Spekulasi Tanding Ketua Wanita Umno Hasrat Akar Umbi Bukan Shahrizat Kata Sumber


 
Persoalan sama ada bekas ketua Wanita Umno Shahrizat Jalil bertanding dalam pemilihan parti hanya akan terjawab pada 13 Feb, kata sumber. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Hasrat kembali memimpin Wanita Umno bukan disuarakan Shahrizat Jalil tetapi permintaan akar umbi terhadap bekas pemimpin sayap itu, kata sumber.
Menjawab spekulasi bekas menteri itu bakal kembali ke gelanggang politik, sumber berkata beberapa ketua Wanita bahagian datang berjumpa Shahrizat dan mahu beliau kembali menerajui Wanita Umno yang dikatakan ketika ini “sudah lemah dan lesu”.
“Ini hasrat akar umbi, bukan hasrat Kak Jat. Akar umbi mahukan sebuah kepimpinan yang padu.
“Kak Jat mendengar (hasrat akar umbi) yang mahukan beliau kembali dan dia positif. Ia ‘welcome back’ bukan ‘comeback’,” kata sumber itu kepada FMT.
Sayap Wanita Umno ketika ini dipimpin Ahli Parlimen Parit Sulong Noraini Ahmad sejak 2018 selepas menewaskan Azizah Dun pada pemilihan parti ketika itu. Difahamkan, Noraini akan mempertahankan jawatan itu pada pemilihan kali ini.
Shahrizat yang memimpin Wanita Umno sejak 2008 mengumumkan tidak mengekalkan jawatan itu pada pemilihan parti 2018, kerana mahu ia diterajui individu mempunyai cara dan idea baharu.
Difahamkan, Shahrizat yang juga bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai ketika ini sedang menunaikan umrah.
Sumber itu berkata, persoalan sama ada Shahrizat benar-benar akan bertanding hanya akan terjawab pada 13 Feb ini, ketika pendaftaran pencalonan pemilihan parti.
Wanita ‘lemau’ bawah Noraini
Sementara itu, seorang ketua Wanita Umno bahagian yang enggan dinamakan berkata, tiada sumbangan untuk memartabatkan Wanita Umno sepanjang Noraini mengemudi sayap berkenaan.
Katanya, Wanita Umno bawah Noraini juga seolah-olah tidak bermaya berbanding ketika era kepimpinan Shahrizat, yang sangat lantang dan tegas memartabatkan hak wanita.
“Ketika Kak Jat pegang Wanita, kita nampak dia tegas, dia ‘fighter’, kali ini di bawah Noraini memang ‘slow’, Wanita jadi ‘lemau’ tak macam dulu. (Noraini) jadi menteri pun tak membantu apa-apa untuk Wanita,” kongsinya.
Menurutnya, Noraini juga jarang turun di peringkat akar umbi, menyebabkan ahli di bawah tidak merasai “kehadiran” dan kepimpinannya.
Pemilihan Umno bermula 1 Feb membabitkan mesyuarat dan pemilihan bagi jawatankuasa cawangan, Pemuda, Wanita dan Puteri yang berlangsung hingga 26 Feb ini.
Sementara mesyuarat perwakilan dan pemilihan jawatankuasa Umno bahagian bersama pemilihan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) akan diadakan serentak di seluruh negara pada 18 Mac depan. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/02/spekulasi-tanding-ketua-wanita-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Shahrizat Akan Kembali Menerajui Wanita Umno

Shahrizat Akan Kembali Menerajui Wanita Umno

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 300 hits
PETALING JAYA Umno akan menghampakan ikrar perubahan yang diuar uarkan selama ini sekiranya Shahrizat Abdul Jalil terpilih sebagai ketua pada pemilihan akan datang malah akan dianggap tidak pernah mahu berubah Penganalisis politik Azmi Hass...
Report 147 Wanita Umno Division Heads Want Shahrizat To Return

Report 147 Wanita Umno Division Heads Want Shahrizat To Return

papar berkaitan - pada 5/2/2023 - jumlah : 409 hits
File picture of Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil talking to wanita Umno members in PWTC in 2018 Malay Mail picKUALA LUMPUR Feb 5 As many as 147 Wanita Umno division chiefs nationwide are calling for Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil to lead the pa...
Dakwaan Sokongan Terhadap Shahrizat Sekadar Akan Pecah Belah Wanita Umno

Dakwaan Sokongan Terhadap Shahrizat Sekadar Akan Pecah Belah Wanita Umno

papar berkaitan - pada 5/2/2023 - jumlah : 286 hits
KUALA LUMPUR Dakwaan kononnya seramai 147 Ketua Wanita UMNO bahagian seluruh negara menyokong supaya bekas ketuanya Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil kembali menerajui sayap itu didakwa tidak benar sama sekali Pengarah Komunikasi Wanita Barisan...
Umno Tak Pernah Mahu Berubah Jika Shahrizat Terpilih Jadi Ketua

Umno Tak Pernah Mahu Berubah Jika Shahrizat Terpilih Jadi Ketua

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 177 hits
Nora MahparPETALING JAYA Umno akan menghampakan ikrar perubahan yang diuar uarkan selama ini sekiranya Shahrizat Abdul Jalil terpilih sebagai ketua pada pemilihan akan datang malah akan dianggap tidak pernah mahu berubah Penganalisis politi...
Aku Harap Wanita Umno Perlu Lebih Bijak Tak Pasal Pasal Kisah Lembu Tidoq Dalam Kondo Muncul Kembali

Aku Harap Wanita Umno Perlu Lebih Bijak Tak Pasal Pasal Kisah Lembu Tidoq Dalam Kondo Muncul Kembali

papar berkaitan - pada 5/2/2023 - jumlah : 234 hits
147 Ketua Wanita Bahagian mahu Shahrizat kembali terajui Wanita UMNOAstro AwaniFebruari 4 2023 17 23 MYTMenurut Ketua Wanita UMNO Kota Melaka Datuk Haryaty Hamdzah seramai 147 Ketua Wanita UMNO Bahagian membuat keputusan itu dalam satu pert...
Elect Wanita Umno Chief Via Party Polls No Need To Urge For Resignation

Elect Wanita Umno Chief Via Party Polls No Need To Urge For Resignation

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 272 hits
Umno vice president Mohamed Khaled Nordin has advised the party s women s wing to use the upcoming Umno polls to choose their leader This comes after certain quarters in Wanita Umno reportedly called for the wing chief Noraini Ahmad to step...
Wanita Umno Perlu Pilih Muka Baru Terajui Sayap Wanita Parti Itu Kisah Lembu Yang Merugikan Negara Belum Lagi Dilupakan

Wanita Umno Perlu Pilih Muka Baru Terajui Sayap Wanita Parti Itu Kisah Lembu Yang Merugikan Negara Belum Lagi Dilupakan

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 195 hits
Umno tak pernah mahu berubah jika Shahrizat terpilih jadi ketua kata penganalisis February 7 2023 PETALING JAYA Umno akan menghampakan ikrar perubahan yang diuar uarkan selama ini sekiranya Shahrizat Abdul Jalil terpilih sebagai ketua pada ...
Umno Kena Beri Nur Jazlan Upah Sebab Kuat Menyalak Kata Pemuda Pas

Umno Kena Beri Nur Jazlan Upah Sebab Kuat Menyalak Kata Pemuda Pas

papar berkaitan - pada 26/1/2023 - jumlah : 192 hits
agendaily com26 01 2023Timbalan Pengerusi UMNO Johor Datuk Nur Jazlan Mohamed Kerajaan dan pemimpin UMNO digesa memberi upah kepada Timbalan Pengerusi UMNO Johor Datuk Nur Jazlan Mohamed kerana kuat menyalak dan mengkritik parti lain Ketua ...
Wan Fayhsal Defends Pas Over Hate Speech Claim Blames Dap Instead

Influencer Sounds Alarm After Paedophile Fb Group Uses Her School Pics

Saya Tercampak Keluar Mayat Menimpa Saya Mangsa

Lokomotif Pertama Beroperasi Di Tanah Melayu

Hiburan Penyanyi Lagu Basstamam Dedah Kini Bergelar Duda Setelah Setahun Bernikah

Investor Partnering Benefits Risks

Family Insurance In Malaysia How To Protect What Matters Most

Hari Lautan Sedunia Bukan Sahaja Ombak Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Adik Dah Pergi Tapi Nama Tetap Disebut Luahan Abang Meruntun Jiwa

Nutrisi Wajib Dalam Makanan Setelah Sakit Agar Tubuh Cepat Pulih

Realme P3 Ultra Akan Tiba Di Malaysia 16 Jun Ini

Waspada Taktik Penipuan Jualan Anak Pokok Buah Ceri Dan Tembikai Yang Menyalahgunakan Nama Serta Logo Mardi

Kurung 3 Lelaki Dalam Pangsapuri Empat Penjaga Ditahan

Ha Ha Ha Tiba Tiba Ada Line Jalan Di Lokasi Pelajar Upsi Maut