Perspektif Kita Perlu Lebih Adil Kepada Hadi Awang


Abdul Muein Abadi, Astro Awani Hadirin telah dengan kasarnya menuduh Abdul Hadi (gambar) sebagai seorang yang terperangkap di abad keenam kerana berpegang dengan Al-Quran. - Gambar fail

ULAMA terkenal itu hanya tersenyum.  Beliau cuba untuk menenangkan keadaan yang sepatutnya dingin di kota London tetapi sebaliknya bertukar menjadi panas secara tiba-tiba.  Entah bagaimana, sesi soal jawab yang kebiasaannya berlangsung dalam suasana yang profesional, rasional, tenang, dan matang telah bertukar menjadi medan untuk memaki dan mencerca. 

Hakikat yang lebih mengejutkan ialah sesi memaki dan mencerca tersebut hanya berlangsung secara sepihak.  Lebih khusus lagi, ia dilakukan oleh hanya seorang lelaki kepada seorang ustaz yang juga terkenal sebagai seorang ulama yang bergiat dalam tiga lapangan: politik, dakwah, dan juga ilmu.

Apa yang terjadi sebenarnya? Mengapa begitu dahsyat sekali kata-kata kesat dilemparkan kepada ulama tersebut?  Mengapa peristiwa dan isu tentang sosok ulama ini penting untuk kita renungkan menjelang penghujung tahun 2018 ini?

Kisah ini sebenarnya baru sahaja terjadi – seluruh warga netizen yang mengikuti perkembangan rentak politik tanah air pasti tahu tentangnya.  Ia terjadi ketika sesi lawatan Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ke London baru-baru ini.

Dalam sesi tersebut, Tuan Guru Haji Hadi sedang memberi jawapan kepada seorang hadirin mengenai pendirian Pas yang menolak cadangan sebahagian ahli politik Pakatan Harapan supaya pilihan raya diadakan di peringkat kerajaan tempatan.

Secara konvensionalnya, pertukaran pendapat dalam sesi sebegini akan berlangsung dalam semangat hormat-menghormati dan ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’. Malangnya, hadirin tersebut telah dengan kasarnya menuduh Tuan Guru Haji Hadi sebagai seorang yang ‘terperangkap di abad keenam’ kerana ‘berpegang dengan Al-Quran’.

Beliau juga menuduh Tuan Guru Haji Hadi sebagai ‘rasis’ dan kemuncaknya menggunakan istilah yang tidak tergamak untuk ditulis di sini – hanya semata-mata kerana pendekatan ulama tersebut yang menyandarkan dasar dan keputusan beliau kepada Al-Quran (dan Hadis). 

Pada dasarnya, pendirian Tuan Guru Haji Hadi ini sebenarnya sama dengan pendirian Perdana Menteri Pakatan sendiri iaitu YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga menolak pilihan raya kerajaan tempatan diadakan atas asas ketidakseimbangan kaum dan etnik di majoriti kawasan bandar besar. 

Huraian Tuan Guru Haji Hadi tentang pendirian beliau itu juga relevan – meski pun tidak disukai sesetengah pihak khususnya lawan politik beliau dan juga mereka yang gagal membaca landskap semasa politik hubungan etnik Malaysia kontemporari.

–– ADVERTISEMENT ––Dalam suasana politik tanah air yang sedang bergelora saat ini, apatah lagi susulan pelbagai isu bersifat ‘taboo’ yang cuba dirungkai satu-persatu – persis tindakan membuka ‘kotak pandora’ – langkah memulakan usaha mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan bukanlah tindakan bijak.

Himpunan aman raksasa yang terbesar dalam sejarah negara – Himpunan Bantah ICERD – yang berlangsung 8 Disember 2018 lalu menjadi saksi bahawa kesabaran segmen Melayu Islam tidak boleh dipandang enteng.

Amaran Tuan Guru Haji Hadi betapa langkah mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan berpotensi mencetuskan ketegangan antara kaum – persis tragedi 13 Mei 1969 – bukan retorik politik, sebaliknya ingatan yang benar-benar berasas.

Kita tentu sekali tidak rela selepas 50 tahun tragedi berdarah 13 Mei 1969, ruang untuk satu lagi kemungkinan yang sama dibuka pada 2019.

Fakta juga menyokong pendirian Tuan Guru Haji Hadi dan Tun Dr. Mahathir bahawa saiz komposisi bukan Melayu di kawasan bandar adalah cukup signifikan.  Dalam situasi demografi sebegini, pertembungan politik antara kaum lebih mudah meletus di peringkat kerajaan tempatan berbanding di peringkat yang lebih makro seperti negeri dan seluruh negara (pusat) seandainya pilihan raya dijalankan.

Tragedi yang menimpa allahyarham Muhammad Adib ialah satu lagi bukti jelas betapa rapuhnya politik hubungan etnik di negara kita.

Allahyarham Muhammad Adib meninggal dunia kerana diserang semata-mata kerana beliau seorang berbangsa Melayu yang dikerumuni perusuh yang terbakar sentimen mereka susulan kenyataan tidak bertanggungjawab seorang menteri dan juga seorang EXCO.

Secara logiknya, jika Tuan Guru Haji Hadi ialah seorang yang mengejar kedudukan dan pangkat, beliau sepatutnya menyokong agar pilihan raya tempatan diadakan.

Sekurang-kurangnya, parti Pas pimpinan beliau pasti lebih daripada mampu untuk memenangi majoriti kerusi di kawasan Melayu khususnya di Pantai Timur dan juga Utara tanah air.  Namun kiblat beliau bukanlah kuasa dan kedudukan.

Sebaliknya beliau jelas berpendirian bahawa cukuplah kita berpolitik di peringkat pusat dan negeri sahaja.  Tidak perlu dilanjutkan ‘politicking’ ke peringkat kerajaan tempatan.

Anda tidak perlu menjadi ahli atau penyokong Pas untuk mempertahankan Presiden Pas dalam isu ini.  Malah, tidak kira apa agama anda, tidak seharusnya kata-kata kesat yang dilemparkan dalam sesi soal-jawab di London ini dibiarkan apatah lagi diterima.

Ramai yang tidak mengenali Tuan Guru Haji Hadi secara rapat – sebaliknya mudah menghukum beliau tanpa membaca dan mengikuti dengan teliti keputusan yang diambil. 

Ya, ulama yang dituduh ‘rasis’ inilah yang telah membariskan paling ramai calon bukan Melayu-Islam sebagai calon Pas dalam beberapa siri pilihan raya.

Ulama Presiden Pas yang dibenci kerana dituduh ‘rasis’ inilah yang menghapuskan cukai ke atas pintu gerbang di Kampung Cina, Terengganu sewaktu beliau menjadi Menteri Besar Terengganu dahulu (1999-2004).

Ulama yang dituduh rasis inilah yang memperkasakan Dewan Penyokong Pas Cina dan India.

Ulama yang dituduh ‘rasis’ ini juga mempunyai seorang menantu perempuan yang berketurunan Cina.

Ulama ini juga tenang dan sabar ketika dicaci dan dimaki di London.  Persepsi buruk sebaliknya lebih mudah dipalitkan kepada mereka yang bergelar ulama.

Bukan Presiden dan pimpinan Pas sahaja, sebaliknya ramai lagi alim ulama lain yang turut tidak dihargai masyarakat – malah adakalanya mereka dibenci – sama ada kerana perbezaan cara mereka dalam memberi penyampaian kepada kelompok audien yang berbeza atau pun kekurangan ketika berinteraksi dengan media.

Ulama yang sejati tidak meminta-minta wang ringgit dan mengejar jawatan, sebaliknya mereka pula yang berhabis wang ringgit menyeru dan berusaha agar rakyat menuruti panduan wahyu dalam kehidupan bernegara.  Namun itu tidaklah bermakna Ulama tidak menyertai medan politik.

Seperti mana peringatan Imam Al-Ghazali, agama dan kekuasaan itu ialah kembar yang tidak boleh dipisahkan.  Agama ialah asas, kekuasaan pula ialah pelindung.  Segala hal yang tidak mempunyai asas akan runtuh, manakala segala perkara yang tidak memiliki pelindung akan hilang dan lemah.

Dalam kes Tuan Guru Haji Hadi, jika beliau adalah merupakan seorang yang mengejar pangkat, mengapa tidak beliau bertanding di DUN Rhu Rendang yang merupakan kubu kuat beliau dalam Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu (selain daripada Parlimen Marang)?

Malah sebaliknya, beliau memberi laluan kepada seorang teknokrat yang bukan calang-calang, iaitu pakar Aeroangkasa Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar untuk menjadi calon Pas di kerusi berkenaan dan seterusnya menjadi Menteri Besar Terengganu yang baharu apabila Pas menang besar di seluruh negeri Serambi Madinah tersebut.  Beliau juga tidak menghantar pencalonan semula jawatan Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) 2018.

Menjelang tahun baharu 2019 ini, ayuhlah sama-sama kita renungkan satu kebiasaan yang tidak seharusnya kita ulangi lagi – iaitu kebiasaan memberi penghargaan kepada seseorang yang layak menerimanya hanya selepas insan tersebut pergi meninggalkan kita.

Benar, ulama bukan maksum, Tuan Guru Haji Hadi juga bukanlah Nabi, namun kita wajib berlaku adil dalam menanggapi segala pertimbangan dan dasar yang beliau usulkan.  Hargailah dan sayangilah Ulama selagi mereka masih ada.


* Abdul Muein Abadi adalah Pensyarah Sains Politik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Memperoleh kelulusan Research Master dari Utrecht University, Belanda pada 2014, kini beliau sedang meneruskan pengajiannya di Belanda menerusi Ijazah Doktor Falsafah di Faculty of Governance and Global Affairs, Leiden University.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/12/perspektif-kita-perlu-lebih-adil-kepada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mp Pasir Mas Amanat Kit Siang Lebih Bahaya Dari Amanat Hadi

Mp Pasir Mas Amanat Kit Siang Lebih Bahaya Dari Amanat Hadi

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 236 hits
AHMAD FADHLI SHAARI Saya membaca tulisan Anggota Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang di blognya yang mempertikaikan ucapan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Muhammad Khalil Abdul Hadi berhubung hukum bagi orang Islam menyertai perayaan har...
Hadi Awang Tenang Walaupun Dimaki Dan Diserang Di London

Hadi Awang Tenang Walaupun Dimaki Dan Diserang Di London

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 285 hits
Sesi dialog di antara Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan penuntut Malaysia di London hangat apabila seorang lelaki menggelar Presiden Pas itu sebagai rasis Bukan setakat itu lelaki berkenaan juga mengeluarkan kata kata kesat apabila ada dal...
Kecoh Ini Punca Hadi Awang Kena Maki Oleh Ahli Dap Di Sidang Media Di London

Kecoh Ini Punca Hadi Awang Kena Maki Oleh Ahli Dap Di Sidang Media Di London

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 313 hits
Ahli DAP yang bernama Ben Singh telah menyerang Presiden PAS Tok Guru Abdul Hadi Awang di sidang media yang berlangsung di Holiday Villa London pada 24 Disember 2018 Ini adalah kerana PAS tidak menyokong local council elections Ben Singh me...
Mana Lebih Bahaya Amanat Lim Kit Siang Vs Amanat Haji Hadi

Mana Lebih Bahaya Amanat Lim Kit Siang Vs Amanat Haji Hadi

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 416 hits
Saya membaca tulisan Anggota Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang di blognya yang mempertikaikan ucapan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Muhammad Khalil Abdul Hadi berhubung hukum bagi orang Islam menyertai perayaan hari Krismas Saya juga ...
Meracau Bila Pm Tolak P Raya Pbt A Hadi Awang

Meracau Bila Pm Tolak P Raya Pbt A Hadi Awang

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 250 hits
BANGI 13 Rabiulakhir 1440H Jumaat Demikianlah apa yang dikatakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika mengulas isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan yang dilaporkan tidak dipersetujui Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Be...
Brave Kini Berasaskan Chromium Lebih Pantas Dan Menyokong Chrome Extension

Brave Kini Berasaskan Chromium Lebih Pantas Dan Menyokong Chrome Extension

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 285 hits
Apabila diri sudah lama menyampah bersabar dengan pelbagai kerenah Chrome tetapi tidak pula terasa mahu beralih kepada Firefox maka tersekatlah niat di situ Muncul pelayar web yang mula memecahkan dominasi Google dan Mozilla Dicipta dengan ...
Resipi Buat Bawang Goreng Lebih Rangup Dan Tahan Lama

Resipi Buat Bawang Goreng Lebih Rangup Dan Tahan Lama

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 382 hits
Bawang goreng selalu kita buat sebagai pelengkap pada hidangan Tak lengkap rasanya kalau buat sup tak ada bawang goreng Kalau buat nasi minyak pun mesti letak bawang goreng Selain menambah selera aroma pun semakin wangi Hari ini RASA kongsi...
Pekerja Amazon Di Minneapolis Berdemo Untuk Masa Bersolat Lebih Lama

Pekerja Amazon Di Minneapolis Berdemo Untuk Masa Bersolat Lebih Lama

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 223 hits
Amazon ialah antara lima syarikat dengan nilai tertinggi di dunia Selama beberapa hari tahun ini ini berjaya memintas Apple sebagai syarikat paling bernilai apabila harga saham keseluruhan melangkaui 1 trilion Tetapi kejayaan ini dibina di ...
Anak Yang Dirangsang Otak Kanannya Akan Menjadi Lebih Bijak Bagaimana Cara Merangsang Otak Kanan

Anak Yang Dirangsang Otak Kanannya Akan Menjadi Lebih Bijak Bagaimana Cara Merangsang Otak Kanan

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 386 hits
Otak kanan memainkan peranan penting mendapat anak bijak Semua ibu bapa mesti mengidamkan anak membesar dengan bijak kan Sebenarnya semua anak dilahirkan dengan keistimewaan masing masing Perlu diingat bahawa setiap kanak kanak berkembang p...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Wee Barking Up The Wrong Tree

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Insider Tricks Stylists Use To Make Clothes Fit Perfectly

Mobile Friendly Free Money The Community Has You Covered

Pelajar Lelaki 14 Tahun Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa

Umur 7 Tahun Sudah Bergelar Tunangan Orang

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Bila Kau Rajin Nak Tolong Kerja Orang