Zahid Mudarat Lebih Besar Jika Bn Bersama Pn


malaysiakini.com
Isabelle Leong
Diterbitkan: Dec 28, 2022 
Keputusan BN untuk bekerjasama dengan PH bagi menubuhkan kerajaan persekutuan selepas PRU15 dan bukannya dengan PN seperti penggal lalu adalah kerana kerjasama dengan PN akan membawa lebih banyak mudarat, kata pengerusinya Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid berkata BN membuat analisis berkenaan gabungan politik mana yang akan membawa paling kurang mudarat kepada BN dalam jangka panjang.

"Kami buat analisis, bukan sahaja sekarang tapi untuk jangka sederhana dan panjang. Mudarat mana yang kurang, yang boleh terus relevankan Umno, katanya dalam wawancara yang disiarkan secara langsung di saluran Youtube NRChannel semalam.

"Majlis Tertinggi (MT) Umno putuskan lebih banyak mudarat dengan PN.

"Mereka bertanding di kawasan sama yang kami bertanding, di kawasan Malay Belt, yang ada kelompok Melayu. Kita berperang di gelanggang yang sama," katanya.

Justeru, katanya lagi, Umno memilih untuk berpihak kepada PH kerana ia akan menjamin survival politik parti itu dan BN.

"Bersama PH, (Umno ada) potensi besar untuk menang semula kawasan yang dulu (dapat) kurang undi. Kita boleh gali semula potensinya," katanya.

Tanpa menyebut sebarang nama secara khusus, Zahid mendedahkan ada dua ahli MT yang tidak setuju dengan kerjasama dengan PH.
mesyuarat MT Umno"Tak lebih dua orang (anggota MT) yang tak setuju," katanya, sambil menambah walaupun ada perbezaan pandangan, semua perlu akur apabila MT sudah mencapai keputusan muktamad.

"Adakah ini tidak demokratik? Adakah saya guna kuasa autokratik, ataupun saya seorang diktator yang buat keputusan sendiri? Saya jaga kepentingan parti," katanya.

Zahid sebelum ini berdepan bantahan dalam BN kerana didakwa mengambil keputusan menyokong Pengerusi PH Anwar Ibrahim, bertentangan dengan keputusan gabungan itu.

Pemimpin MCA dan MIC juga menggesa Zahid meletakkan jawatan sebagai pengerusi BN.

Semalam, Zahid berkata dia telah memaafkan pemimpin tersebut dan berkata dia faham mereka berdepan tekanan dalaman yang hebat.

Timbalan perdana menteri itu juga berkata dia telah memaafkan 10 ahli parlimen Umno yang dikatakan menyokong Pengerusi PN Muhyiddin Yassin untuk menjadi perdana menteri kesepuluh.

"Jangan dikenang peristiwa yang sudah berlalu. Mari kita move on.

"Bentuk gagasan baru, perkukuhkan parti, siap siagakan parti untuk hadapi landskap politik baru. Ketepikan perbezaan antara kita," katanya.

"Salahkan Dr M DAP dalam kerajaan'

Mengulas rasa tidak senang beberapa pihak terhadap kerjasama Umno dengan DAP dalam kerajaan, Zahid berkata kemarahan itu patut dihalakan kepada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Zahid, Mahathir patut dipersalahkan kerana "mendoktrin" selama 22 tahun dan memberi "gambaran yang sangat negatif" terhadap DAP.

"Akhirnya (Mahathir) mendakap parti itu. Dia yang bawa DAP masuk dalam kerajaan PH (selepas PRU 2018).
"Kita lihat Bersatu juga mendakap parti itu (DAP). Begitu juga dengan PAS (sebelum ini). Parti yang belum lagi adalah Umno dan BN," katanya, sambil memberi jaminan dia tidak akan menggadaikan falsafah Umno walaupun bekerjasama dengan DAP.

Pernah lantang mengkritik DAP, Zahid bertukar nada selepas penubuhan kerajaan baru apabila berkata DAP telah memberi jaminan untuk 'akur dan patuh' dengan empat Perkara yang digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk berkaitan agama Islam dan keistimewaan orang Melayu.

'Umno untung dapat jawatan enam menteri'

Zahid kemudian berkata BN yang hanya meraih 30 kerusi parlimen sepatutnya bersyukur kerana mendapat jawatan menteri yang lebih banyak berbanding DAP, yang menang 40 kerusi parlimen.

"Kita bernasib baik. Kita hanya menang 30 kerusi, diberikan enam jawatan menteri penuh. Ada parti yang menang 40 kerusi, tapi dapat empat menteri sahaja.

"Tak bersyukur kepada Allah jika tak berterima kasih kepada yang memberi. Terima kasih kepada Anwar kerana beri peluang untuk kita jadi menteri dan timbalan menteri," katanya apabila ditanya jika BN berpuas hati diberikan enam jawatan menteri dan enam jawatan timbalan menteri.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/12/zahid-mudarat-lebih-besar-jika-bn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mudarat Bekerjasama Dengan Pn Jauh Lebih Bahaya Berbanding Ph Kata Zahid

Mudarat Bekerjasama Dengan Pn Jauh Lebih Bahaya Berbanding Ph Kata Zahid

papar berkaitan - pada 28/12/2022 - jumlah : 274 hits
Presiden Umno merangkap Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan memilih PH bagi membentuk kerajaan adalah selepas mengambil kira mudarat jauh lebih berbahaya apabila bekerjasama dengan Perikatan Nasiona...
Fungsi Tpm Lebih Tinggi Daripada Agong Dr Mahathir Sindir Zahid

Fungsi Tpm Lebih Tinggi Daripada Agong Dr Mahathir Sindir Zahid

papar berkaitan - pada 31/12/2022 - jumlah : 199 hits
Takpalah saya akan jaga cucu sekarang Lupakan saja perkara ini sindir Tun Dr Mahathir Mohamad berkaitan fungsi Yang di Pertuan Agong dan Timbalan Perdana Menteri mengikut Perlembagaan Persekutuan Apakah fungsi Timbalan Perdana Menteri lebih...
Macam Mana Ternak Ayam Daging Lebih Cepat Besar

Macam Mana Ternak Ayam Daging Lebih Cepat Besar

papar berkaitan - pada 21/12/2022 - jumlah : 282 hits
Ternak Ayam Lebih Mudah Besar Guna Cara Ni Saya perhatikan ramai sahabat yang menternak ayam guna cara ini ayam mereka lebih cepat besar dan sihat untung lebih tinggi Cara ni lebih moden cumanya kos tersangat tinggi Reban dua tingkat ternak...
Belajar Dari Blackout 2019 Pln Pede Kelistrikan Nataru Lebih Andal

Belajar Dari Blackout 2019 Pln Pede Kelistrikan Nataru Lebih Andal

papar berkaitan - pada 20/12/2022 - jumlah : 168 hits
Direktur Utama PT PLN Darmawan Prasodjo optimis ketenagalistrikan selama periode Natal 2022 dan Tahun Baru 2023 mampu lebih andal Ini mengaca ke beberapa kejadian beberapa tahun lalu salah satunya blackout pada 2019 lalu
Kelebihan Membeli Mobil Bekas Jauh Lebih Menguntungkan

Kelebihan Membeli Mobil Bekas Jauh Lebih Menguntungkan

papar berkaitan - pada 20/12/2022 - jumlah : 261 hits
Silahkan lanjut baca artikel di Memiliki sebuah mobil menjadi salah satu aset yang bisa digunakan dalam jangka panjang Dengan menggunakan Artikel pertama kali dipublikasikan di
Natal Dan Tahun Baru Di Depan Mata Lakukan 4 Hal Ini Biar Momennya Lebih Bermakna

Natal Dan Tahun Baru Di Depan Mata Lakukan 4 Hal Ini Biar Momennya Lebih Bermakna

papar berkaitan - pada 20/12/2022 - jumlah : 169 hits
Biar momennya lebih bermakna lakukan beberapa hal ini saat Natal maupun Tahun Baru tiba
Anwar Mohon Pengampunan Lebih Dua Kali Kata Peguam

Anwar Mohon Pengampunan Lebih Dua Kali Kata Peguam

papar berkaitan - pada 21/12/2022 - jumlah : 153 hits
malaysianow comDisember 20 2022 6 00 petangPeguam Rafique Rashid berkata Anwar Ibrahim perlu membetulkan fakta selepas kenyataan perdana menteri mengatakan beliau tidak memohon pengampunan dalam kes liwatnya Perdana Menteri Anwar Ibrahim ke...
Ban Pecah Bah Lebih Teruk Di Pasir Mas Tumpat

Ban Pecah Bah Lebih Teruk Di Pasir Mas Tumpat

papar berkaitan - pada 21/12/2022 - jumlah : 128 hits
BernamaKOTA BHARU Semua penduduk di sekitar Pasir Mas dan Tumpat perlu berwaspada susulan sebahagian benteng membabitkan projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Golok di Kampung Tersang pecah susulan arus deras akibat banjir se...
Selepas Dilantik Ketua Pembangkang Hamzah Akan Lebih Berwibawa Jika Turut Pegang Pengerusi Pn

Selepas Dilantik Ketua Pembangkang Hamzah Akan Lebih Berwibawa Jika Turut Pegang Pengerusi Pn

papar berkaitan - pada 20/12/2022 - jumlah : 188 hits
Ahli Parlimen Larut Hamzah Zainuddin kini sah dilantik sebagai Ketua Pembangkang yang baru di Dewan Rakyat Melihat penampilan pertamanya berucap membahaskan usul percaya terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim petang semalam beliau sekurang ...
Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


China Strolling Around Green Lake Park

Go Small And Deregulate To Spur Economic Growth

Zakir Naik Speaks English At Perlis Sunnah Convention

As Ismail Sabri S Name Re Surfaces As 2nd Term Pm The Macc Swoops In All Too Convenient

Selamat Datang 2025

Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik