Rakyat Usah Khuatir Npra Luluskan Vaksin Covid 19 Yang Selamat


Bernama
Prof Madya Dr Mohd Ghows Mohd Azzam menegaskan apa sahaja vaksin yang diluluskan oleh NPRA, adalah selamat digunakan di negara ini. - Foto fail/REUTERS KUALA LUMPUR: Menganalisis data untuk memilih vaksin COVID-19 yang terbaik dan tepat buat rakyat Malaysia sangat penting untuk memastikan rakyat yakin terhadap keselamatan dan keberkesanan vaksin
 Atas sebab itu, Penasihat Sains kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Prof Madya Dr Mohd Ghows Mohd Azzam menegaskan apa sahaja vaksin yang diluluskan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), agensi yang bertanggungjawab meluluskan vaksin, adalah selamat digunakan di negara ini
 "Orang ramai perlu tahu ia adalah lebih rumit (untuk memahami keberkesanan vaksin) daripada hanya (melihat) kepada angka. Inilah sebabnya mengapa NPRA akan menganalisis semua data klinikal, dengan protokol yang berbeza dan akan memutuskan adakah vaksin itu selamat dan berkesan untuk digunakan di Malaysia
 "NPRA bekerja siang dan malam menganalisis semua data ini. Ini bukan proses yang mudah, jadi kita harus memberi mereka masa untuk memastikan bahawa apa sahaja (vaksin) yang mereka luluskan adalah vaksin terbaik untuk kita. Pada masa ini, NPRA telah memberikan persetujuan bersyarat kepada vaksin Pfizer. Sekiranya mereka meluluskan vaksin lain dan saya ditawarkan untuk mengambil vaksin, saya dengan senang hati melakukannya," katanya kepada Bernama
 Dr Mohd Ghows berkata disebabkan pandemik COVID-19, teknologi RNA (mRNA) messenger, yang telah wujud beberapa tahun yang lepas, kini digunakan untuk pembangunan vaksin dan telah terbukti selamat dan berkesan
 Merujuk kepada vaksin Pfizer dan Moderna yang telah menggunakan teknologi mRNA dan mencapai kadar keberkesanan yang tinggi pada tahap lebih daripada 95 peratus, beliau berkata teknologi itu jauh lebih mudah dan cepat untuk dibuat (turutan), sambil menambah bahawa bagi jangka masa panjang, vaksin itu juga berkemungkinan lebih murah untuk dihasilkan melalui kaedah mRNA
 "Satu perkara yang sebenarnya telah dilakukan COVID-19 ini adalah, ia merevolusikan teknologi mRNA kerana sebelum ini masyarakat meragui mRNA, namun beberapa vaksin pertama yang dikeluarkan adalah daripada vaksin mRNA, yang telah menunjukkan keberkesanan yang sangat tinggi iaitu Pfizer dan Moderna
 "Sebagai contoh, vaksin baharu mRNA dapat dihasilkan dalam masa kira-kira enam minggu. Begitulah cepatnya kita dapat mengubah turutan mRNA mengikut kepelbagaian varian. mRNA bersifat sintetik, jadi kita boleh menganalisis turutan dan membuat yang baharu berdasarkan varian yang kita mahukan.  Selepas COVID-19, banyak vaksin yang akan menggunakan mRNA kerana ia cepat, murah dan juga sangat selamat. Itu adalah kriteria utamanya," katanya
 Sementara itu, Dr Mohd Ghows menasihati orang ramai untuk sentiasa mencari sumber yang tepat dan memeriksa fakta yang berkaitan dengan sebarang maklumat mengenai vaksin COVID-19 seperti laman web Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan akaun media sosial Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV)
 Berdasarkan statistik, beliau berkata terdapat 138 juta dos vaksin yang telah diberikan di lebih 70 negara di seluruh dunia, tanpa sebarang laporan kematian yang dikaitkan secara langsung dengan vaksin COVID-19
 Beliau bagaimanapun berkata terdapat individu yang mengalami reaksi alahan setelah divaksinasi, dengan jumlah kes yang rendah dilaporkan
 "Jadi, bagi mereka yang mengalami alahan teruk, mereka harus memberitahu doktor mengenainya. Untuk mengatasi masalah ini, kerana kami tahu terdapat individu yang mempunyai reaksi alahan terhadap vaksin, maka setelah anda mendapat vaksin anda harus menunggu antara 15 hingga 30 minit sebelum pulang, kerana kita mahu doktor memantau sebarang reaksi, (bagaimanapun) kesnya sangat rendah
 "Saya belum pernah mendengar orang berubah menjadi 'zombie' atau mereka tumbuh sepasang sayap setelah diberi vaksin. Tidak ada bukti bahawa kematian itu secara langsung disebabkan vaksin COVID-19," katanya sambil menambah bahawa mendapatkan vaksin sangat penting untuk melindungi bukan hanya seorang individu, tetapi masyarakat secara keseluruhan
 "Semakin lama pandemik COVID-19 berlarutan, semakin banyak jenis virus akan wujud kerana ia secara semula jadinya akan bermutasi," katanya
 "Kita perlu menggunakan vaksin untuk melindungi masyarakat sebaik mungkin. Inilah sebabnya mengapa slogan kami adalah 'lindungi diri, lindungi semua'. Jika anda ditawarkan vaksin, sila ambil. Ia bukan hanya untuk melindungi anda, tetapi juga melindungi semua orang
 "Orang ramai perlu mendapatkan fakta yang sebenar. Contohnya, dapatkan maklumat tepat dengan melayari laman web KKM untuk melihat fakta terkini. Jauhi kumpulan anti vaksin atau mereka yang menghasut bertujuan menakut-nakutkan mengenai virus dan vaksin," katanya.-- BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/rakyat-usah-khuatir-npra-luluskan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
50 Rakyat Malaysia Bakal Dapat Vaksin Covid 19 Secara Percuma Perutusan Khas Perdana Menteri

50 Rakyat Malaysia Bakal Dapat Vaksin Covid 19 Secara Percuma Perutusan Khas Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 248 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyampaikan perutusan khas berkenaan situasi semasa negara dalam melawan penyakit berjangkit Covid 19 Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa kerajaan berjaya menempah vaksin penghat...
Kerajaan Pahang Sasarkan Sebanyak 1 12 Juta Rakyat Akan Terima Suntikan Vaksin Covid 19

Kerajaan Pahang Sasarkan Sebanyak 1 12 Juta Rakyat Akan Terima Suntikan Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 218 hits
nbsp KUANTAN nbsp Kerajaan Negeri Pahang menyasarkan sebanyak 1 12 juta atau 70 peratus daripada 1 67 juta rakyat Pahang akan menerima suntikan vaksin COVID 19 menerusi program suntikan vaksin yang dijadualkan bermula akhir bulan ini Menter...
Vaksin Covid 19 Yakinkan Rakyat Bendung Maklumat Salah Teori Konspirasi Di Media Sosial

Vaksin Covid 19 Yakinkan Rakyat Bendung Maklumat Salah Teori Konspirasi Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 277 hits
Sebuah gabungan pertubuhan kesihatan berkata keyakinan terhadap vaksin Covid 19 perlu ditanam dalam masyarakat dengan membendung maklumat yang salah dan teori konspirasi yang tular PETALING JAYA Sebuah kumpulan perubatan meminta kerajaan me...
New Zealand Luluskan Secara Rasmi Penggunaan Vaksin Covid 19 Pfizer Biontech

New Zealand Luluskan Secara Rasmi Penggunaan Vaksin Covid 19 Pfizer Biontech

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 238 hits
KONGSI ARTIKEL MOSCOW New Zealand secara rasmi meluluskan penggunaan vaksin COVID 19 dibangunkan Pfizer BioNTech selepas mendapati ia selamat digunakan kecuali untuk mereka di bawah 16 tahun lapor Agensi Berita Sputnik Menteri Tindak Balas
Vaksin Covid 19 Nyawa Ahli Politik Lebih Penting Dari Rakyat

Vaksin Covid 19 Nyawa Ahli Politik Lebih Penting Dari Rakyat

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 229 hits
Ahli parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri akan menjadi antara penerima vaksin Covid 19 dalam fasa pertama Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam Beliau berkata perkara itu dipersetujui...
Kerajaan Setuju Beri Vaksin Covid 19 Secara Percuma Kepada Warga Asing

Kerajaan Setuju Beri Vaksin Covid 19 Secara Percuma Kepada Warga Asing

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 223 hits
106 total views 106 views today KUALA LUMPUR 11 Feb Kerajaan setuju Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan yang akan bermula penghujung bulan ini akan turut membabitkan pemberian vaksin secara percuma kepada bukan warganegara yang menetap di...
Npra Teliti Tiga Lagi Vaksin Pertimbang Beri Pendaftaran Bersyarat

Npra Teliti Tiga Lagi Vaksin Pertimbang Beri Pendaftaran Bersyarat

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 195 hits
Bahagian Regulatori Farmasi Negara telah menerima permohonan untuk mendaftarkan tiga lagi vaksin Covid 19 untuk digunakan di negara ini kata Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah Dr Noor Hisham memberitahu wartawan ha...
Keluarkan Sijil Halal Untuk Vaksin Covid 19 Kata Persatuan Farmasi

Keluarkan Sijil Halal Untuk Vaksin Covid 19 Kata Persatuan Farmasi

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 216 hits
Presiden Persatuan Farmasi Malaysia Amrahi Buang berkata isu halal vaksin sebenarnya tidak seharusnya menjadi pertikaian memandangkan ia tidak menggunakan sebarang sumber haiwan malah ada yang telah disahkan halal oleh negara luar KUALA LUM...
Petugas Barisan Hadapan Pahang Akan Terima Vaksin Covid 19 Mulai Pada Hujung Bulan Ini

Petugas Barisan Hadapan Pahang Akan Terima Vaksin Covid 19 Mulai Pada Hujung Bulan Ini

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 234 hits
KUANTAN Petugas barisan hadapan di Pahang dijadualkan menerima suntikan vaksin Covid 19 hujung bulan ini Keputusan untuk memberi keutamaan kepada kira kira 28 000 petugas barisan hadapan itu dibuat kerajaan negeri selepas dibincangkan dalam...
Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Lirik Lagu 123 Iman Troye Ft Mal Hamka

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord

10 Influencer Terkenal Di Malaysia

Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada Rm14 18 Juta Berbanding Rm8 Juta Tahun Lepas

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien