Mp Gesa Rakyat Bantah Tapak Pelupusan Lynas Di Kuantan



Rakyat Malaysia harus berganding bahu bagi membantah cadangan pembinaan tapak pelupusan kekal (PDF) Lynas dan tapak pelupusan sisa berjadual industri pelbagai kategori (MCISWDS) seluas 202 hektar di Bukit Kuantan, Pahang.
Ahli Parlimen Bentong, Wong Tack menggesa individu, NGO dan semua pihak tanpa mengira fahaman politik membantah kedua-dua tapak pelupusan yang terletak di kawasan tadahan air itu.
“Ia tidak boleh diterima apabila sebahagian daripada Hutan Simpan Bukit Kuantan akan dijadikan tapak pelupusan itu. Ia terletak di kawasan tadahan air, dan berisiko mencemarkan sumber air untuk penduduk Kuantan.
“Sangat penting untuk kita bersuara sekarang. Bersikap tidak endah adalah tindakan tidak bertanggungjawab,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Wong memberi amaran bahawa negara tidak mahu menyaksikan satu lagi kes seperti insiden pencemaran radioaktif Bukit Merah.
Dalam insiden itu, sebuah loji nadir bumi milik firma Jepun yang beroperasi dari 1980-an hingga 1990-an, ditutup setelah dikatakan menyebabkan pencemaran radiasi di Bukit Merah. Syarikat itu kemudiannya menawarkan pampasan kepada penduduk, tanpa menanggung liabiliti ke atas kes-kes kanser yang terjadi di kawasan tersebut.
Lynas yang beroperasi di Gebeng, Kuantan, menerima kritikan sejak ia mula beroperasi pada 2012.
Minggu ini, Malaysiakini melaporkan sebuah firma yang dikaitkan dengan kerabat diraja Pahang diberi tanggungjawab membina MCISWDS.
PDF Lynas meliputi 58.25 hektar atau 29 peratus daripada luas keseluruhan MCISWDS.
MCISWDS di Pahang akan meliputi sempadan negeri Terengganu. Bersebelahan tapak itu, di sebelah Terengganu, merupakan ladang durian.
Maklumat berkenaan MCISWDS masih terhad tetapi beberapa perincian boleh didapati daripada laporan penilaian impak alam sekitar (EIA) berkenaan PDF Lynas, yang terletak dalam kawasan berkenaan.
Sebelum ini, syarikat nadir bumi itu dan kerajaan negeri Pahang menafikan bahawa PDF itu terletak di kawasan tadahan air.
Bagaimanapun, laporan EIA bercanggah dengan kenyataan mereka, apabila lokasinya didapati terletak di kawasan tadahan air Sungai Riau.
 
Masalah reka bentuk
Sementara itu, pengerusi Selamatkan Malaysia Hentikan Lynas (SMSL) Tan Boon Teet membangkitkan kebimbangan berhubung reka bentuk PDF Lynas seperti yang terdapat di dalam laporan EIA.
Berdasarkan laporan itu, sel PDF, yang merupakan lubang besar yang digali di dalam tanah dan dikukuhkan dengan bahan pembendung, bersaiz 1.35 juta meter padu, iaitu bersamaan dengan 540 kolam renang Olimpik.
“Tapak pelulusan itu akan dibina di kawasan bukit yang curam, yang akan ditutup dengan dua lapisan pelapik tanah liat, dan tanah liat sintetik akan dipasang untuk menahan torium dan uranium,” katanya.
 
Bagaimanapun, dia tidak pasti jika PDF boleh berfungsi dengan baik ketika musim tengkujuh yang boleh berlanjutan sehingga dua bulan.
“Apabila hujan, sel PDF akan dibanjiri dan air hujan akan dilepaskan ke sungai terdekat bersama dengan sisa (residue),” katanya.
Menurutnya, laporan EIA itu kini terbuka untuk bacaan umum selama sebulan sehingga 19 Mac.
Kata Tan, SMSL akan mengadakan taklimat maya bagi menjelaskan perkara itu kepada orang awam.
“Sementara itu, kami akan kumpulkan data dan maklumat diperlukan untuk kami failkan bantahan kami kepada laporan EIA,” katanya ketika dihubungi.
Adun Semambu Lee Chean Chung menegaskan bahawa penduduk tempatan menolak pembinaan PDF memandangkan mereka tidak mahu tapak pelupusan sisa beradioaktif itu mencemarkan sumber air mereka.
Dia menyifatkan ia sebagai bom jangka bagi alam sekitar yang akan menghantui penduduk sehingga bergenerasi lamanya.
The post MP gesa rakyat bantah tapak pelupusan Lynas di Kuantan appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/02/20/mp-gesa-rakyat-bantah-tapak-pelupusan-lynas-di-kuantan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=mp-gesa-rakyat-bantah-tapak-pelupusan-lynas-di-kuantan

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anti Lynas Kumpulan Pemantau Antirasuah Persoal Hubungan Umno Kerabat Diraja Dengan Pemaju Tapak Sisa

Anti Lynas Kumpulan Pemantau Antirasuah Persoal Hubungan Umno Kerabat Diraja Dengan Pemaju Tapak Sisa

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 159 hits
February 20 2021 Kumpulan pemantau antirasuah C4 mempertikaikan syarikat yang dipilih untuk membangunkan tapak sisa industri itu PETALING JAYA Sebuah kumpulan pemantau antirasuah menyatakan kebimbangan mengenai hubungan diraja dan politik d...
Perlupusan Sisa Radioaktif Lynas Jangan Lakukan Konsultasi Tapak Masih Belum Ditukar Status

Perlupusan Sisa Radioaktif Lynas Jangan Lakukan Konsultasi Tapak Masih Belum Ditukar Status

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 131 hits
POSTED BY AMIR WRLRProses Konsultasi Awam berkaitan Kajian Impak Alam Sekitar ke atas Tapak Pelupusan Kekal Sisa Buangan Radioaktif Lynas sepatutnya tidak boleh diteruskan memandangkan kawasan yang dicadangkan belum ditukar status dan masih...
Pemangku Raja Pahang Lepas Saham Syarikat Bina Tapak Lupus Sisa Lynas

Pemangku Raja Pahang Lepas Saham Syarikat Bina Tapak Lupus Sisa Lynas

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 173 hits
Diterbitkan 20 Feb 2021 4 56 amDikemaskini 20 Feb 2021 6 15 amA A 1Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah telah melepaskan 50 peratus pegangan saham dalam sebuah syarikat yang ditugaskan melaksanakan pembinaan tapak pelupusa...
Eia Contradicts Lynas And Mb Multiple Risks To Kuantan

Eia Contradicts Lynas And Mb Multiple Risks To Kuantan

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 168 hits
When news first emerged that Lynas was mulling to store its radioactive waste in Bukit Ketam Kuantan last year both the firm and the Pahang government were out in force to defend the plan Lynas the site did not sit in a water catchment area...
Kecualikan Yuran Tiga Sektor Kurangkan Beban Rakyat Ketika Pkp

Kecualikan Yuran Tiga Sektor Kurangkan Beban Rakyat Ketika Pkp

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 129 hits
POSTED BY AMIR WRLRNaib Presiden KEADILAN Chang Lih Kang menggesa kerajaan supaya mengecualikan pembayaran terhadap tiga sektor bagi mengurangkan beban rakyat memandangkan bilangan kes Covid 19 masih belum turun kepada tiga digit sejak Peri...
Kerajaan Malaysia Kini Sama Seperti Myanmar Tidak Hormat Mandat Rakyat

Kerajaan Malaysia Kini Sama Seperti Myanmar Tidak Hormat Mandat Rakyat

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 276 hits
February 10 2021 Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu berpendapat Malaysia tidak boleh mengikut tindakan New Zealand yang memutuskan hubungan peringkat tertinggi dengan Myanmar Ahli Parlimen Kota Raja itu berkata kerajaan pada masa ini...
Rasa Tidak Puas Hati Rakyat Boleh Cetus Gerakan Massa

Rasa Tidak Puas Hati Rakyat Boleh Cetus Gerakan Massa

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 159 hits
Rasa tidak puas hati rakyat jika tidak ditangani dengan baik boleh mencetuskan gerakan massa Hal itu diungkapkan oleh Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN Syed Badli Shah Syed Osman Menurut Syed Badli Malaysia telah mengalami beberapa gerakan ...
Rakyat Usah Khuatir Npra Luluskan Vaksin Covid 19 Yang Selamat

Rakyat Usah Khuatir Npra Luluskan Vaksin Covid 19 Yang Selamat

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 175 hits
BernamaProf Madya Dr Mohd Ghows Mohd Azzam menegaskan apa sahaja vaksin yang diluluskan oleh NPRA adalah selamat digunakan di negara ini Foto fail REUTERS KUALA LUMPUR Menganalisis data untuk memilih vaksin COVID 19 yang terbaik dan tepat b...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Tukar Kanta Mata Untuk Melihat Seni Politik Anwar

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Ukraine Approaching Total Collapse

Police Probe Chaos Incident Outside Mosque In Penang

Budaya Pot Luck Jimat Kos Makanan Lebih Banyak Pilihan

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally