Mana Lebih Bahaya Amanat Lim Kit Siang Vs Amanat Haji Hadi


Saya membaca tulisan Anggota Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di blognya yang mempertikaikan ucapan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Muhammad Khalil Abdul Hadi berhubung hukum bagi orang Islam menyertai perayaan hari Krismas.

Saya juga menonton rakaman video kuliah Muhammad Khalil yang disiarkan oleh Malaysiakini dan dijadikan tajuk berita beberapa portal online.

Ringkasnya, berhubung sambutan krismas, Muhammad Khalil menyatakan tiga perkara penting:

1. Diharamkan kepada umat Islam menyertai perayaan hari Krismas yang mengandungi unsur-unsur syirik kerana Krismas ialah merupakan perayaan agama. Akidah Kristian yang berkonsepkan triniti jauh berbeza dengan akidah Islam yang mentauhidkan Allah SWT.

2. Berhubung hukum mengucapkan selamat Hari Krismas, Muhammad Khalil menyatakan, “Adapun jika kita nak ucap kepada mereka, ada ulama kata, di sana ada tempat yang diizinkan pada had dan batas yang tertentu. Contohnya kalau jiran kita orang Kritsian, takp apalah kita rai ke dia, cakap ke dia, selamat hari raya mung lah…”

3. Manakala berhubung mengucapkan selamat Hari Krismas pada situasi yang tiada keperluan, beliau menyatakan, “Adapun kalau kita saja-saja nak sebut hari ni kan, dalam Facebook atau Twitter, pergi sebut “kita mengucapkan selamat Hari Krismas, selamat hari raya untuk orang Kristian, jangan seolah-olah kita redha dengannya..”

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mengulas pandangan ketua Pemuda PAS itu dengan menulis, _“Malaysians are presented with the most shocking example of the vicious and toxic politics of lies, hate, fear, race and religion to destroy Malaysia as a tolerant, harmonious and successful plural nation of diverse races, religions, languages and cultures with the primitive warning by the PAS Youth leader and son of PAS President, Mohamad Khalil Abdul Hadi to Muslims not to celebrate Christmas tomorrow or to post Christmas greetings on Facebook because the Christian celebration is against the teachings of Islam and that there should be any acknowledgement of the Christian religion..”

Saya nampak bahawa Lim sedang memperlihatkan kebimbangannya yang teramat sangat kepada PAS sehingga menabur tohmahan sedemikian rupa.

Jelas sangat ketakutannya kepada Presiden PAS Abdul Hadi Awang apabila tanpa segan silu terus mendakwa bahawa pandangan ketua Pemuda PAS itu ialah kerana terkesan dengan apa yang dinamakannya sebagai Amanat Hadi 2 apabila dia menulis, _“Is this to be Hadi Amanat 2 to spearhead the vicious and toxic politics of lies, hate, fear, race and religion to destroy Malaysia as a tolerant, harmonious and successful plural nation of diverse races, religions, languages and cultures?”

Ulama berbeza pandangan

Apa yang salahnya dengan isi kuliah Muhammad Khalil tersebut? Jika pada isi yang pertama iaitu orang Islam dilarang menyertai perayaan agama Kristian, ia sudah difatwakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum ini di mana jelas menyatakan bahawa adalah haram bagi umat Islam menyertai perayaan agama lain jika mengandungi unsur syirik.

Lim Kit Siang boleh membuka pautan laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang menyebut:

"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-68 yang bersidang pada 12 Apr 2005 telah membincangkan Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam.

"Muzakarah telah memutuskan bahawa dalam menentukan perayaan orang bukan Islam yang boleh dihadiri oleh orang Islam beberapa kriteria utama perlu dijadikan garis panduan supaya ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Kriteria-kriteria tersebut adalah seperti berikut;

1. Majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan akidah Islam.

Maksud “bertentangan dengan akidah Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan menyebabkan tercemarnya akidah umat Islam.

Contohnya;

i. Menyertakan simbol-simbol agama seperti salib, memasang lampu, lilin, pokok krismas dan sebagainya.

ii. Menyanyikan lagu-lagu bercirikan agama.

iii. Meletakkan apa-apa tanda bercirikan agama pada dahi, atau tanda-tanda lain pada anggota tubuh.

iv. Memberikan ucapan atau isyarat yang berbentuk pujian kepada agama orang bukan Islam.

v. Tunduk atau melakukan perbuatan seolah-olah menghormati upacara agama orang bukan Islam."


Adakah Majlis Fatwa Kebangsaan membuat keputusan kerana terpengaruh dengan Amanat Hadi? Bahkan Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin juga menyatakan perkara yang sama pada tahun 2010 dengan menulis:

“Namun, seorang muslim tidak boleh turut merayakan hariraya agama lain. sebabnya, perayaan agama merupakan upacara agama. Bukan muslim pun tidak patut disuruh merayakan hariraya kita. Perpaduan antara kita sesama rakyat muslim dan bukan muslim bukan dengan berkongsi hariraya, tetapi dengan keadilan, berbuat baik dan tidak menzalimi antara satu sama lain…”

Adakah Mufti Perlis sedang terkesan dengan Amanat Hadi?

'PH gagal sekolahkan Lim'

Isi kuliah yang kedua, berhubung mengucapkan selamat Hari Krismas. Muhammad Khalil telah menyatakan dengan jelas dan terang bahawa terdapat pandangan berbeza para ulama berhubung isu ini.

Bahkan beliau menyebut dengan jelas kesederhanannya berhubung perkara ini apabila menyatakan situasi di mana jiran kita orang Kristian, tiada masalah mengucapkan tahniah di atas kegembiraannya hari ini dengan tidak beriktikad kebesaran hari Krismas.

Manakala pada perkara yang ketiga iaitu mengucapkan selamat Hari Krismas pada situasi yang tiada keperluan, di sinilah beliau mengajak para pendengar agar berhati-hati dan mengelakkan perkara tersebut kerana dibimbangi terlibat dengan unsur membesarkan Hari Krismas.

Di tengah-tengah ramai mufti yang membolehkan ucapan tersebut dengan pesanan agar tidak membesarkan Hari Krismas, bukan tidak ada cendekiawan Muslim yang menegah terus ucapan tersebut dan mereka tentu sekali bukan terpengaruh dengan Amanat Hadi.

Saya sertakan pautan petikan kuliah Dr Kamilin Jamilin untuk diikuti dengan Lim yang sama sekali tidak bertolak ansur berhubung haramnya mengucapkan Selamat Hari Krismas. Saya yakin ramai mengenali beliau sebagai seorang yang tidak menunjukkan kecenderungan jelas kepada PAS.

Jika saya sertakan pandangan daripada tokoh agamawan yang kelihatan pro-PAS, sudah pasti secepat kilat pengikut Lim akan segera menyatakan bahawa mereka semua terpengaruh dengan Amanat Hadi.

Kesimpulannya, terdapat perbezaan pandangan para ulama di dalam isu ini. Tidak mengucapkan selamat hari Krismas tidak menyebabkan anda kurang bertoleransi dan mengucapkannya pula tidak berhak untuk dilabel sebagai "kurang Islam".

Seorang muslim yang berpegang kepada satu nilai yang berada dalam ruangan khilaf sudah tentu tidak berhak menyatakan muslim lain yang berbeza sebagai kurang agamanya.

Dalam hal ini, percubaan Lim agar PAS melabel Presiden Turki sebagai ‘kurang Islam’ adalah satu percubaan yang menampakkan kejahilannya dan kegagalan kawan-kawannya dalam Pakatan Harapan untuk ‘menyekolahkannya’ berhubung adab berkhilaf.

Sebenarnya, tujuan utama Lim Kit Siang ialah mengaitkan ketua Pemuda PAS dengan Amanat Haji Hadi, itu sahaja.

Kerana itu, dikaitkan pula dengan penentangan PAS terhadap ICERD, membuktikan nyawa ICERD masih lagi hidup.

Saya ingin menyebut, jika demikian saya boleh kaitkan, kebebalan menteri kewangan dalam isu-isu ekonomi sehingga salah titik perpuluhan dan sebagainya, adakah disebabkan 'Amanat Kit Siang'?

Lim tidak sempat mengajar anaknya Matematik yang betul kerana sibuk berpolitik dari zaman muda? Saya tahu ia kedengaran kasar, demikianlah juga kasarnya bahasa dan niat Lim dalam tulisannya itu.

Adakah tulisan di dalam blog rasmi DAP seperti ini berhubung hak kesamarataan di antara bumiputera dan bukan bumiputera juga adalah hasil Amanat Kit Siang?

Dalam erti kata lain, cita-cita DAP secara rasminya ialah menghapuskan sama sekali istilah dan keistimewaan bumiputera dan menjadikan seluruh warga negara Malaysia sama dari sudut hak?

Bukankah Lim sendiri pada 25 Januari 1969 telah berkata: “Kita akan terus menekan ke arah kesaksamaan kaum, di mana semua warganegara adalah sama, di mana tidak ada perbezaan di antara bumiputera dan bukan bumiputera".

Sehingga ke hari ini, Lim masih belum menarik balik atau menafikan kandungan ucapannya itu, dan bolehlah dinyatakan bahawa 'Amanat Kit Siang’ sebenarnya lahir jauh sebelum Amanat Hadi.

Saya tetap berpandangan bahawa 'Amanat Kit Siang' jauh lebih merbahaya, bahkan dengan DAP menjadi sebahagian daripada kerajaan. 'Amanat Kit Siang' sedang dilaksanakan sedikit demi sedikit.

Cuma barangkali kerana takutnya kepada presiden PAS, tetap mulutnya tidak berhenti meratib Amanat Hadi, bahkan jika Lim tersedar dari tidur sekalipun kerana mimpi buruk, Amanat Hadilah yang akan dipersalahkannya.

AHMAD FADHLI SHAARI
MP Pasir Mas
Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2018/12/mana-lebih-bahaya-amanat-lim-kit-siang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mp Pasir Mas Amanat Kit Siang Lebih Bahaya Dari Amanat Hadi

Mp Pasir Mas Amanat Kit Siang Lebih Bahaya Dari Amanat Hadi

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 274 hits
AHMAD FADHLI SHAARI Saya membaca tulisan Anggota Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang di blognya yang mempertikaikan ucapan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Muhammad Khalil Abdul Hadi berhubung hukum bagi orang Islam menyertai perayaan har...
Amanat Kit Siang Lebih Bahaya

Amanat Kit Siang Lebih Bahaya

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 348 hits
17 Rabiulakhir 1440H Selasa Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari hari ini menyelar kenyataan penasihat parti tamak haloba DAP Lim Kit Siang mengenai hukum orang Islam menyertai perayaan Krismas Beliau berkata Kit Siang mempertikai uc...
Amanat Kit Siang Punca Kebiadaban Di London

Amanat Kit Siang Punca Kebiadaban Di London

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 349 hits
INILAH sebab sebenar penyokong DAP di London menyerang Presiden PAS You know the probem with you Because you follow the Quran which is sixth century book Inilah punca sebenar mereka tidak bersetuju dengan PAS Kerana PAS mengikut al Quran ya...
Dap Keluar Dari Kerajaan Cabaran Terbuka Buat Lim Kit Siang

Dap Keluar Dari Kerajaan Cabaran Terbuka Buat Lim Kit Siang

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 383 hits
Ugutan Lim Kit Siang untuk dari gabungan kerajaan Pakatan Harapan jika objektif Malaysia Baru tak tercapai di lihat sebagai suara terdesak parti untuk untuk mendominasi PH Masyarakat melihat ancaman itu agar parti beliau menjadi ketua suara...
Tokoh Siapa Lim Kit Siang Dan Apa Peranan Beliau Dalam Politik Malaysia

Tokoh Siapa Lim Kit Siang Dan Apa Peranan Beliau Dalam Politik Malaysia

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 2158 hits
Lim Kit Siang yg lahir di Funan negara China datang ke Tanah Melayu dgn bapak dia ditahun 1957 Mereka dapat ehsan dari org org Melayu di Batu Pahat Johor Umur Lim Kit Siang masa tu 16 tahun Mula mula bapak Lim Kit Siang cuma ternak ayam je ...
Politik Dap Sedia Tinggalkan Ph Jika Lim Kit Siang

Politik Dap Sedia Tinggalkan Ph Jika Lim Kit Siang

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 509 hits
Lim Kit Siang DAP tidak akan teragak agak meninggalkan kerajaan campuran Pakatan Harapan jika usaha mencapai tujuan Malaysia Baharu diketepikan Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata pemimpin DAP tidak akan menjadikan diri mereka sebagai MCA2 ...
Semua Orang Tak Betul Kecuali Lim Kit Siang Seorang

Semua Orang Tak Betul Kecuali Lim Kit Siang Seorang

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 394 hits
Lim Kit Siang A modern day Lewis Caroll would have found the Malaysian political landscape a fertile field to fire his imagination if he wanted to write Alice s Adventures in Wonderland 2 0 We have the leader of a political party which for ...
Simpanan Tabung Haji Vs Asb Mana Pulangan Yang Lebih Baik

Simpanan Tabung Haji Vs Asb Mana Pulangan Yang Lebih Baik

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 985 hits
Simpanan Tabung Haji vs ASB Mana Yang Lebih Baik Berdasarkan pengumuman kadar dividen tolak dengan zakat simpanan Ada banyak pelaburan yang dijamin oleh kerajaan Malaysia dan menjamin pulangan yang berbaloi tanpa risiko yang tinggi seperti ...
Why Is Kit Siang Not Serious About Fighting Corruption

Why Is Kit Siang Not Serious About Fighting Corruption

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 327 hits
Kit Siang wants the government to be serious about bribery and corruption but he does not want those convicted of bribery and corruption to be severely punished Kit Siang wants the government to be serious about bribery and corruption but h...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities