Mudarat Besar Menanti Umno Jika Sekat Pertandingan Dua Jawatan Utama


bharian.com.my
Oleh Ahmad Suhael Adnan
[email protected]
Januari 4, 2023 @ 9:45pm
Foto fail NSTPKUALA LUMPUR: UMNO berisiko berdepan mudarat lebih besar jika menyekat demokrasi dalam parti itu dengan menghalang dua jawatan tertinggi parti daripada dipertandingkan dalam pemilihan akan datang.

Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Yusof Ismail, menegaskan alasan memelihara kestabilan yang digunakan pihak tertentu bagi menyekat pertandingan jawatan presiden dan timbalan presiden, tidak berasas dan 'memualkan'.

Katanya, alasan sama turut digunakan ketika menangguhkan pemilihan parti menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), namun ia jelas tidak memberi sebarang kesan pada kekuatan UMNO apabila parti itu mencatat kekalahan terburuk dalam sejarah.

Beliau mendakwa mudarat lebih besar akan menanti parti itu jika dua jawatan berkenaan tidak dipertandingkan, yang mana UMNO akan ditolak ahli parti dan rakyat secara keseluruhan.

"Alasan sama sebelum PRU15. Konon untuk pastikan parti kuat dan menang. Menang apanya? Kalah teruk lagi ada. Paling teruk dalam sejarah, hanya 26 kerusi sahaja berbanding 54 kerusi pada PRU14.

"Paling tidak, sebelum PRU15 UMNO kuasai kerajaan. UMNO Perdana Menteri. Pergi desak PRU15 diadakan atas alasan kestabilan, sudahnya lagi porak peranda.

"Sekarang nak sekat demokrasi dengan alasan kestabilan lagi? Hanya yang gila kuasa dan kemaruk jawatan serta kepentingan sahaja tak tahu malu guna alasan konon suci macam ini," katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Menjelang pemilihan UMNO yang perlu dilaksanakan sebelum pertengahan tahun ini, beberapa pimpinan parti tampil mendesak supaya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan untuk menjaga kestabilan.

Ada juga pimpinan berpendapat pertandingan dua jawatan itu berisiko menjejaskan kestabilan kerajaan, khususnya jika Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi gagal mempertahankan jawatan Presiden UMNO.

Pada masa sama, beberapa pemimpin lain mendesak proses demokrasi dan pemilihan dalam parti yang memerlukan pembaharuan selepas kekalahan teruk dalam PRU15.

Sementara itu, Ketua Bahagian UMNO Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar, menegaskan sekatan atau halangan untuk bertanding, khususnya bagi jawatan tertinggi parti akan menafikan suara dan kemahuan perwakilan akar umbi dalam memilih pemimpin yang dirasakan mampu memulihkan imej UMNO di mata rakyat.

Selain itu, katanya, perebutan jawatan Presiden UMNO memberi peluang kepada Ahmad Zahid untuk membuktikan sokongan dan keabsahan dimilikinya, sekali gus mampu memimpin parti dengan lebih baik.

"Kalau mungkin ada yang ingin bertanding, ini peluang baik kepada presiden untuk membuktikan beliau mempunyai keabsahan dan sokongan majoriti daripada ahli akar umbi untuk terus menerajui parti.

"Ini seterusnya membolehkan beliau melakukan program transformasi parti dengan mandat yang jelas dan berwibawa daripada ahli akar umbi. Beliau akan menjadi Presiden yang telah teruji dan lulus semua ujian dengan cemerlang," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/01/mudarat-besar-menanti-umno-jika-sekat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Awani Ringkas Belum Ada Keputusan Dua Jawatan Tertinggi Umno Dipertandingkan

Awani Ringkas Belum Ada Keputusan Dua Jawatan Tertinggi Umno Dipertandingkan

papar berkaitan - pada 27/12/2022 - jumlah : 149 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Berita lanjut di http grid astroawani com Astro AWANI LIV...
Kalau Hishammudin Dilabel Pengecut Cuba Halang Jawatan Presiden Umno Ditandingi Juga Jadikan Zahid Hamidi Sama Pengecut

Kalau Hishammudin Dilabel Pengecut Cuba Halang Jawatan Presiden Umno Ditandingi Juga Jadikan Zahid Hamidi Sama Pengecut

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 115 hits
Berdasarkan rekod sejarah Zahid Hamidi adalah pemimpin yang berani dan tidak pernah kalah apabila bertanding dalam UMNO di peringkat pusat Beliau berani bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO pada 1996 walaupun lawannya ketika itu ada yang be...
Ertinya Jika Kepimpinan Umno Berubah Yang Bertukar Hanya Penyandang Jawatan Tpm Dan Bukan Pm

Ertinya Jika Kepimpinan Umno Berubah Yang Bertukar Hanya Penyandang Jawatan Tpm Dan Bukan Pm

papar berkaitan - pada 11/1/2023 - jumlah : 229 hits
Tanpa mengesahkan sama ada dirinya atau Hishammuddin Hussein yang benar benar akan bertanding jawatan Presiden UMNO bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin tampil memberi komitmen sokongannya yang berterusan kepada Anwar Ibrahim selaku Pe...
Dap Bersekongkol Dengan Umno Kerana Mahu Sekat Pengaruh Parti Islam Hadi

Dap Bersekongkol Dengan Umno Kerana Mahu Sekat Pengaruh Parti Islam Hadi

papar berkaitan - pada 10/1/2023 - jumlah : 156 hits
agendaily com09 01 2023Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang Langkah DAP yang sanggup bersekongkol dengan UMNO adalah bertujuan untuk menyekat pengaruh parti Islam yang berjaya memenangi kerusi banyak pada Pilihan Raya Umum Ke 15 lalu Presi...
5 Adun Umno Sokong Hajiji Desak Bung Moktar Letak Jawatan

5 Adun Umno Sokong Hajiji Desak Bung Moktar Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 7/1/2023 - jumlah : 165 hits
LIMA Adun daripada Barisan Nasional Sabah hari ini mengisytiharkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah Adun itu ialah Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan...
Zahid Mudarat Lebih Besar Jika Bn Bersama Pn

Zahid Mudarat Lebih Besar Jika Bn Bersama Pn

papar berkaitan - pada 28/12/2022 - jumlah : 156 hits
malaysiakini comKeputusan BN untuk bekerjasama dengan PH bagi menubuhkan kerajaan persekutuan selepas PRU15 dan bukannya dengan PN seperti penggal lalu adalah kerana kerjasama dengan PN akan membawa lebih banyak mudarat kata pengerusinya Ah...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Bab 4 April 2025

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


N 16 Bas Kafe Sekinchan Makcik Melayan Budak Gen Z

7 Resepi Ikan Yang Patut Korang Cuba

Buasir Otak Tv Bila Introvert Pergi Beraya Be Like

Energy Efficient Shredders That Don T Compromise On Cutting Force

Timbalan Presiden Pas Pn Dijangka Rombak Struktur Kepimpinan

Penangguhan 90 Hari Tarif As Bantu Ringankan Beban Malaysia