Muhyiddin Terima Kekalahan Perikatan Nasional Di Melaka Dengan Hati Terbuka


Oleh Bernama Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua dari kiri) memperkatakan sesuatu kepada pemimpin-pemimpin Parti Perikatan Nasional ketika hadir pada Malam Melaka Bangkit Gemilang di Shah Alam, baru-baru ini. GAMBAR: Abd Razak Aid PENGERUSI Perikatan  Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima kekalahan gabungan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini dengan hati terbuka. 
Beliau berharap Barisan Nasional (BN) akan menterjemah kemenangan mereka dengan menunaikan janji kepada rakyat sebagaimana yang terdapat dalam manifestonya. 
“Tahniah kepada BN kerana berjaya membentuk kerajaan di Melaka. Rakyat Melaka telah memilih calon dan keputusannya telah diketahui.
“Di peringkat PN, kita bersyukur kerana berjaya mempertahan jumlah kerusi yang kita menang dulu dan bagi yang lain, kita juga bersyukur kerana sebahagian besar calon kita mendapat jumlah undi yang menggalakkan,” katanya pada sidang media di bilik gerakan utama PN di Melaka malam ini.
Muhyiddin juga berkata satu kajian mendalam akan dilakukan berkaitan keputusan PRN Melaka. 
“Kita akan lihat sama ada ia ada kaitan dengan jumlah pengundi yang keluar, jentera PN atau ada masalah lain. 
“Ini akan memberi panduan untuk langkah seterusnya terutama untuk menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang,” katanya. 

PN berjaya meraih kerusi di Sungai Udang apabila calonnya Mohd Aleef Yusof, yang meraih 6,789 undi, menewaskan Datuk Mohamad Ali Mohamad (BN), Hasmorni Tamby (Pakatan Harapan) dan Mohd Zahar Hashim (Bebas) dalam persaingan empat penjuru. 
Kerusi kedua PN dimenangi di Dewan Undangan Negeri Bemban melalui Mohd Yadzil Yaakub yang meraih 4,211 undi menewaskan Koh Chin Han (BN), Tey Kok Kiew (Pakatan Harapan), Ng Choon Koon (Bebas) dan Azmi Kamis (Bebas) dalam pertandingan lima penjuru.
Bagaimanapun, calon Ketua Menteri PN Datuk Mas Ermieyati Samsudin tewas kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka Datuk Ab Rauf Yusoh (BN) di kerusi Tanjung Bidara dalam persaingan tiga penjuru apabila hanya meraih 3,195 undi.
Pesaing lain di kerusi itu ialah Zainal Hassan yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan. — BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/muhyiddin-terima-kekalahan-perikatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Adam Af Akui Masih Terbuka Hati Terima Wanita Lain Dalam Hidup

Hiburan Adam Af Akui Masih Terbuka Hati Terima Wanita Lain Dalam Hidup

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 514 hits
Penyanyi atau kini lebih mahu dikenali sebagai Pangiran Adam memaklumkan bahawa dia masih membuka hatinya untuk terus menerima wanita lain dalam hidupnya Advertisementwalaupun sudah lima tahun bergelar duda Adam memberitahu yang tiada istil...
Prn Melaka Datuk Mas Ermieyati Shamsudin Calon Ketua Menteri Perikatan Nasional

Prn Melaka Datuk Mas Ermieyati Shamsudin Calon Ketua Menteri Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 435 hits
KUALA LUMPUR Perikatan Nasional mengumumkan Ahli Parlimen Masjid Tanah yang bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Tanjong Bidara Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebagai calon Ketua Menteri Melaka Pencalonan Mas Ermieyati yang juga Ketua...
Pn Buat Kajian Mendalam Kekalahan Di Prn Melaka Muhyiddin

Pn Buat Kajian Mendalam Kekalahan Di Prn Melaka Muhyiddin

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 317 hits
Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan calon DUN N 11 Sungai Udang Mohd Aleef Yusof hadir bagi mengikuti keputusan Pilihan Raya Negeri Melaka Hottel Hatten Foto...
Neelofa Terima Dengan Hati Terbuka Di Kompaun Rm60 000 Kerana Langgar Sop Covid19

Neelofa Terima Dengan Hati Terbuka Di Kompaun Rm60 000 Kerana Langgar Sop Covid19

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 276 hits
Neelofa terima dengan hati terbuka di kompaun RM60 000 kerana langgar SOP Neelofa akur terima hukuman sebagai pengajaran Genap sebulan bernikah Neelofa akhirnya menerima dengan hati terbuka kompaun berjumlah RM60 000 yang dikenakan terhadap...
Prn Melaka Muafakat Nasional Umno Yakin Akan Dapat Sokongan Penyokong Pas

Prn Melaka Muafakat Nasional Umno Yakin Akan Dapat Sokongan Penyokong Pas

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 611 hits
MASJID TANAH Penyokong PAS yang selesa dengan kerjasama Muafakat Nasional dijangka memberikan undi kepada calon UMNO menerusi Barisan Nasional pada Pilihan Raya Negeri Melaka 20 November ini Pengerusi BN Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berk...
Prnmelaka Akhirnya Hadi Awang Serlahkan Kritikan Terbuka Terhadap Barisan Nasional

Prnmelaka Akhirnya Hadi Awang Serlahkan Kritikan Terbuka Terhadap Barisan Nasional

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 334 hits
Oleh Wahida Di dalam rancak berkempen pemimpin pemimpin dan ahli ahli UMNO dan parti parti komponen Barisan Nasional sentiasa diingatkan agar tidak lantang mengkritik PAS secara terbuka walaupun parti itu telah menolak tawaran UMNO untuk be...
Prn Melaka Prestasi Pada 16 Nov 2021 Barisan Nasional Mendahului Ph Dan Pn

Prn Melaka Prestasi Pada 16 Nov 2021 Barisan Nasional Mendahului Ph Dan Pn

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 681 hits
PRESTASI PRN MELAKA16 NOVEMBER 2021BN MENDAHULUISimulasi Disediakan OlehCIKGU LINBAHAGIAN A ANDAIAN MENANG HINGGA KINI 1 Menang 0 01 ke atas BN mendahului PH dan PN 2 Menang Sukar Digugat BN DAP dan PN BAHAGIAN B KALAH TAPI MAMPU MENANG1 Ka...
Hiburan Barisan Nasional Sah Menang Prn Melaka

Hiburan Barisan Nasional Sah Menang Prn Melaka

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 336 hits
Sejak beberapa minggu ini kita terus diperdengarkan dengan pelbagai informasi dan kemas kini maklumat mengenai Pilihan Raya Negeri di Melaka 2 minggu laluDira Abu Zahar Ikut Jejak Langkah Bapa Bertanding PRN MelakaAdvertisementSetelah lama ...
Perkataan Perikatan Nasional Supaya Pengundi Tidak Keliru

Perkataan Perikatan Nasional Supaya Pengundi Tidak Keliru

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 238 hits
HARAKAH DAILY MELAKA Perikatan Nasional menggunakan perkataan PERIKATAN NASIONAL ditekapkan atas kain berwarna prussian blue sebagai lambang untuk bendera parti dalam Pilihan Raya Negeri Melaka supaya pengundi tidak keliru Naib Presiden PAS...
Ayam Perap Mayo Sedap Mudah Resipi Ringkas Menjilat Jari

Pelancong Amerika Syarikat Puji Rnr Malaysia Apakah Benar Rnr Malaysia Lebih Baik

Aset Selamat Masih Bersinar Emas Naik Tengah Ketidakpastian Politik

Local Pharma Players Pivot Toward High Value Exports To Protect Margins

Cuktech Unveils Smart Charging Essentials For Every Modern Device

Seeking Clarity On Co Teaching Model

Ralat Tak Tengok Supermoon

Lebih Dari Sekadar Kesedihan Memahami Pelbagai Bentuk Gangguan Mental


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Petua Lama Untuk Melegakan Kembung Perut Anak Kecil

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Sesi Praktikal Dalam Kursus Kejurulatihan Profesional Diploma Afc Fam Membangunkan Kemahiran Dan Pengetahuan Pelatih

Anak Rajin Bantu Di Rumah Kunci Keyakinan Di Masa Dewasa

Pm Anwar Mahu Sistem Pendidikan Bebas Daripada Jumud Biar Pelajar Berfikir Amp Berhujah