Muka Baharu Muda Calon Bn Prn Melaka


 Oleh Ilah Hafiz Aziz
  Ahmad Zahid (dua dari kiri) bersama Mohamad (kiri), Najib (dua kanan) dan Ab Rauf melancarkan jentera BN PRN Melaka, malam ini. - NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan mengemukakan calon baharu dan muda bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Bagaimanapun, beliau berkata, BN juga tidak mengetepikan calon lama jika mereka berkebolehan dan diterima masyarakat setempat.
"Seramai 497,000 pengundi Melaka mahukan sesuatu yang baharu, jadi menerusi perbincangan dengan pengarah pilihan raya negeri dan bersama Perdana Menteri selepas ini, saya yakin mereka juga akan memilih calon muka baharu.
"Tetapi ini tidak bererti yang lama tidak baik, walaupun saya tidak dapat membaca hati mereka, namun saya harap mereka memberi ruang kepada anak muda ini," katanya berucap pada pelancaran jentera PRN Melaka, di sini, malam ini.
Turut hadir, Penasihat BN, Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah, Tan Sri Joseph Kurup, Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Mah Hang Soon dan Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Ahmad Zahid berkata, calon yang akan dipilih BN juga harus mempunyai sifat 'WALI' iaitu winnable (boleh menang), acceptable (diterima) dan likeable (disenangi) semua kaum dan masyarakat.
Katanya, beliau juga akan memastikan calon dipilih bukan calon 'kegemaran' parti atau pemimpin negeri.
"Tidak ada calon 'favouritism', tiada calon Datuk Rauf, Datuk Seri Sulaiman Mohd Ali, Mad Hassan, Zahid Hamidi atau Ismail Sabri, sebaliknya mereka adalah calon yang boleh menang.
"Kita mahu kemenangan yang lebih baik dan pembaharuan kepada pengundi. Jika yang lama (pemimpin) ada sifat 'wali,' jangan khuatir ada tempat untuk anda. Tidak ada yang baharu tanpa yang lama," katanya.
Ahmad Zahid turut mengulangi tiada kerjasama dengan BERSATU pada PRN Melaka dengan mengambil kira suara akar umbi parti.
"Kita tidak akan bekerjasama dengan BERSATU pada PRN Melaka. Ini tidak akan berlaku. Ini bukan keputusan Presiden UMNO, tetapi suara akar umbi," katanya.
Ahmad Zahid berkata, meskipun tidak menjalin kerjasama dengan BERSATU, namun kempen pilihan raya ini dijalankan berlainan iaitu tidak mengutuk parti berkenaan.
"Kempen kali ini bukan kempen biasa kerana kita tidak perlu mengutuk seteru kita, sebaliknya menceritakan apa kebaikan yang kita ada, apa kelebihan yang boleh berikan kepada rakyat.
"BERSATU bukan musuh kita, tetapi hanya seteru politik saja," katanya.
Selain itu, Ahmad Zahid turut meminta semua pihak mengetepikan perbezaan pandangan, sebaliknya memberi fokus terhadap kemenangan BN di Melaka.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/muka-baharu-muda-calon-bn-prn-melaka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Melaka Benarkah Ada Parti Dalam Ph Mahu Serah Kerusi Kepada Calon Dari Muda

Prn Melaka Benarkah Ada Parti Dalam Ph Mahu Serah Kerusi Kepada Calon Dari Muda

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 276 hits
Jika berita ini benar satu lagi kerja tidak masuk akal akan berlaku dalam PH Kita semua tahu parti Muda bukan gabungan dalam PH Bahkan Muda menentang MOU yang PH lakukan Ketua parti Muda Syed Sadiq kita tahu amat lantang mempertahankan Tun ...
Prn Melaka Pn Kekal Ketengah Calon Muda Guna Satu Lambang

Prn Melaka Pn Kekal Ketengah Calon Muda Guna Satu Lambang

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 323 hits
agendaily com30 10 2021Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan calon muda yang akan diketengah gabungan itu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka 20 No...
Dap Tolak Pengkianat Sebagai Calon Prn Melaka

Dap Tolak Pengkianat Sebagai Calon Prn Melaka

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 274 hits
MELAKA DAP bertegas menolak bekas Ahli Dewan Undangan Pengkalan Batu Datuk Norhizam Hassan Baktee sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri Melaka Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memaklumkan perkara itu akan dibawa pada Majlis Presiden Pakat...
Prn Melaka Parti Perlu Amal Norma Baharu Ketika Kempen

Prn Melaka Parti Perlu Amal Norma Baharu Ketika Kempen

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 188 hits
BH ONLINE Datuk Seri Dr Wee Ka Siong BATU PAHAT Semua parti politik yang terbabit dalam Pilihan Raya Negeri Melaka perlu mengamalkan norma baharu ketika berkempen meraih undi bagi menyekat penularan COVID 19 kata Presiden MCA Datuk Seri Dr ...
Prn Melaka Pas Optimis Mn Dan Pn Sempat Bincang Penyatuan Sebelum Penamaan Calon

Prn Melaka Pas Optimis Mn Dan Pn Sempat Bincang Penyatuan Sebelum Penamaan Calon

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 267 hits
MELAKA PAS optimis Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional akan menuju penyatuan menjelang Pilihan Raya Negeri Melaka walaupun masa semakin suntuk menjelang tarikh penamaan calon 8 November depan Naib Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsu...
Senarai Calon Prn Melaka Pru 15 Diputuskan Tiga Pemimpin Tertinggi Umno

Senarai Calon Prn Melaka Pru 15 Diputuskan Tiga Pemimpin Tertinggi Umno

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 564 hits
agendaily com17 10 2021No way Bersatu kata Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika mengulas kerjasama kedua dua parti untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka sekiranya diadakan Hanya tiga orang pemimpin tertinggi parti yang a...
Prn Melaka Pimpinan Pkr Perlu Ketengah Calon Berwibawa Generasi Keadilan

Prn Melaka Pimpinan Pkr Perlu Ketengah Calon Berwibawa Generasi Keadilan

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 207 hits
Hafizi RosliOktober 20 2021 Yusmadi menjelaskan PKR mempunyai satu generasi anak muda yang sudah dewasa di dalam perjuangan reformasi Gambar failKUALA LUMPUR Pimpinan Parti Keadilan Rakyat digesa mengenengahkan bakat bakat berwibawa dan ber...
Prn Melaka Bersatu Pilih Calon Berintegriti Bermaruah

Prn Melaka Bersatu Pilih Calon Berintegriti Bermaruah

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 248 hits
By October 20 2021Bersatu mengutamakan calon yang berintegriti dan bermaruah untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri Melaka yang akan diadakan pada 20 November depan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Datuk Eddin Syazlee Shith berkata...
Prn Melaka Ph Belum Muktamadkan Calon Akui Ia Proses Sukar Anwar

Prn Melaka Ph Belum Muktamadkan Calon Akui Ia Proses Sukar Anwar

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 222 hits
Faris Danial RaziNovember 2 2021 Anwar menasihatkan semua pihak supaya bersabar dan bijak membuat keputusan berkaitan pemilihan calon agar tidak menyesal di kemudian hari Gambar BernamaKUALA LUMPUR Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar...
Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep

Free Sample Libresse Knowyourv

Ahmad Fadzli Suk Selangor Baharu

Civil Servants Advised To Exercise Caution With Quick Loans

Cara Order Di Website Dealer Orodesign

Fire Destroys House And Seven Vehicles In Hulu Besut

Vegan And Gluten Free Acv Gummies Without The Junk And With All The Benefits

Kenduri Kahwin Anak Saudara Di Teras Jernang Selangor


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Kenaikan Gaji Minimum Rm1 700

Agong Titah Pertahan Kedaulatan Negara Walau Seketul Batu Karang Di Lautan

Pembukaan The Millen Penang Autograph Collection Hotels Mengambil Intipati Era Kolonialisme

Majlis E Day Anak Buah Kesayangan Nieyl

Trump Exits Who Apa Halatuju Kesihatan Dunia Lesung Batu Medic Show 28 01 2025

Syarat Yang Perlu Ada Dalam Perjanjian Sewa Beli Rumah