakkan juga hiasan lilin pada pokok tersebut.[7]
Sehingga hari ini ianya menjadi simbol Kristian kerana bentuk segi tiganya melambangkan konsep Triniti yang dianuti oleh Umat Kristian.[8]
Kembali kepada persoalan yang dikemukakan, secara asasnya, seorang Muslim tidak dibenarkan untuk meniru atau memakai apa sahaja simbol atau pakaian yang mempunyai kaitan dengan agama lain. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Umar bahawa Rasulullah ﷺ bersabda :
‌مَنْ ‌تَشَبَّهَ ‌بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
Maksudnya : “Sesiapa yang menyerupai satu kaum maka dia termasuk dari kalangan mereka.”[9]
Dalam riwayat yang lain Nabi SAW bersabda :
‌لَيْسَ ‌مِنَّا ‌مَنْ ‌تَشَبَّهَ ‌بِغَيْرِنَا، لَا تَشَبَّهُوا بِاليَهُودِ وَلَا بِالنَّصَارَى،
Maksudnya : “Bukan dari kalangan kami orang yang menyerupai selain dari kami. Jangan kalian menyerupai Yahudi dan Nasrani.”[10]
Sheikh Muhammad Abdurrahman Al-Mubarakfuri menyebut :
قَوْلُهُ (لَيْسَ مِنَّا) أَيْ من أهل طريقتنا ومراعي مُتَابَعَتَنَا (‌مَنْ ‌تَشَبَّهَ ‌بِغَيْرِنَا) أَيْ مِنْ غَيْرِ أهل ملتنا
“Sabda Nabi ‘bukan dari kalangan kami’ iaitu bukan dari golongan kami dan yang mengikut jalan kami. ‘Sesiapa yang menyerupai selain dari kami’ iaitu yang bukan dari kalangan agama kami.”[11]
Sheikh Zakariyya Al-Ansari menyebut :
وَلَا إنْ شَدَّ الزُّنَّارَ عَلَى وَسَطِهِ أَوْ وَضَعَ ‌قَلَنْسُوَةِ الْمَجُوسِ عَلَى رَأْسِهِ
“Tidak boleh mengetatkan Zunnar (tali pinggang yang menjadi lambang zimmi) di tengah-tengah pinggang atau meletakkan qalansawah (kain) Majusi di atas kepalanya.”[12]
Jika memakai pakaian yang menjadi syi’ar agama lain sudah dianggap sebagai tasyabbuh (penyerupaan) apatah lagi jika ianya melibatkan perhiasan yang menjadi lambang sesuatu perayaan.
Ini juga adalah berdasarkan tafsiran yang dilakukan oleh para Ulama terhadap ayat :
وَالَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَامًا
Maksudnya : “Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya.”[14]
Imam Al-Qurtubi menyebutkan beberapa pandangan ahli tafsir berkenaan ayat ini. Antaranya :
وَفِي رِوَايَةٍ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّهُ أَعْيَادُ الْمُشْرِكِينَ.
“Dalam riwayat Ibn Abbas menyebut bahawa Al-Zur adalah perayaan-perayaan orang Musyrik.”[15]
Oleh itu, dalam isu ini, kami melihat bahawa pemakaian topi santa claus dan meletakkan pokok krismas adalah tidak dibenarkan jika tiada keperluan.
Ini kerana ianya merupakan lambang atau simbol yang sinonim dengan perayaan Hari Krismas.
Apatahlagi jika di pejabat atau tempat itu mempunyai jumlah orang Islam yang lebih ramai.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-68 yang bersidang pada 12 April 2005 telah membincangkan Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam[16]. Muzakarah telah memutuskan beberapa perkara. Antaranya :
Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang bertentangan dengan syarak: “Bertentangan dengan akidah Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan menyebabkan tercemarnya akidah umat Islam.
Contohnya:
Menyertakan simbol-simbol agama seperti salib, memasang lampu, lilin, pokok krismas dan sebagainya; Menyanyikan lagu-lagu bercirikan agama; Meletakkan apa-apa tanda bercirikan agama pada dahi, atau tanda-tanda lain pada anggota tubuh; Memberikan ucapan atau isyarat yang berbentuk pujian kepada agama orang bukan Islam; Tunduk atau melakukan perbuatan seolah-olah menghormati upacara agama orang bukan Islam. Maksud “bertentangan dengan syarak” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan ajaran Islam yang diamalkan oleh masyarakat Islam. Contohnya:
Memakai pakaian berwarna merah seperti santa claus atau pakaian lain yang melambangkan agama; Menghidangkan minuman atau makanan yang memabukkan dan seumpamanya; Mengadakan bunyi-bunyian atau hiasan seperti loceng gereja, pokok krismas, kuil atau memecah kelapa; Mengadakan acara yang berunsur perjudian, penyembahan, pemujaan, khurafat dan sebagainya. Kesimpulannya, pemakaian topi santa claus atau apa sahaja perhiasan dan pakaian yang berkaitan dengan Hari Krismas termasuk meletakkan pokok Krismas adalah tidak dibenarkan.
Tidak ada keperluan untuk memakainya kerana pemakaian atau perhiasan tersebut seakan-akan menunjukkan pengiktirafan terhadap perayaan tersebut.
Jika ada jemputan maka ianya terhad kepada kadar yang diperlukan seperti jamuan makan. Itu pun adalah sebagai tanda menjaga hubungan baik bukannya mengiktiraf kepercayaan dan perayaan mereka.
BACA: Aceh Sekali Lagi Dilanda Banjir, Paras Air Meningkat Sehingga Dua Meter Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
The post Mufti WP Jelaskan Hukum Seorang Muslim Memakai, Menggunakan Hiasan Berkaitan Hari Krismas appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/25/mufti-wp-jelaskan-hukum-seorang-muslim-memakai-menggunakan-hiasan-berkaitan-hari-krismas/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mufti Wp Jelaskan Hukum Solat Qada Bagi Wanita Alami Istihadah Berterusan

Mufti Wp Jelaskan Hukum Solat Qada Bagi Wanita Alami Istihadah Berterusan

papar berkaitan - pada 20/12/2025 - jumlah : 97 hits
Mufti WP Jelaskan Hukum Solat Qada Bagi Wanita Alami Istihadah Berterusan Bagi setiap Muslim solat merupakan salah satu kewajipan asas dalam kehidupan dan ia merupakan tiang utama dalam pembinaan iman serta akhlak Malah solat juga merupakan...
Pas Ucap Selamat Hari Krismas Seru Perkukuh Muhibah Dan Hormati Kepelbagaian

Pas Ucap Selamat Hari Krismas Seru Perkukuh Muhibah Dan Hormati Kepelbagaian

papar berkaitan - pada 25/12/2025 - jumlah : 95 hits
PAS mengucapkan Selamat Hari Krismas 2025 kepada rakyat Malaysia yang beragama Kristian serta menyeru agar sambutan perayaan itu dijadikan ruang untuk memperkukuh hubungan memperbaharui harapan dan mempertegaskan komitmen terhadap nilai kas...
Semangat Kasih Dan Keharmonian Menyambut Hari Krismas 2025

Semangat Kasih Dan Keharmonian Menyambut Hari Krismas 2025

papar berkaitan - pada 25/12/2025 - jumlah : 99 hits
Selamat Menyambut Krismas 2025 Persatuan Bolasepak Malaysia ingin mengucapkan Selamat Krismas kepada semua yang merayakannya khususnya kepada seluruh penggiat bola sepak di tanah air Selamat bercuti FAM HarimauMalaya
Hukum Guna Tabung Sperma Suami Yang Sudah Meninggal Dunia Mufti Wp

Hukum Guna Tabung Sperma Suami Yang Sudah Meninggal Dunia Mufti Wp

papar berkaitan - pada 24/12/2025 - jumlah : 92 hits
Hukum Guna Tabung Sperma Suami Yang Sudah Meninggal Dunia Mufti WP Seorang wanita bergelar isteri pastinya menantikan detik paling indah dalam hidup saat rahimnya mula dihuni oleh versi kecil dirinya dan suami Namun tidak semua perjalanan m...
Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

papar berkaitan - pada 19/12/2025 - jumlah : 180 hits
Berita baik buat pengguna lebuh raya di seluruh negara Sempena sambutan Hari Krismas 2025 Kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun tol 50 kepada pengguna kenderaan persendirian bagi meringankan kos perjalanan rakyat Pemberian diskaun tol...
Makluman 50 Diskaun Bayaran Tol Sempena Hari Krismas 2025

Makluman 50 Diskaun Bayaran Tol Sempena Hari Krismas 2025

papar berkaitan - pada 20/12/2025 - jumlah : 133 hits
Menurut kenyataan Kementerian Kerja Raya Malaysia Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan diskaun tol 50 daripada kadar tol biasa selama dua hari iaitu pada 23 dan 24 Disember 2025 kepada para pengguna kenderaan persendirian bersemp
Isteri Simbah Asid Pada Suami Semasa Hari Jadi

Isteri Simbah Asid Pada Suami Semasa Hari Jadi

papar berkaitan - pada 18/12/2025 - jumlah : 121 hits
KOSMO KESAN serangan asid di sebuah bilik Somchai Foto Amarin TVBANGKOK Polis menahan seorang wanita di Thailand selepas dia menyimbah asid ke arah suaminya di rumah mereka di wilayah Rayong semalam lapor laman berita Thaiger Serangan itu b...
Rabu Belajar Sabar Hari Ini

Rabu Belajar Sabar Hari Ini

papar berkaitan - pada 18/12/2025 - jumlah : 163 hits
17 Disember 2025 Rabu Sejak petang semalam aku telah diserang migrain dan pagi tadi pula aku perlu menguruskan dak Nuha mendapatkan rawatan di hospital En Hubby pula pulang lewat awal pagi baru sampai Dalam keadaan penat dan kurang tidur be...
Bas My Baharu Berwarna Merah Jambu Memulakan Operasi Secara Berperingkat Bermula Hari Ini Gantikan Rapidkuantan

Bas My Baharu Berwarna Merah Jambu Memulakan Operasi Secara Berperingkat Bermula Hari Ini Gantikan Rapidkuantan

papar berkaitan - pada 16/12/2025 - jumlah : 159 hits
KUANTAN Bas berwarna merah jambu Bas My baharu yang menarik perhatian di jalan jalan di ibu negeri hari ini mengendalikan 55 bas termasuk bas satu tingkat bersaiz sederhana dan bas mini tingkat rendah Syarikat konsesi baharu itu menggantika...
Books Kinokuniya Malaysia Di Tingkat 4 Klcc

Menantu Datuk Nikah Kahwin

Dari Kekangan Dana Ke Puncak Dunia Kisah Kebangkitan Pemanah Berkuda Malaysia Adan Dyna Channel 24 12 2025

Ini Barulah Dianggap Seorang Ibu Tak Pernah Meminta Wang Selalu Mencari Kesalahan Menantu Prince Syed

Amazing Beef Empanada Recipe Bon Appetit

Spotify Digoncang Serangan Terbesar 86 Juta Lagu Dicuri Dunia Muzik Bergegar

Polis Tahan 85 Individu Dalam Serbuan Ops Dadu Mega Seluruh Negara

Cara Mohon Dulang Emas Di Negeri Kelantan Panduan Lengkap Terkini


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kerepek Ubi Ngaku

Cinta Yang Tetap Ada

10 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Untuk Lawatan Cuti Sekolah 2025

Semangat Kasih Dan Keharmonian Menyambut Hari Krismas 2025

Yuan Mencapai Paras Tertinggi 15 Bulan Meski Pboc Mengeluarkan Isyarat Mewah

Hiburan Saya Bukan Nak Sindir Sesiapa Tapi Puas Hati Ke Sweet Qismina