Muafakat Nasional Dan Perikatan Nasional Tak Seharusnya Di Pisahkan Demi Perpaduan Umat



 
SHAH ALAM - Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) tidak seharusnya dipisahkan sekiranya benar-benar berkonsepkan perpaduan umat dalam negara masyarakat majmuk yang ikhlas

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, kedua-dua gagasan itu seperti dua tangan dalam satu jasad, kalau dibuang salah satunya akan menjadi cacat.
Beliau berkata, ia juga laksana seperti sepasang kasut yang tidak waras jika dipakai sebelah sahaja.
“Bukanlah tujuan gagasan ini demi menjaga kepentingan individu atau kelompok tertentu, sama ada untuk mengangkat ataupun menjatuhkannya.
“Kita semua laksana ramainya penumpang yang berada dalam satu bahtera atau mengikut slogan Keluarga Malaysia yang besar sebagaimana diuar-uarkan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Khamis.
Mengulas lanjut, beliau berkata, berdasarkan semangat yang telah ditegaskan dalam Piagam Muafakat Nasional yang disertai oleh kalangan Melayu Islam dan bumiputera (penduduk asal), maka mereka wajib disatukan setelah berpecah-belah dan berporak-peranda selama ini.
“MN bukan sahaja disertai oleh Pas dan UMNO, bahkan melibatkan semua pihak jika benar-benar gagasan itu berkonsepkan acuan al-Quran yang pernah mendidik masyarakat Arab sebelum Islam yang berpecah-belah,” ujarnya.
Sementara itu, Abdul Hadi berkata, PN yang menjadi gagasan politik yang lebih besar, perlu berperanan dan berkuasa dalam negara yang mempunyai masyarakat majmuk.
“Khususnya, bagi menegakkan prinsip Perlembagaan Persekutuan yang telah wujud dan tidak perlu dirungkai lagi, tetapi kandungan Perlembagaan mestilah ditafsirkan dengan jiwa yang merdeka daripada sebarang pengaruh penjajahan pemikiran yang perlu dibuang segala kesan-kesan dan pengaruhnya yang masih ada.
“Selain itu, puak pendukung penjajah yang menjadi makhluk perosak dalam Keluarga Malaysia perlu disingkirkan,” jelasnya.
Justeru, Ahli Parlimen Marang itu berkata, Pas hanyalah berpegang kepada konsep perpaduan mengikut perspektif Islam, iaitu perpaduan umat Islam dan perpaduan umat manusia yang majmuk termasuklah dalam kalangan bukan Islam.
Oleh itu, menurutnya, Pas menolak MN yang terbelenggu dengan hanya melibatkan UMNO dan Pas sahaja.
Tambahnya, Pas juga menolak fahaman yang menafikan adanya masyarakat majmuk yang wajib ditangani oleh gagasan yang lebih besar iaitu PN.
“Oleh yang demikian, secara tegasnya Pas tidak boleh dibelenggu atau diheret oleh sebarang kefahaman yang lain. Pas hanya bergerak dengan konsep Islam yang terang lagi bersuluh.
“Pas boleh bersama-sama membina negara ini dengan acuan Islam, bukannya sekadar menjadi parti anak tangga atau parti yang menumpang sahaja. Bahkan, Pas bukan parti yang menagih simpati seperti peminta sedekah sahaja tanpa mempunyai maruah bersama Islam.
“Pas hanya bersedia menjadi penyelamat negara dengan konsep dan prinsip yang berasaskan kepada perjuangannya bagi menyelamatkan umat secara keseluruhannya. Bukanlah disebabkan oleh orang tertentu atau kelompok dan puaknya semata-mata.” jelasnya.
Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, Pas hanya menerima MN yang lengkap perjalanannya mengikut perjanjian yang telah dimeteraikan, tanpa bercanggah dengan agenda perpaduan umat yang lebih besar dan berkuasa melalui gagasan politik PN. #sumber


http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2021/11/muafakat-nasional-mn-dan-perikatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Demi Akar Umbi Umno Pas Kembalikan Muafakat Nasional

Demi Akar Umbi Umno Pas Kembalikan Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 278 hits
EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin menggesa agar kepimpinan tertinggi UMNO dan PAS kembali ke meja rundingan demi Islam Melayu dan akar umbi kedua dua parti yang bertungkus lumus dalam memenangkan Pi...
Muhyiddin Terima Kekalahan Perikatan Nasional Di Melaka Dengan Hati Terbuka

Muhyiddin Terima Kekalahan Perikatan Nasional Di Melaka Dengan Hati Terbuka

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 278 hits
Oleh Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin memperkatakan sesuatu kepada pemimpin pemimpin Parti Perikatan Nasional ketika hadir pada Malam Melaka Bangkit Gemilang di Shah Alam baru baru ini GAMBAR Abd Razak Aid PENGERUSI Per...
Prn Melaka Datuk Mas Ermieyati Shamsudin Calon Ketua Menteri Perikatan Nasional

Prn Melaka Datuk Mas Ermieyati Shamsudin Calon Ketua Menteri Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 435 hits
KUALA LUMPUR Perikatan Nasional mengumumkan Ahli Parlimen Masjid Tanah yang bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Tanjong Bidara Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebagai calon Ketua Menteri Melaka Pencalonan Mas Ermieyati yang juga Ketua...
Realiti Muafakat Nasional

Realiti Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 251 hits
Mohsin AbdullahBagi saya ulasan mengenai Muafakat Nasional oleh Mohamad Hasan Timbalan Presiden Umno adalah yang paling jujur terus terang dan tepat yang dibuat pemimpin parti itu setakat ini Perhatikan apa hujah beliau yang dimuat naik di ...
Prn Melaka Muafakat Nasional Umno Yakin Akan Dapat Sokongan Penyokong Pas

Prn Melaka Muafakat Nasional Umno Yakin Akan Dapat Sokongan Penyokong Pas

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 611 hits
MASJID TANAH Penyokong PAS yang selesa dengan kerjasama Muafakat Nasional dijangka memberikan undi kepada calon UMNO menerusi Barisan Nasional pada Pilihan Raya Negeri Melaka 20 November ini Pengerusi BN Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berk...
Undi Al Afiz Undi Perikatan Nasional

Undi Al Afiz Undi Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 460 hits
Rakyat memerlukan anak muda bertenaga dan berintegriti tinggi Al Afiz seorang yang mesra rakyat dan sentiasa tersenyum tampil sebagai calon pilihan di N 17 Bukit Katil mewakili Perikatan Nasional Beliau menerajui sebuah pertubuhan amal keba...
Bendera Bahan Kempen Perikatan Nasional Dirosakkan

Bendera Bahan Kempen Perikatan Nasional Dirosakkan

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 348 hits
HARAKAH DAILY MELAKA Bendera bahan kempen Perikatan Nasional bagi Pilihan Raya Negeri Melaka didakwa dirosakkan pihak tidak bertanggungjawab Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata pihaknya menerima aduan mengenai kejadian...
Pas Tolak Muafakat Nasional Kalau Hanya Libat Umno Hadi

Pas Tolak Muafakat Nasional Kalau Hanya Libat Umno Hadi

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 363 hits
On Nov 25 2021 Pas hanya bersedia menjadi penyelamat negara dengan konsep dan prinsip yang berasaskan kepada perjuangannya bagi menyelamatkan umat keseluruhannya Bukanlah disebabkan oleh orang tertentu atau kelompok dan puaknya semata mata ...
Sebaik Baik Perjanjian Adalah Pembentukan Muafakat Nasional Nik Abduh

Sebaik Baik Perjanjian Adalah Pembentukan Muafakat Nasional Nik Abduh

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 254 hits
Sebaik baik perjanjian adalah pembentukan Muafakat Nasional Nik Abduh Sebaik baik perjanjian yang termeterai sejak berpuluh tahun adalah di Himpunan Perpaduan Ummah yang membentuk Muafakat Nasional kata Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Nik Moham...
Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Hiburan Move On Lah Tak Akan Berkawan Dah Tular Video Bekas Suami Makan Bersama Pelakon Wanita Puteri Zarith Bersuara

Cuktech Perkenal Keperluan Pengecasan Pintar Untuk Setiap Peranti Moden

Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Pesta Rona Kata Di Bank Negara Malaysia Museum And Art Gallery

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kejayaan Arsitektur Dan Warisan Budaya Di Paw Singa Sigiriya

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

From Romans Learn Shipbuilding From Malays To Flying Malays Top 10 Mockeries Levelled At Prof Sambal Belacan

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

4 Hari Test Drive Hyundai Tucson Hybrid Ini Perkara Luar Biasa Berlaku Kat Aku