Muda Umum Tanding Prn Melaka



(Malaysiakini) – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) hari ini mengumumkan untuk bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka, pada 20 November ini.
Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata parti itu kini dalam proses rundingan dengan parti dari blok pembangkang iaitu Pakatan Harapan (PH) bagi pengagihan kerusi.
“Muda telah buat pendirian tetap untuk bertanding pada pilihan raya negeri ini. Kita akan berunding dengan parti-parti pembangkang dan akan mengumumkan perkara ini bersama selepas tempoh rundingan tamat.
“(Soal pembahagian kerusi) kita akan runding bersama dengan blok pembangkang dan akan diumumkan bersama selepas ini,” katanya dalam sidang media,” katanya pada sidang media di Bangunan Merah, Stadthuys, Melaka, hari ini.
Mengulas lanjut penyertaan Muda pada PRN Melaka kali ini, Syed Saddiq berkata ketetapan itu diambil partinya kerana mahu mencetuskan budaya politik baru di negeri Melaka.
“Saya rasa sudah tiba masanya untuk kita cetuskan budaya politik yang baru, politik yang bermaruah, politik yang berintegriti dan untuk kita membugarkan semula politik di Malaysia.
“Politik (sedia ada di Malaysia) tidak boleh bersandarkan politik jawatan, politik wang dan politik pangkat semata-mata dan zaman di mana perebutan kuasa mengawal politik di Malaysia sudah tamat.
“Kita perlu hantar mesej yang jelas melalui pilihan raya negeri ini bahawa politik katak melompat tidak berintegriti, tidak bermaruah harus ditolak secara jelas,” katanya.
Oleh yang demikian, menurut Ahli Parlimen Muar itu penyertaan Muda pada PRN Melaka kali ini akan membawa mesej yang jelas kepada rakyat mengapa pilihan raya negeri ini berlaku.
“Pilihan raya ini berlaku kerana perebutan kuasa dikalangan politik elit. Umno tikam Umno dan Umno juga yang ingin bubarkan DUN (Dewan Undangan Negeri) ditengah-tengah pandemik, yang akhirnya mengakibatkan rakyat perlu membayar RM46 juta untuk membiayai PRN ini hanya kerana perebutan kuasa di kalangan politik elit.
“Tetapi dalam masa yang sama tidak cukup hanya menuding jari kepada pihak Umno semata-mata. Pada masa yang sama pihak pembangkang perlu jelas untuk menolak sesiapa saja katak-katak politik ini yang tidak mencerminkan budaya politik bermaruah dan berintegriti di Malaysia,” katanya.
Kata Syed Saddiq, penyertaan Muda pada PRN Melaka juga adalah untuk menghantar mesej yang jelas bahawa rakyat mahukan perubahan dan orang Melaka berhak mendapatkan kepimpinan baru yang lebih baik.
“Kalau sekadar jadi katak, melompat kerana mengidamkan jawatan ketua menteri, itu bukan dasar yang baik, bukan melompat untuk mempertahankan dan membela rakyat dan kita tak boleh lupakan perkara ini.
“Tidak kira kita di meja pembangkang atau pun di meja kerajaan dan yang akhirnya yang susah, terperangkap dengan pilihan raya semasa pandemik tidak lain tidak bukan adalah rakyat di Melaka, yang perlu membayar pilihan raya ini.
“Dan ini jelas salah, maka pendirian Muda adalah untuk menolak politik sebegini, politik yang tidak bermaruah, politik katak yang tidak mencerminkan budaya rakyat Malaysia yang sebenar.
“Ini adalah jalan untuk kemukakan salah satu landskap politik yang baru, muka-muka baru yang fokus kepada politik dasar dan khidmat untuk memastikan Melaka terus membangun,” katanya.
Tambah Syed Saddiq, dia maklum partinya itu masih belum dapat didaftarkan kerana ketakutan pimpinan politik elit yang tidak membenarkannya melakukan perubahan politik di Malaysia.
“Kita juga faham, Muda bukanlah parti yang berduit, parti yang ada pangkat, parti yang ada kawalan terhadap media massa, yang ada kawalan terhadap politik wang di Malaysia.
“Tetapi apa yang kita tiada ini kita buat kerana kita ada idealisma, kita ada semangat perjuangan, kita ada prinsip yang jelas dan mereka yang sanggup bersama dengan kita ini adalah mereka yang tidak mendambakan pangkat dan jawatan tetapi sanggup bekerja dari pagi hingga malam untuk pastikan prinsip dan idealisma itu diketengahkan,” tegasnya.
Pada 4 Oktober, empat Adun yang diketuai oleh Adun Umno Sungai Udang, Idris Haron, mengumumkan keputusan mereka untuk menarik balik sokongan kepada Sulaiman.
Tiga yang lain ialah Nor Azman Hassan (Umno-Pantai Kundor), Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) dan Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu).
Susulan itu, Sulaiman kehilangan majoriti dan Ali membuat keputusan untuk membubarkan DUN, membuka jalan untuk pilihan raya negeri pada 20 November.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/10/27/muda-umum-tanding-prn-melaka/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Melaka Gara Gara Menganjurkan Sidang Media Muda Di Kompaun Sebanyak Rm4 000

Prn Melaka Gara Gara Menganjurkan Sidang Media Muda Di Kompaun Sebanyak Rm4 000

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 352 hits
MELAKA Parti Ikatan Demokratik Malaysia dikompaun RM4 000 selepas mengadakan sidang media berkaitan Pilihan Raya Negeri Melaka di bangunan Stadthuys di sini pada Rabu Kompaun itu dikeluarkan susulan penganjuran berkenaan dikatakan menyebabk...
Muda Umum Untuk Bertanding Dalam Pilihan Raya Negeri Melaka Pada 20 November Ini

Muda Umum Untuk Bertanding Dalam Pilihan Raya Negeri Melaka Pada 20 November Ini

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 373 hits
MELAKA Parti Ikatan Demokratik Malaysia hari ini mengumumkan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Melaka pada 20 November ini Presidennya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata parti itu kini dalam proses rundingan dengan parti dari bl...
Muka Baharu Muda Calon Bn Prn Melaka

Muka Baharu Muda Calon Bn Prn Melaka

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 206 hits
Oleh Ahmad Zahid bersama Mohamad Najib dan Ab Rauf melancarkan jentera BN PRN Melaka malam ini NSTP EIZAIRI SHAMSUDIN KUALA LUMPUR Barisan Nasional akan mengemukakan calon baharu dan muda bertanding pada Pilihan Raya Negeri Melaka kata Peng...
Prn Melaka Muda Tidak Perlu Bertanding Tiket Ph

Prn Melaka Muda Tidak Perlu Bertanding Tiket Ph

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 222 hits
Pakatan Harapan dijangka mampu memberi saigan sengit di dalam Pilihan Raya Negeri Melaka November ini dengan kekuatan 3 komponen yang bertanding Menurut Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN Johor Faezuddin Puad calon dari ketiga tiga komponen ...
Masa Depan Zahid Hamidi Akan Habis Jika Umno Gagal Pertahan Pendirian Tanding Solo Di Prn Melaka

Masa Depan Zahid Hamidi Akan Habis Jika Umno Gagal Pertahan Pendirian Tanding Solo Di Prn Melaka

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 194 hits
Pihak yang nampaknya amat bimbang jika UMNO akhirnya memutuskan bertanding secara solo dan tanpa bekerjasama dengan sesiapa dalam PRN Melaka ialah Pas Walaupun maksud bertanding secara solo sebagaimana yang ditegaskan Presiden UMNO Ahmad Za...
Pkr Tegaskan Mahu Tanding 4 Kerusi Tambahan Dalam Prn Melaka

Pkr Tegaskan Mahu Tanding 4 Kerusi Tambahan Dalam Prn Melaka

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 178 hits
PKR tegaskan mahu tanding 4 kerusi tambahan dalam Pilihan Raya Negeri Melaka menjadikan jumlahnya 12 kerusi secara keseluruhan Pengerusinya Halim Bachik berkata sasaran 12 kerusi itu adalah tambahan empat kerusi DUN berbanding pada Pilihan ...
Umno Sedia Terima Keputusan Zahid Untuk Tanding Solo Prn Melaka

Umno Sedia Terima Keputusan Zahid Untuk Tanding Solo Prn Melaka

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 251 hits
agendaily com15 10 2021Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan dan Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Keputusan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk bertanding secara solo dalam pilihan raya negeri Melaka diterima den...
Umno Bn Akan Tanding Secara Bersendirian Pada Prn Melaka Tanpa Kerjasama Parti Lain

Umno Bn Akan Tanding Secara Bersendirian Pada Prn Melaka Tanpa Kerjasama Parti Lain

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 226 hits
KUALA LUMPUR UMNO dan Barisan Nasional akan bertanding secara bersendirian pada Pilihan Raya Negeri Melaka tanpa kerjasama parti lain termasuk PAS yang menjadi sekutunya dalam Muafakat Nasional ataupun BERSATU Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ah...
Prn Melaka Hanya Zahid Mahu Tanding Solo Mt Umno Belum Buat Keputusan

Prn Melaka Hanya Zahid Mahu Tanding Solo Mt Umno Belum Buat Keputusan

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 469 hits
Seorang Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid mendedahkan hanya Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mahu UMNO bertanding secara solo pada pilihan raya negeri Melaka tetapi setakat ini parti masih belum ada keputusan muktamad ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar

Belum Ambil Spm Pelajar Melayu Cemerlang Di Sjkc Sudah Dirisik Universiti