Mufti Pulau Pinang Pertahan Dr Zakir Naik


Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, berkata Zakir (kanan) adalah individu yang amat terbuka dan sanggup berdialog secara ilmiah dan rasional kepada sesiapa sahaja. - Foto NSTPGolongan yang memandang serong kepada pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik disaran supaya meluruskan sikap masing-masing dan berhenti menuduh beliau sebagai pelampau, penyebar fitnah dan sebagainya.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, berkata Zakir sebaliknya adalah individu yang amat terbuka dan sanggup berdialog secara ilmiah dan rasional kepada sesiapa sahaja.

“Bagaimanapun, penguasaannya yang hebat dalam bidang ilmu perbandingan agama dan kecekapannya berhujah dengan amat cemerlang untuk menyokong kebesaran Islam menyebabkan beliau (Zakir) dimusuhi mereka yang tidak mampu berdepan dengannya.


“Sesiapa yang mengkaji agama ini (Islam) tahu tanpa keraguan bahawa salah satu prinsip dinyatakan dengan jelas di dalam al-Quran dan hadis ialah tiada paksaan untuk menganut Islam.

“Tetapi perlu diketahui bahawa menyeru manusia kepada Islam adalah diwajibkan ke atas umatnya,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Terdahulu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilapor melarang pendakwah terkenal Zakir daripada menyampaikan ceramah awam di seluruh negara demi menjamin keselamatan dan keharmonian kaum selepas larangan sama dikeluarkan di tujuh negeri, termasuk di Pulau Pinang.

Zakir kini sedang disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu sengaja mengaibkan dengan niat membangkitkan pecah keamanan.

Semalam, Zakir selesai memberi keterangan kali kedua kepada polis selepas hampir 10 jam di Bukit Aman, selepas menjalani sesi sama kira-kira lima jam, pada Jumaat lalu.

Pada 3 Ogos lalu, Zakir dalam ceramahnya di Kota Bharu, Kelantan dilaporkan membuat kenyataan kontroversi mengenai penganut Hindu dan kaum Cina di Malaysia.

Dalam pada itu, Wan Salim berkata, rakyat di negara ini secara umumnya mengetahui bahawa Islam tercatat di dalam Perlembagaan sebagai agama Persekutuan, selain bukan Islam perlu tahu bahawa Islam tidak suka memaksa sesiapa pun untuk menerimanya sebagai anutan.

“Selaras dengan keistimewaan ini, Islam selayaknya diberi ruang yang lebih daripada agama lain untuk ditampilkan ke pengetahuan seluruh rakyat supaya segala ajarannya difahami tanpa halangan, termasuklah usaha berdakwah kepada bukan Islam.

“Mereka (bukan Islam) mesti bersangka baik terhadap usaha dakwah yang bertujuan memberi pencerahan mengenai prinsip akidah dan amalan terkandung di dalam ajaran Islam, disamping berusaha menyingkirkan perasaan fobia atau prasangka terhadapnya,” katanya

Sumber Berita Harian Online

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/08/mufti-pulau-pinang-pertahan-dr-zakir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih Sejuta Ahli Pas Pertahan Zakir Naik

Lebih Sejuta Ahli Pas Pertahan Zakir Naik

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 415 hits
Hanya umat Islam munafik setuju halau Zakir Naik Nik AbduhNews Diterbitkan Hari ini 4 47 petang Dikemaskini Hari ini 4 47 petang Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyifatkan hanya umat Islam yang munafik sahaj...
Mufti Perlis Setuju Zakir Naik Dihantar Pulang Tapi Bersyarat

Mufti Perlis Setuju Zakir Naik Dihantar Pulang Tapi Bersyarat

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 411 hits
FMT Reporters PETALING JAYA Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin setuju jika penceramah kontroversi Dr Zakir Naik dihantar pulang ke India tetapi ia perlu dilakukan dengan bersyarat Memetik Harian Metro Asri dilaporkan berkata syarat utama ...
Dr Zakir Naik Terangkan Kebenaran Islam Bukan Perpecahan Mufti Pahang

Dr Zakir Naik Terangkan Kebenaran Islam Bukan Perpecahan Mufti Pahang

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 295 hits
TIDAK sempurna iman seseorang itu sekiranya tidak mengasihi umat Islam lain kerana dalam agama kita diseru membuat kebaikan demi keamanan dan perpaduan Sebagai negara Islam kenapa kita tidak boleh menyampaikan ajaran Islam sedangkan ia dipe...
Mufti Perlis Saran Adakan Dialog Zakir Naik Kulasegaran Yang Kalah Kena Pergi

Mufti Perlis Saran Adakan Dialog Zakir Naik Kulasegaran Yang Kalah Kena Pergi

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 515 hits
Mufti Perlis Saran Adakan Dialog Zakir Naik Kulasegaran Yang Kalah Kena Pergi Sebelum ini penceramah bebas Dr Zakir Naik didesak oleh beberapa orang menteri untuk dihantar pulang ke India ekoran kenyataan kontroversi yang telah dibuatnya me...
Ridhuan Tee Menangis Gesa Orang Islam Pertahan Zakir Naik

Ridhuan Tee Menangis Gesa Orang Islam Pertahan Zakir Naik

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 321 hits
KANGAR Pendakwah Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah tidak dapat menahan sebak sehingga mengalirkan air mata ketika menyeru seluruh Muslim serta mualaf agar bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan Dr Zakir Naik Ridhuan ...
Mufti Perak Tak Setuju Tindakan Halau Zakir Naik

Mufti Perak Tak Setuju Tindakan Halau Zakir Naik

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 338 hits
IPOH Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria tidak bersetuju dengan tindakan menghalau Dr Zakir Naik keluar dari negara ini
Ayuh Kita Pertahan Zakir Naik

Ayuh Kita Pertahan Zakir Naik

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 272 hits
Ketua menteri tak sensitif dahului keputusan perdana menteriBANGI Seluruh rakyat Melaka perlu berganding bahu mempertahankan pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik agar terus diberi peluang menyampaikan ceramah di negeri berkenaan Yang dipert...
Yb Dr Siti Mariah Jika Tidak Mampu Pertahan Dr Zakir Naik Lebih Baik Berdiam Diri Sahaja

Yb Dr Siti Mariah Jika Tidak Mampu Pertahan Dr Zakir Naik Lebih Baik Berdiam Diri Sahaja

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 407 hits
oleh Ustaz Mohd Ashrul Hisyam Bin Abdul JalilKetua Dewan Pemuda PAS Kawasan PuchongTarikh 20 Zulhijjah 1440H 21 Ogos 2019Saya memerhati dengan penuh minat serangan terbaru pemimpin tertinggi Parti Amanah Negara PAN terhadap tokoh perbanding...
Zakir Naik Is Just Another Superman Hew

Zakir Naik Is Just Another Superman Hew

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 259 hits
The fact that Superman Hew Kit Siang Guan Eng etc talk about Chinese issues while Ahmed Deedat and Zakir Naik talk about Islamic issues makes no difference The issues may be different but the style is the same Just because Ahmed Deedat and ...
Amir Given Economy Minister S Duties To Overhaul 13th Malaysia Plan

More Action Needed To Combat Vaping By Students

The Rise Of Film To Tv Adaptations Why Hollywood Keeps Revisiting The Big Screen

Koenigsegg Lancar Sadair S Spear Hypercar 1 625 Hp Dengan Bahan Api Mesra Alam

An Inspirational Birthday Wish That Has A Lasting Impression

Petua Nenek Tentang Aloe Vera Yang Masih Relevan Sampai Hari Ini

Cakap Benci Rasuah Tapi Berdiam Diri Apabila Tindakan Antirasuah Diambil Pm Anwar

Wajah Sebenar Pas Terdedah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Berdengkur Kuat Bukan Perkara Biasa

Selamat Pagi Sabtu 28 Jun 2025

Yasser Atak Wanie Sidik Teruna Dara Idaman Chord

The Italian Job A 1974 Harley Davidson Sx250 Flat Tracker By Fuchs

Tanda Bacaan Gula Dalam Darah Tidak Normal Ambil Tahu Elak Diabetes

Tehran Umum Pengebumian Bersejarah 60 Korban Perang Termasuk Komander Saintis Nuklear