Hukum Potong Kuku Dan Rambut Bagi Yang Menyertai Ibadah Korban Ini Penjelasan Dari Mufti Wilayah Persekutuan



Perhatian

Tarikh akhir potong rambut & kuku bagi yang menyertai Korban tahun ini ialah Maghrib petang Khamis, 1 Ogos 2019 bersamaan dengan 29 Zulkaedah 1440H.

Ini bermaksud, siapa yanh berkorban janganlah lupa potong kuku siap-siap sebab nanti lepas ibadah korban barulah boleh potong kuku lagi.

Tapi, kalau tiba-tiba terlupa dan terpotong kuku, macam mana pulak? Apa hukumnya?


Bagi yang tertanya-tanya, mengapa dan apakah hukumnya jika kita memotong kuku apabila tibanya 1 Zulhijjah hingga selesai penyembelihan, jom ikuti pencerahan oleh Dato Mufti WP seperti yang dipetik daripada Irsyad Fatwa Khas Haji & Korban di bawah ini.


HUKUM MEMOTONG KUKU BAGI YANG BERKORBAN

Soalan:

Saya pernah mendengar, ada yang mengatakan bahawa terdapat hadith yang menganjurkan bagi mereka yang ingin melakukan ibadah korban agar tidak memotong kuku dan juga rambutnya apabila tiba sahaja 1 Zulhijjah.

Sejauh manakah kebenaran anjuran ini?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Apabila sudah masuk bulan Zulhijjah (1 Zulhijjah) maka disunatkan bagi orang yang ingin berkorban untuk tidak memotong rambut di kepalanya, wajahnya, atau badannya, tidak juga memotong kukunya, sehingga dia selesai menyembelih korbannya.

Hal ini berpandukan hadis daripada Ummu Salamah R.anha bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ كَانَ لَهُ ذِبْحٌ يَذْبَحُهُ فَإِذَا أُهِلَّ هِلَالُ ذِي الْحِجَّةِ، فَلَا يَأْخُذَنَّ مِنْ شَعْرِهِ، وَلَا مِنْ أَظْفَارِهِ شَيْئًا حَتَّى يُضَحِّيَ

Maksudnya:

Barangsiapa yang mempunyai binatang korban untuk disembelih, maka apabila terlihatnya anak bulan Zulhijjah, janganlah dia mengambil satu apa pun (yakni memotong) daripada rambutnya, mahupun daripada kukunya sehingga dia selesai berkorban.

Hadis riwayat Imam Muslim (1977)

Al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Minhaj Syarh Sahih Muslim menyebutkan bahawa hadith ini, sebahagian ulama’ memahaminya dengan mengatakan haram untuk memotong rambut, mencabut bulu-bulu yang ada di badan serta memotong kuku dan ini adalah pendapat Sa’id bin al-Musayyib, Rabi’ah, Ahmad, Daud al-Zahiri, Ishak dan juga sebahagian ashab al-Syafi’e.

Adapun al-Imam al-Syafi’e dan ashabnya yang lain, mereka mengatakan bahawa larangan tersebut hanyalah makruh tanzih dan bukannya haram.

Hukum potong kuku bagi yang berkorban

KESIMPULAN

Melihat kepada pendapat-pendapat yang ada di dalam permasalahan ini, kami nyatakan di sini bahawa bagi mereka yang ingin melakukan ibadah korban, apabila tibanya 1 Zulhijjah maka disunatkan untuk tidak memotong kuku, rambut serta bulu-bulu yang berada di badan sehinggalah selesai dia melakukan ibadah korban tersebut.

Ini seperti mana pendapat al-Imam al-Syafi’e beserta ashabnya yang lain dan ini juga adalah pendapat muktamad di dalam mazhab al-Syafi’e.

Antara hikmah yang disebut oleh Imam Nawawi Rahimahullah dalam Syarah-nya ialah larangan memotong kuku dan menggunting rambut bagi orang yang ingin melaksanakan korban ialah supaya anggota yang terdapat pada badannya itu semuanya akan dibebaskan daripada api neraka.

Ada pendapat yang lemah menyatakan untuk menyerupai orang yang berada dalam keadaaan ihram di mana dia diharamkan untuk bergunting, mencukur, memotong kuku dan beberapa larangan lain.

Wallahua’lam.



Akhukum fillah,

S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan

1 September 2016 bersamaan 29 Zulkaedah 1437 H.

Artikel dari siraplimau.com © copyright 2019 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://blogmazeer.blogspot.com/2019/08/hukum-potong-kuku-dan-rambut-bagi-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keseronokan Menyertai Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan 2019

Keseronokan Menyertai Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan 2019

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 435 hits
20hb Oktober 2019 akan tercatat sebagai satu coretan kenangan indah buat ana kerana ia merupakan satu pengalaman yang sangat indah untuk di kenang sepanjang hayat Apa yang ana nak kongsikan dengan pembaca setia di sini hari ini ialah kesero...
Mufti Dedah Hukum Makan Dakwat Sotong

Mufti Dedah Hukum Makan Dakwat Sotong

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 662 hits
HUKUM MAKAN DAKWAT SOTONG MUFTI WILAYAH PERSEKUTUANBy Mufti Wilayah Persekutuan
Pemuda Umno Perak Wilayah Persekutuan Dan Selangor Buat Laporan Polis Terhadap Guan Eng

Pemuda Umno Perak Wilayah Persekutuan Dan Selangor Buat Laporan Polis Terhadap Guan Eng

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 405 hits
Pergerakan Pemuda UMNO Perak membuat laporan polis terhadap Menteri Kewangan Lim Guan Eng berhubung kenyataan kononnya masyarakat bukan Islam akan menghadapi kesengsaraan apabila UMNO dan Pas memerintah Ketuanya Mohd Arrif Abdul Majid berka...
Haram Debat Hukum Sudah Tetap Disepakati Timbalan Mufti Perak

Haram Debat Hukum Sudah Tetap Disepakati Timbalan Mufti Perak

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 606 hits
DEMOKRASI sekular tidak membenarkan sistem perundangan berasingan untuk masyarakat beragama penulisan semula al Quran dan homoseksual dianggap bukan dosa ialah tajuk dalam Pertandingan Debat Piala Tun Razak 2019 yang mencetuskan kritikan da...
Quot Rimas Kami Tengok Quot Pengasuh Suka Hati Potong Rambut Anak Tanpa Izin

Quot Rimas Kami Tengok Quot Pengasuh Suka Hati Potong Rambut Anak Tanpa Izin

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 339 hits
Zaman sekarang ini memang ramai ibu bapa yang selesa hantarkan anak kepada pengasuh Disebabkan sekarang ini kedua ibu bapa bekerja jadi anak anak terpaksa ditinggalkan bersama pengasuh Kalau sebelum ini banyak kisah berkenaan pengasuh yang ...
12 Makanan Sumber Vitamin E Untuk Kecantikan Kulit Rambut Dan Kuku

12 Makanan Sumber Vitamin E Untuk Kecantikan Kulit Rambut Dan Kuku

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 319 hits
12 Makanan sumber vitamin E untuk kecantikan kulit rambut dan kuku antara lain almond dan biji bunga matahari
5442 Aktiviti Menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah Wilayah Persekutuan Ppim 30 10 2019

5442 Aktiviti Menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah Wilayah Persekutuan Ppim 30 10 2019

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 366 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan Toqqi menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah Wilayah Persekutuan di Kementerian Wilayah Persekutuan Putrajaya Mesyuarat dipengerusikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan YB Tuan Haji Khalid Abd ...
Potong Kuku Pasangan Beri Bonding Sangat Kuat Ikat Hubungan Kasih Sayang

Potong Kuku Pasangan Beri Bonding Sangat Kuat Ikat Hubungan Kasih Sayang

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 457 hits
Mungkin ramai yang tak tahu bahawa dengan memotong kuku pasangan pun sebenarnya boleh menguatkan bonding dan mengikat kasih sayang diantara suami isteri Bila jari bersentuhan sambil berbual mesra dan beri tumpuan sepenuhnya pada pasangan It...
Asb Patuh Syariah Atau Tidak Apa Hukum Pelaburan Asb Asn Mufti Jakim

Asb Patuh Syariah Atau Tidak Apa Hukum Pelaburan Asb Asn Mufti Jakim

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 868 hits
ASB patuh syariah atau tidak Apa Hukum Pelaburan ASB ASN Mufti JAKIM Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Orang lama dah tahu tapi saya tahun 2019 baru sedar tentang kepentingan melabur dalam ASB ASBF Menyimpan duit dalam tabung haji...
Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Fix Harmful Backlinks For Free

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk

Harga Tiket Lost World Of Tambun Tarikan Dan Aktiviti Menarik


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad