Muda Umum Untuk Bertanding Dalam Pilihan Raya Negeri Melaka Pada 20 November Ini




MELAKA - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) hari ini mengumumkan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, pada 20 November ini.
Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata parti itu kini dalam proses rundingan dengan parti dari blok pembangkang iaitu Pakatan Harapan (PH) bagi pengagihan kerusi.
"Muda telah buat pendirian tetap untuk bertanding pada pilihan raya negeri ini. Kita akan berunding dengan parti-parti pembangkang dan akan mengumumkan perkara ini bersama selepas tempoh rundingan tamat.
"(Soal pembahagian kerusi) kita akan runding bersama dengan blok pembangkang dan akan diumumkan bersama selepas ini," katanya dalam sidang media," katanya pada sidang media di Bangunan Merah, Stadthuys semalam.
Mengulas lanjut penyertaan Muda pada PRN Melaka kali ini, Syed Saddiq berkata ketetapan itu diambil partinya kerana mahu mencetuskan budaya politik baru di negeri Melaka.
"Saya rasa sudah tiba masanya untuk kita cetuskan budaya politik yang baru, politik yang bermaruah, politik yang berintegriti dan untuk kita membugarkan semula politik di Malaysia.
"Politik (sedia ada di Malaysia) tidak boleh bersandarkan politik jawatan, politik wang dan politik pangkat semata-mata dan zaman di mana perebutan kuasa mengawal politik di Malaysia sudah tamat.
"Kita perlu hantar mesej yang jelas melalui pilihan raya negeri ini bahawa politik katak melompat tidak berintegriti, tidak bermaruah harus ditolak secara jelas," katanya.
Oleh yang demikian, menurut Ahli Parlimen Muar itu penyertaan Muda pada PRN Melaka kali ini akan membawa mesej yang jelas kepada rakyat mengapa pilihan raya negeri ini berlaku.
"Pilihan raya ini berlaku kerana perebutan kuasa dikalangan politik elit. UMNO tikam UMNO dan UMNO juga yang ingin bubarkan DUN (Dewan Undangan Negeri) ditengah-tengah pandemik, yang akhirnya mengakibatkan rakyat perlu membayar RM46 juta untuk membiayai PRN ini hanya kerana perebutan kuasa di kalangan politik elit.
"Tetapi dalam masa yang sama tidak cukup hanya menuding jari kepada pihak Umno semata-mata. Pada masa yang sama pihak pembangkang perlu jelas untuk menolak sesiapa saja katak-katak politik ini yang tidak mencerminkan budaya politik bermaruah dan berintegriti di Malaysia," katanya.
Kata Syed Saddiq, penyertaan Muda pada PRN Melaka juga adalah untuk menghantar mesej yang jelas bahawa rakyat mahukan perubahan dan orang Melaka berhak mendapatkan kepimpinan baru yang lebih baik.
"Kalau sekadar jadi katak, melompat kerana mengidamkan jawatan ketua menteri, itu bukan dasar yang baik, bukan melompat untuk mempertahankan dan membela rakyat dan kita tak boleh lupakan perkara ini.
"Tidak kira kita di meja pembangkang atau pun di meja kerajaan dan yang akhirnya yang susah, terperangkap dengan pilihan raya semasa pandemik tidak lain tidak bukan adalah rakyat di Melaka, yang perlu membayar pilihan raya ini.
"Dan ini jelas salah, maka pendirian Muda adalah untuk menolak politik sebegini, politik yang tidak bermaruah, politik katak yang tidak mencerminkan budaya rakyat Malaysia yang sebenar.
"Ini adalah jalan untuk kemukakan salah satu landskap politik yang baru, muka-muka baru yang fokus kepada politik dasar dan khidmat untuk memastikan Melaka terus membangun," katanya.
Tambah Syed Saddiq, dia maklum partinya itu masih belum dapat didaftarkan kerana ketakutan pimpinan politik elit yang tidak membenarkannya melakukan perubahan politik di Malaysia.
"Kita juga faham, Muda bukanlah parti yang berduit, parti yang ada pangkat, parti yang ada kawalan terhadap media massa, yang ada kawalan terhadap politik wang di Malaysia.
"Tetapi apa yang kita tiada ini kita buat kerana kita ada idealisma, kita ada semangat perjuangan, kita ada prinsip yang jelas dan mereka yang sangup bersama dengan kita ini adalah mereka yang tidak mendambakan pangkat dan jawatan tetapi sanggup bekerja dari pagi hingga malam untuk pastikan prinsip dan idealisma itu diketengahkan," tegasnya.
Pada 4 Oktober, empat Adun yang diketuai oleh ADUN UMNO Sungai Udang, Idris Haron, mengumumkan keputusan mereka untuk menarik balik sokongan kepada Sulaiman.
Tiga yang lain ialah Nor Azman Hassan (UMNO-Pantai Kundor), Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) dan Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu).
Susulan itu, Sulaiman kehilangan majoriti dan Ali membuat keputusan untuk membubarkan DUN, membuka jalan untuk pilihan raya negeri pada 20 November. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/10/muda-umum-untuk-bertanding-dalam.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pilihan Raya Negeri Prn Melaka Parti Amanah Negara Sasar Bertanding 10 Kerusi

Pilihan Raya Negeri Prn Melaka Parti Amanah Negara Sasar Bertanding 10 Kerusi

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 209 hits
PETALING JAYA Amanah menyasarkan untuk bertanding lapan hingga 10 kerusi pada pilihan raya negeri Melaka bulan depan Pengarah Pilihan Raya Amanah Nasional Asmuni Awi berkata jumlah kali ini bertambah berbanding hanya enam kerusi daripada 28...
Pilihan Raya Negeri Melaka Ke 15

Pilihan Raya Negeri Melaka Ke 15

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 189 hits
Pilihan Raya Negeri Melaka Ke 15 Hari Penamaan Calon 8 November Hari Pengundian Awal 16 November Hari Pengundian 20 November Tempoh Berkempen 20 Hari
Suruhanjaya Pilihan Raya Tetapkan 20 November Ialah Hari Pengundian Prn Melaka

Suruhanjaya Pilihan Raya Tetapkan 20 November Ialah Hari Pengundian Prn Melaka

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 223 hits
MELAKA Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 20 November ini sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri Melaka Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata hari penamaan calon pada 8 November dan tarikh mengundi awal pada 16 November ...
Prn Melaka Muda Tidak Perlu Bertanding Tiket Ph

Prn Melaka Muda Tidak Perlu Bertanding Tiket Ph

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 221 hits
Pakatan Harapan dijangka mampu memberi saigan sengit di dalam Pilihan Raya Negeri Melaka November ini dengan kekuatan 3 komponen yang bertanding Menurut Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN Johor Faezuddin Puad calon dari ketiga tiga komponen ...
Prn Melaka Barisan Nasional Kena Kompaun Anjur Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya

Prn Melaka Barisan Nasional Kena Kompaun Anjur Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 382 hits
KUALA LUMPUR Barisan Nasional dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara dengan mengadakan majlis perasmian Pelancaran Jentera BN Pilihan Raya Negeri Melaka di World Trade Centre malam tadi Menurut Ke...
Muda Umum Tanding Prn Melaka

Muda Umum Tanding Prn Melaka

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 320 hits
Parti Ikatan Demokratik Malaysia hari ini mengumumkan untuk bertanding dalam pilihan raya negeri Melaka pada 20 November ini Presidennya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata parti itu kini dalam proses rundingan dengan parti dari blok pemb...
Selepas Zahid Tegaskan Tiada Kerjasama Umno Bersatu Muhyiddin Umum Pn Bertanding Di Semua 28 Kerusi Prn Melaka

Selepas Zahid Tegaskan Tiada Kerjasama Umno Bersatu Muhyiddin Umum Pn Bertanding Di Semua 28 Kerusi Prn Melaka

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 264 hits
Oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin GAMBAR Abd Razak Aid PERIKATAN Nasional berkemungkinan besar akan bertanding di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Negeri Melaka yang akan diadakan bulan depan Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddi...
Prn Melaka Sop Di Ragui Tengok Bola Boleh Nak Kempen Pilihan Raya Tidak Di Benarkan

Prn Melaka Sop Di Ragui Tengok Bola Boleh Nak Kempen Pilihan Raya Tidak Di Benarkan

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 276 hits
TELOK MAS Naib Presiden Parti Amanah Negara Datuk Mahfuz Omar menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya segera mengeluarkan Procedur Operation Standard berkaitan Pilihan Raya Negeri Melaka bagi mengelakkan kekeliruan kaedah berkempen Dakwanya ini k...
Shamsul Iskandar Sidang Media Mengenai Pilihan Raya Negeri

Shamsul Iskandar Sidang Media Mengenai Pilihan Raya Negeri

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 259 hits
Shamsul Iskandar Sidang Media Mengenai Pilihan Raya Negeri Melaka 31 10 2021
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos