Pas Tolak Muafakat Nasional Kalau Hanya Libat Umno Hadi


BERITA
By MT Webmaster On Nov 25, 2021

“Pas hanya bersedia menjadi penyelamat negara dengan konsep dan prinsip yang berasaskan kepada perjuangannya bagi menyelamatkan umat keseluruhannya. Bukanlah disebabkan oleh orang tertentu atau kelompok dan puaknya semata-mata.”
(Utusan TV) – TAN Sri Abdul Hadi Awang menegaskan, Pas menolak Muafakat Nasional yang terbelenggu dengan hanya melibatkan parti itu dan UMNO sahaja.

Selain itu Presiden Pas tersebut turut menegaskan, parti juga menolak fahaman yang menafikan adanya masyarakat majmuk yang wajib ditangani oleh gagasan lebih besar iaitu Perikatan Nasional.

“Tsunami politik yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang boleh mencacatkan struktur negara, sememangnya memerlukan suatu perubahan kepada proses islah yang dibentuk terkini kerana Barisan Nasional (BN) yang sudah berpenyakit.

“Oleh itu, langkah persembahannya bermula dengan penubuhan Muafakat Nasional yang tidak lengkap, maka perlu dilengkapkan dengan penubuhan Perikatan Nasional .

“Oleh yang demikian, secara tegasnya Pas tidak boleh dibelenggu atau diheret oleh sebarang kefahaman yang lain. Pas hanya bergerak dengan konsep Islam yang terang lagi bersuluh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Pas boleh bersama-sama membina negara ini dengan acuan Islam, bukannya sekadar menjadi parti anak tangga atau parti yang menumpang sahaja.

Bahkan, tegas beliau, Pas bukan parti yang menagih simpati seperti peminta sedekah sahaja tanpa mempunyai maruah bersama Islam.

‘’Pas hanya menerima Muafakat Nasional yang lengkap perjalanannya mengikut perjanjian yang telah dimeteraikan, tanpa bercanggah dengan agenda perpaduan umat yang lebih besar dan berkuasa melalui gagasan politik Perikatan Nasional,’’ katanya.

Abdul Hadi berkata, demi agenda perpaduan umat yang sebenarnya, maka Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional adalah laksana dua dalam sepasang yang tidak harus dipisahkan, sekiranya benar-benar berkonsepkan perpaduan umat dalam negara masyarakat majmuk yang ikhlas.

“Kedua-dua gagasan ini laksana dua tangan dalam satu jasad, kalau dibuang salah satunya akan menjadi cacat. Bahkan, ia juga laksana sepasang kasut yang tidak waras jika dipakai sebelah kasut sahaja.

“Bukanlah tujuan gagasan ini demi menjaga kepentingan individu atau kelompok tertentu, sama ada untuk mengangkat ataupun menjatuhkannya. Kita semua laksana ramainya penumpang yang berada dalam satu bahtera atau mengikut slogan Keluarga Malaysia yang besar sebagaimana diuar-uarkan,’’ katanya.

Beliau menegaskan, berdasarkan semangat yang telah ditegaskan dalam Piagam Muafakat Nasional yang disertai oleh kalangan Melayu Islam dan bumiputera (penduduk asal), maka mereka wajib disatukan setelah berpecah belah dan berporak-peranda selama ini.

“Muafakat Nasional bukan sahaja disertai oleh Pas dan UMNO, bahkan melibatkan semua pihak jika benar-benar gagasan itu berkonsepkan acuan al-Quran yang pernah mendidik masyarakat Arab sebelum Islam yang berpecah belah,” katanya.

Dalam pada itu, kata Abdul Hadi, semua pihak mesti diterima hakikat bahawa Perikatan Nasional yang menjadi gagasan politik lebih besar, perlu berperanan dan berkuasa dalam negara masyarakat majmuk ini.

“Khususnya, bagi menegakkan prinsip Perlembagaan Persekutuan yang telah wujud dan tidak perlu dirungkai lagi, tetapi kandungan perlembagaan mestilah ditafsirkan dengan jiwa yang merdeka daripada sebarang pengaruh penjajahan pemikiran yang perlu dibuang segala kesan-kesan dan pengaruhnya yang masih ada. Di samping itu, perlu disingkirkan puak pendukung penjajah yang menjadi makhluk perosak dalam keluarga Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, Pas hanyalah berpegang kepada konsep perpaduan mengikut perspektif Islam, iaitu perpaduan umat Islam dan perpaduan umat manusia yang majmuk termasuklah dalam kalangan bukan Islam.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/11/pas-tolak-muafakat-nasional-kalau-hanya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Abdul Hadi Tolak Mn Kerana Hanya Terikat Antara Pas Dan Umno Sahaja

Abdul Hadi Tolak Mn Kerana Hanya Terikat Antara Pas Dan Umno Sahaja

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 233 hits
MALAYSIA DATELINEPresiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata Perikatan Nasional satu satunya menjadi gagasan politik yang lebih besar dan perlu berperanan dan berkuasa dalam negara yang mempunyai masyarakat majmuk ini Dalam Minda Presi...
Demi Akar Umbi Umno Pas Kembalikan Muafakat Nasional

Demi Akar Umbi Umno Pas Kembalikan Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 181 hits
EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin menggesa agar kepimpinan tertinggi UMNO dan PAS kembali ke meja rundingan demi Islam Melayu dan akar umbi kedua dua parti yang bertungkus lumus dalam memenangkan Pi...
Prn Melaka Muafakat Nasional Umno Yakin Akan Dapat Sokongan Penyokong Pas

Prn Melaka Muafakat Nasional Umno Yakin Akan Dapat Sokongan Penyokong Pas

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 313 hits
MASJID TANAH Penyokong PAS yang selesa dengan kerjasama Muafakat Nasional dijangka memberikan undi kepada calon UMNO menerusi Barisan Nasional pada Pilihan Raya Negeri Melaka 20 November ini Pengerusi BN Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berk...
Hadi Doubles Down After Malacca Setback Rejects Umno Pas Under Muafakat

Hadi Doubles Down After Malacca Setback Rejects Umno Pas Under Muafakat

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 218 hits
PAS president Abdul Hadi Awang has doubled down on his position to side with Bersatu under the Perikatan Nasional banner despite setbacks faced by the coalition in last Saturday s Malacca polls where it won only two of 28 seats Abdul Hadi i...
Saya Bukan Anti Muafakat Nasional Umno Ahmad Fadhli

Saya Bukan Anti Muafakat Nasional Umno Ahmad Fadhli

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 142 hits
MALAYSIA POST KETUA Dewan Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari menolak dakwaan menyatakan beliau anti Muafakat Nasional dan Umno Sambil menyifatkan tohmahan itu agak tersasar Ahli Parlimen Pasir Mas tersebut menegaskan hubungannya dengan pemimpin...
Pas Tolak Mn Terbelenggu Pn Perlu Berkuasa Kata Hadi

Pas Tolak Mn Terbelenggu Pn Perlu Berkuasa Kata Hadi

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 162 hits
Hadi berkata Muafakat Nasional yang diasaskan oleh Umno dan PAS pada 2019 berupa gabungan tidak lengkap PUTRAJAYA PAS menolak Muafakat Nasional yang hanya melibatkan Umno dan parti itu sahaja dengan presidennya Abdul Hadi Awang menyifatkan ...
Citing Grassroots Pas Reaches Out To Partner Umno Again Under Muafakat For Ge15

Citing Grassroots Pas Reaches Out To Partner Umno Again Under Muafakat For Ge15

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 171 hits
After losing big in the just ended Melaka state poll PAS is hoping to work together with Umno again for the next national election under their Muafakat Nasional pact The Islamist party s leadership saying this is because its grassroots supp...
Bubarkan Sahaja Muafakat Nasional Habis Cerita Veteran Umno

Bubarkan Sahaja Muafakat Nasional Habis Cerita Veteran Umno

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 190 hits
By November 26 2021BUBARKAN sahaja Muafakat Nasional kerana banyak faktor yang menunjukkan tindakan itu keputusan yang lebih baik untuk semua pihak Bukan setakat itu dengan pembubaran gagasan yang bukan satu gabungan berdaftar tersebut keke...
Pemimpin Bersatu Bidas Pas Pertandingan Persahabatan Dengan Umno Hanya Penyedap Bibir

Pemimpin Bersatu Bidas Pas Pertandingan Persahabatan Dengan Umno Hanya Penyedap Bibir

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 156 hits
Ahli Majlis Tertinggi Bersatu Muhammad Faiz Na aman menyifatkan ungkapan pertandingan persabahatan antara parti dalam Perikatan Nasional dengan Umno pada Pilihan Raya Negeri Melaka Melaka hanyalah sekadar penyedap di bibir Dalam persaingan ...
Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah



Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau

Prove Existence Of Addendum Decree For Najib S House Arrest Experts Say

Reflections On 25 Years Can Pkr Realise Its Reform Goals

7 Petunjuk Tentukan Kemenangan Prk Kuala Kubu Bharu

Tular Gambar Pelupusan Beras Amp Barang Dapur Di Temerloh Pahang Bekas Mp Kuala Krau Tampil Mengaku Bertanggungjawab

Noorkhiriah Disangka Sudah Meninggal Dunia Hanya Kerana Akak Hidup Lagi Dik Baru 5 Hari Kau Dah Arwah Kan Akak