Mp Pasir Mas Amanat Kit Siang Lebih Bahaya Dari Amanat Hadi
AHMAD FADHLI SHAARI
  Saya membaca tulisan Anggota Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang  di blognya yang mempertikaikan ucapan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia  Muhammad Khalil Abdul Hadi berhubung hukum bagi orang Islam menyertai  perayaan hari Krismas.
Saya juga menonton rakaman video kuliah Muhammad Khalil yang disiarkan oleh Malaysiakini dan dijadikan tajuk berita beberapa portal online.
Ringkasnya, berhubung sambutan krismas, Muhammad Khalil menyatakan tiga perkara penting:
1.  Diharamkan kepada umat Islam menyertai perayaan hari Krismas yang  mengandungi unsur-unsur syirik kerana Krismas ialah merupakan perayaan  agama. Akidah Kristian yang berkonsepkan triniti jauh berbeza dengan  akidah Islam yang mentauhidkan Allah SWT.
2. Berhubung hukum  mengucapkan selamat Hari Krismas, Muhammad Khalil menyatakan, “Adapun  jika kita nak ucap kepada mereka, ada ulama kata, di sana ada tempat  yang diizinkan pada had dan batas yang tertentu. Contohnya kalau jiran  kita orang Kritsian, tak apalah kita rai ke dia, cakap ke dia, selamat  hari raya mung lah…”
3. Manakala berhubung mengucapkan  selamat Hari Krismas pada situasi yang tiada keperluan, beliau  menyatakan, “Adapun kalau kita saja-saja nak sebut hari ni kan, dalam  Facebook atau Twitter, pergi sebut “kita mengucapkan selamat Hari  Krismas, selamat hari raya untuk orang Kristian, jangan seolah-olah kita  redha dengannya..”
Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mengulas pandangan ketua Pemuda PAS itu dengan menulis, _“Malaysians  are presented with the most shocking example of the vicious and toxic  politics of lies, hate, fear, race and religion to destroy Malaysia as a  tolerant, harmonious and successful plural nation of diverse races,  religions, languages and cultures with the primitive warning by the PAS  Youth leader and son of PAS President, Mohamad Khalil Abdul Hadi to  Muslims not to celebrate Christmas tomorrow or to post Christmas  greetings on Facebook because the Christian celebration is against the  teachings of Islam and that there should be any acknowledgement of the  Christian religion..”
Saya nampak bahawa Lim sedang  memperlihatkan kebimbangannya yang teramat sangat kepada PAS sehingga  menabur tohmahan sedemikian rupa.
Jelas sangat ketakutannya kepada  Presiden PAS Abdul Hadi Awang apabila tanpa segan silu terus mendakwa  bahawa pandangan ketua Pemuda PAS itu ialah kerana terkesan dengan apa  yang dinamakannya sebagai Amanat Hadi 2 apabila dia menulis, _“Is  this to be Hadi Amanat 2 to spearhead the vicious and toxic politics of  lies, hate, fear, race and religion to destroy Malaysia as a tolerant,  harmonious and successful plural nation of diverse races, religions,  languages and cultures?”
Ulama berbeza pandanganApa  yang salahnya dengan isi kuliah Muhammad Khalil tersebut? Jika pada isi  yang pertama iaitu orang Islam dilarang menyertai perayaan agama  Kristian, ia sudah difatwakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum ini  di mana jelas menyatakan bahawa adalah haram bagi umat Islam menyertai  perayaan agama lain jika mengandungi unsur syirik.
Lim Kit Siang boleh membuka pautan laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang menyebut:
"Muzakarah  Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam  Malaysia Kali Ke-68 yang bersidang pada 12 Apr 2005 telah membincangkan  Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang  Bukan Islam.  
"Muzakarah telah memutuskan bahawa dalam  menentukan perayaan orang bukan Islam yang boleh dihadiri oleh orang  Islam beberapa kriteria utama perlu dijadikan garis panduan supaya ia  tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Kriteria-kriteria tersebut  adalah seperti berikut; 
1. Majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan akidah Islam.
Maksud  “bertentangan dengan akidah Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan,  perkataan atau keadaan yang jika dilakukan menyebabkan tercemarnya  akidah umat Islam.
Contohnya;
i. Menyertakan simbol-simbol agama seperti salib, memasang lampu, lilin, pokok krismas dan sebagainya.
ii. Menyanyikan lagu-lagu bercirikan agama.
iii. Meletakkan apa-apa tanda bercirikan agama pada dahi, atau tanda-tanda lain pada anggota tubuh.
iv. Memberikan ucapan atau isyarat yang berbentuk pujian kepada agama orang bukan Islam.
v. Tunduk atau melakukan perbuatan seolah-olah menghormati upacara agama orang bukan Islam."
Adakah  Majlis Fatwa Kebangsaan membuat keputusan kerana terpengaruh dengan  Amanat Hadi? Bahkan Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin juga menyatakan  perkara yang sama pada tahun 2010 dengan menulis:
“Namun,  seorang muslim tidak boleh turut merayakan hariraya agama lain.  sebabnya, perayaan agama merupakan upacara agama. Bukan muslim pun tidak  patut disuruh merayakan hariraya kita.  Perpaduan antara kita sesama  rakyat muslim dan bukan muslim bukan dengan berkongsi hariraya, tetapi  dengan keadilan, berbuat baik dan tidak menzalimi antara satu sama  lain…”
Adakah Mufti Perlis sedang terkesan dengan Amanat Hadi?
'PH gagal sekolahkan Lim'Isi kuliah yang kedua, berhubung mengucapkan selamat Hari Krismas. Muhammad Khalil telah menyatakan dengan jelas dan terang bahawa terdapat pandangan berbeza para ulama berhubung isu ini. 
Bahkan  beliau menyebut dengan jelas kesederhanannya berhubung perkara ini  apabila menyatakan situasi di mana jiran kita orang Kristian, tiada  masalah mengucapkan tahniah di atas kegembiraannya hari ini dengan tidak  beriktikad kebesaran hari Krismas. 
Manakala  pada perkara yang ketiga iaitu mengucapkan selamat Hari Krismas pada  situasi yang tiada keperluan, di sinilah beliau mengajak para pendengar  agar berhati-hati dan mengelakkan perkara tersebut kerana dibimbangi  terlibat dengan unsur membesarkan Hari Krismas.
Di  tengah-tengah ramai mufti yang membolehkan ucapan tersebut dengan  pesanan agar tidak membesarkan Hari Krismas, bukan tidak ada cendekiawan  Muslim yang menegah terus ucapan tersebut dan mereka tentu sekali bukan  terpengaruh dengan Amanat Hadi.
Saya sertakan pautan petikan kuliah Dr Kamilin Jamilin untuk diikuti dengan Lim yang  sama sekali tidak bertolak ansur berhubung haramnya mengucapkan Selamat  Hari Krismas. Saya yakin ramai mengenali beliau sebagai seorang yang  tidak menunjukkan kecenderungan jelas kepada PAS.
Jika saya  sertakan pandangan daripada tokoh agamawan yang kelihatan pro-PAS,  sudah pasti secepat kilat pengikut Lim akan segera menyatakan bahawa  mereka semua terpengaruh dengan Amanat Hadi.
Kesimpulannya,  terdapat perbezaan pandangan para ulama di dalam isu ini. Tidak  mengucapkan selamat hari Krismas tidak menyebabkan anda kurang  bertoleransi dan mengucapkannya pula tidak berhak untuk dilabel sebagai  "kurang Islam".
Seorang muslim yang berpegang kepada satu nilai  yang berada dalam ruangan khilaf sudah tentu tidak berhak menyatakan  muslim lain yang berbeza sebagai kurang agamanya.
Dalam hal ini,  percubaan Lim agar PAS melabel Presiden Turki sebagai ‘kurang Islam’  adalah satu percubaan yang menampakkan kejahilannya dan kegagalan  kawan-kawannya dalam Pakatan Harapan untuk ‘menyekolahkannya’ berhubung  adab berkhilaf.
Sebenarnya, tujuan utama Lim Kit Siang ialah mengaitkan ketua Pemuda PAS dengan Amanat Haji Hadi, itu sahaja.
Kerana itu, dikaitkan pula dengan penentangan PAS terhadap ICERD, membuktikan nyawa ICERD masih lagi hidup.
Saya  ingin menyebut, jika demikian saya boleh kaitkan, kebebalan menteri  kewangan dalam isu-isu ekonomi sehingga salah titik perpuluhan dan  sebagainya, adakah disebabkan 'Amanat Kit Siang'?
Lim tidak  sempat mengajar anaknya Matematik yang betul kerana sibuk berpolitik  dari zaman muda?
Saya tahu ia kedengaran kasar, demikianlah juga  kasarnya bahasa dan niat Lim dalam tulisannya itu
Adakah tulisan di dalam blog rasmi DAP seperti ini berhubung hak kesamarataan di antara bumiputera dan bukan bumiputera juga adalah hasil Amanat Kit Siang?
Dalam  erti kata lain, cita-cita DAP secara rasminya ialah menghapuskan sama  sekali istilah dan keistimewaan bumiputera dan menjadikan seluruh warga  negara Malaysia sama dari sudut hak?
Bukankah Lim sendiri pada 25  Januari 1969 telah berkata: “Kita akan terus menekan ke arah kesaksamaan  kaum, di mana semua warganegara adalah sama, di mana tidak ada  perbezaan di antara bumiputera dan bukan bumiputera".
Sehingga ke  hari ini, Lim masih belum menarik balik atau menafikan kandungan  ucapannya itu, dan bolehlah dinyatakan bahawa 'Amanat Kit Siang’  sebenarnya lahir jauh sebelum Amanat Hadi.
Saya tetap berpandangan  bahawa 'Amanat Kit Siang' jauh lebih merbahaya, bahkan dengan DAP  menjadi sebahagian daripada kerajaan. 'Amanat Kit Siang' sedang  dilaksanakan sedikit demi sedikit.
Cuma  barangkali kerana takutnya kepada presiden PAS, tetap mulutnya tidak  berhenti meratib Amanat Hadi, bahkan jika Lim tersedar dari tidur  sekalipun kerana mimpi buruk, Amanat Hadilah yang akan dipersalahkannya
*AHMAD FADHLI SHAARI merupakan anggota parlimen Pasir Mas.  
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2018/12/mp-pasir-mas-amanat-kit-siang-lebih.html